GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

1.0

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar?. Pada umumnya dasar merujuk kepada apa juga tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh kerajaan. Justeru ini, definisi dasar juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama, dasar yang ditetapkan adalah segala sesuatu strategi atau tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara dan demi menjamin jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai oleh kerajaan disamping mengutamakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Selain itu, definisi dasar yang kedua pula dapat ditakrifkan seperti berikut dimana keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara iaitu bermaksud, pihak kerajaan memutuskan untuk mengelak dari membuat sebarang keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan atau dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara serta tindakan kerajaan ini juga boleh dinamakan sebagai keputusan untuk tidak membuat keputusan. Namun pentakrifan dasar adalah lebih luas berdasarkan pandangan beberapa orang penulis. Mengikut pandangan (Rose, 1969:1) dasar merupakan satu ciri yang panjang dan

berkaitan dengan kegiatan serta melibatkan keputusan yang konkrit yang bermaksud juga merperlihatkan dasar sebagai satu bentuk atau siri untuk melakukan tindakan. Selain itu, bagi pandangan seorang penulis iaitu (Friedrich, 1963:79) dasar sebagai satu haluan tindakan yang memerlukan dasar untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan dan walaupun matlamat atau tujuan kerajaan sukar diketahui, tetapi idea bahawa dasar melibatkan perlakuan tindakan merupakan sebahagian definisi dasar Istilah etika pula berasal dari perkataan Greek ethos, yang bermaksud khusus kepada character, ataupun perwatakan dan keperibadian. (Gluck, 1986 : 176) telah mendifinasikan etika
1|P ag e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai, ³kajian filosofikal terhadap moraliti´. Manakala Shea (1988:17) pula mendefinasikan etika sebagai ³prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen´ dan sebagai ³satu standard tingkahlaku´.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan. Hubungan etika kerja kakitangan awam

dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli kakitangan awam dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja kakitangan awam merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Antara berikut menunjukkan dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan etika kakitangan awam selain untuk memperkukuhkan pentadbiran.

2.0

DASAR PENSWASTAAN

Dasar penswastaan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983 selepas pelancaran Dasar Persyarikatan yang melibatkan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan negara. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan pemindahan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010). Menurut Rine (2009), menerangkan bahawa penswastaan (privatization) bermaksud pemindaan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru dikendalikan oleh sektor swasta.
2|P ag e

1 OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN Perkembangan jumlah sektor awam dengan begitu pesat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu menyebabkan perbelanjaan sektor awam meningkat dengan begitu besar dari dua puluh lapan peratus pada tahun 1975 kepada tiga puluh enam peratus pada tahun 1982 dan kegawatan ekonomi Malaysia merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan Dasar Penswastaan diperkenalkan (Pusat Maklumat Rakyat. Dasar penswastaan juga berperanan 3|P ag e . Din dalam seminar Pembangunan Negeri Pahang (1984). 2. Hakikatnya. Oleh yang demikian. 2010).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM Konsep penswastaan ini adalah berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) kerana dasar ini bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia berdasarkan idea Abdul Rahim Hj. penswastaan amat diperlukan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi yang memerlukan penglibatan pihak swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. 2009). rasional dan objektif dasar ini telah diperkenalkan untuk menjaga kepentingan dan membantu kerajaan dalam hal pembangunan negara supaya negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju yang lain. konsep dasar penswastaan lebih berkesan berbanding dengan konsep dasar persyarikatan kerana kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan tidak dapat dicapai disebabkan oleh beberapa kekangan daripada pihak kerajaan yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat telah menghalang tujuan utama pihak swasta untuk mengaut keuntungan (Rine. Pelaksanaan dasar penswastaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan. daya dan mutu pengeluaran oleh pihak penswastaan terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Selain itu.

Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah diperkenalkan sebagai panduan pelaksanaan penswastaan bagi memudahkan prosedur pelaksanaan dan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan (Rine. Justeru itu.3 KESAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM Tuntasnya. aspek perundangan. 2009). agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB). 2. penilaian dan penentuan harga serta implikasi terhadap kakitangan dan perkhidmatan di samping perundingan dengan sektor swasta dan perancangan penswastaan. 2010). Tambahan pula. pelaksanaan Dasar Penswastaan dianggap telah berjaya kerana menunjukkan impak yang baik terhadap ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban negara. 2. Syarikat Telekom Berhad (TM) dan Tol Lebuhraya (PLUS) akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka ditingkatkan pada satu tahap ke tahap yang lain bergantung terhadap kesungguhan mereka bekerja. Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh. penswastaan dan Dasar Hak milik. mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu 4|P ag e .GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mewujudkan golongan usahawan bumiputera di samping menjalankan pengagihan sumber secara cekap dan bersistematik demi memajukan negara (Rohani Hj . Manakala dalam konteks perkhidmatan.2 STRATEGI PERLAKSANAAN Bagi memastikan dasar penswastaan ini berjalan lancar. kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa di Unit Perancangan Ekonomi dan terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan dan di ambil kira oleh agensi-agensi kerajaan semasa menyediakan rancangan penswastaan mereka contohnya Dasar Ekonomi Baru dan penswastaan.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Jepun dan Korea merupakan antara negara yang begitu pesat membangun terutamanya dalam bidang perindustrian serta terkenal dengan budaya kerjanya yang berdisplin dan ia di jadikan panduan kepada Malaysia bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meningkatkan prestasi pengurusan dan 5|P ag e . persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan bertambah dan pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu tahap kemahiran kerja yang tinggi. pengangkutan awam yang menyeluruh. Selain itu.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara amnya hingga akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa dan menyebabkan produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa yang singkat (Noor Azman. kemudahan bertaraf antarabangsa. Dasar pandang ke timur telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-empat iaitu Tun Mahathir Mohammad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Joint Annual Conference Of MEJECA/JAMECA di Hotel Hilton Kuala Lumpur sebagai rujukan kepada pihak kerajaan untuk membuat pengkajian. 2008). 2010). Tambahan pula. dasar ini memberikan satu suntikan baru terhadap imej negara malah masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif terutama dalam menguruskan negara. dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi (Noor Azman. kemampuan negara mula menyerlah melalui sistem pentadbiran yang sistematik. 3.0 DASAR PANDANG KE TIMUR. 2008). Maka. penelitian dan pengadaptasian terhadap contoh-contoh ataupun teladan yang terbaik daripada negara-negara Timur misalannya Jepun dan Korea dengan bersesuaian dengan keadaan kakitangan di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat.

RaminahKok Meng Kee. penumpuan dasar ini lebih terjerumus kepada kerajinan dan disiplin kerja.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM pembangunan sektor awam dan swasta. kesetiaan kepada negara. kerajaan telah menyusun beberapa strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan. Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan bertujuan menitikberatkan kejayaan kemajuan negara dalam jangka masa panjang serta terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan perdagangan antara negaranegara di Asia (Jabatan Perdana Menteri. Selain itu.1 OBJEKTIF DASAR PANDANG KE TIMUR Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur berobjektif bagi meningkatkan prestasi dan potensi pengurusan dan pembangunan negara serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif dalam menjalankan tugasan mereka. 3. keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dan 6|P ag e . mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am. dasar ini berobjektif untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Timur tanpa mengabaikan negara-negara Barat di samping memiliki etika kerja yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan produktiviti kakitangan (Wong Khek Seng. 2010). Tambahan pula. 3.2 STRATEGI PELAKSANAAN Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur. 2010). 2006). Perkara ini disebabkan Malaysia mempunyai asas untuk menjadi antara negara perindustrian di Asia selepas Jepun dan Korea serta negara Barat hilang keupayaan dalam ekonominya kerana lebih mementingkan keselesaan hidup malah tidak lagi mementingkan kesanggupan dan keupayaan bekerja merupakan faktor utama pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur (Jabatan Perdana Menteri.

perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat dan mewujudkan fail meja dan manual prosedur kerja bertujuan untuk mendorongkan kakitangan awam lebih berdisplin dan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran mereka (Jabatan Perdana Menteri. Selain itu. kepimpinan melalui teladan dan perkhidmatan cemerlang bagi memberikan satu motivasi kepada kakitangan awam dalam menjalankan tugasan mereka (Pusat Maklumat Rakyat.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM bersistematik di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta antaranya mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang ekonomi. sikap kakitangan awam memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu kerja dan sistem pengurusan yang mementingkan kejayaan jangka masa yang panjang di samping. 2010). Raminah. program kemajuan serta penyelidikan dan pengurusan. perindustrian. Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan bagi mengubah sikap atau keperibadian kakitangan ke arah yang positif seiring dengan kemajuan yang di kecapi oleh kerajaan dengan melaksanakan konsep Bersih. Hal ini demikian kerana. para pegawai dan pelajar Malaysia telah di hantar ke Korea Selatan dan Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi masing-masing (Wong Khek Seng. bagi memantapkan lagi selok-belok teknikal dan bidang pengurusan. 2010). Di antara program yang dilaksanakan bagi menjayakan dasar ini ialah melakukan perubahan kepada struktur pentadbiran seperti mewujudkan sistem kad perakam waktu kerja (punch card). Penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu Kerja (QCC). Kok Meng Kee. 2010). 2006:233). penggunaan tanda nama (name tag). Di samping itu. melaksanakan pentadbiran negara (Pusat Maklumat Rakyat. latihan teknikal dan akademik. 7|P ag e . konsep pejabat terbuka. Cekap dan Amanah.

2010). dasar ini melahirkan kakitangan yang berdisplin. Di samping itu. Skim latihan pembangunan usahawan diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan bumiputera terhadap idea baru dan teknologi baru dalam memperluaskan perniagaan mereka bersama dengan rakan perniagaan di negara matahari terbit itu (Jabatan Perdana Menteri. 2010). amanah dan jujur dalam melaksanakan pekerjaan mereka serta menanamkan sikap kepimpinan yang tinggi dalam diri kakitangan awam dan swasta dalam menerajui sesuatu pentadbiran. menyalurkan permohonan latihan yang di perlukan Malaysia terhadap Institusi Pengajian Tinggi Jepun dan Korea. 3. Dasar Pandang Ke Timur juga memberikan kesan yang positif dan bersistematik terhadap etika kerja dengan berlandaskan nilainilai murni.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur memberikan impak yang positif terhadap prestasi kakitangan awam kerajaan dalam melaksanakan tugasan mereka bagi meningkatkan pengurusan dan pembangunan di negara ini (Pusat Maklumat Rakyat. Selain daripada itu dasar ini juga dapat menaikkan semangat dan motivasi dalam kalangan pekerja menerusi anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan malah anugerah ini menjadikan para pekerja lebih bersemangat dan terasa di hargai setelah bertungkuslumus dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM Program kemajuan eksekutif dan hubungan di antara institusi-institusi merupakan antara strategi pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyediakan latihan kepada eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea di samping. 8|P ag e .

Dalam pada itu juga ia adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara bahagia. berfungsi dalam kehidupan setiap kakitangan awam. Urusan-urusan pentadbiran yang dijalankan dengan penuh rapi. 2008). Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran merupakan salah satu daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsurunsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu. Oleh yang demikian. menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. rakyat Malaysia seharusnya mempunyai identiti yang tersendiri dengan setiap individu. jelas menunjukkan bahawa 9|P ag e . beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. 4. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran juga membimbing kepada pembentukan akhlak yang berfaedah. Secara rasionalnya. Berdasarkan objektif-objektif dasar ini. amanah dan bertanggungjawab boleh membentuk identiti dan etika yang diperlukan oleh sesebuah pentadbiran dan negara.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM 4. teliti.0 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Dasar Penerapan Nilai-Islam dalam Pentadbiran mula diperkenalkan pada tahun 1985. Oleh itu. organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Dasar ini merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika kerja bagi kakitangan awam. kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya terhadap nilai-nilai Islam dalam pentadbiran iaitu dengan menerapkan sifat positif dan universal yang boleh diterima oleh semua bangsa di Malaysia (Mohd Azami Ahmad.1 OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Objektif yang terdapat di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah.

