You are on page 1of 2

LATIHAN ULANGKAJI SPM PENDIDIKAN ISLAM

1. Menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alNya disebut
______________ .

2. Majlis ______________ yang dianggotai oleh Al-Hallu Wal Aqdu (golongan yang bijak
menghurai dan membuat keputusan) dalam suatu permasalahan Islam

3 Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar
10 Zulhijjah. Ibadat tersebut ialah ____________ .

4. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial termasuk dalam
perbuatan ____________ .

5 Dalam tempoh pertunangan hubungan pasangan yang bertunang masih dianggap sebagai
____________ .

6. ____________ ialah setaraf dari keturunan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.

7. Khalifah Uthman bin Affan r.a. digelar ______________ kerana berkahwin dengan dua
orang puteri Rasulullah S.A.W.

8. ___________ ialah hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki yang dilaknat oleh Allah
S.W.T.

9. Orang yang berhak mengahwinkan seorang gadis tanpa persetujuan gadis tersebut dikenali
sebagai wali ___________ .

10. ___________ ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.

11. Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran di akhirat adalah
pengertian _________ .

12. Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin telah mentadbir negara Islam
selama _____________ tahun.

13. Menurut Mazhab Syafie isteri yang mengelak daripada melayan suaminya dengan
berpuasa sunat dianggap ____________ .

14 ____________ ialah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunah Rasulullah
S.A.W. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-
perkara bidaah.

15 Perkataan Abasiyyah diambil sempena nama ___________ iaitu bapa saudara Rasulullah
S.A.W.
16 Wali _________ ialah mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk
mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali.

17 Rukun haji yang menjadi simbol membersihkan diri daripada sifat tercela yang terdapat
pada diri seseorang ialah _____________ .