You are on page 1of 15

Operasi dan Penilaian

Dasar Awam

i
ii
GMGA3033

Operasi dan Penilaian


Dasar Awam
Zalinah Ahmad
Nur Syakiran Akmal Ismail
Nor Azizah Zainal Abidin

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2007

iii
ISBN 983-3282-83-0

Cetakan Pertama, 2006


Cetakan Kedua, 2007
© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM
Sintok, Kedah Darul Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran


kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
Siri Modul Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul
Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas
daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti
Utara Malaysia sahaja.

iv
KANDUNGAN

Prakata ix
Penghargaan xi
Kata Kunci xiii
Matlamat dan Objektif Kursus xv

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MATLAMAT DASAR


AWAM

Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Keperluan Penggubahan Dasar Awam 1
1.2 Perkaitan antara Dasar, Program dan Projek 3
1.3 Perkaitan antara Matlamat dan Objektif Dasar Awam 4
1.4 Matlamat Dasar Awam 8
1.4.1 Matlamat Kesaksamaan 8
1.4.2 Matlamat Kecekapan atau Efisien (Efficiency) 9
1.4.3 Matlamat Keselamatan 10
1.4.4 Matlamat Kebebasan 11
1.5 Konsep Trade-Off antara Matlamat 14
1.6 Kesimpulan 16
Soalan Penilaian Kendiri 16
Jawapan Soalan dalam Teks 17

BAB 2 PERKAITAN ANTARA PROSES PEMBUATAN


DASAR (POLICY–MAKING) DAN ANALISIS
DASAR (POLICY – ANALYSIS)

Objektif Bab 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 Perkaitan antara Proses Pembuatan Dasar dan Analisis
Dasar 20
2.2.1 Apakah Proses Pembuatan Dasar? 20
2.2.2 Apakah Proses Analisis Dasar? 20
2.3 Proses Pengulangan Dasar 23
2.4 Peranan Penganalisis Dasar 25
2.5 Perancangan Dasar 28
2.6 Kesimpulan 30
Soalan Penilaian Kendiri 31
Jawapan Soalan dalam Teks 31

v
BAB 3 PERINGKAT 1 – PENETAPAN AGENDA

Objektif Bab 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Isu yang akan Menjadi Agenda 36
3.3 Bentuk-Bentuk Agenda 37
3.3.1 Agenda Sistemik 37
3.3.2 Agenda Institusi 37
3.4 Jenis-Jenis Isu 37
3.5 Proses Penetapan Agenda 38
3.6 Pihak-Pihak yang Membentuk Agenda 39
3.7 Permasalahan Dasar 40
3.8 Teknik-Teknik Penstrukturan Masalah 40
3.8.1 Teknik Delphi 41
3.8.2 Teknik Sinektik 42
3.8.3 Analisis Andaian 43
3.8.4 Teknik Sumbang Saran 44
3.8.5 Teknik Analisis Hierarki 46
3.9 Kesimpulan 46
Soalan Penilaian Kendiri 47
Jawapan Soalan dalam Teks 47

BAB 4 PERINGKAT 2 - PERUMUSAN DASAR

Objektif Bab 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Bentuk-Bentuk Penyelesaian Dasar 50
4.3 Teknik dalam Penghasilan Alternatif Dasar 54
4.4 Perkaitan Alternatif dan Impak 55
4.5 Penilaian Alternatif 55
4.5.1 Kriteria Pilihan 55
4.5.2 Kriteria Kekangan 56
4.5.3 Kriteria Kos dan Faedah 57
4.6 Peramalan Alternatif Dasar 59
4.6.1 Unjuran (Projection) 59
4.6.2 Jangkaan (Prediction) 60
4.6.3 Tekaan (Conjecture) 60
4.7 Kesimpulan 60
Soalan Penilaian Kendiri 60
Jawapan Soalan dalam Teks 61

BAB 5 PERINGKAT 3 - PEMAKAIAN DASAR

Objektif Bab 63
5.1 Pengenalan 63

vi
5.2 Pendekatan dalam Pemakaian Dasar 64
5.2.1 Pendekatan Rasional 65
5.2.2 Pendekatan Bounded Rationality 67
5.2.3 Pendekatan Multiple Advocacy 68
5.2.4 Pendekatan Incremental 69
5.3 Kriteria Pemilihan Cadangan Dasar 71
5.3.1 Nilai 71
5.3.2 Political Party Affiliation 72
5.3.3 Kepentingan Perwakilan 72
5.3.4 Pandangan Awam 72
5.3.5 Kepatuhan 73
5.4 Kesimpulan 73
Soalan Penilaian Kendiri 74
Jawapan Soalan dalam Teks 74

BAB 6 PERINGKAT 4 - PELAKSANAAN DASAR

Objektif Bab 77
6.1 Pengenalan 77
6.2 Konsep Pelaksanaan Dasar 77
6.3 Pelaksanaan Dasar 79
6.3.1 Sistem Penyampaian (Delivery Systems) 79
6.3.2 Teknik Perlaksanaan Dasar 81
6.4 Masalah-Masalah dalam Pelaksanaan Dasar 84
6.5 Pemantauan Dasar 84
6.6 Rumusan 85
Soalan Penilaian Kendiri 86
Jawapan Soalan dalam Teks 86

BAB 7 PERINGKAT 5 - PENILAIAN DASAR

Objektif Bab 89
7.1 Pengenalan 89
7.2 Kajian Penilaian Dasar Awam 89
7.3 Proses Penilaian Dasar Awam 90
7.4 Bentuk-Bentuk Penilaian Dasar 91
7.5 Keperluan kepada Proses Penilaian 92
7.6 Kriteria untuk Penilaian Dasar Awam 93
7.7 Penilai Dalam dan Penilai Luar 94
7.8 Masalah-Masalah dalam Penilaian Dasar Awam 95
7.9 Kesimpulan 97
Soalan Penilaian Kendiri 98
Jawapan Soalan dalam Teks 98

vii
BAB 8 PERUBAHAN DAN PENAMATAN DASAR

Objektif Bab 101


8.1 Pengenalan 101
8.2 Perubahan Dasar Awam 101
8.3 Bentuk-Bentuk Perubahan Dasar 103
8.4 Penamatan Dasar Awam 104
8.5 Bentuk-Bentuk Penamatan Dasar Awam 105
8.6 Kesimpulan 106
Soalan Penilaian Kendiri 106
Jawapan Soalan dalam Teks 107

BIBLIOGRAFI 109

LAMPIRAN: Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 111

viii
PRAKATA
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengikuti
kursus OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM kepada semua
pelajar program Pengajian Luar Kampus (PLK), Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia. Kursus
OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM ini adalah merupakan
kursus pilihan komponen yang terdapat dalam teras program Sarjana
Muda Pengurusan Awam bagi pelajar sepenuh masa dan program PLK
Universiti Utara Malaysia.

Modul OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM dihasilkan


berdasarkan rangka kursus dan silibus yang digunakan oleh pelajar
sepenuh masa Universiti Utara Malaysia. Modul ini dihasilkan bertujuan
untuk mempastikan agar kualiti kelulusan dan pencapaian pelajar
program PLK sama taraf dengan pelajar sepenuh masa. Dalam penulisan
modul ini, pihak kami telah mengambil kira keadaan pelajar yang akan
mengikuti bentuk pembelajaran kendiri.

Modul ini dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep atau
definisi, proses penggubalan dasar awam dan proses analisis dasar awam
yang merangkaumi peringkat-peringkat tertentu yang terdpat dalam
penggubalan dasar awam dan analisis dasar awam. berdasarkan
perkembangan dasar awam di Malaysia.

Untuk menambahkan lagi pengetahuan berkaitan dengan dasar awam,


para pelajar disarankan merujuk pelbagai bahan bacaan tambahan
berkaitan dengan dasar awam. Soalan Dalam Teks (SDT) disediakan bagi
perbincangan setiap topik dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) disediakan
di akhir setiap unit pelajaran dalam modul ini untuk dibincangkan dan
diselesaikan oleh pelajar. Bagi memudahkan para pelajar, penulis
menyediakan jawapan bagi SDT dan SPK untuk menyemak ketepatan
pelajar menjawab soalan-soalan yang disediakan. Penulis berharap agar
modul ini dapat membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang baik
dalam peperiksaan dan menambahkan pengetahuan tentang dasar awam.
Modul ini hanya sekadar panduan asas kepada pelajar. Oleh itu, pelajar
dinasihatkan untuk menambahkan bahan bacaan daripada pelbagai
sumber.

Akhir kata, penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar
program PLK, Universiti Utara Malaysia dan terus berusaha untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Zalinah Ahmad
Nur Syakiran Akmal Ismail
Nor Azizah Zainal Abidin
ix
x
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan


kurniaan-Nya, modul Operasi dan Penilaian Dasar Awam ini dapat
disiapkan sebagai rujukan asas pelajar program PLK. Dengan adanya
modul ini, diharap para pelajar program PLK mendapat manfaat
sepanjang mengikuti kursus ini.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung
dalam menghasilkan modul ini terutamanya pihak Fakulti Pengurusan
Awam dan Undang-Undang, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan
(PACE) dan PENERBIT UUM yang telah memberikan peluang,
kerjasama dan kesempatan kepada penulis untuk menghasilkan dan
menyiapkan sepenuhnya modul ini. Penulis juga merakamkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada Puan Farah Mat Din dan Encik Asrol Anuar
Ramli, Pegawai Penerbitan, PENERBIT UUM bertindak selaku editor
kepada modul ini.

Segala kekurangan dan kelemahan dalam modul ini adalah


tanggungjawab penulis sepenuhnya khususnya dalam edisi awal ini.
Sebarang komen dan cadangan yang membina adalah dialu-alukan untuk
menghasilkan sesuatu yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk manfaat
bersama.

Zalinah Ahmad
Nur Syakiran Akmal Ismail
Nor Azizah Zainal Abidin

xi
xii
KATA KUNCI
Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan dalam teks (SDT) ialah soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang
dipelajari. Contoh jawapan disediakan di akhir setiap
bab/pelajaran.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) ialah soalan ulangkaji


yang berkaitan dengan perbincangan keseluruhan
bab/pelajaran. Cadangan jawapan disediakan di akhir
modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


cadangan/skima jawapan yang disediakan di akhir
bab/pelajaran atau modul kursus. Anda dinasihatkan
membuat latihan terlebih dahulu sebelum menyemak
jawapan tersebut.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali pelajaran yang
lepas. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan pelajaran
tersebut akan dikemukakan.

xiii
xiv
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS

MATLAMAT

Modul GMGA3033 Operasi dan Penilaian Dasar Awam ini memaparkan


kepada para pelajar mengenai kepentingan dasar awam yang dilaksanakan
dalam sesebuah negara termasuk Malaysia bagi mengatasi atau
menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang berlaku dalam masyarakat.
Dasar awam berkaitan dengan keputusan dan tindakan yang dilakukan
oleh pihak kerajaan sama ada untuk menyelesaikan masalah dalam
masyarakat atau mencapai matlamat mereka. Kursus ini merupakan
kursus pemantapan kepada kursus-kursus lain dalam Program
Pengurusan Awam yang memberi penekanan terhadap perkaitan antara
proses pembuatan dasar dan proses analisis dasar awam. Selain itu,
peringkat-peringkat yang terdapat dalam kedua-dua proses ini juga
dibincangkan.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat:


1. Memantapkan pengetahuan secara mendalam mengenai proses
penggubalan dan proses analisis dasar awam.
2. Memahami setiap peringkat dalam proses dalam pembuatan
dasar awam.
3. Menjelaskan proses-proses utama dan keperluan dalam
pembuatan dasar awam.
4. Mengetahui cara sesuatu dasar awam itu dihasilkan dan
kesannya kepada masyarakat dan negara.
5. Memahami setiap peringkat yang terdapat dalam proses analisis
dasar awam.
6. Mempelajari teknik-teknik dan kaedah dalam membuat analisis
dan mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan dasar awam.
7. Mempelajari kaedah yang digunakan dalam melakukan analisis
dasar awam.

xv