WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1. 1. 1

KAEDAH ABJAD Pengenalan Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan Greek dan

Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada murid-murid. Kaedah abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.

1.2

Langkah-Langkah Pengajaran

1.2.1 Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar. i. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti contoh berikut : * Ayam * Api * Adik * Awan 1

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan huruf konsonan seperti contoh berikut : Bola Buku Batu Besi Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 1.2.2 Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan
a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi

huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata. Contohnya seperti berikut: ba be bi bo bu ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu 1.2.3 Membentuk Perkataan Mudah a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata Contoh: Bu bu Ba ba b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu
1.2.4 Membentuk Ayat Mudah

a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contoh : Bibi buka buku Bibi baca buku Buku Bibi baru b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. 2

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1.3

Kelebihan Kaedah Abjad

1.3.1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada

suku kata yang hampir tetap bunyinya. 1.3.2 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru walaupun belum pernah dipelajari kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 1.3.3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. 1.3.4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid.

1.4

Kelemahan Kaedah Abjad

1.4.1 Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. 1.4.2 Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. 1..4.3 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. 1.4.4 Ianya boleh mendatangkan kebosanan kepada murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

3

V + VK (air. VK + KV (anda. unda). s suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan. KV + KVK (bukan. emas). aib).WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2. (c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : a Ɨ ku.2 Jenis Suku Kata: (a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : ah. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersamasama dengan konsonan. a.1 2. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. KV + V + 4 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 . Contoh : V + KV (ibu. du Ɨ duk Menurut R. Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. V + KVK (adat. 2. Setidak-tidaknya satu suku kata terdiri daripada satu buah vokal atau satu vokal dan satu konsonan. iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal kata. entah). VK + KVK (untuk. Robins pula kaedah ini merupakan “Satu kumpulan konsonan dan vokal yang mempunyai status unit. Kaedah suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. dekat). Contoh : KV + V + KV (biasa. cuaca). KAEDAH SUKU KATA Definisi Menurut Daniel Jones kaedah suku kata adalah satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. di tengah kata dan di akhir kata.” Ujaran yang paling minimum. Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal. Mengacu kepada bunyi akhir. ela).H.

1 Definisi Kaedah fonik ialah kaedah pengajaran membaca yang membimbing murid tentang perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa pertuturan.2. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiaptiap perkataan yang dibacanya. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama) 2.2.3 Kebaikan Kaedah Suku Kata a) Murid-murid mahir mengeja. Fonetik itu adalah satu bidang bahasa PGSR BM AMBILAN NOV 2008 5 . Fonetik (fon’etik) ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan . KAEDAH FONIK 3. (d) Kata tunggal empat suku kata. e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu. b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. fahamman langsung tidak dihiraukan. d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada bahagianbahagiannya. 2.4 Keburukan Kaedah Abjad a) Murid-murid tidak lancar membaca.WAJ 3104 LITERASI BAHASA KV (kaedah). b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak. c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak memperdulikan rangkaikata dan tempat-tempat berhenti. 3.

sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). dan Membunyikan huruf-huruf dahulu. (tersendiri . Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Kesedaran Fonemik . Contohnya : ba.WAJ 3104 LITERASI BAHASA yang begitu luas yang mencakupi ciri-ciri fizikal sesuatu bunyi.2. hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.akhiran perkataan.isolation) Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”. Contohnya : A = aaaa E = e’h E = eh I = iiiii O = oooo PGSR BM AMBILAN NOV 2008 6 . Kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan.Abjad Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”. kh. Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. 3.Bunyi Fonik . Seterusnya permulaan perkataan. murid boleh memberitahu bahawa bunyi awal perkataan itu ialah /b/ (b ē) .2 Cara Pengajaran Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang). tang. ny. murid boleh memberitahu bahawa abjad awal perkataan itu ialah /b/ dan ikuti oleh /u/. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. = batang dahulu serta mulakan dengan huruf vokal.pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng.1 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. 3. /k/ dan /u/. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah sy. antara lainnya frekuensi dan bagaimana bunyi terhasil.

