JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000

JILID 2: BIL. 3

STAIL PENGAJARAN GURU DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID Oleh Naina Mohd. B. Md. Noor Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. e-mail: masnaina@tm.net.my Abstrak: Rencana ini bertujuan mengetengahkan pendapat bahawa pengajaran (teaching) tidak lagi begitu menjadi tumpuan yang penting dalam trenda perkembangan pembelajaran murid-murid pada masa ini mungkin kerana sudah ada banyak kajian dan maklumat mengenai strategi, model, dan kaedah pengajaran. Stail pengajaran guru pula menjadi milik personal guru. Setiap guru ada gaya mengajar yang tersendiri. Namun begitu, stail pengajaran guru harus ada hubung kait yang rapat dengan gaya pembelajaran murid. Maka sekarang ini berlaku peralihan tumpuan kepada pembelajaran (learning) dan gaya pembelajaran (learning styles) murid-murid. Mengapakah ada anjuran perubahan tumpuan kepada pembelajarean dan gaya pembelajaran? Wajarkah strategi pembelajaran lebih difikirkan daripada strategi pengajaran? Apabila tumpuan yang lebih diberikan kepada gaya pembelajaran murid-murid, bagaimanakah pula dengan peranan dan stail pengajaran guru? 1.0 PENENALAN 1.1 Konsep yang berkaitan dengan “perbezaan individu”, “pengajaran berpusatkan murid”, dan “strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang psikologi pendidikan yang dipelajari di maktabmaktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai perbezaan individu. 1.2 Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan individu murid-murid. 1.3 Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberi pertimbangan terhadap perbezaan individu dan segala strategi yang disarankan semasa di maktab perguruan dahulu. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkan murid.

50

6 Kedua-dua kurikulum kebangsaan itu dengan jelas menyarankan pengajaran berpusatkan murid supaya berlaku pembelajaran aktif (active learning).9 Pegangan yang boleh diberi jaminan ialah mungkin masih ada para guru yang telah mencapai kepuasan yang lebih setelah keluar dari kepompong guru kovensional untuk menjadi guru inovatif dan kreatif. mengapakah pula perlu bersusah payah menyulitkan guru dengan gaya pembelajaran individu? 1. Perubahan “fesyen” dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. dan kemaskini. 1. Golongan guru yang ingin mengubah fesyen inilah yang menjadi sasaran rencana ini. segak.8 Pendapat dan senario yang dihuraikan di atas menampakkan pemikiran pesimistik terhadap sesuatu tuntutan perubahan.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. kononnya sebagai memenuhi perubahan trenda dalam alam pendidikan masa kini! Mungkinkah saranan tentang gaya pembelajaran akan beransur-ansur berkubur juga seperti sudut-sudut pembelajaran di bilik-bilik darjah KBSR dan KBSM? 1. Alasan utama yang barangkali sering diberikan ialah matlamat belajar di sekolah adalah untuk berjaya dalam peperiksaan. 1.4 Tindakan sedemikian lebih merupakan jalan penyelesaian yang mudah dengan menganggap tumpuan pengajaran harus menyeluruh yang meliputi keperluan kebanyakan murid yang berada di bilik darjah itu. 3 1.10 Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah stail pengajarannya seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan.5 Faktor lain yang mungkin jarang sekali difokuskan ialah kepada sikap berani para guru untuk meneroka pelbagai cara dan aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus kepada usaha bagi memenuhi minat dan keperluan individu walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama disarankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 51 . Adakah ini bermakna para guru kita sukar menerima konsep pembelajaran aktif? Adakah para guru akan menolak pula konsep gaya pembelajaran? Stail pengajaran guru secara konvensional sudah berjaya. Adakah pembelajaran aktif berlaku di sekolah-sekolah? 1. kacak. 1.7 Senario sedemikian sengaja diketengahkan kerana ini berkait rapat dengan persoalan sambutan atau respon para guru apabila mereka disogokkan pula dengan idea tentang stail pengajaran guru yang harus mengambil kira gaya pembelajaran murid. Usaha mereka itu pula telah dapat memberi impak kepada peningkatan pembelajaran murid-murid khususnya dari segi keseronokan belajar (the joy of learning). Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

