You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KANTIN BIL 1/2019

Tarikh : 3 Januari 2019

Masa : 1.45 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Kehadiran :

1. En. Anuar bin Ismail ( Guru Besar )


2. Pn. Badariah binti Mohd Yusof ( GPK HEM )
3. Pn. Noor Aliah binti Mat Ali ( Penyelaras Kantin )
4. Pn. Tuan Sabariah binti Tuan Mat ( Setiausaha Kantin )
5. Pn. Hamnah binti Baharom
6. Pn. Noorazian binti Abdullah

Tidak Hadir :

1. En. Asaduz Dzaman bin Omar


2. En. Mohd Rohaizad bin Jamil Mesyuarat Kecemerlangan UPSR

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Penyelaras Kantin


2. Ucapan Guru Besar ( En. Anuar bin Ismail )
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Bangkitan Minit Mesyuarat
5. Hal-hal Lain
6. Penangguhan Mesyuarat

1. UCAPAN PENYELARAS KANTIN ( PN. NOOR ALIAH BINTI MAT ALI )

1.1Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ajk yang daopat meluangkan
masa hadir ke Mesyuarat Kantin Bil 1/2019.
1.2 Berpuas hati dengan borang Kendiri Kantin yang telah diisi oleh pengusaha
kantin.
1.3 Teguran yang telah dibuat telah di ambil perhatian da n ada perubahan.
1.4 Berharap agar pengusaha kantin dapat mengekalkan prestasi yang baik sepanjang
tahun.
1.5 Berharap agar segala teguran yang diberikan diambil tindakan yang sepatutnya.

1
2. UCAPAN GURU BESAR ( EN. ANUAR BIN ISMAIL )

2.1 Mengucapkan salam dan terima kasih serta ucapan tahniah kepada semua ajk
kantin kerana dapat menjalankan tugas dengan baik.
2.2 Mengucapkan tahniah kepada pengusaha kantin kerana banyak melakukan
perubahan dari pelbagai aspek antaranya:
 Menyediakan menu murid dan guru serta harga
 Mengecat dinding kantin dan memasang langsir
2.3 Cadangan supaya meletakkan plastik di atas meja makan kantin.
2.4 Berharap pengusaha kantin dapat pelbagaikan menu dari masa ke semasa.
2.5 Kontrak pengusaha kantin masuk tahun ke 2. Tahun 2019 akan berakhir tender
kantin dan akan ditambah kontrak 2+1. Berpuas hati dengan perubahan yang telah
dilakukan.
2.6 Selepas tamat kontrak akan dibuka tender kantin yang baru.
2.7 Jika ada aduan atau tidak puas hati sila rujuk kepada pihak pentadbir.
2.8 Harap kerjasama antara pihak kantin dan ajk kantin baik.
2.9 Jika beri teguran, perlu gunakan bahasa yang sesuai dan sopan.
2.10 Semasa bekerja, pekerja tidak boleh memakai cincin, memakai apron dan
menjaga kebersihan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan.
2.11 Pastikan semua pekerja disuntik vaksin terlebih dahulu.
2.12 Pekerjadigalakkan menghadiri kursus bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
2.13 Jabatan Kesihatan akan datang memantau bagi memberikan gred.
2.14
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pn. Noorazian mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lepas di sahkan.
3.2 Pn. Siti Haishah menyokong.

4. BANGKITAN MINIT MESYUARAT

4.1Peniaga luar masih lagi berniaga di luar kawasan sekolah.

5. UCAPAN GPK HEM ( PN. BADARIAH BINTI MOHD YUSOF )

5.1 Kebersihan dan keselamatan perlu dititik beratkan oleh pengusaha kantin.
5.2 Tong sampah perlu diletakkan plastic dan sentiasa bertutup
5.3 Peralatan yang sumbing, retak dan calar tidak boleh digunakan.
Kebersihan bangunan juga perlu diambil perhatian.
5.4 Mengucapkan tahniah kepada pengusaha kantin kerana telah menceriakan
bangunan kantin dan telah membuang segala peralatan yang sumbing retak dan calar.
5.5 Longkang, lantai dan dinding mesti sentiasa dibersihkan
Guru dan penjaga membuat aduan tentang adanya semut di dalam air pada hari
pertama persekolahan.
2
5.6 Meningatkan pengusaha kantin supaya tidak menjual makanan yang dilarang oleh
pihak JPM.
5.7
Pendawaian mesti berada dalam keadaan baik, sinki bersih dan ada kain lap.
5.8 Laporan Kendiri 2019 telah disiapkan oleh GPK HEM. Laporan Kendiri perlu
dihantar kepada pihak pentadbir dua kali sebulan.untuk disemak oleh GPK HEM.
5.9 Papan kenyataan kantin perlu dipenuhkan dengan carta organisasi dalam masa
dua minggu selepas mesyuarat.
5.10 Waktu rehat murid:
 Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) – 10.10 – 10.30 pagi
 Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) – 10.40 – 11.00 pagi

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pn. Noor Aliah – Buku Laporan perlu ditulis aduan dan sebab berlaku, tidak boleh
ditulis memuaskan atau baik sahaja.
6.2 Pn. Hanita – minta bantuan bajet dari pihak sekolah jika ada bagi keceriaan
kantin.

7. PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………….. ………………………………….

( Tuan Sabariah binti Tuan Mat ) ( Noor Aliah binti Mat Ali )

Setiausaha Kantin Penyelaras Kantin