You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PERMATA HATI

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Permuffakatan Permata
Hati peringkat SMK Seksyen 19 bagi tahun 2018. kami merafa’kan kesyukuran dan
pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai Ya Allah.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komitmen dan
iltizam kami terhadap pendidikan. Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati
majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah
tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi
menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat
melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu.
Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.