You are on page 1of 2

AZMAN BIN ABDULLAH,

No. 24, Solok Ilmu 5,


Taman Ilmu,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya,
Jalan Permatang Tepi,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
(u.p : Unit Pengurusan Sekolah) 19 November 2018

Tuan,
KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan


permohonan pertukaran sekolah isteri saya, melalui laman web Eg-Tukar
(No. Permohonan P20181370) adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi


keizinan kepada isteri saya, Nurul Wahida binti Hamdan (No. Kad
Pengenalan : 840201-10-5290) yang kini bertugas di SK. SG.BATU, PPD
Barat Daya untuk berpindah ke PPD Seberang Perai Selatan.

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak
tuan dapat meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut
:

i) Isteri saya mengalamai keguguran


Pada tahun ini (2018) isteri saya telah keguguran sebanyak dua kali iaitu
pada bulan Mac dan Julai. Memandangkan bagi permohonan bersama
pertukaran antara daerah bagi sesi Januari 2019, saya telah berjaya dan
akan ditempatkan di SK Taman Merak, Jalan Paboi, 14100 Simpang
Ampat, Pulau Pinang. Saya amat khuatir akan keselamatan dan
kesihatan isteri saya yang terpaksa berulang-alik bersendirian. Selain itu,
isteri saya bergantung penuh kepada saya untuk ke sekolah dan jarang
memandu sendiri.
ii) Sudah mempunyai rumah sendiri di Taman Ilmu, Nibong Tebal
Kami telah mempunyai rumah sendiri yang telah dibeli pada tahun 2013
lagi setelah bertukar dari Sarawak. Oleh hal yang demikian, kami lebih
selesa untuk beruang-alik dari rumah ke sekolah walaupun jaraknya lebih
50km sehala.
iii) Menguruskan dua orang anak
Selain itu, saya juga menguruskan dua orang anak dan dihantar ke dua
tempat yang berbeza iaitu kepada pengasuh dan tadika. Memandangkan
saya terpaksa keluar dari rumah seawal yang mungkin, saya terpaksa
menghantar kepada ibu saya untuk menguruskan anak saya untuk dihantar
kepada pengasuh dan tadika.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan


isteri saya berhampiran dengan rumah kediaman kami mendapat
pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Saya
juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan isteri saya kerana ini
adalah kali ke lima permohonan di buat.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan


boleh menghubungi kami di talian 019-3760646 (Azman bin Abdullah)
atau 019-8371269 (Nurul Wahida binti Hamdan). Segala kerjasama dan
perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(AZMAN BIN ABDULLAH)