You are on page 1of 10

1. Apakah langkah-langkah keselamatan semasa menaiki bas?

2. Bagaimanakah cara untuk menyediakan sandwic?


3. Apakah yang telah berlaku kepada dinasour?
4. Nyatakan cara-cara untuk merawat luka.
5. Apakah sikap yang perlu ada pada seorang kawan?
6. Ceritakan tentang buku kesukaan kamu.
7. Ceritakan tentang haiwan yang terbesar di dunia.
8. Ceritakan tentang haiwan yang paling tinggi di dunia.
9. Di manakah lokasi percutian yang paling kamu gemari?
10. Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang?
11. Bagaimanakah cara terbentuknya pelangi?
12. Mengapakah hidup di Bumi adalah lebih baik daripada hidup di Marikh?
13. Siapakah yang layak bergelar hero? Mengapa?
14. Nyatakan kelebihan dan keburukan menonton televisyen.
15. Planet mana yang ingin kamu lawati? Mengapa?
16. Adakah menonton televisyen baik untuk kanak-kanak?
17. Apakah langkah-langkah untuk tangani isu buli?
18. Bangaimanakah cara-cara untuk mengelakkan pencemaran udara?
19. Apakah sukan kegemaran kamu? Mengapa kamu sukakannya?
20. Mengapa kita perlu mengambil lebih banyak buah-buahan dan
sayuran?
21. Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun dididik dan diingatkan
berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan pemakanan seimbang. Satu senario
yang tidak asing kepada seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan
makan sayur-sayuran dan hanya ingin menjamah makanan ringan. Terdapat sesetengah pihak yang
berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak begitu vital kepada kesihatan seseorang individu.
Menurut persepsi mereka, kehidupan manusia di muka bumi hanyalah sementara dan harus
dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, mereka memandang enteng terhadap kepentingan pemakanan
seimbang. Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana impak pemakanan seimbang
terhadap kesihatan dan kebahagiaan seseorang amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai
manusia. Namun demikian, mengapakah masalah obesiti kian bertambah kritikal jikalau
kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan pemakanan seimbang? Kajian terkini mendapati
bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat
meruncing kerana hal ini bermaksud terdapat kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang
tergolong dalam kategori obes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas dan
dibugar secara terperinci hingga ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan masyarakat
agar lebih peka terhadap diet mereka dan tidak bersikap bena tak bena terhadap kesihatan dan
kebajikan peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan yang masih menjadi polemik dalam
kalangan masyarakat..
22.
23. Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salah satu kepentingan atau faedah pemakanan seimbang
yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek
fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani
aktiviti seharian tanpa menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan mengawal
pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding seseorang yang
kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Zat dan mineral seperti kalsium, magnesium
dan fosforus penting dalam proses pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya
yang harus mengambil zat-zat ini dalam kuantiti yang optimum supaya dapat membesar sebaik-
baiknya. Di samping itu, mineral seperti zat besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah
seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar. Kanak-kanak dan remaja memerlukan tenaga dan
bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukan sahaja dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan
berat badan, malah juga dari segi kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem
badan. Sekiranya pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan yang
terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan mereka secara keseluruhannya
dan akan mengakibatkan mereka kurang berkemampuan untuk menghadapi cabaran dan dugaan
hidup. Satu tamsilan yang amat menyayat hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara
Dunia Ketiga seperti Ethiopia dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akses kepada makanan
berkhasiat. Oleh sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanak-kanak ini
tidak dapat membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai jangka hayat yang
amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja. Ironinya, ramai individu di negara yang maju
berupaya mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat, namun mereka enggan bertindak
sedemikian.
24.
25. Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh daripada pemakanan
seimbang ialah menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan berkesan.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas
atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami semasa meneroka liku-
liku kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu yang seimbang aspek
pemakanannya. Dr Andrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah menjalankan
penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti depresi ( kemurungan ),
schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dapat
dihindari sekiranya mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. Menurut
beliau, otak manusia sebagai pusat kawalan seluruh sistem badan juga dipengaruh oleh nutrien-
nutrien yang terdapat dalam diet kita. Kajian saintifik terkini juga mengeluarkan laporan bahawa
mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls dalam sistem saraf
badan kita. Dr McCulloch telah mengutarakan evidens bahawa pemakanan seimbang dapat
mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk menangani
dan mengatasi sesuatu masalah atau pancaroba dengan minda yang tenang dan waras.
26.
27. Sebagai rentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah terbukti dapat
mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang berbahaya. Malnutrisi didefinisikan
sebagai mempunyai diet yang tidak seimbang, seperti mengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang
terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai mempunyai kandungan
kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan
ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi
dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kita kekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet
harian, kita akan menghidapi penyakit osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi menjadi
lemah dan mudah retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di negara-negara daif,
kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkor dan marasmus. Penyakit kanser juga
terbukti dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser
payu dara, kanser buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa
jikalau kita mengambil semua nutrien, bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan
dalam kuantiti yang tepat, kita akan mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai
penyakit yang bukan sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut. Janganlah sampai
nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak dan mengambil berat kepentingan pemakanan seimbang
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
28.
29. Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang signifikannya berbanding
kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah pemakanan seimbang dapat menjimatkan kos dan
perbelanjaan perubatan seseorang, khususnya golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal
selidik yang dijalankan iaitu Consumer Expenditure Survey 2009 telah menganggarkan bahawa
setiap individu membelanjakan kira-kira 6.37% daripada pendapatan bulanan mereka untuk
membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya, seseorang itu akan membelanjakan sebanyak
US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untuk menjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009,
kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk
menampuang segala keperluan dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harus
berlaku, kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidak bergantung kepada
kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jikalau kita mengamalkan pemakanan yang
seimbang, kita mampu menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang
tersebut dapat disimpan untuk masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula,
berbilion-bilion ringgit dapat difokuskan bagi menjana pembangunan dan perkembangan dalam
industri lain seperti industri pelancongan dan penyelidikan. Sesetengah pihak akan mengemukakan
hujah bahawa pemakanan seimbang tidak begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalam
bidang perubatan menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampir setiap penyakit.
Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasil daripada daya intelek golongan saintis
dan pakar perubatan. Namun demikian, persis madah pujangga Melayu ada berbunyi, mencegah
lebih baik daripada mengubati. Dalam konteks ini, peribahasa ini menegaskan bahawa lebih baik
kita menghindari diri daripada menghidapi sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit tersebut
selepas dijangkiti. Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan kita. Membeli makanan
berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh lebih murah daripada membeli ubat-ubatan
daripada farmasi.
30.
31. Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam kehidupan seharian
setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan mata pena dan menulis noktah terakhir,
seruan saya ialah kita mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja mendatangkan
kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita
secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa yang Anda Makan dan kenyataan ini
benar dalam soal kesihatan. Memang tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Kita perlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid Makanan serta
mematuhi arahan doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-
sama mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu malah masyarakat
dan negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif ini. Akhir kata, marilah
kita semua mengamalkan pemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih
sihat dan cergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan
sihat, otak cerdas.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran
manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat
kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah
protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu
menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia.

Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang
itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang
itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga
menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan
bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.

Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada
badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara
pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-
sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih
sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti


penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti
kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti


(kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak
terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu,
kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini
akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahan.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan Guru
Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Tajuk
syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik
darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya, Hadirin yang
dihormati, Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang
banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu
mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Selain mendapat badan
yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai
ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Hadiri
yang dihormati, Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan
hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi
dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif. Seterusnya, kita boleh mengisi
masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu,
masa lapang kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan. Saya menyeru
kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata banyak memberi faedah kepada
kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima kasih.

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak
seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk
sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal
termasuk kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan
sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan
taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti
wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan
perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru
dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
merupakan cabang iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana
kebersihan lambing ketamadunan seseorang.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun,
kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang
ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan
raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang
keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua
pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti
dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling
menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa
diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan
nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan
kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna
bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di
jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap
orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat,
hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang
diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan
dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama
untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara
berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini
membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan
seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita
mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan
makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah
makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan
seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan
seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan
individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan


berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di
dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan
makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa
pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan
penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan
secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM


Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan
di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan
permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan
kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama,
melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan
memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan
sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa
senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah,
berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan
tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada
para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai
faedahnya!

Sekian, terima kasih.


Jika anda inginkan tubuh dan minda yang sihat untuk anak anda, maka
memahami pemakanan adalah perkara yang paling penting. Pemakanan yang
baik boleh mengekalkan kesihatan mental dan fizikal anak anda serta untuk
perkembangannya. Dietnya mesti mengandungi karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan mineral yang mencukupi.

Membina tulang yang kuat


Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tulang
anak anda sepanjang hayat. Semasa tulang anak anda membentuk, begitu
juga dengan ketinggiannya! Tulang adalah tisu yang hidup dan berkembang;
zaman kanak-kanak dan awal remaja adalah masa yang terbaik untuk
membina tulang. Pastikan pemakanan anak anda mengandungi jumlah
kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Nutrien-nutrien ini boleh didapati
dalam susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Anda juga harus
menggalakkan anak anda untuk mendapatkan cahaya matahari di luar rumah
kerana matahari membekalkan vitamin D yang semula jadi.

Membina otot
Semasa anak anda membesar dan berkembang, dia akan menjadi semakin
aktif. Kanak-kanak yang aktif memerlukan otot yang sihat untuk memastikan
pergerakan selamat. Untuk membina dan membaiki tisu otot, berikan anak
anda diet yang mengandungi protein yang mencukupi. Protein boleh didapati
dalam daging tanpa lemak seperti daging, ayam dan ikan telur, keju, susu,
kacang dan kekacang.

Tenaga untuk badan


Makanan yang anak anda makan akan membekalkan tenaga untuk keperluan
tubuhnya. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama. Berikan anak
anda karbohidrat kompleks yang bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi
juga serat, vitamin dan mineral. Contoh yang baik termasuk bijrin (sebaik-
baiknya jenis bijirin penuh) seperti nasi perang, roti bijirin penuh, oat, bijirin
sarapan, mi dan pasta.

Mencegah obesiti dan penyakit gaya hidup kronik!


Memberi anak anda makanan yang sihat dan seimbang dapat mencegah
obesiti dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kolesterol tinggi
dan hipertensi, dan juga sesetengah kanser! Pelajari tentang saiz hidangan
yang betul dari usia awal dan pengamalan pemakanan sihat dan seimbang
akan membantu mengelakkan anak-anak anda daripada menjadi obes
apabila dewasa. Berat badan yang berlebihan menyebabkan seseorang
berisiko untuk menghidapi penyakit-penyakit ini dan juga mempunyai
keyakinan diri yang rendah.

Makanan yang menyihatkan…


Pemakanan yang baik pada awal kehidupan kanak-kanak dikaitkan dengan
prestasi yang lebih baik di sekolah serta di kemudian hari nanti. Kanak-kanak
yang kekurangan nutrien mempunyai ketahanan atau imuniti yang lebih
rendah untuk melawan jangkitan, kerana itu mereka lebih kerap jatuh sakit,
tidak hadir ke sekolah, dan gagal melengkapkan kerja sekolah.

Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mencegah anak anda daripada
masalah kekurangan nutrien dengan menyediakan makanan yang seimbang.
Ingat, anda tidak memerlukan ijazah kimia atau perubatan untuk
melakukannya. Anda hanya perlu bermula dengan memilih dan memasak
makanan yang mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk
pembesaran dan perkembangan anak anda. Gunakan Piramid Makanan
Malaysia atau Panduan Diet Malaysia sebagai panduan untuk membantu
anda.

Anda perlu ingat bahawa aktiviti fizikal juga penting untuk kesihatan fizikal dan
psikologi anak anda yang menyeluruh. Galakkannya melakukan aktiviti seperti
membantu anda di sekitar rumah, bermain bola, bermain kejar-kejar, atau
berseronok di taman permainan. Kanak-kanak juga perlu melakukan aktiviti
fizikal yang berintensiti sederhana seperti berbasikal, berenang atau
mengambil bahagian dalam sukan seperti bola sepak, badminton atau bola
keranjang sekurang-kurangnya 5-6 kali seminggu.

Hadkan tabiat tidak aktif dan sedentari seperti menonton television atau
bermain permainan video. Kanak-kanak yang kerap bersenam atau
mengekalkan aktiviti dalam tempoh lebih panjang atau lebih cergas akan
mendapat lebih banyak manfaat kesihatan.

Jadi, galakkan anak anda mengamalkan tabiat makan dan gaya hidup yang
sihat.
Kepentingan Mengamalkan Pemakanan Seimbang
Makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan
tubuh badan. Dewasa ini, media masa turut mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan artikel dalam usaha menyalurkan informasi
kesihatan kepada masyarakat.

Sejak kecil lagi, kita dididik agar mengambil makanan yang seimbang. Makanan
seimbang yang mengandungi protein, karbohidrat, kalsium, garam mineral dan vitamin
amat diperlukan untuk tumbesaran dan membina tubuh badan yang kuat. Tubuh yang sihat
dan cergas akan memberi semangat kepada kita untuk melaksanakan tugas harian dengan
lebih baik dan sempurna.

Justeru, tubuh badan kita akan lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan
penyakit dan tidak mudah jatuh sakit. Kita dapat menghindari penyakit kronik seperti
penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Pepatah juga ada
mengatakan,”Diri anda ialah apa yang anda makan”. Kenyataan ini jelas benar dalam soal
kesihatan.

Dalam pada itu, pemakanan seimbang memberi kesan dalam perkembangan mental
dan personaliti kita. Seseorang yang seimbang dalam aspek pemakanan akan kelihatan
sihat, cerdas dan mempunyai produktiviti yang tinggi dalam pekerjaan. Kita tidak akan
mudah berasa letih, sebaliknya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih
efektif. Sudah tentu syarikat gergasi tidak akan mengambil calon yang sering sakit dan
mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.

Sesungguhnya, pemakanan seimbang penting untuk mengawal kadar obesiti. Kita


hanya perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh tubuh badan kita. Menurut sumber Berita Harian, 4 daripada 10 orang
dewasa yang melebihi 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau lebih
berat badan (obesiti). Sehubungan itu, pengambilan makanan seimbang akan menjadikan
tubuh badan kita tidak terlalu gemuk dan mudah menjalankan aktiviti-aktiviti harian.
Masalah obesiti juga dapat diatasi.

Konklusifnya, kita perlu mengambil makanan seimbang demi kesihatan dan


kesejahteraan hidup kita. Pemakanan yang baik ini bukan sahaja akan memberi kesan positif
kepada individu, malah masyarakat dan negara. “ Tepuk dada tanya selera”.

You might also like