You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUHIBBAH

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 / 2018

Tarikh : 27 Disember 2017

Masa : 8.30 p.m – 1.00 p.m

Tempat : Bilik Gerakan SK Taman Muhibbah

Pengerusi : Puan Faizah binti Kahar

Kehadiran : 43/44 orang

1. Puan Faizah Bt Kahar

2. Nuratiqah Wah Onn Abdullah

3. Ruzita Bt Ashak

4. Sheela Devi A/P Maniam

5. Md Hatta Bin Hj Badar

6. Abdul Hadi Bin Baharun

7. Nik Liyana Bt Nik Ahmad

8. Ahmad Rusdi Bin Abd Rahman

9. Mohd Takhrir Mubaraq Bin Hj.Ahmad

10. Muhammad Naqiuddin Bin Mustapakamal

11. Muhammad Shafiq Bin Elias

12. Aniza Bt Aziz

13. Fatimah Bt Jaffar

14. Farah Haizum Bt Juandi

15. Haizuran Bt Paiman

16. Hamidah Bt Alias

17. Jayanthi Rani A/P Muniandy

18. Kartinah Bt Ismail


19. Katipah Bt Bohari

20. Norashiken Bt Sanudin @ Samsuddin

21. Norajibah Bt Ahmad

22. Nor Azimah Bt Saman

23. Nor Hasmah Bt Mahasan

24. Nor Hasny Bt Abd Rahman

25. Norhayati Bt Kusdi

26. Norhuda Bt Md Nor

27. Norlida Bt Ahmad Sobli

28. Nur Ilyana Bt Ruslan

29. Nur Maysarah Bt Zakria

30. Nurul Shaniza Bt Khairudin

31. Rohayu Bt Sulaiman

32. Roszaiema Bt Zulbahrim

33. Rumizah Bt Basiron

34. Sahidah Bt Jaafar

35. Shahida Bt Abdul Latif

36. Siti Aishah Bt Abdul Kadir

37. Siti Idora Aisyah Bt Ibrahim

38. Siti Sabariah Sesuk

39. Siti Sarah Bt Ismail

40. Siti Hasmah Bt Hj.Bakri

41. Suginah Bt Basiran

42. Yuhaida Bt Yunus

43. Zuleyani Bt Zakaria

Tidak Hadir : 1. Puan Noraflah binti Sarimbi (CB)


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI:
1.1 Puan Faizah binti Kahar, selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat kembali
bertugas dan berterima kasih kepada barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru
yang dapat hadir pada Mesyuarat Guru bil 1/2017.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh En Muhammad Shafiq bin Elias.

1.3 Pengerusi merakam rasa tahniah kepada pengurusan hal ehwal murid kerana sekolah
mendapat sijil kehadiran yang mencapai kpi yang ditetapkan.

1.4 Guru-guru dinasihatkan agar dapat datang ke sekolah dengan ceria dan bebas stress.

1.5 Ucapan tahniah juga dirakamkan kepada guru-guru yang datang pada masa cuti
sekolah untuk menguruskan kelas.

1.6 Guru-guru diminta untuk membaiki pulih serta mengemaskini hub-hub yang sedia ada.

1.7 Hari pertama persekolahan, semua guru hendaklah menjalankan P&P seperti biasa.
Semua rancangan mengajar dan buku rekod serta fail telah dilengkapkan.
Tindakan: Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU :

- Dicadang untuk disahkan oleh En Md Hatta bin Hj Badar


- Disokong untuk pengesahan oleh En Abd Hadi Bin Baharun.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:


Tiada isu berbangkit

4.0 AGENDA :
4.1 Pengurusan Pentadbiran
4.1.1 Pada tahun 2018, pengerusi mengharapkan agar budaya bekerja secara
berpasukan diteruskan supaya prestasi lebih meningkat daruipada tahun
lepas. Budaya kerja berdokumentasi adalah perlu bagi melicinkan
pengurusan pentadbiran. Budaya kerja yang menerapkan penggunaan
teknologi harus ditingkatkan selaras dengan hasrat negara. Selain itu,
budaya kerja yang menitikberatkan keceriaan dan bermuafakat adalah perlu
bagi mewujudkan suasana profesion yang harmoni. Budaya kerja yang
berilmu, berfikiran positif serta menjadikan kerja sebagai ibadah pasti dapat
menjadikan para guru seorang yang sentiasa cekap dan gembira dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan.

4.1.2 Pengerusi mengingatkan para guru agar mengemaskini buku rekod dan fail
rph agar proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar
sepanjang tahun 2018. Guru-guru juga dikehendaki untuk membuat kursus
i-think secara online. Pentaksiran bilik darjah perlu dicatat dan direkodkan
dalam buku dan fail rancangan mengajar.

4.1.3 Rekod mengajar perlu dihantar pada setiap hari khamis setiap minggu.
Peraturan di bilik-bilik khas perlu ditampal dan dipatuhi.

4.1.4 Guru-guru diingatkan agar menfailkan sijil sakit.

4.1.5 Untuk makluman guru-guru, pelajar pendidikan khas inclusive boleh


dimasukkan untuk belajar bersama-sama murid kelas perdana dengan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

4.1.6 Pengerusi juga menyatakan harapan untuk unit hal ehwal murid agar
pendaftaran tahun 1 dapat berjalan dengan lancar pada hari pertama
persekolahan kelak.

4.1.7 Kes ponteng dan disiplin murid diharap agar dapat ditangani dengan lebih
baik pada tahun 2018. Semua guru adalah guru disiplin dan perlu
mengambil berat akan murid-murid yang ada masalah disiplin.

4.1.8 Pengerusi berharap agar pengurusan kokurikulum dapat berjalan dengan


lebih baik pada tahun 2018 dan dapat mencapai lebih banyak
kecemerlangan daripada tahun lepas. Segala aktiviti diharapkan agar dapat
dirancang dengan lebih awal dan teratur.

Tindakan: Semua Guru


4.2 Pengurusan Kurikulum

4.2.1 Puan Nuratiqah mengalu-alukan kehadiran semua guru ke sekolah bagi


memulakan sesi persekolahan 2018.

4.2.2 Beliau mengucapkan penghargaan kepada semua guru atas kerjasama


sepanjang tahun 2017 dalam menjayakan dan melancarkan semua agenda
dan program sekolah.

4.2.3 Beliau seterusnya membentangkan tentang peranan serta tanggungjawab


sebagai pendidik dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam
peperiksaan serta meningkatkan tahap penguasaan murid. Senarai nama
guru kelas sesi 2018, nama ketua panitia serta ahli jawatankuasa di bawah
unit pentadbiran dan kurikulum 2018 turut dibentangkan.

4.2.4 Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya memaklumkan ketidakhadiran


para guru dengan lebih awal agar urusan jadual ganti guru dapat disediakan
dengan lebih cepat.

4.2.5 Jadual wakttu guru dan jadual waktu kelas telah disiapkan lebih awal dan
guru-guru diingatkan untuk mengagihkan jadual waktu kepada semua murid
pada hari pertama sesi persekolahan 2018.

4.2.6 Perancangan taktikal dan perancangan operasi panitia perlu diseahkan


kepada Puan Norlida binti Ahmad Sobli untuk dibukukan.

4.2.7 PLC panitia perlu dilaksanakan mengikut hari yang ditetapkan dan semua
guru subjek teras telah diblok 2 waktu akhir dalam jadual waktu
persendirian.

4.2.8 Pengisian semua data online perlu disediakan dan disiapkan dalam tempoh
yang ditetapkan, disemak dan disahkan sebelum dihantar.

4.2.9 Semakan data dalam sistem HRMIS dan e-operasi perlu disemak dan
sebarang perubahan dimaklumkan kepada guru penolong kanan dan ketua
pembantu tadbir untuk disahkan.
4.2.10 PdPc pada tahun 2018 perlu lebih berfokus dan melestarikan PAK21 selari
dengan elemen Standard 4.

4.2.11 Program J-QAF diberi penekanan semula.

4.2.12 Kursus dalaman 2018 akan bermula dengan Bengkel Toolkit PAK21, PILL,
dan kajian tindakan.

4.2.13 Semua program kurikulum boleh dirujuk melalui takwim pengurusan sekolah
dan softcopy buku pengurusan sekolah akan dimuatnaik dalam Frog VLE
untuk meningkaatkan penggunaan Frog VLE.

Tindakan : Semua Guru

4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

4.3.1 Pn Ruzita mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan


kepada unit Hem sepanjang tahun 2017 dan pemberian sijil penghargaan.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada SK Taman Muhibbah
kerana peratus kehadiran murid 2017 mencapai KPI (95.17%) dan telah
menerima sijil penghargaan dari PPD. Semoga pada tahun 2018 dapat
ditingkatkan lagi.

