You are on page 1of 2

Faktor-faktor yang memberi ancaman kepada kestabilan serantau

Pergolakan yang berlaku di kawasan serantau


Pergolakan politik di Indo-China telah menyebabkan Malaysia menentang keras serangan Vietnam ke atas Kampuchea.
Serangan tersebut secara tidak langsung telah mewujudkan suasana yang tidak aman di kawasan serantau.
Selain itu, begitu juga konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja telah menyebabkan peperangan meletus dan
menjadikan kawasan serantau tegang.

Tuntutan bertindih
Tuntutan bertindih antara negara juga menyebabkan kestabilanserantau terjejas.
Sebagai contoh, Sabah masih dituntut oleh Filipina berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian Sabah oleh Kesultanan
Sulu.
Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah pulau seperti Kepulauan Spratly bersama lima negara lain
iaitu China,Taiwan,Vietnam,Filipina dan Brunei.
Tuntutan-tuntutan bertindihh tersebut sebenarnya telah menjejaskan hubungan baik antara negara yang seterusnya
mengancam kestabilan serantau.

Kegiatan Lanun
Kegiatan lanun di perairan negara juga mengancam kestabilan serantau.
Kumpulan lanun tersebut akan menyerang bot-bot nelayan dan merampas kelengkapan yang ada, menyerang
perkampungan yang terdapat di pulau-pulau dan pesisir pantai dengan menggunakan senjata berbahaya, menculik tebusan
untuk mendapatkan wang tebusan, melakukan rompakan di darat atau di laut dan kemudian melarikan diri ke laut lepas
iaitu Indonesia atau Filipina.
Hal ini demikian telah mengacam kestabilan serantau terutama dari segi keselamatan.

Langkah-langkah untuk mewujudkan kestabilan serantau.


Kerjasama dengan negara serantau
Malaysia memberi sokongan terhadap mewujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala dalam kalangan negara-
negara ASEAN.
Kedudukan geografi negara di tengah- tengah Asia Tenggara, kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang
rapat dengan negara-negara serantau yang lain.
Sebarang ancaman terhadap ASEAN dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia juga.
Hal ini demikian telah menyebabkan Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau supaya kestabilan serantau
dapat diwujudkan.

Usaha ke arah keupayaan berdikari


Malaysia perlu berusaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara.
Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha-usaha tentera semata-semata tetapi sewajarnya
melibatkan semua agensi kerajaan yang berkaitan dengan rakyat jelata.
Umumnya, keupayaan berdikari negara berasaskan keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar dalam
perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri ; dan keupayaan untuk bertindak bersendiriaan dalam
mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam linkungan kawasan terdekat dari
ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan.

Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam PBB memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang
bercorak defensif.
Sehubungan itu, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh.
Dasar ini menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri.
Ini memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah angkatan tentera
yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi peperangan.

You might also like