You are on page 1of 8

Nama : ________________________________ Tahun : 5

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah buah
rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim ialah pisang, betik, jambu, nangka
manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik
dari ladang atau di dusun. Sudah tentu memiliki banyak khasiat kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan
tersebut masih terpelihara.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan boleh dibeli terutama pada musim buah-buahan. Harga buah-buahan
tempatan juga jauh lebih murah dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah anda bahawa harga buah-buahan
import mahal dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan. Kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian dengan membeli
buah-buahan tempatan.

Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang
diimport seperti buah epal disapu dengan bahan pengawet supaya tahan lama.

Kesimpulannya, buah-buahan tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu, makanlah
buah-buahan tempatan. Kita memperoleh banyak kebaikan dengan memakan buah-buahan tempatan.
Jawab soalan-soalan berikut.

1. Nyatakan dua jenis buah-buahan tempatan yang bermusim.

i. ____________________________
ii. ____________________________

(2 markah )

2. Buah-buahan yang diimport membahayakan kesihatan kerana ______________________

________________________________________________________________________
(2 markah )
3. Mengapakah kita perlu makan buah-buahan tempatan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(3 markah )

4. Pada pendapat anda, apakah produk yang dapat dihasilkan menggunakan buah-buahan tempatan?
_______________________________________________________________________

( 4 markah )

PETA BUIH BERGANDA