You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM BANDAR

JALAN TUNKU ASAAD, 09000, KULIM


KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA
SUKANEKA
2018

DISEDIAKAN OLEH:
NORHASIKIN BT ISHAK
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM BANDAR 2018

Pendahuluan

Kejohanan merupakan kegiatan Ko-kurikulum tahunan yang terdapat


dalam takwim unit Ko-kurikulum SK Kulim Bandar bagi memberi peluang
kepada semua murid , guru serta kakitangan terlibat secara langsung dalam
kegiatan-kegitan yang sihat di peringkat sekolah di bawah saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan
untuk memberi suasana baru dalam era transformasi pendidikan yang dapat
membuka ruang pembelajaran yang lebih luas kepada murid dan merapatkan
ukhwah muslimin antara setiap warga kerja SK Kulim Bandar dalam
mengharungi dan menghadapi cabaran masa depan. Setiap individu pula
berpeluang memahami corak kehidupan masyarakat setempat.

Objektif

1. Murid boleh mengembangkan daya pemikiran, rohani dan jasmani


melalui kegiatan merentas desa.
2. Dapat memupuk nilai kerjasama semua murid, guru dan warga kerja
SK Kulim Bandar dalam kegiatan ko kurikulum sekolah.
3. Melaksanakan program yang telah dirancang sebagaimana yang
di dalam takwin ko kurikulum SK Kulim Bandar bagi tahun 2018.
4. Membuka ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas
agar dapat menjaga kesihatan sendiri.

Matlamat

1. Pemilihan wakil Sekolah untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa


anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu
2018
2. Penglibatan semua murid samada sebagai peserta dan juga
pembantu dalam aspek pengurusan bagi menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan dan
menjayakan sesuatu kejohanan.
3. Memupuk nilai kerjasama dan peri pentingnya menjaga kesihatan diri.
Rasional

1. Murid dapat memilih aktiviti yang sihat bagi menjamin kualiti


kesihatan murid.
2. Merupakan suatu aktiviti yang disarankan oleh pihak doktor
kesihatan bagi memenuhi keperluan kesihatan badan manusia.
3. Salah satu ruang masa untuk mengeratkan silaturahim antara murid,
guru dan kakitangan sekolah.
4. Membuka lanskap pembelajaran bagi memahami corak kehidupan
masyarakat setempat.

Sasaran

1. Semua murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 SK Kulim Bandar


2. Semua guru dan kakitangan SK Kulim Bandar
Tarikh : 4 April 2018 (Rabu)
Masa : 2.30 petang-4.30 petang
Tempat : Tasik Kulim

AHLI JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

PENAUNG : Guru Besar SK Kulim Bandar


: Puan Meriam binti Mustafa
PENASIHAT 1 : Penolong Kanan Kokurikulum
: Puan Fauziah bt Ahmad
PENASIHAT 2 : Penolong Kanan Pentadbiran
: Tn Hj Zakaria bin Hj Jahaya
PENASIHAT 3 : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: Tn Hj Abdul Mohsin Rejaludin bin Hj Hasan
SETIAUSAHA : Setiausaha sukan
: Puan Norhasikin binti Ishak
BENDAHARI : En. Md Nor Azman bin Abdullah (PT)
AHLI JAWATANKUASA KECIL KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018
(SILA LIHAT LAMPIRAN)
PENGURUS KEJOHANAN :
Bidang Tugas

1. Menyediakan belanjawan kewangan kejohanan.


2. Memastikan acara yang dipertandingkan mengikut peraturan MSSM / IAAF.
3. Menentukan laluan yang disediakan mengikut peraturan IAAF.
4. Bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan kejohanan.
5. Memastikan semua pegawai melaporkan diri untuk bertugas.
6. Melantik pengganti jika perlu bagi menampung kekosongan
dalam jawatankuasa.
7. Menyingkirkan mana-mana pegawai yang tidak mematuhi peraturan.
8. Memastikan kejohanan dapat mengikut tentatif program.

PENGERUSI TEKNIK:
Bidang Tugas

1. Menyediakan laluan pertandingan mengikut kategori berdasarkan


peraturan yang ditetapkan.
2. Menyediakan peraturan dan pelan laluan peserta mengikut
kategori pertandingan.
3. Memberi taklimat kepada peserta berkaitan peraturan pertandingan.
4. Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi pegawai pertandingan.

KEPEGAWAIAN :

Bidang Tugas
1. Menyediakan senarai pegawai yang akan bertugas semasa pertandingan.
2. Memberi taklimat kepada semua pegawai mengenai tugasan masing-
masing.
3. Memastikan semua pegawai mencukupi semasa pertandingan
4. Memberi taklimat kepada Ketua Firqah berkaitan peraturan
pertandingan. mengikut MSSM / IAAF

REFERI :
Bidang Tugas
1. Menentukan segala peraturan dipatuhi dan membuat keputusan
terhadap sebarang perkara yang timbul ketika kejohanan yang tidak
adil dalam peraturan.
2. Mempunyai kuasa untuk memutuskan untuk membuat keputusan
sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan ataupun
dipertikaikan.
3. Tidak boleh berperanan sebagai Hakim atau Pengadil.
4. Membuat keputusan terhadap bantahan dan bangkangan pada
pengendalian pertandingan
5. Mempunyai kuasa untuk memberi amaran atau menyingkirkan dari
pertandingan terhadap mana-mana peserta yang menunjukkan
perlakuan yang tidak senonoh.

URUSETIA :

Bidang Tugas
1. Mendaftarkan senarai pegawai yang akan bertugas semasa pertandingan.
2. Memberi taklimat kepada semua pegawai mengenai tugasan masing-
masing.
3. Memastikan semua pegawai mencukupi semasa pertandingan
4. Menyediakan senarai keperluan peralatan.
5 .Mengedarkan semua peralatan bagi keperluan semasa pertandingan.
6. Memastikan setiap peralatan/borang berada dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
HAKIM CARUNG :
Bidang Tugas
1. Menentukan lorong penamat bagi peserta mengikut kategori
pertandingan. Menentukan pemenang atau peserta mengikut lorong yang
ditetapkan di garisan penamat

MINUMAN DAN MAKANAN PEGAWAI:


Bidang Tugas
1. Menyediakan makanan dan minuman untuk semua pegawai yang
bertugas
2. Memastikan semua pegawai yang bertugas mendapat bekalan
minuman yang mencukupi.
3. Menyediakan jawatankuasa murid untuk membantu tugasan ini.
4. Menyampaikan cenderahati kepada semua pegawai kejohanan
HADIAH/PENYAMPAIAN HADIAH
:
JURUACARA
Bidang Tugas
1. Menjadi juruacara bagi majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup.
2. Memastikan semua hadiah disampaikan mengikut kategori mencukupi.
3. Menguruskan upacara penyampaian hadiah.

PERTOLONGAN CEMAS
Bidang Tugas
1. Menyediakan pasukan pertolongan yang mencukupi semasa
pertandingan dijalankan.
2. Memastikan pegawai pertolongan cemas berada ditempat yang sesuai
semasa pertandingan.

KAWALAN KESELAMATAN :

Bidang Tugas
1. Memastikan kawalan keselamatan peserta dan pegawai
pertandingan sentiasa dalam keadaan baik semasa
pertandingan dijalankan.
2. Mengawal pergerakan peserta sentiasa berada di laluan yang selamat.
3. Memastikan kawalan disiplin murid sepanjang kejohanan.

PA SISTEM/DOKUMENTASI :

Bidang tugas
1. Menyediakan kelengkapan PA system semasa majlis
penutupan dan penyampaian hadiah.
2. Menyediakan peralatan bagi dokumentasi dan kepegawaian.
3. Melantik pelajar bagi menyediakan dokumentasi kejohanan
JURI RAYUAN

PELEPAS
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas sebagai pelepas untuk memulakan acara
mengikut kategori dengan izin Referi dan Urusetia
Pertandingan.

HAKIM PENAMAT :
Bidang Tugas
1. Menentukan pemenang bagi setiap acara mengikut kategori.
2. Menghantar keputusan rasmi kepada pencatat keputusan..

PENJAGA MASA
Bidang Tugas
1. Mencatat masa yang tepat bagi setiap pemenang.
2. Mencatat dan menyerahkan masa catatan kepada hakim penamat.
3. Memastikan semua jam randik sesuai digunakan dan berada dalam
keadaan baik.
4. Memastikan bilangan jam randik mencukupi.

PENCATAT DAN STATISTIK :


Bidang Tugas
1. Mengira mata keputusan rasmi bagi setiap acara yang
dipertandingkan daripada hakim penamat.
2. Mencatat keputusan rasmi pada boring statistik pertandingan.
3. Menghantar statistik keputusan rasmi kejohanan bagi kepada
pengurus kejohanan.
PEGAWAI PERONDA :
Bidang Tugas
1. Membuat rodaan sepanjang masa kejohanan berlangsung.
2. memastikan setiap peserta mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Menghubungi pihak yang tertentu jika berlaku sebarang kecemasan
semasa pertandingan.

PENGURUS/PENY.PESERTA :
Bidang Tugas
1. Mengumpul nama peserta bagi setiap firqah
2. Menyediakan label nombor peserta sebelum pertandingan
3. Menyediakan peserta mengikut acara yang dipertandingkan.
4. Menyediakan minuman dan makanan untuk pelajar mengikut rumah
masing-masing.

HAKIM SEMAK :
Bidang Tugas
1. Mencatat setiap nombor peserta semasa melalui Stesen masing-masing.
2. Menyerahkan catatan nombor tersebut kepada Hakim Penamat
selepas pertandinga
ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA
SK KULIM BANDAR

Bil Item Kuantiti Harga Jumlah


(RM) (RM)
1 Hadiah 24 RM 3.00 RM 76.30
2 Air Mineral - Sponsor - - -
3 Runcit
Jumlah Keseluruhan

TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KULIM BANDAR


4 April 2018 (Rabu)

MASA AKTIVITI
2.30 petang Semua peserta bersedia dan berkumpul di dataran permainan
2.45 petang Aktiviti regangan badan oleh En Muhammad Khairul bin
Kamarudin
2.45 petang Pemeriksaan keselamatan laluan kali terakhir
3.00 petang Pelepasan murid tahun 3,4,5,6 ( lelaki )
3.05 petang Pelepasan murid tahun 3,4,5.6 ( perempuan )
3.45 petang Larian semua peserta dijangka tamat
Mengemaskini keputusan dan pengesahan kedudukan
Peserta dan juga mata keseluruhan rumah sukan
3.55 petang Para peserta dan guru rehat
4.00 petang Para peserta dan guru berkumpul di dataran taman
permainan
Ucapan GPK Kokurikulum Puan Fazmisyiza binti Awang
Ucapan Guru Besar Pn. Meriam bt Mustafa
Penyampaian hadiah kepada para pemenang no. 1 – no. 30
4.20 petang Mengemas peralatan dan membersihkan kawasan sekolah
4.30 petang Majlis tamat dan bersurai
Disediakan oleh : Tarikh : 1 April 2018

……………………………..
(NORHASIKIN BT ISHAK)
S/U Sukan,
SK Kulim Bandar
Disemak oleh :
Tarikh :
………………………….
(FAUZIAH BT AHMAD)
Penolong Kanan Ko Kurikulum
SK Kulim Bandar

Diluluskan oleh : Tarikh:

……………………………
(MERIAM BINTI MUSTAFA)

Guru Besar
SK Kulim Bandar