3 1.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 2. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching Students Through Their Individual Learning Styles menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri. R. RANGSANGAN PERSEKITARAN EMOSIONAL SOSIOLOGIKAL FIZIKAL BUNYI UNSUR-UNSUR SUSUNATUR DALAM BILIK MOTIVASI KEBERTANGSTRUKTEKUNAN GUNGJAWAB TUR BAYA DIRI PASAPADEPELBASENDI. Jadual ini menerangkan lapan kategori gaya pembelajaran individu. berbeza dengan rakan sebayanya. dan Dunn. dan lebih mudah menerima konsep gaya pembelajaran yang dipopularkan oleh Rita Dunn dan Kenneth Dunn (1978).0 Konsep Gaya Pembelajaran Unsur-Unsur Asas Dalam Gaya Pembelajaran 2. K.” (Dunn & Dunn. lebih yakin. dan David Kolb (1990) yang terkenal dengan Sistem 4MAT.3 Terjemahan Exhibit 1-1 daripada Dunn & Dunn (1978:4) adalah seperti dalam Jadual 1.2 Berdasarkan data yang diperoleh hasil daripada kajian mereka mengenai cara-cara bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar. 2.11 Golongan inilah yang mungkin lebih optimistik.1 Dunn.NGAN SUK WA-SA GAI RI -AN ORANG PENGAMATMAKANAN MASA PERGER AN (Persepsi) AKAN CAHAYA SUHU Jadual 1: Unsur-unsur Utama Dalam Gaya Pembelajaran 52 . Dunn & Dunn (1978:4) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsurunsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli). Bernice McCarthy. “We were amazed to find an abundance of literature that had been accumulated over an eighty-year period repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers. 1978:4) 2. Golongan inilah diharapkan dapat menceriakan suasana pembelajaran di bilik darjah.

iaitu Kuadran 1: Pemelejar Imaginatif (berasa dan memerhati) Kuadran 2: Pemelajar Analitik (memerhati dan berfikir) Kuadran 3: Pemelajar menggunakan akal biasa (berfikir dan membuat) Kuadran 4: Pemelajar Dinamik (membuat dan menggunakan deria) 2. 3 2. Murid yang aktif misalnya akan terlibat sepenuhnya dengan sesuatu pengalaman baru. tersusun serta membina teori-teorinya sendiri. Ada pula dengan secara melakukannya sendiri.5 Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana dia mengamati dan memproses sesuatu. pragmatis. logik. 2.7 Pengamatan (perceiving) sesuatu dan pemprosesannya dijadikan sebagai dua paksi bersilang menegak. Model dan sistem ini mengklasifikasikan pemelajar (learners) kepada empat kategori.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. interpersonal. Apabila didapati praktikal dan berguna. 2.8 Berasaskan 4MAT itu kita dapat juga mengenali empat kategori cara belajar (Nelson. 53 . linguistik. manakala manusia lain belajar dengan cara berfikir. Ada yang memberi respon atau mempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling). 2. Ini menghasilkan Model Empat Kuadran yang dikenali sebagai Sistem 4MAT. 1997) iaitu cara belajar aktivis. dan teoritis. maka dianggapnya baik dan dia akan mempelajarinya. 2. 2. kinestetik. sentiasa aktif.6 Satu cara belajar yang lain pula ialah manusia mempelajari sesuatu dengan cara memproses pengalaman dan maklumat iaitu belajar secara memerhati orang lain melakukan sesuatu. muzikal.9 Pelajar yang pragmatis suka mencuba terlebih dahulu sama ada sesuatu itu benar-benar praktikal.10 Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence theory) oleh Howard Gardner (1983) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial. dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang dipelajari pada masa yang sama atau ketika itu juga. intrapersonal dan kecerdasan naturalistik.4 Rencana Bernice McCarthy yang bertajuk “Using the 4MAT System to Bring Learning Styles to Schools” dalam jurnal Educational Leadership Oktober 1990 mengemukakan satu carta yang menerangkan gaya pembelajaran yang berasaskan idea asal oleh David Kolb. Guru-guru diminta pula untuk merancang pengajarannya dengan mengambil kira kecenderungan murid-murid berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Pelajar yang teoritis pula suka mengambil pendekatan logikal. reflektif. Manakala pelajar yang reflektif akan mengasingkan diri tetapi masih melihat sesuatu yang dipelajarai itu daripada beberapa perspektif yakni mengambil masa untuk berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.

satu perkara yang mungkin boleh dikatakan kurang berlaku dalam bilik darjah kita. 1979) Guru itu sudah nyata boleh menggarap gagasan idea pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran murid.. 3.2 Guru yang optimistik sebenarnya boleh menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran yang diajukan oleh Dunn. 3 Walaupun gaya pembelajaran itu wajar dipertimbangkan khususnya apabila guru bercadang melaksanakan kerja-kerja pengajaran yang terarah kendiri (self-directed learning). Guru mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka.1 Daripada kajiannya yang bertajuk “Survey of Research on Learning Styles” yang dimuat dalam jurnal Educational Leadership. J. K.3 Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskan sesi interaksinya itu.S. “The most important learning is learning to learn. Ada pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Ada pula pelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita. The most important knowledge is self-knowledge” (Nisbet. “self-propelling learning”. R. Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau mengagihagihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka. pembelajaran masteri dan lain-lain yang merupakan pembelajaran aktif berpusatkan murid. Andaikata guru mengadakan aktiviti : Hear the story. Aktiviti seperti ini membuka peluang kepada murid untuk berakap (to verbalize). and Be The Story (Leming. Mac 1989. dan Kolb dan McCarthy. dalam Journal of Education Boston University. J. Tell the story.0 Menangani Cabaran 3. 3. 1988:vii) 3. maka satu perkara penting yang wajar ditekankan juga ialah “mempelajari cara belajar”.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. Rita Dunn telah membuktikan bahawa murid-murid berjaya belajar dengan lebih berkesan serta berupaya pula mengekalkan apa yang dipelajari dalam ingatan mereka dengan lebih lama lagi apabila murid-murid diajar berlandaskan kekuatan pengamatan dan persekitaran pengajaran yang mengambil kira cara-cara atau gaya murid-murid belajar. Di sinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu bagaimana guru menguruskan sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran yang 54 . dan Dunn. Ada pelbagai teknik pula untuk membolehkan murid-murid “be the story”.

Tidakkah ini merupakan satu “intellectual injury”? 3.9 Guru yang konvensional barangkali tidak dapat berbuat begitu..5 Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti ini ternyata guru kurang peka kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnya mereka mungkin jadi guru yang menjejaskan minda murid-murid. dan prihatin terhadap “keselamatan minda” murid-muridnya akan dapat mewujudkan suasana 55 . 3.J. al (1971:257): “As of late. Raths et. kreatif. Muridnya pasif. 1971) 3. R. telah baca. 3 menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran muridmuridnya. telah dengar. “To promote thinking and valuing: teachers must allow students to do a great deal of verbalizing about their experiences: What they have seen What they have heard What they have read What they have imagined” (Pancella.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3. cikgu”. maka ini merupakan sekatan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid.4 Sebenarnya murid-murid ada kecenderungan untuk bercerita mengenai apa yang mereka telah nampak.6 Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari ini kerana apabila guru-guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran murid-murid. dan apa yang mereka khayal atau imaginasikan.7 Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya pembelajaran murid dan mahukan kejayaan dan perkembangan dalam pembelajaran murid-muridnya harus boleh menjadi fasilitator yang boleh menghakiskan mitos “Saya tak boleh. Sebaliknya guru yang inovatif. cikgu” dan “Saya tak tahu.” 3. Mitos ini perlu diketepikan sekiranya guru mahu muridmuridnya mencapai “Quantum Learning” iaitu “…interactions that transform energy into radiance” (DePorter. 1992:16) 3.8 Bobbi DePorter (1992:15) mencadangkan sembilan cara untuk menghakiskan mitos “I can’t” dan salah salah satu daripadanya ialah “menemui gaya pembelajaran kendiri”. more and more investigators of teaching are beginning to realize that poor teachers have been inflicting intellectual injury upon students too. Kelasnya muram. Kata Pancella J.

Untuk itu. Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail pengajaran masing-masing. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. kreatif. Sebagai guru yang hendak mengubah stail pengajarannya. Satu cara untuk meneroka adalah dengan mencuba. 56 . kita harus membina insan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut gaya. Wahid (1993:114) yang mengajukan konsep pendidikan dan latihan berasaskan akal yang beliau ungkapkan sebagai “Whole-brain Thinking.11 Apabila ini dapat guru lakukan barulah selaras dengan hasrat Wan Mohd. Guru ini dikatakan berjaya menggemblengkan potensi murid-murid untuk menghidupkan suasana pembelajaran. cara. prihatin. dan Brain-based Training” 4. dan riang ria di bilik darjahnya.0 Kesimpulan Golongan guru yang inovatif. Brain-based Education. 3. 3. berseri-seri. dan rentak pembelajaran murid-murid.10 Perkembangan kini bukanlah sekadar “tranform energy” tetapi mensinergikan segala tenaga yang ada dengan tenaga minda supaya berlaku pembelajaran yang berasaskan pemikiran yang menggunakan semua bahagian otak. apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Rugikah kalau guru sanggup pula mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskan akal? Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. dan optimistik harus meneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya.JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3 yang ceria.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful