INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kampus Bahasa Antarabangsa

KERTAS KERJA CADANGAN

PENERBITAN MAJALAH LAGENDA PISMP 2

Disediakan oleh:

SIDANG REDAKSI PISMP 2

1.0 LATAR BELAKANG Projek penerbitan majalah Lagenda PISMP 2 merupakan projek dokumentasi peristiwa, program dan aktiviti yang telah dilalui oleh guru-guru pelatih PISMP Pengajian Sosial Kohort 2 sepanjang 11 semester berada di Institut Pendidikan Guru – Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA). Tempoh masa ini merangkumi program persediaan selama 3 semester dan program pengijazahan selama 8 semester bermula dari Mei 2005 sehingga Disember 2010. IPG-KBA telah menawarkan kursus major Pengajian Sosial Sekolah Rendah bermula pada Januari 2007. Seramai 20 orang pelajar yang telah lulus dalam kursus persediaan telah diterima menjadi kumpulan pertama dalam kursus ini yang bernaung di bawah Jabatan Kajian Sosial. Sebagai kumpulan perintis bagi kursus PISMP yang dikendalikan sepenuhnya oleh IPG, kami banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti sama ada yang berkaitan dengan kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan. Antara aktiviti tersebut ialah, aktiviti persatuan, unit beruniform, Program Bina Insan Guru (BIG), Program Citra Guru, MPP, kajian lapangan, KAGUM, SIPMA dan sebagainya. Semoga dengan adanya penerbitan majalah ini dapat memangkin motivasi guru pelatih lain untuk menjalani latihan perguruan dengan rasa komited dan bersemangat. Malah, segala peristiwa dan aktiviti yang dicatat juga akan menjadi tanda kenangan yang ingin kami kongsikan bersama seluruh warga IPG-KBA.

2.0 2.1

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah IPG-KBA bagi menerbitkan majalah yang bertajuk “Lagenda PISMP 2”. Memohon kebenaran dari pihak pentadbiran IPG-KBA untuk membuat kutipan sumbangan daripada pensyarah-pensyarah daripada jabatan yang pernah menjadi tenaga pendidik bagi kursus PISMP Kohort 2 untuk menampung kos penerbitan majalah tersebut.

2.2

2

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Projek ini dikendalikan oleh Sidang Redaksi yang diterajui oleh guru pelatih PISMP Kohort 2 dengan kerjasama Jabatan Kajian Sosial (Lampiran 1). 3.2 Seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Sidang Redaksi, nama yang telah dipilih untuk tajuk majalah ini ialah “Lagenda PISMP 2”. 3.3 Isi kandungan Majalah Lagenda PISMP 2 adalah seperti berikut: a) Perutusan Pengarah IPG – KBA b) Kata Pengantar Ketua Jabatan Kajian Sosial c) Kata-kata Aluan Ketua Editor d) Jawatankuasa Sidang Redaksi e) Biografi Guru Pelatih f) Catatan Peristiwa dan Gambar Sepanjang Program Persediaan (2005 – 2006) g) Catatan Peristiwa dan Gambar Sepanjang Program Ijazah (2007 – 2010) h) Sumbangan Karya Guru Pelatih

4.0 OBJEKTIF 4.1 Mendokumentasi segala aktiviti yang telah diikuti sepanjang tempoh pengajian (program persediaan dan program ijazah). 4.2 Menyimpan maklumat biografi setiap pelajar merangkumi maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman dan pencapaian. 4.3 Memberi peluang kepada guru pelatih PISMP Kohort 2 untuk menghasilkan dan menerbitkan hasil karya masing-masing. 4.4 Memberi latihan dan pengalaman kepada guru pelatih tentang prosedur penerbitan majalah. 4.5 Menjadi cenderamata dan tanda kenang-kenangan kepada guru-guru pelatih PISMP Kohort 2 dan warga IPG-KBA.

3

5.0 CADANGAN 5.1 Cadangan edaran 35 buah majalah adalah seperti berikut: a) Pengarah IPG-KBA – 1 buah b) Timbalan Pengarah IPG-KBA – 1 buah c) Jabatan Kajian Sosial – 3 buah d) Jabatan Ilmu Pendidikan – 2 buah e) Jabatan Hal Ehwal Pelajar – 1 buah f) Jabatan Bahasa Inggeris – 1 buah g) Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan – 1 buah h) Kelas PISMP Kohort 2 – 20 buah i) Perpustakaan IPG-KBA – 5 buah 5.2 Cadangan bagi pengumpulan dana dan sumbangan adalah seperti dalam Lampiran 3.

6.0 IMPLIKASI 6.1 Menjadi bahan bukti tentang rekod penglibatan dalam pelbagai program dan aktiviti guru pelatih PISMP Kohort 2 sepanjang tempoh pengajian. 6.2 Menjadi suatu warisan yang memaparkan pencapaian dan kejayaan yang telah diraih. 6.3 Menjadi penanda aras untuk melahirkan guru-guru permulaan yang kompeten. 6.4 Menjadikan guru pelatih sentiasa bersedia sekiranya diberi amanah untuk terlibat dalam penerbitan majalah sekolah, jurnal dan sebagainya. 6.5 Menyerlahkan bakat yang ada dalam diri guru pelatih melalui penghasilan karya. 6.6 Dengan penerbitan majalah ini, akan membantu mengekalkan hubungan antara guru pelatih dan pihak institut.

7.0 ANGGARAN KOS Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 2. 4

8.0 KESIMPULAN Projek yang dirancang ini akan memberi manfaat kepada guru pelatih PISMP Kohort 2 dan warga IPG-KBA amnya. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan bagi merealisasikan projek penerbitan buku ini.

Disediakan oleh, ……………………….. (Taiebah bt. Mohamad Sagir) Ketua Editor Majalah Lagenda PISMP 2

Disemak oleh,

…………………………… (En. Selvaraj a/l Palaniappan) Mentor PISMP Kohort 2

Disahkan oleh,

………………………….. (Dr. Azita b. Amrin) Ketua Jabatan Kajian Sosial IPG – Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

….…………………… (Dr. Maznah bt. Abd. Samad) Pengarah, IPG – Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. 5

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI

Majalah Lagenda PISMP 2
Penaung Penasihat Penyelaras : Dr. Maznah bt. Abd. Samad (Pengarah IPG-KBA) : Dr. Azita b. Amrin : En. Selvaraj a/l Palaniappan

Ketua Editor

: Taiebah bt. Mohamad Sagir

Editor 1 : Mohd. Hanif b. Mohd. Mahpot (K) (Catatan Peristiwa) ‘Aizat Fikri b. Jamaluddin Mohd. Nor Fadzli b. Osman Editor 2 (Fotografi) : Shazatul Shima bt. Zamani (K) Mohd. Azrizad b. Noor Nurul Shamimi bt. Ismail Hamzah b. Mohamad : Wan Muhamad. Nor Amali b. Wan Ismail (K) Shamsiah bt. Masnan Noor Nadihah bt. Hj. Salleh Mohd. Taufik b. Osman : Muhammad Syafiq b. Md. Zulkiflee

Editor 3 (Karya)

Grafik

Dana / Sumbangan : Mazlinda bt. Nan @ Adnan (K) Hasfatasha bt. Halim Siti Nurzahira bt. Mohd. Basarudin Percetakan : Muhamad Iqhwan b. Muhamad Hanapi (K) Sharizan b. Zakaria Khairul Idzhar b. Abdullah

6

LAMPIRAN 2

Anggaran Kos Penerbitan :
PERKARA KOS

Kos sebuah buku = RM 50 Jumlah yang diperlukan 35 buah : a) Pengarah IPG-KBA – 1 buah b) Timbalan Pengarah IPG-KBA – 1 buah c) Jabatan Kajian Sosial – 3 buah d) Jabatan Ilmu Pendidikan – 2 buah e) Jabatan Hal Ehwal Pelajar – 1 buah f) Jabatan Bahasa Inggeris – 1 buah g) Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan – 1 buah h) Kelas PISMP Kohort 2 – 20 buah i) Perpustakaan IPG-KBA – 5 buah

RM 50 x 35 buah

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1750

7

LAMPIRAN 3

Kutipan dana dan sumbangan:

8

Bil. 1.

PERKARA Dana daripada guru pelatih PISMP Kohort 2 (20 orang) : Seorang = RM 30

KOS RM 30 x 20 orang = RM 600

2.

Sumbangan daripada jabatan-jabatan seperti berikut : Jabatan Kajian Sosial = RM 300 Jabatan Ilmu Pendidikan = RM 250 Jabatan Bahasa Inggeris = RM 200 Jabatan Penyelidikan & Pembangunan = RM 200 Jabatan Hal Ehwal Pelajar = RM 200 RM 300 + RM 250 + (RM 200 x 3) = RM 1150

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1750

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful