You are on page 1of 2

Cantuman adalah satu proses pembiakan

tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang


sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil
sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung
dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini
dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang
menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan
penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan
sebagainya. Cantuman merupakan teknik pembiakan
paling luas diamalkan oleh nurseri terutama untuk
tanaman buah-buahan. Teknik cantuman yang mudah,
ringkas dan mempunyai peratus kejayaan yang tinggi
membolehkan ia menjadi pilihan kepada pembiaknaka
tanaman. Beberapa tanaman tertentu memberikan
teknik cantuman sebagai kaedah paling baik untuk
mendapatkan sumber anakbenih baru sama kualiti
dengan pokok induknya. Bagi tumbuh-tumbuhan
yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang
telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil
menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini
berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan
oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi
bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak
pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai
sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu
pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya
(berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan
benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya,
teknik atau kaedah pembiakan tampang
diamalkan. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi
maklumat dalam "Anim Agro
Technology" mengenai cantuman berdasarkan
pengalaman dan pembelajaran penulis selama 30 tahun
dalam bidang pertanian.

Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil


bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-
pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali
berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh
digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk
mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan.
Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan
kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti induknya,
murah, cepat matang, jangkamasa yang singkat dan
sebagainya. Foto sebelah menunjukkan pokok
cempedak yang telah dicantum dengan varieti CH28
yang bersedia untuk dialih keladang. Pokok induk atau
pokok penanti dipilih daripada varieti yang lasak dan
mempunyai kelebihan tertentu dan CH28 merupakan
varieti cempedak yang dikehendakki.

Kaedah-kaedah pembiakan tampang.


1. • Cantuman mata tunas
2. • Cantuman baji (cantuman appolo)
3. • Cantuman sanding
4. • Tut pada pokok dewasa
5. • Keratan ranting.