3. t (teh).1 Sesuai dengan susuk kata Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.4 Keburukan Kaedah Bunyi PGSR BM AMBILAN NOV 2008 7 .3.3.3.4 Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. 3. mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. 3. ba 3.2 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. 3.3.WAJ 3104 LITERASI BAHASA U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez b (beh).3 Jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad.3 + a (ah) = u (uh) = tu = ba tu batu Kebaikan Kaedah Bunyi 3.

Rasionalnya. jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Berpadanan dengan namanya.1 membaca dengan menggunakan kaedah abjad . 3. Sama dengan kaedah mengeja.1 Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka. Sebab itulah. ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3.2 Bacaan murid-murid tidak licin.4. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Definisi Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh 4. satu lepas satu. 4.4. Kaedah PGSR BM AMBILAN NOV 2008 8 . ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata.kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto “photographic memory “. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris.2 Cara Pengajaran Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Mengikut kajian. 4. kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia.

tetapi terus disebut perkataan itu.4 Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan. dan tidak jyga dieja.1 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.5 Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini diserta dengan gambar. Setelah mengecam diminta terus membaca.2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu PGSR BM AMBILAN NOV 2008 9 . Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua. 4.3.1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan. 4. kanak-kanak diminta mengecamterus ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya.4. 4.3 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Setelah dicam.4 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut.3. kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. 4.2 Dalam hal mempelajari ayat pula. tidak dibunyikan.3 Proses Kaedah pandang dan sebut 4. tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) • ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) 4. 4.4.3.3. 4.WAJ 3104 LITERASI BAHASA pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. 4.3. Pada peringkat permulaan. menarik minat murid-murid.

4.5.3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.5 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut.Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. 4. 4. 4.1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataa. DEFINISI TULISAN TULISAN adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi.2 Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 10 .5. 4. rangkai kata dan ayat- ayat yang telah diajarkan sahaja.4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna.Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang..5.4.4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.WAJ 3104 LITERASI BAHASA daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. 5. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.5. 4. Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. 4.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.4.

Di sekolah-sekolah .tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.Ini tidaklah merisaukan.1 Tujuan serta merta.Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.cekap dan pantas. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 11 .Bagaimanapun harus diingat. perkembangan bahasa dan tulisan g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya.Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata. a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik.1 TUJUAN TULISAN 5.1.kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaba. c) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat–ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. 5.Seseorang itu menulis karangnya kerana ada yang membacanya.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Tulisan berhubung rapat dengan membaca.Seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

penyajak atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Misalnya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku. pengalaman dan perasaan. a) Meluaskan pengetahuan.1. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran (mental). Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. membuat ramalan ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya. seorang penulis. mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 5.2 Tujuan Lanjut. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran. JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. pengalaman. 6. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak. 6.menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya PGSR BM AMBILAN NOV 2008 Kemahiran Menulis Secara Mekanis 12 .1 . b) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin.segi-segi.WAJ 3104 LITERASI BAHASA seperti menulis huruf. c) Latihan pernyataan kehendak.otot. bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya. tulis di awangan.menulis perkataan dan ayat. di pasir. b) Latihan pernyataan perasaan.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. 7. menulis suku kata. e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk . kebersihan dan lain-lain. g) Melatih menulis cepat. f) Melatih menulis cepat. bulatan. rangkai kata dan ayat. jelas dan senang dibaca.di papan tulis dan sebagainya. 6. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya : a) Latihan pergerakan tangan .jari dan membentuk atau membuat garisangarisan. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah: a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.tegak atau condong.menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf. perkataan.jarak kekemasan.2 Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental) Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. b) Tunjukkan cara pergerakan tangan.saiz. d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga : 13 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA a) Peringkat pramenulis (persediaan) b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) c) Peringkat untuk pelahiran. garis melengkung. Pada peringkat pramenulis. kiri ke kanan dan depan ke belakang. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus. latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. i. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Lenz. 7.1 Peringkat Pramenulis Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah. v. vii. iv. vi. dan dari bawah ke atas. Menurut Hughes. dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis. Menyambung titik-titik di atas kertas. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut . ii. Melukis bulatan lawan arah bulatan jam. dan bulatan arah jam. Mercer. melukis garis tegak dari atas ke bawah. dan viii. koordinasi mata dan tangan. Melukis garis condong . iii. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 jarum 14 . Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk . aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan. Selain itu latihan-latihan kordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanakkanak dapat meniru bentuk–bentuk yang dilihat.

dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. kedudukan badan. dan bentuk huruf.1 PEMULIHAN MEMBACA Pengenalan 15 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 . Bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Pada peringkat awal. kawalan tulisan perlu dilakukan. 9. dan kertas garis tiga. barulah dilatih membentuk huruf-huruf pada halaman yang bergaris . Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu . Setelah didapati memuaskan. 9.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 8. 8. mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.2 Peringkat Mendirikan Asas Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis. faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul. maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis pada mereka. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong kertas petak.0 8. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga lembaran satu garis. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris. guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.1 PENULISAN MEKANIS Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis ) Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik.

c) Faktor yang ada pada bahan bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. 9. guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: • Bibir • Gigi • Gusi • Lelangit keras • Lelangit lembut • Anak tekak • Lidah • Rongga tekak • Rongga mulut PGSR BM AMBILAN NOV 2008 16 . penggunaan dan organisasi bahan grafik. diftong.1 Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Pengajaran bunyi vokal. Justeru. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa. pengetahuan. struktur cerita. dan konsonan juga perlulah ditekankan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. kendungan bahan. Justeru.2. kebolehan berbahasa. panjang pendek ayat. aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. dan pengalaman sedia ada.2 Aktiviti Pemulihan Bacaan 9.

guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: • Nyanyian lagu A. 9. 9. kv+kv. menggunakan dan menilai bahan. 9. permainan respon terhadap bunyi huruf..3 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. dan memenuhi keperluan pancaindera.B. • Menayangkan huruf satu persatu secara berulang • Padanan abjad • Menyebut huruf satu persatu secara berulang. memilih bahan.2.2 Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid.C.3 Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. . Bahan pengajaran pula perlulah menarik. membina.4 Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca..WAJ 3104 LITERASI BAHASA 9. mengolah bahan. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf ‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. Melalui aktiviti pemulihan. Pengetahuan dan pemahaman guru PGSR BM AMBILAN NOV 2008 17 . 9.2. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan.2. permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv.2. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur. Justeru.5 Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. dan kv+kvk. kvk.

cara ini kurang memuaskan. dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. menulis atau mengira. iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Walau bagaimanapun. kaedah. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan. 10.WAJ 3104 LITERASI BAHASA dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. atau ringkasan. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid. setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan. 10. langkah yang kedua ialah diagnosis.1 PEMULIHAN TULISAN Cara-Cara Pelaksanaan Rancangan Pemulihan Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akan diasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. sama ada bidang membaca. kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan.0 10. langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca. menulis dan mengira. dan murid itu juga PGSR BM AMBILAN NOV 2008 18 . supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan.

10.2.2. b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa. guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.2 Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya. guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.WAJ 3104 LITERASI BAHASA mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. atau perenggan biasa boleh digunakan. b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa. 10. guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.5 Dari ujian ini. Setelah tiga minit. 10. cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.2.2.4 Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 19 .2. a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan. 10.1 Ayat. Dengan itu. asalkan mematuhi dua syarat berikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.3 Setelah semua murid selesai menulis. 10. Cara berikut untuk mengesan. murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.s dan t menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting'. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas.`American Handwriting Scale'.`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘. d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri. kecuali huruf L Oleh PGSR BM AMBILAN NOV 2008 20 . dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca. atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. n seperti u. Contohnya huruf kecil r. dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan. beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan.o. atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah. menutup e. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'.WAJ 3104 LITERASI BAHASA c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat. Huruf besar biasanya mudah dibaca. atau yang memerlukan penelitian kali kedua.a. atau yang tulisannya terlalu besar. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid. o seperti a dan a seperti u. sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. guru harus dapat membuat diagnosis. membuat d seperti cl. diikuti dengan huruf n.e. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini. skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis. Dari penyelidikan Pressey.n. untuk menyediakan cartanya itu. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i. Walau bagaimanapun. Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah.