4.3.2 Pn Ruzita juga membentangkan jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid dan
senarai tugas bagi tahun 2018.

4.3.3 Untuk tahun dua hingga tahun enam dan pendidikan khas seramai 15 orang
murid yang terlibat bermula 1 Januari 2018. Manakala bagi tahun 1 bermula
1 Februari 2018. Murid yang terlibat berdasarkan data di APDM dan
dipersetujui oleh jawatankuasa Bantuan Sekolah.

4.3.4 Beliau memaklumkan bahawa pada 30 Disember 2017 satu bengkel dan
taklimat tentang APDM bersama guru kelas akan diadakan bagi tujuan
mendaftar murid mengikut kelas.

4.3.5 Puan Ruzita mengedarkan fail kepada guru kelas yang mengandungi
senarai nama murid, boring kehadiran sementara ( selama 4 hari), borang
enrolmen murid, borang pergigian, borang murid yang mempunyai sejarah
perubatan dan borang data murid. Kesemua dokumen tersebut perlu
dilengkapkan mengikut tarikh ditetapkan.

4.3.6 Semua guru kelas dan pembantu guru kelas perlu memastikan kelas bersih,
selamat , ceria dan bermaklumat sebelum sesi persekolahan bermula.
Gotong royong bersama PIBG dan penyerahan token akan diadakan pada
30 Disember 2017 jam 8 pagi.

4.3.7 Perhimpunan akan dijalankan di Dewan Terbuka bermula jam 7.15 pagi.
Puan Ruzita memaklumkan agar guru bertugas minggu pertama dapat
membuat persiapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan tersebut
agar majlis berjalan lancar.

4.3.8 Beliau meminta penyelaras iaitu Puan Norlida bt Ahmad Sobli dan
Kaunselor bersama semua pentadbir akan menyambut kehadiran murid di
pintu pagar sekolah untuk bersalaman dengan murid dan ibubapa.

4.3.9 Pn Ruzita memaklumkan bahawa ibu bapa tahun 1 dibenarkan oleh pihak
sekolah untuk bersama anak-anak mereka dalam tempoh 2 hari sahaja.
Ibubapa juga dibenarkan menunggu anak-anak mereka di dewan terbuka
atau kantin sekolah sahaja.

4.3.10 Penggunaan tandas lelaki dan perempuan sama seperti tahun 2017.

4.3.11 Buku kedatangan perlu guru kemaskini sebelum jam 8 pagi untuk proses e-
kehadiran APDM oleH KPT/HEM pada setiap hari.

Tindakan: Semua Guru

4.4 Pengurusan Kokurikulum

4.4.1 Perlaksanaan program 1Murid 1Sukan dan aktiviti kelab serta persatuan
akan dilaksanakan pada setiap hari Selasa bermula pada pukul 7.20 pagi
hingga 8.20 pagi. Guru-guru diminta cakna dengan pergerakan murid.

4.4.2 Pestarama akan diakan 3 kali setahun.


4.4.3 Pada tahun 2018, Kelab Badminton telah dimansuhkan dan Kelab Catur
telah diwujudkan.

4.4.4 Pengerusi juga meminta kerjasama guru Penyelaras dan Guru Pemimpin
Kelab agar menghantar laporan secepat mungkin.

4.4.5 Untuk pengetahuan semua guru, Jawatankuasa Ko-kurikulum pada tahun


2018 ada rombakan penyelaras / guru pemimpin dengan harapan dapat
memberikan komitmen yang baik.

4.4.6 Bagi guru pengiring yang akan membawa murid ke program dan aktiviti luar
sekolah, diharap guru pengiring sentiasa berada dengan murid demi
keselamatan murid-murid SKTM.

4.4.7 Pengerusi menyampaikan hasratnya untuk Pasukan Bola Sepak dan


Pasukan Bola Jaring sekolah dapat mengekalkan kejuaraan pada
tahun 2018.

4.4.8 Pembentangan tentang program PIKeBM dilaksanakan oleh beliau


dan menegaskan bahawa semua guru penasihat perlu menjalankan
program ini ketika melakukan aktiviti bersama murid.

5.0 Penutup
5.1.1 Pengerusi meminta supaya semua guru memberi kerjasama dan menerima
tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sewajarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 tengahari.

Disediakan oleh:

( )

Urus setia

You might also like