nilai tanggungjawab. Kakitangan awam juga perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam menjalankan tugas serta mementingkan tugas dan tiada penyelewengan dalam tugas. Selain daripada itu. kakitangan awam harus menyedari bahawa amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. berbudi mulia dan bersyukur (INTAN. Sifat sederhana pula menerangkan kakitangan awam harus mempunyai keseimbangan dalam membuat keputusan. berdisiplin. bekerjasama.2 STRATEGI PERLAKSANAAN Melalui nilai amanah. rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran serta berusaha gigih menghasilkan kerja yang diamanahkan.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM dasar ini bertujuan untuk memupuk amalan dan nilai-nilai serta etika yang murni yang boleh diterima oleh semua pihak terutama sekali kakitangan awam. Kakitangan awam juga harus mempunyai nilai tekun iaitu berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan dan meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi Nilai seterusnya iaitu nilai bersih pula menerangkan bahawa kakitangan awam harus mengamalkan sifat bersih dalam pemilikan harta dan membuat pertimbangan yang teliti dan adil 10 | P a g e . sifat dedikasi pula menerapkan semangat kesetiaan yang tinggi. sifat ikhlas adalah menerapkan nilai-nilai seperti berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan mempunyai niat bertugas kerana Tuhan. 4. Antaranya. Terdapat nilai-nilai Islam yang telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. 1991). dedikasi. bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan Manakala. sederhana. tekun. ikhlas. komited dan proaktif dalam tugas yang diamanahkan kepada kakitangan awam. amanah. Nilai tanggungjawab perlu diterapkan dalam diri individu melalui penerapan nilainilai seperti melaksanakan tugas dengan jujur. bersih.

secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi dan mengutamakan kepentingan organisasi. Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah untuk menerapkan nilai Islam melalui pelaksanaan dasar kerajaan dalam perkhidmatan awam. kakitangan awam harus mempunyai sifat berbudi mulia iaitu dengan bertimbang rasa. 2008). Manakala. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh kakitangan awam akan menjamin kelancaran dan kecekapan pentadbiran kerajaan dan mengelakkan berlakunya perbuatan rasuah. Oleh yang demikian. 4. kakitangan awam perlu mengamalkan sikap tolong-menolong. Menurut Tun Mahathir. kakitangan awam harus bersyukur kerana dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menjamin kesejahteraan hidup (Mohd Azami Ahmad. mengadakan kursus bina negara. Sifat berdisiplin menunjukkan bahawa kakitangan awam harus mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang. bertolak-ansur dan menghormati pelanggan atau pelawat. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam (Mohd Azami Ahmad. jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap serta kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. 2008).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM dalam membuat keputusan. penyelewengan dan sebagainya. pelbagai program dan projek sejajar pembangunan ummah kakitangan awam dan menitikberatkan kebajikan bekerja. sama ada mereka Islam atau bukan Islam. mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Selain itu.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM Kejayaan dasar ini adalah disebabkan oleh peruntukan kewangan yang mencukupi. beliau menegaskan bahawa nilai Islam dalam pentadbiran dapat diterima oleh semua 11 | P a g e . Melalui sifat bersyukur pula. nilai-nilai Islam dalam etika kakitangan awam boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. sifat bekerjasama pula.

Kerajaan juga mahu melahirkan kakitangan awam yang bermutu dan hasil kerja yang baik dihasilkan oleh kakitangan awam di negara ini (Zalina Abd Rahman. 5. penekanan diberikan kepada kakitangan awam secara berterusan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan awam bagi membina tingkah laku yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni yang diperkenalkan kepada kakitangan awam tersebut (Zalina Abd Rahman. 1990). 1990). Selain itu. Dasar yang dilaksanakan ini adalah untuk mengagalakkan pengamalan serta penghayatan nilainilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti kakitangan awam. 5. Nilai yang diterapkan dalam dasar ini adalah bersifat positif dan universal iaitu boleh di terima oleh semua bangsa dan penganut pelbagai agama di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat. ianya juga adalah untuk mewujudkan kakitangan awam dan warganegara Malaysia yang beridentiti dan disegani oleh masyarakat lain. Kehendak dalam berkelakuan beretika adalah berasaskan kepada menjalankan tugas secara profesional. mempunyai daya keutuhan dalam menjalankan tugas. 2010). Dalam dasar ini.1 OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Pelaksanaan dasar ini oleh kerajaan adalah untuk membentuk etika kakitangan awam dan menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. 2008).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM kerana penerapan ini dapat meningkatkan kualiti pekerjaan dan etika kakitangan awam (Mohd Azami Ahmad.0 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Dasar ini juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan etika kakitangan awam di negara ini. memberi 12 | P a g e .

Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain (Ismail 13 | P a g e . terdapat nilai-nilai yang telah disarankan kepada kakitangan awam iaitu mulia. ikhlas dan banyak lagi. penerapan nilai dan pendekatan pentadbiran. keadilan. berketerampilan. ia menggariskan tiga pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam inisiatif tersebut iaitu penubuhan institusi. pelbagai dasar dan program diperkenalkan seperti Kod Etika Kerja (1981).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM perkhidmatan yang berkualiti. Dasar Pandang ke Timur (1982). bebas.2 STRATEGI PERLAKSANAAN Usaha-usaha peningkatan etika kakitangan awam dalam konteks penerapan nilai-nilai murni telah dilaksanakan sejak zaman awal merdeka lagi. Dalam pendekatan penerapan. Penerapan Nilai Islam (1985). 1995) Contohnya ialah INTAN dalam misi untuk membangunkan sumber manusia sektor awam melalui latihan yang berkualiti. dan Dasar Pensyarikatan Malaysia (1991). bersih. Budaya Kerja Cemerlang (1989). Tujuan penubuhan institusi adalah bagi melahirkan penjawat awam yang terlatih dan professional dalam menjalankan tugas (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. Manakala pendekatan pentadbiran merujuk kepada arahan dan garis panduan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. beradab sopan. bertanggungjawab. adil dan saksama dalam semua urusan dan mengelakkan daripada berlakunya percanggahan dalam kepentingan 5. amanah. Bagi maksud wacana ini. Peranan PKPA adalah menerangkan dasar dan proram pembaharuan Kerajaan dengan memberi panduan bagi memudahcara perlaksanaannya di semua peringkat pentadbiran secara seragam (Zalina Abd Rahman. Dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni ini.1990).

Seterusnya ialah tidak meninggikan suara ketika sedang marah. Kerajaan sebenarnya telah berada di landasan yang betul dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni melalui pembaharuan pentadbiran yang telah dimulai sejak merdeka lagi. 5.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM Pembudayaan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam perlu sentiasa ditingkatkan dalam segala aspek pengurusannya. Seseorang kakitangan awam yang beradab sopan pula merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Mereka perlu bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap orang lain. 1995).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas. 1995) Contohnya seseorang kakitangan awam hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. seseorang kakitangan awam hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain. Walaupun tidak dilabelkan sebagai gagasan memperkasakan nilai-nilai 14 | P a g e . Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Menurut Zalina Abd Rahman (1990) dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. lemah lembut tetapi tegas. (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. Contohnya. seseorang kakitangan awam itu hendaklah ikhlas dan menganggap ia sebagai satu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kakitangan tersebut juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mereka hendaklah bersedia dalam mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan.

nilainilai tersebutlah yang akan membezakan antara yang terbilang atau terbuang. Justeru itu. ia adalah bagi mengubah sikap dalam mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara (Noor Azman Mahat. Selain daripada itu. 2008).GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM murni. Kandungan yang terdapat di dalam dasar ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi. Oleh itu dasar ini harus diteruskan dan diperbaiki dari semasa kesemasa mengikut peredaran masa. Apa yang boleh dilihat disini adalah mengenai penerapan nilai-nilai murni ini akan mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan serta mengeratkan hubungan antara kaum di dalam organisasi untuk menghasilkan satu ³team work´ yang baik. 15 | P a g e . Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983.0 DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Dasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkankan oleh Tun Dr. dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam. 6. Namun cabaran masa depan dengan segala kecaman menuntut peningkatan berterusan dalam penghayatan kualiti dan nilai-nilai murni. falsafah tersebut sebenarnya telah terpancar dalam setiap usaha-usaha pemahaman yang dilaksanakan. Ini kerana dalam analisis akhir. Secara kesimpulanya pengurusan kakitangan awam akan bertambah baik dan dapat meningkatkan mutu kerja supaya tidak terus berada pada takuk yang lama. ia juga adalah bertujuan untuk menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya.

fikiran dan segala tindak tanduk mereka dalam melakukan sesuatu perkara. 2004). menerima teguran dan mengamal pentadbiran dengan cara yang baik. Selain itu. Sebagai pekerja. Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat kejayaan yang boleh dipertingkatkan (Jamiah Manap et al. 16 | P a g e . bersedia mendengar. Selain itu ialah sifat keterbukaan dan sedia menerima pandangan yang baik. harapan lain ialah bagi melahirkan kakitangan awam yang berakhlak tinggi. berwibawa dan tegas dalam melaksanakan tugas (Munirah Ahmad Masduki. Seorang kakitangan awam yang diharapkan juga adalah seorang yang berhemah tinggi.1 OBJEKTIF DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Pelaksanaan dasar ini adalah bagi memupuk kesederhanaan dalam setiap tutur kata dan tindakan yang dilakukan oleh kakitangan awam bagi mewujudkan etika kerja yang baik dalam kalangan mereka. menerima pandangan. Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan kepentingan umum. bersih hati. . sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri. Seorang pekerja yang baik adalah mereka yang santiasa bermuhasabah dalam melakukan sesuatu. mereka mestilah memiliki keyakinan diri. 2007) Menurut Jamiah Manap et al. (2007) kakitangan yang cemerlang ialah kakitangan yang prihatin terhadap kepentingan umum. Dasar ini juga bertujuan menjadikan kakitangan awam sebagai masyarakat yang berakhlak tinggi.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM 6. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya. sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan membangunkan diri sendiri. berbincang. kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan dan saranan orang lain. ³As-samahah´ iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan.

