You are on page 1of 2

TAJUK :

MENGHASILKAN ULASAN KRITIS SEPANJANG 500 PATAH PERKATAAN


BERDASARKAN PETIKAN “MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH”.

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas, aman dan damai daripada cengkaman
penjajah iaitu British. Tanggal 31 Ogos 1957 telah diabadikan sebagai tarikh yang penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita telah menghayati
kemerdekaan ini selama 58 tahun iaitu bermula dari tahun 1957 sehingga hari ini. Semua rakyat
di Malaysia sedang menghayati kemerdekaan ini dengan penuh kesedaran dan kesyukuran
nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Namun, sehingga hari ini wujud satu kenyataan yang
sentiasa mengelirukan masyarakat Malaysia. Kenyataan tersebut berbunyi seperti berikut iaitu
“Malaysia Tidak Pernah Dijajah”. Adakah kenyataan ini benar atau tidak?

Penerangan yang kukuh perlu diberikan bagi menyokong kenyataan ini. Pada pendapat
saya, kenyataan “Malaysia Tidak Pernah Dijajah” merupakan satu kenyataan yang tidak boleh
diterima. Menurut Professor sejarahwan Datuk Dr Zainal Kling Tanah Melayu "tidak pernah
terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Pada pandangan saya
kenyataan ini tidak boleh disetujui kerana kenyataan sebenarnya adalah “ Malaysia Pernah
Dijajah”.

Pejuang mati bertabur tulang,

Hancur badan dikandung tanah;

Penjajah lari dihambat pulang,

Anak watan tegak dan megah

Apakah anda jelas dengan pantun yang dicerminkan di atas? Pantun ini jelas menunjukkan
bahawa Malaysia pernah dijajah dan penjajah telah dihalang daripada terus menjajah negara ini
dan telah dikeluarkan dari negara ini dan pemimipin negara kita telah berjuang bermati-matian
untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman British. Sebagai buktinya Akta
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 membuktikan bahawa Tanah Melayu
sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Oleh
itu, saya menegaskan bahawa “Malaysia pernah dijajah” oleh kuasa asing.

2.0 Malaysia Pernah Dijajah