Kemudian.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. 10. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 21 . tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.1 Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.4. penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi. seperti pada umur empat tahun setengah. Kad-kad tulisan dan lembaranlembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. atau krayon. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. dan seluruh anggota tangan harus dihayun. murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. 10. bukanlah setakat tapak tangan sahaja. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil. atau krayon adalah seperti berikut: 10. Penerangan. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid.WAJ 3104 LITERASI BAHASA kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Seperti pengajaran bahasa juga. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil. adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

4. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan. 10. jari telunjuk.4. sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus.4 Kemudian. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan. supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.5 Setelah itu.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 10.4. murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hamper dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.2 Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini.4. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. 10. 10. garisan. murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta.6 RUMUSAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat- peringkat permulaan dan mendirikan asas.3 Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Pendekatan dan strategi pengajaran yang PGSR BM AMBILAN NOV 2008 22 . 10. 10. murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Penerangan.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik. Walau bagaimanapun. peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 23 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. murid-murid akan bermotivasi untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

menolak. Ia boleh dilakukan melalui pendekatan-pendekatan yang positif. tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 24 . John Samuel dalam artikelnya yang berjudul Standard of English: Compari- son Not Valid (1987) menyatakan bahawa seorang guru yang baik seharusnya tidak menghadapi kesulitan dalam memotivasikan pelajar-pelajamya. membetulkan dan sebagainya. la menyediakan kepelbagaian dan membantu mengekalkan minat di dalam bilik darjah. Sewaktu pembelajaran berlangsung. menyatakan persetujuan. mengemukakan cadangan. Beliau telah mengkaji dan membincangkan dengan jelas proses pembelajaran bahasa melalui rangsangan dan gerak balas. la merupakan satu kaedah mempelajari bahasa secara tidak langsung. Ia juga menggalakkan pembelajaran kendiri. Terdapat pelbagai aktiviti permainan bahasa yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 11. menerima. Oleh itu. Menggunakan permainan bahasa dalam pelajaran bahasa boleh diangggap sebagai satu pendekatan yang positif. Pelajar belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana memberikan Iebih banyak peluang kepada pelajar itu melibatkan diri dalam komunikasi.0 PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Dr. Permainan bahasa yang dilakukan di bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah. aktiviti menjadikan sesuatu bahasa itu menarik untuk dipelajari. Beliau telah melatih dua ekor merpati bermain ping pong untuk melihat bagaimana latihan secara bermain dapat mengajar kedua-dua merpati itu bermain dengan cekap. Permainan bahasa bersifat komunikatif dan menyeronokkan. idea dan menggunakan sebahagian besar bahasa untuk perbincangan. Kajian awal mengenai latihan bermain dan belajar pernah dilakukan oleh Skinner seorang tokoh psikologi pembelajaran yang terkenal. pelajar bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat . Penyelidikannya mendapati latihan secara bermain telah berjaya mengajar burung merpati itu bermain ping pong dengan baik melalui rangsangan dan gerak balas yang berulangulang.

posmen. jenis permainan yang dipilih ialah permainan bahasa yang menyerupai permainan Bingo tetapi telah dibuat sedikit perubahan dari segi peraturan permainannya. teks kata.1 PERMAINAN BAHASA UNTUK KEMAHIRAN MEMBACA Permainan bahasa untuk kemahiran membaca lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membaca pada peringkat permulaan. Di dalam tugasan ini. serta aktiviti membaca yang mudah. dan latar belakang pelajar-pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan tidak membosankan. minat. dan sebagainya.1 TUJUAN PERMAINAN PGSR BM AMBILAN NOV 2008 25 . Permainan bahasa bagi kemahiran membaca bertujuan untuk melatih pelajar membaca dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah.2 PERMAINAN BINGO 11. pencapaian. iaitu latihan mengecam dan menyembunyikan huruf atau perkataan. domino. kad cantuman . 11. mengenal perkataan dan ayat. dan membaca perkataan serta ayat yang terdapat pada permainan. Antara permainan yang sesuai dengan kemahiran membaca adalah bingo. guru-guru bahasa disarankan agar memilih teknik-teknik yang sesuai dengan kebolehan. 11. Penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran membaca akan mempercepatkan proses penguasaan bacaan kanak-kanak kerana segala proses penguasaan permainan tersebut akan menumpukan perhatian kanak-kanak tersebut kepada proses mengeja membaca arahan. menyesuaikan gambar dengan cerita. teka silang. mengeja.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerima aktiviti permainan bahasa sebagai salah satu teknik pengajaran bahasa yang penting. melengkapkan kata.2.

5.3 CARA MENGHASILKAN ALAT PERMAINAN Gambar atau grafik yang terdapat di papan Bingo dan kad huruf serta kad semak di reka menggunakan komputer.4 CARA BERMAIN Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan (2 kumpulan) atau individu (satu lawan satu). Untuk mengelakkan peralatan permainan ini daripada cepat rosak. 11.2. Untuk melibatkan ramai pemain atau kumpulan. 26 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .2 Bahagikan kad huruf (36 buah) sama banyak kepada dua bahagian dan berikan kepada setiap kumpulan.1 Berikan Papan Bingo kepada setiap kumpulan. guru hendaklah menambah set permainan Bingo seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Permainan ini bertujuan supaya pelajar boleh mengenal huruf besar dengan cepat dan tepat.5 LANGKAH 11. 11. papan Bingo dan kad semak telah dilapis dengan ”laminating film”.2 BAHAN / SET PERMAINAN (Rujuk lampiran) a) Papan Bingo (2 buah) b) Kad semak (35 keping) c) Kad huruf besar (36 keping) 11. 11. manakala kad huruf pula dilapis dengan kertas tebal berukuran 2 milimeter.5. Kemudian ianya dicetak menggunakan kertas Glossy untuk mendapatkan kesan cetakan yang lebih baik. 11.

daripada pelajar.4 Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyemak sama ada huruf yang disebutkan tadi ada pada kumpulan masing-masing. 11. Jika ada huruf tersebut diletakkan pada Papan Bingo.5 Cabutan Kad Semak akan terus dilakukan. bukanlah mudah bagi guru mendapat tindak balas yang tepat. Oleh itu. 11. 11. aktiviti-aktiviti dirancangkan khusus untuk membolehkan pelajar menggunakan segala sumber yang ada pada mereka untuk berkomunikasi. permainan mendorongkan penggunaan bahasa dan fungsi bahasa yang agak luas sewaktu pelajar-pelajar berinteraksi. Dalam permainan. 27 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 . Kad Semak dan Papan Bingo. 11.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 11. guru tidak seharusnya terlalu 'rigid' dengan mengkehendaki pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta-merta.6 Kocok semula Kad Semak dan Kad Huruf (lakukan seperti yang dinyatakan dalam bahagian 4.7 RUMUSAN Dalam permainan.2 dan 4. Kumpulan yang berjaya memadankan semua kad huruf di Papan Bingo dan menyebut “Bingo” terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.6 CADANGAN Guru juga boleh menggunakan cara permainan ini untuk tujuan mengenal suku kata.5. Oleh itu. dan perkataan dengan cara mengubahsuai paparan pada Kad Huruf.5. Ini secara tidak langsung mendorongkan mereka memilih bentuk struktur bahasa yang di luar jangkaan kita. Dalam permainan.3) untuk meneruskan permainan bagi pusingan kedua.5. 11.3 Seorang murid akan mengambil kad satu persatu dari himpunan Kad Semak yang ada dan menyebutkan huruf tersebut. pelajar biasanya menggunakan beberapa mekanisme misalnya berbincang atau meneka.5.

permainan harus berupaya memberi motivasi yang tinggi dan bukan hanya sekadar bertanding semata-mata. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Masalah dan kesilapan ini boleh dibincangkan kemudiannya dalam kelas. Oleh itu. maka aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan dalam bilik darjah. Selepas aktiviti. Pada masa permainan . guru harus mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Kemungkinan masalah atau kesukaran yang dihadapi itu tidak dapat dilihat atau dikesan oleh pelajar. Para pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas-tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berkomunikasi. guru beralih dari satu pasangan ke satu pasangan atau dari satu kumpulan ke satu kumpulan sambil mencatatkan masalah atau kesilapan biasa yang dilakukan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Penekanan permainan sebenarnya menekankan semangat bekerjasama dan bukannya pertandingan. Ini dibuat dalam satu sesi yang membincangkan masalah dan kesukaran yang dihadapi. ia harus mampu memantapkan proses bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. PGSR BM AMBILAN NOV 2008 28 . Guru harus cuba untuk tidak mengganggu permainan sama ada membuat teguran atau membetulkan kesalahan-kesalahan kecil. Ini bertujuan untuk memastikan tiada masalah yang timbul semasa permainan bila dijalankan. pelajar harus diberi arahan tentang cara-cara bermain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti permainan dengan jelas. Jadi guru tidak seharusnya melemahkan fungsi permainan yang sebenar. Jika pelajar memahami tugas dan peranan masing-masing. Sebelum memulakan permainan. atau kemungkinan juga ia berkaitan dengan aspek bahasa. Item-item bahasa tertentu boleh disemak semula sekiranya ia merupakan satu kelemahan yang serius di kalangan pelajar.

29 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 1: Latihan menulis dari kiri ke kanan. GAMBAR 2: Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 3: Latihan membentuk bulatan di udara. pasir. GAMBAR 4: W Z V PGSR BM AMBILAN NOV 2008 30 . lantai tanpa menggunakan alat tulis. Di atas meja.

GAMBAR 5: Latihan membentuk corak campuran bulatan Dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. GAMBAR 6: Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. 31 PGSR BM AMBILAN NOV 2008 .WAJ 3104 LITERASI BAHASA Latihan membentuk garis lurus.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 32 . GAMBAR 8: a b c d e f Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga.WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 7: Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 9: a b c d e f Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu. GAMBAR 10: Aa Bb Cc Dd Ee Ff Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul PGSR BM AMBILAN NOV 2008 33 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 11: Papan Bingo PGSR BM AMBILAN NOV 2008 34 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA GAMBAR 12: Muka hadapan Kad Semak Muka belakang Kad Semak PGSR BM AMBILAN NOV 2008 35 .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Gambar 13 Kad Huruf PGSR BM AMBILAN NOV 2008 36 .

Internet 5. Husin. Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Marohani Yusoff (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz( 1996). Siti Nurfazira Ramli (2009). Longman Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Pemulihan Tulisan . 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. 2. Kamaruddin Hj. Dilayari pada 10 Oktober 2009 dari laman http://ctfazira. Dilayari pada 25 September 2009 dari laman http://ctfazira. Siti Nurfazira Ramli (2009). Pratulisan.blogspot.com/ 6. Siti Hajar Bt.WAJ 3104 LITERASI BAHASA BIBLIOGRAFI Buku 1. Bhd. Husin. 4. Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kamaruddin Hj.blogspot. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pedagogi Bahasa. Azman Wan Chik (1993).com/ PGSR BM AMBILAN NOV 2008 37 .

Bahan Bantu Mengajar.wordpress. Aktiviti Pemulihan Penulisan.blogspot. Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009). Norhaidi Bin Hj.com/ PGSR BM AMBILAN NOV 2008 38 . 8.com/. Dilayari pada 12 Oktober 2009 dari laman http://mohdnorizwansulaiman. Dilayari pada 30 Oktober 2009 dari laman http://cikguhaidi.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 7. Sarponen (2009).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful