You are on page 1of 5

TAJUK :

MENGHASILKAN ULASAN KRITIS SEPANJANG 500 PATAH PERKATAAN


BERDASARKAN PETIKAN “MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH”.

1.0 Pengenalan

Penjajahan atau kolonialisme merupakan satu kegiatan yang aktif pada abad ke-15
apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat penjajahan atau kolonialisme ditakrifkan sebagai dasar atau
amalan oleh sesebuah negara ke atas sesebuah negara lain. Secara retorik pula, penjajahan
membawa maksud penguasaan dan penindasan kuasa-kuasa besar ke atas negara yang
lemah atau mundur. Pada abad ke-15 kuasa-kuasa Eropah seperti Perancis, British, Sepanyol,
Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk mendapatkan negara di kawasan Asia Tenggara.
Perebutan kuasa tersebut telah menjadi satu peristiwa hitam bagi Tanah Melayu iaitu Malaysia
pada masa kini. Kecenderungan kuasa-kuasa luar yang lebih kuat dalam meluasakan kuasa
untuk membuktikan kehebatan mereka menyebabkan Malaysia tidak terlepas dari cengkaman
penjajahan kuasa asing iaitu terutamanya kuasa British.

. Kuasa terawal yang menjajah atau menduduki Tanah Melayu adalah kuasa Siam yang
menjalankan corak penguasaan berbentuk naungan. Corak penguasaan tersebut berubah
menjadi penjajahan apabila Portugis menguasai Kota Melaka dan menjajah secara langsung. Di
Malaysia pengaruh penjajah British merupakan pengaruh besar kerana penjajahannya adalah
agak lama berbanding kuasa-kuasa asing yang lain. Sejarah telah membuktikan bahawa
Malaysia telah mengalami zaman penjajahan oleh kuasa-kuasa asing seperti British, Portugis,
Belanda, Siam dan sebagainya sejak sekian lama. Sejarah menyatakan bahawa Tanah Melayu
dijajah selama 400 tahun. Walaubagaimanapun, masih wujud kenyataan-kenyataan yang
mengkagumkan seperti “Malaysia Tidak Pernah Dijajah”. Adakah kenyataan ini benar atau
tidak?

Menurut Professor sejarahwan Datuk Dr Zainal Kling Tanah Melayu " Malaysia tidak
pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Bukan beliau sahaja
yang menyatakan bahawa " Malaysia tidak pernah terjajah" tetapi bekas Perdana Menteri kita
Tun Dr Mahatir juga mengakuai bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan beliau bertambah
lagi bahawa hanya penasihat-penasihat British bertindak sebagai pemerintah yang mengambil
alih kuasa Raja-raja Melayu di tanah Melayu. Di sini timbul satu persoalan yang agak besar
tentang kenyataan kedua-kedua tokoh yang dinyatakan di atas. Persoalannya berbunyi seperti
berikut iaitu jika Malaysia tidak pernah dijajah mengapakah rakyat Malaysia mendapat
kemerdekaan dan kemerdekaan tersebut disambut setiap tahun? Adakah kita sambut
kemerdekaan hanya untuk meriangkan diri? Pastinya tidak. Jadi, di sini saya berpendapat
bahawa “Malaysia pernah dijajah” oleh kuasa asing.

2.0 Malaysia Pernah Dijajah

Bukti-bukti yang kukuh adalah penting bagi mengukuhkan kenyataan “Malaysia Pernah
Dijajah”. Salah satu bukti yang jelas bagi mengukuhkan kenyataan Malaysia pernah dijajah
adalah Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini ditandatangani pada 17 Mac
1824 antara British dengan Belanda di London. Perjanjian ini jelas menunjukkan penguasaan
penuh British di Tanah Melayu tanpa campur tangan kuasa barat lain. Perjanjian Inggeri-
Belanda merupakan pembahagian kuasa atau syarat-syarat pembahagian wilayah antara dua
lingkungan pengaruh iaitu British dan Belanda. Dalam Journal Pusaka History Journal Volume 1
(II) dinyatakan bahawa melalui perjanjian ini Belanda telah menguasai kawasan seperti Pulau
Jawa, Sulawesi manakala British menguasai kawasan-kawasan seperti Singapura, Melaka dan
daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Jika Malaysia tidak pernah dijajah mengapakah British
dan Belanda ingin pembahagikan kuasanya untuk memerintah negeri tersebut? Oleh itu,
Penguasaan ini adalah satu bentuk penjajahan British di Tanah Melayu. Tambahan pula, syarat
perjanjian iaitu bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British
mengukuhkan lagi kenyataan Malaysia pernah dijajah.

Seterusnya, bukti lain yang menggambarkan Malaysia pernah dijajah adalah


penguasaan sumber ekonomi oleh British. Sumber alam yang melimpah luah seperti bijih timah,
rempah ratus dan hasil-hasil hutan yang menguntungkan ekonomi negara Eropah di Tanah
Melayu telah menjadi dorongan bagi British untuk menjajah Tanah Melayu. Revolusi
Perindustrian di Eropah mengakibatkan kadar permintaan terhadap bahan-bahan mentah
meningkat sehingga British berebut untuk menguasai Tanah Melayu. Di Tanah Melayu British
mula mengenalpasti negeri-negeri yang kaya dengan sumber alam dan menguasai negeri-
negeri tersebut melalui beberapa perjanjian yang mengukuhkan kedudukannya di Tanah
Melayu. Sebagai contohnya, Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874 antara Pihak
British dengan Sultan Abdullah telah menyebabkan British melantik seorang Residen di negeri
Perak yang kaya dengan sumber alam iaitu bijih timah. Perlantikan tersebut telah merampas
kuasa memungut cukai pembesar-pembesar Melayu tempatan dan pengutipannya telah dibuat
oleh Residen. Contoh ini jelas menunjukkan bahawa kuasa ekonomi telah diambil alih oleh
British secara beransur-ansur dengan bijak. Ini merupakan satu bentuk penjajahan British di
Tanah Melayu dengan menggunakan ekonomi sebagai alat penjajahannya.

Dasar-dasar pemerintahan British turut merupakan salah satu bukti “Malaysia Pernah
Dijajah”. Seperti mana yang sedia maklum, semasa era penjajahan British telah memerintah
negara ini dengan dasar-dasar yang membebankan Raja-raja, pembesar-pembesar dan juga
rakyat jelata. Dalam pada hal itu, pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946 iaitu selepas
Jepun berundur dari Tanah Melayu adalah satu bentuk pemerintahan yang berbentuk paksaan.
Paksaan ini dapat dilihat melaui tindakan Mac Michael yang memaksa raja-raja Melayu untuk
menerima Malayan Union. Di sini apabila merujuk lagi kepada maksud penjajahan ianya
bermaksud penindasan atau paksaan oleh kuasa besar. Oleh itu, dasar British iaitu
pelaksanaan Malayan Union adalah satu penjajahan. Contoh lain pula adalah penerimaan
Residen di setiap negeri juga merupakan paksaan atau penindasan dimana British
menggunakan kuasanya untuk menjajah Tanah Melayu. Perlantikan Residen ini telah
menggugat kuasa Raja-raja Melayu dan pembesar. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh
British untuk memisahkan kaum-kaum di Tanah melayu mengikut tempat tinggal dan pekerjaan
juga menunjukkan kuasa penjajahan British di Malaysia yang menjadi bukti “Malaysia Pernah
Dijajah”.

Di samping itu, penjajahan British di Tanah Melayu juga dapat dibuktikan melalui
penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Komanwel yang ditubuhkan pada
1931. Negara-negara Komanwel merupakan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.
Jika Malaysia bukan negara yang tidak pernah dijajah oleh Britain, mengapakah Malaysia
menjadi anggota pertubuhan ini? Tambahan pula, syarat keahlian Komanwel adalah mesti
sebuah negara merdeka dan perlu taat setia kepada Raja Britain. Jadi, di sini jelas dapat
menggambarkan bahawa Malaysia telah tertakluk kepada pengaruh British. Penjajahan telah
berlaku di Malaysia dengan menumpukan taat setia kepada Raja di Britain dan British telah
menguasai Tanah Melayu hanya bagi menguntungkan diri sendirinya.
Tambahan pula, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya penentangan oleh
tokoh-tokoh atau pejuang-pejuang Tanah melayu untuk menentang penjajah. Antara tokoh-
tokoh tersebut adalah Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dato Bahaman,
Dato Maharaja Lela dan sebagainya. Pejuang-pejuang ini berjuang kerana telah berlaku
penindasan oleh pihak British. Jika British tidak menjajah Malaysia kenapakah pejuang-pejuang
ini berjuang menentang British? Ini merupakan satu persoalan yang besar. Tokoh-tokoh ini
telah berjuang bermati-matian untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman
penjajah. Sebagai contohnya, terdapat penentangan sehingga melibatkan pembunuhan
Residen British. Dato Maharaja Lela bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-
kaya Seri Agar Diraja dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang
penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird
Birch (J.W.W. Birch). Hal ini membuktikan penjajahan British di Tanah Melayu dengan
terperinci.

Suruhanjaya Reid turut menjadi satu bahan kukuh bagi membuktikan penjajahan British
di Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembangan Persekutuan
Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid dari England. Suruhanjaya ini bertujuan
untuk merangka satu perlembagaan bebas bagi Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini
dirangka oleh British dan bukannya oleh kerajaan Tanah Melayu atau orang-orang tempatan.
Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu campur tangan atau
kelulusan dari negara luar untuk merangka Perlembangaan Tanah Melayu. Oleh itu,
suruhanjaya ini merupakan satu pengesahan penjajahan British di Tanah Melayu.

Selain daripada itu, Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga adalah
dokumen sah yang menunjukkan penjajahan British di Malaysia. Dokumen ini menjelaskan
bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini yang
dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan pemerintah tempatan
yang selepas itu dinamakan Perikatan. Dokumen ini dikeluarkan sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan. Dokumen ini adalah pengesahan yang sah daripada pihak British dan selepas
akta inilah kita bebas daripada cengkaman British. Jadi, akta ini menjadi titik permulaan bagi
Malaysia membentuk kerajaan sendiri.
3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, jelas bahawa kenyataan “Malaysia Pernah Dijajah” adalah


benar. British telah menjajah Malaysia hanya untuk kepentingannya seperti untuk menguasai
ekonomi negara. Penindasan telah berlaku terhadap penduduk tempatan.
Kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas, aman dan damai daripada cengkaman
penjajah iaitu British. Tanggal 31 Ogos 1957 telah diabadikan sebagai tarikh yang penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita telah menghayati
kemerdekaan ini selama 58 tahun iaitu bermula dari tahun 1957 sehingga hari ini. Semua rakyat
di Malaysia sedang menghayati kemerdekaan ini dengan penuh kesedaran dan kesyukuran
nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Kita hendaklah menghargai kemerdekaan yang kita
menikmati sekarang ini dan perlu berwaspada agar zaman penjajahan yang pahit tidak
berulang lagi.