You are on page 1of 3

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Selasa, 31 Julai 2018

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2017-2018

Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018 membentangkan anggaran penduduk pertengahan tahun 2017 dan 2018
serta statistik utama penduduk yang berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010) yang telah
mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan migrasi bersih.

SAIZ DAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Pada 2018, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.1 peratus.

Jadual 1: Saiz penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk tahunan, Malaysia, 2010-2018

PENDUDUK MENGIKUT JANTINA DAN NISBAH JANTINA

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah
jantina bagi tahun 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

STRUKTUR UMUR

Peratusan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) pada 2018 menurun daripada 24.1 peratus pada 2017 kepada 23.8
peratus. Manakala peratusan penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2017 kepada
69.7 peratus pada 2018. Peratusan penduduk 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 6.3 peratus kepada 6.5
peratus bagi tempoh yang sama. Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua memberi kesan kepada
peningkatan umur penengah pada 2018 iaitu 28.6 tahun.
KOMPOSISI KUMPULAN ETNIK UTAMA

Penduduk warganegara pada 2018 adalah 29.1 juta. Komposisi etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.3 mata peratus pada
2018 berbanding 2017, iaitu 69.1 peratus daripada jumlah penduduk warganegara. Walau bagaimanapun, komposisi etnik Cina
dan India mencatatkan penurunan masing-masing 0.2 mata peratus dan 0.1 mata peratus.

* Nota: e Anggaran
Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

31 Julai 2018

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]dosm.gov.my