You are on page 1of 3

KONSEP FONETIK

 Fonetik (daripada perkataan Yunani "bunyi" atau "suara") ialah kajian


terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi ,
serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.
Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan
catatanPāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi
konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit.
Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut
klasifikasi Pāṇini.
 Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang
dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk
membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal. Ruang lingkup fonetik merangkumi
antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik
terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik
auditori.

1 Fonetik Artikulasi

Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga
melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu
dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit
lembut, anak tekak, dan sebagainya.

2 Fonetik Akustik

Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini
ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini
dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara
sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi
dan amplitud.

3 Fonetik Auditori

Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang
bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang
paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua
cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian
kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk
pengajaran.

Takrif Fonologi

Fonologi (daripada Bahasa Greek "suara, bunyi" dan , "perkataan, pertuturan,


subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker
(1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu
bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200
tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli
bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara
membandingkan buni bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.

Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem
sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana
bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga
mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan
penggunaan bahasa.
Sistem Ejaan Bahasa
Melayu
Huruf Vokal Penggunaan Huruf Besar dan
Sistem ejaan bahasa Melayu -ada enam fonem( Huruf Kecil
telah bermula pada tahun a,e,i,o,u) Nama Khas
1904 dan diisytiharkan Huruf Konsonan Huruf pertama pada semua nama
penggunaannya secara khas hendaklah ditulis dengan
rasmi pada 16 Ogos 197 -25 fonem konsonan yang
dilambangkan oleh 26 huruf besar.
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u huruf -Pertubuhan Bangsa-Bangsa
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi Huruf Diftong Bersatu (PBB)
(iii) Huruf konsonan: -ada tiga fonem diftong Kata Sendi dan Kata Hubung
huruf selain huruf vokal yang dilambangkan oleh Huruf pertama bagi kata sendi
(iv) Huruf konsonan gabungan dua huruf(ai, dan kata hubung tertentu pada
gabungan: gh, kh, ny, ng, sy au, oi) tajuk ditulis dengan huruf kecil
-Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengenalan Fonem-fonem Bahasa Melayu


*Fonem adalah bunyi bahasa yang memberikan perbezaan erti. Contohnya kata
Baru dan balu, bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara
keduanya ialah fonem [r] dan [l].

*Fonem adalah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Ia merupakan unit yang
bermakna danterdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya perkataan
Malu terdiri daripada empat unit bunyi iaitu m,a,l,u.

*Unit kecil inilah yang dikatakan sebagai fonem. Fonem dan transkripsinya
hendaklah diletakkan dalam kurungan .Fonem juga boleh difahami sebagai unit
terkecil yang membezakan makna.

* Ianya dinamakan pasangan minimum atau pasangan terkecil. Contohnya perkataan


Kaya dan paya. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Ini
disebabkan oleh fonemk dan p. Bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil yang
membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p haruslah diletakkan dalam kurungan
fonem /k/ dan /p/.
Contoh lain bagi fonem ialah:
/barat/ - /karat/ /sayang/ - /wayang//pedang/ - /petang/ /dalam/ - / talam//pakar/ -
/bakar