7.0 DASAR BERSIH.2 KESAN DASAR KEPADA KAKITANGAN AWAM Kakitangan awam yang baik serta sempurna dan cemerlang adalah menjadi harapan semua rakyat. Garis Panduan etika itu telah ditimbali lagi dengan pengisytiharan nilai-nilai murni yang lain melalui dasar-dasar seperti Dasar Kepimpinan Melalui Teladan ini. Dasar ini dilancarkan oleh Tun Dr. tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya (Noor Azman Mahat. 17 | P a g e . bertatatertib dan berdisplin. 2004). Cekap dan Amanah merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika kakitangan awam. Objektif utama dasar ini adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dan mutu kerja bagi mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baik. tidak menyeleweng dan tidak terlibat dalam rasuah. CEKAP DAN AMANAH Dasar Bersih. Segala keunggulan nilai-nilai itu akan tinggal begitu sahaja sekiranya perkhidmat-perkhidmat awam tidak melakukannya. Hakikat ini memang diakui oleh semua pihak sehingga telah menjadi amalan dalam perkhidmatan awam untuk sentiasa ³Berkhidmat Untuk Negara´ seperti yang diikrarkan dalam setiap kali urusan surat-menyurat. 2008). Sifat-sifat yang ingin diterapkan ke dalam jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah melalui sifat bersih iaitu mempunyai moral yang tinggi. Usaha ke arah perkhidmatan yang diingini itu telah pun dibantu lagi dengan pembentukan satu Etika Perkhidmatan Awam yang kemas dan kinkrit. Oleh yang demikian langkah seterusnya ialah untuk kita mengamalkan segala panduan yang telah meningkatkan etika kerja kakitangan awam (Munirah Ahmad Masduki.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM 6. Mahathir Mohamad pada pertengahan April 1982.

Jabatan Perdana Menteri. mengawal kewangan dan harta benda milik kerajaan dan rakyat. pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat. pengisytiharan harta oleh para anggota cabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan. perkhidmatan cemerlang dan juga penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran (Noor Azman Mahat. kad perakam waktu. 18 | P a g e . Amanah pula merupakan satu nilai yang merangkumi sifat murni. Cekap dan Amanah bertujuan memupuk nilai mulia. gigih dan ikhlas yang perlu ada pada setiap individu dalam masyarakat. Cekap pula merujuk kepada perlaksanaan tugas menhikut tatacara pekerjaan. sama ada kebersihan moral ataupun fizikal.1 OBJEKTIF DASAR BERSIH. 2006) 7. di antaranya ialah mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM). CEKAP DAN AMANAH Dasar Bersih. Ia berkaitan dengan soal tanggungjawab dalam menjalankan kerja. Dasar ini merupakan dasar yang diperlukan di setiap peringkat perlaksanaan supaya ia menjadi benteng kuat dalam mewujudkan nilai integriti pegawai awam (INTAN. pejabat pelan terbuka. 2010). pemakaian 'name tag' oleh kakitangan kerajaan. menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah. Bersih yang dimaksudkan dalam dasar ini ialah kebersihan dari segi. sikap positif dan moral yang tinggi dalam kalangan masyarakat Negara ini.2 STRATEGI PERLAKSANAAN Dalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu. Ia boleh dicapai melalui latihan dan amalan yang dapat membantu membuat keputusan yang cepat dan menyediakan perkhidmatan kualiti.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM 7. 2008.

Etika kerja telah wujud sejak dahulu 19 | P a g e . 8. tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para pekerja awam. Etika kerja telah menentukan asas-asas hubungan di antara para penjawat awam dengan masyarakat. Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. pelanggan dan rakan sekerja.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM 7. Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi.3 KESAN DASAR TERHADAP KAKITANGAN AWAM Bersih. majikan. Setiap dasar ini saling berkait antara satu sama lain kerana ia adalah bertujauan untuk meningkatkan etika kakitangan awam dan juga meningkatkan mutu kerja di dalam pentadbiran awam selain menjadikan sesebuah Negara maju sebagai mentor contohnya Dasar Pandang Ke Timur yang mengambil contoh Negara Jepun dan Korea. Dengan itu konsep ini tidak boleh dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa tujuan utama dasar-dasar di atas di keluarkan adalah untuk meningkatkan produktiviti serta memantapkan pentadbiran mengikut contoh dari negara-negara yang maju.kehendak moral yang murni dan terpuji. Etika kerja bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks.

Diharap pada masa akan datang pentadbiran yang ada di Negara kita ini akan berkembang menjadi sebuah pentadbiran yang produktif dari segi pengurusan dan sebagainya. Amini Amir Abdullah Dr. Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian. Jamiah Manap. 13 April 1987.Madya Dr. Oleh itu. Hamzah. (1995). Din. 9. Madya Dr. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika. Pemantapan Nilai Integriti Individu Sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti. 1991. Model Ekonomi Baru dan juga Program Transformasi Kerajaan (GTP). Dr.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. (1991). Azimi Hj. Jurnal Akademik: Universiti Putra Malaysia Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam). Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun. Dr. pelbagai lagi perubahan telah dijalankan oleh pemimpin negara supaya pentadbiran awam di Malaysia ini dapat seiring dengan negaranegara maju di dunia antaranya seperti Islam Hadari. (1984). Selangor. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional. 13 Mac 1990. 20 | P a g e . Bangi. Hotel Hilton.(20-21 Oktober 1992). Ezhar Tamam. Kuala Lumpur Laporan Seminar Etika Pengurusan. Prof.0 SUMBER RUJUKKAN Abdul Rahim Hj. Malaysia Kita. Norizan Yahaya. Kuala Lumpur. Noah. Seminar Pembangunan Negeri Pahang Ismail Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. Institut Tadbiran Awam Negara. Kuala Lumpur. (2006). Prof. Institut Latihan Pengurusan Petronas. (2007). Kuala Lumpur. Hj. Gagasan 1 Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Awam: Ekonomi dan Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia. Prof. Sidek Mohd.

Dasar Pembangunan Negara.my/index.com/Athens/parthenon/4926/rencana/kupas.com/doc/22416177/Dasar-Pandang-Ke-Timur http://pmr. Zalina Abd Rahman(1990).bharian.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1377:dasarpenswastaan-negara&catid=300:dasar-dasar-ekonomi http://pmrbest.GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM Muhammad Khairi.tripod. Kuala Lumpur. ³Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Sains di Lapan Buah Sekolah Menengah Di Daerah Jitra Kedah´ Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Azami Ahmad. Ismail Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid.pdf 21 | P a g e . Kuala Lumpur.penerangan.pmo. (1995). 1990.scribd.blogspot. 1991.gov.com/2009/06/dasar-penswastaan-assingment-pengajian. Projek Sarjana Muda.my/dokumenattached/Dasar/06DASAR_PANDANG_KE_TIMUR.Kertas Kerja "Ethics And The Civil Services" Seminar Etika Kerja Pengurusan.gov. Teks Efektif Pengajian Am STPM.com.com/mahathir2. Institut Tadbiran Awam Negara. 13 Mac 1990.com/2008/12/karangan-impak-positif-penswastaan.penerangan.Jabatan Perdana Menteri http://www.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) .htm http://rineswords.blogspot.18 November). (2005.php?option=com_content&view=article&id=240:dasarpandang-ke-timur&catid= http://reocities. ³Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni: Satu Tinjauan´ Universiti Kebangsaan Malaysia Sumber Internet http://pmr. Penerapan Nilai-niali Murni Dalam Pentadbiran Awam: Ekomomi & Pengurusan Munirah Ahmad Masduki (2004).my/bharian/articles/MindaPengarang_DasarPandangKeTimurdiberinafa sbarurelevankeperluanmasakini/Article/index_html http://www. Institut Tadbiran Awam Negara. 2008. Selangor.html http://formulapm.htm http://www. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid (KSUN). Penerbit Ilmu Bakti Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.html Sumber: .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful