You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Kebelakangan ini, isu pemerdagangan manusia merupakan isu yang


hangat diperkatakan di seluruh dunia. Pemerdagangan manusia merupakan masalah
sosial yang serius kerana masalah ini telah menjadi suatu ancaman global yang
terus tumbuh dan secara langsung mengancamkan kehidupan dan kebebasan
jutaan wanita dan kanak-kanak.Secara umumnya, pemerdagangan manusia
melibatkan tindakan merekrut, memindah, menyimpan manusia dengan tujuan untuk
melakukan eksploitasi tertentu seperti menjadikan mangsa perdagangan sebagai
pelacur, menjual organ manusia yang didagangkan, dijadikan hamba paksa atau
hamba abdi. Tindakan ini dilakukan dengan ugutan dan kekerasan, penipuan atau
melalui salah guna kuasa. Pemerdagangan manusia boleh dilakukan dalam
sesebuah negara atau juga mungkin berlaku dengan merentasi sempadan
antarabangsa. Pada kebiasannya,kanak-kanak dan kaum wanita menjadi sasaran
pemerdagangan manusia ini. Namun,kita juga tidak dapat dinafikan orang dewasa,
remaja dan kaum lelaki juga turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
(Etizen, et.al,2012) Isu pemerdagangan manusia tersebut menjadi cabaran ke atas
pembangunan negara. Hal ini demikian kerana pemerdagangan manusia telah
menjadi salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia.
Isu tersebut juga dipandang dengan serius oleh dunia termasuklah negara Malaysia.
Menurut Wikipedia, pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan
yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti
buruh secara sah dan secara paksa.

Pemerdagangan manusia adalah jenayah terancang yang ketiga terbesar di


dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Aktiviti penyeludupan dan
pemerdagangan manusia di peringkat antarabangsa semakin berleluasa dan
menjadi masalah kepada banyak negara termasuklah di Malaysia. Malaysia menjadi
tempat yang mudah berlaku aktiviti pemerdagangan manusia kerana Malaysia
merupakan antara lokasi strategik sama ada sebagai negara destinasi atau negara
transit bagi pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. Ditambah dengan
lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut serta kedatangan
pelancong dan pekerja asing ke Malaysia menggalakkan lagi sendikit pelacuran yang
membawa masuk secara sah ataupun haram gadis dari China, Indonesia, Thailand,
dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini terbukti berdasarkan jumlah
tangkapan yang dilakukan dalam operasi serbuan oleh polis dan pihak berkuasa

1
tempatan (PBT) ke tempat-tempat disyaki sarang pelacuran dan rumah urut di
sekitar Bandar besar di Negara ini.

2.0 PUNCA-PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA

2.1 Faktor ekonomi

Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes


pemerdagangan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah kekurangan kewangan
dan pendapatan semakin hari semakin serius di Asia Tenggara. Orang yang
berpendapatan rendah sudah susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada
zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Oleh itu, mereka sanggup melakukan
apa-apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan
singkat tersebut akan melanggar undang-undang dan peraturan negara. Aktiviti
pemerdagangan manusia akan mendatangakan pendapatan yang sangat lumayan.
Ini telah mendorong peniaga manusia lebih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan
kes pemerdagangan manusia di dunia semakin hari semakin meningkat.

2.2 Faktor kemiskinan

Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya aktiviti pemerdagangan


manusia. Mereka menjadi mangsa pemerdagangan manusia biasanya berasal
daripada keluarga yang miskin.Di kawasan yang berlaku kemiskinan sering juga
berlaku pertambahan penduduk.Dengan pertambahan penduduk yang banyak ini,
jumlah mereka yang mencari pekerjaan juga bertambah. Keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa dan akhirnya terjebak dalam aktiviti pemerdagangan aktiviti jadikan
mangsa tersebut.

` Di kawasan-kawasan yang kemiskinan, ada ahli-ahli keluarga dijadikan


cagaran apabila membuat pinjaman duit. Ada kalanya, sesebuah keluarga tidak
dapat membayar pinjaman wang tersebut kerana hasil pertanian mereka tidak
menjadi atau berlakunya penyakit-penyakit di kawasan mereka. Semasa gagal
menjelaskan hutang, terdapat ahli keluarga yang terpaksa diserahkan kepada
peminjam wang. Hal ini ialah salah satu punca yang berlaku pemerdagangan
manusia, khususnya di kawasan yang kadar kemiskinan yang tinggi.

Kehidupan yang miskin dan keluarga yang pendapatan yang rendah juga
menyebabkan terdapat ibu bapa terpaksa menjual anak-anak mereka. Mereka
dijanjikan oleh para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan

2
yang baik. Broker-broker ini biasanya menjual anak-anak kepada kumpulan pemilik
hamba pula. Akhirnya, anak-anak ini terpaksa untuk menjebak dalam aktiviti
pelancuran tanpa kerelaan mereka.Pemerdagangan manusia banyak berlaku di
negara-negara miskin seperti Benin, Burkina Faso dan Mali. Kemiskinan begitu jelas
dengan lebih 70% penduduknya hidup dengan pendapatan kurang US1dolar
sehari.Dengan keadaan kemisikinan tersebut, terdapat keluarga yang sanggup
menjual anak-anak mereka dengan harga serendah US15 dolar sahaja dengan
berharap anak-anak mereka boleh mempunyai masa depan yang lebih baik daripada
kehidupan sekarang mereka. Namun demikian, kanak-kanak yang perempuan
biasanya akhir menjalankan kerja-kerja domestik atau menjadikan seorang pelacur,
manakala kanak-kanak yang lelaki mungkin dijual untuk menjadikan sebagai buruh
pertanian di ladang-ladang ataupun mungkin menjadi sebagai nelayan di laut.Selain
itu, mereka untuk berubah nasib dan taraf hidup sendiri dengan baik , cara yang
boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan
banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju,
mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama,
terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi
ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau
pelacur.

2.3 Faktor permintaan tenaga buruh

Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong


berlakunya kegiatan pemerdagangan manusia. Pihak sindiket pemerdagangan
manusia mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh untuk mendapat
keuntungan. Mereka ini menunjukkan diri sebagai agensi pekerjaan untuk membantu
buruh asing, namun mereka mengeksploitasi buruh-buruh tersebut akibat kelemahan
dalam sistem perundangan. Apabila sampai di negara yang dijanjikan, buruh-buruh
tersebut akan dipaksa bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan
bahawa hak asasi mereka sebagai manusia telah dirampas.

2.4 Faktor keuntungan yang lumayan

Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan manusia mendorong


kegiatan ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri
kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan
dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang
lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi

3
dan martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh
wang yang banyak manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan
adil. Justeru, masalah ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan krisis
kepada mangsa.

2.5 Faktor kelemahan peraturan dan undang-undang

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan


salah satu faktor berlaku aktiviti pemerdagangan manusia. Hal ini termasuk
kelonggaran sistem imigresen dan kelalaian pihak keselamatan. Kelonggaran sistem
keluar dan masuk negara terutamanya di kawasan sempadan yang tidak dijaga
dengan rapi memudahkan operasi membawa masuk manusia ke negara tersebut
dilakukan secara mudah. Selain itu, hukuman yang berat sepatutnya dikenakan
kepada pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan manusia
ini. Ketiadaan hukuman yang berat membiarkan dalang sindiket berani untuk
menjalankan kegiatan jenayah pemerdagangan manusia. Sindiket pemerdagangan
manusia biasanya mempunyai rangkaian domestik dan antarabangsa. Hal ini
membolehkan mereka menjalankan aktiviti mereka dengan mudah kerana tidak
dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Misalnya, mereka berurusan dengan pihak-pihak
tertentu untuk menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa. Oleh itu, pihak
berkuasa sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh
mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.Jelaslah di
sini bahawa penguatkuasaan yang lemah menjadi punca jenayah ini semakin
berleluasa.

2.6 Faktor kekurangan ajaran agama dan moral

Ketiadaan pegangan agama penjenayah dipercayai menyebabkan


berlakunya kes jenayah tersebut. Seseorang yang tidak beragama tidak mempunyai
petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial isu. Setiap agama
mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang
mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral.
Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapat keuntungan yang
banyak walaupun melakukan hal yang melanggar undang-undang dan peraturan
negara.Mereka juga tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini.
Seseorang yang mempunyai agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang
boleh merosakan akhlak.

4
2.7 Faktor kedudukan dan geografi yang strategik

Sebagai contoh, kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran dengan


kawasan segi tiga emas turut mendorong kegiatan pemerdagangan manusia ini
menjadi berleluasa sehingga Malaysia dianggap sebagai pusat transit dan sarang
jenayah yang berkaitan .

3.0 KESAN-KESAN AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA

3.1 Mencemarkan imej Negara di mata dunia

Aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku secara giat di negara tersebut


akan meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain. Hal ini akan membantutkan
pertumbuhan ekonomi di negara kerana para pelabur tidak berminat untuk melabur
di negara yang disebabkan masalah pemerdagangan manusia. Sektor pelancongan
yang turut menyumbang kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana
pelancong asing berasa khuatir akan keselamatan mereka apabila berada di negara
yang kemunculan masalah yang pemerdaganagan manusia. Tidak dapat dinafikan
bahawa aktiviti pemerdagangan manusia yang melibatkan negara tersebut memberi
gambaran bahawa wujudnya kelemahan kerajaan negara dalam menguatkuasakan
undang-undand dan peraturan serta tidak mahu memandang serius tentang isu
pemerdagangan manusia. Sebagai contoh, kedudukan Malaysia dalam senarai 16
negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia
sememangnya menjejaskan imej negara. Hal ini kerana menunjukkan negara lemah
dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
negara.Sekaligus negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

3.2 Mengancam keselamatan dan keamanan negara

Jenayah yang berleluasa telah mengancam keselamatan rakyat terutamanya


golongan wanita, gadis, remaja dan kanak-kanak yang diperalatkan untuk tujuan
tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya. Sindiket
pemerdagangan manusia yang terlibat turut melakukan jenayah pemerdagangan
manusia ini untuk mendapat keuntungan yang lumayan.

3.3 Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

Aktiviti pemerdagangan manusia ini melanggar hak sesebuah negara dan


isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Hal ini kerana

5
demikian isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah
menimbulkan tidak puas hati antara negara yang terlibat.

3.4 Peningkatan masalah sosial

Aktiviti pemerdagangan manusia ini mengakibatkan masalah sosial dalam


masyarakat akan meningkat. ktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan
peratusan kadar jenayah di negara ini kian meningkat. Sebahagian besar manusia
yang diperdagangkan ini terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah, rompakan,
sendiket dadah, dan sebagainya untuk mencari sumber kewangan. Terdapat juga
sebahagian daripada mereka yang bekerja sebagai pelacur bagi mendapatkan duit
untuk menampung keperluan hidup.Selain itu, pertambahan bilangan rumah urut dan
sarang pelacuran yang turut akan mengundang masalah sosial . Masalah
pemerdagangan manusia juga menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan.
Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau
anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu
yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran,
mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan.
Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim
antara masyarakat akan semakin tegang.

3.5 Mangsa mengalami trauma

Aktiviti pemerdagangan manusia ini menyebabkan berlakunya penindasan


terhadap mangsa-mangsa sindiket. Walaupun mangsa-mangsa dapat diselamatkan
tetapi mereka akan menghadapi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka.
Hal ini dapat dilihat terhadap mangsa-mangsa yang terbabit dengan eksploitasi seks
dan pengedaran dadah. Pengedaran dadah ini memaksa mangsa tersebut untuk
menyeludup masuk dadah semasa mereka memasuki sempadan negara. Ada juga
yang diarah mengedarkannya semasa bekerja tanpa rela.

3.6 Penyebaran penyakit berjankit

Aktiviti pemerdangan manusia juga menyebabkan berlaku penularan penyakit


berjangkit. Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini berasal dari negara
yang mundur seperti Afrika Tengah, India, dan sebagainya. Golongan ini mempunyai
taraf kesihatan yang rendah dan kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit
seperti tibi, virus HIV, dan AIDS. Pergaulan mereka dengan masyarakat tempatan di
negara ini dibimbangi akan merebakkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut.

6
3.7 Pendatang asing menimbulkan pelbagai masalah

Kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara kita berlaku apabila ramai
tenaga kerja dibawa masuk. Ramainya pendatang tanpa izin memungkinkan kita
akan menhadapi masalah peningkatan jenayah dan masalah sosial ,penggunan
perkhidmatan tertentu seperti kesihatan,pendidikan dan sebagainya yang sepatutnya
diutamakan kepada penduduk tempatan.

3.8 Tiada pembelaan yang adil terhadap mangsa

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia ini


tidak dapat pembelaan yang sewajarnya jika didakwa di mahkamah. Ada dalam
kalangan warganegara Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara seperti di
Amerika Latin dan China tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka
didakwa di mahkamah. Ada di antara mereka yang dijatuhkan hukuman yang berat
seperti hukuman bunuh, hukuman kematian dan penjara seumur hidup kerana ditipu
oleh keldai dadah.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA

4.1 Mengetatkan kawalan di sempadan

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini daripada
berterusan ialah dengan mengetatkan kawalan di sempadan. Pihak berkuasa
perlulah lebih giat mengawal sempadan di negara ini daripada kemasukan golongan
manusia yang diperdagangankan. Kementerian Dalam Negeri perlu menambah
bilangan anggota untuk mengawal kemasukan orang asing ke negara kita.Rondaan
yang kerap perlu dilakukan bagi mengenalpasti pintu masuk haram manusia yang
diperdangangkan ini.Sebagai contoh,operasi randaan secara berjudual dan intensif
harus dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan kerjasama pihak
keselamatan negara-negara jiran. Kemasukan warga asing ke negara ini juga
perlulah melalui syarat-syarat yang ketat agar golongan pemerdagangan manusia ini
dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

4.2 Penanjuran kempen kesedaran tentang isu pemerdagangan manusia

Pihak kerajaan sesebuah negara boleh menjalankan kempen kesedaran


mengenai isu pemerdagangan manusia untuk menangani jenayah pemerdagangan
manusia. Dengan menjalankan kempen kesedaran ini, ia akan meberi kesedaran
kepada masyarakat bahawa semakin hari semakin berleluasa masalah

7
pemerdagangan manusia. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan memahami
tentang cara-cara pemerdagangan manusia berlaku dan mengetahui bahawa
pelbagai jenis kesan yang akan diterima daripada jenayah pemerdagangan manusia.
Hal ini secara tidak langsung mencegah masyarakat sesebuah negara daripada
terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia dan pada masa yang sama, ia akan
menggalakkan masyarakat untuk memberi kerjasama bagi menangani masalah
tersebut yang boleh memberi impak bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah
kepada negara juga. Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat (KPWKM) di negara Malaysia menyediakan program kesedaran
kepada masyarakat berhubung masalah pemerdagangan manusia. Program
kesedaran ini dilakukan dengan cara melakukan kempen kesedaran awam
mengenai masalah pemerdagangan manusia melalui seminar, bengkel serta
pengedaran risalah.

4.3 Penguatkuasa undang-undang

Undang-undang harus dikuatkuasakan supaya boleh menyekat masalah


pemerdagangan manusia ini terus berleluasa. Pada 18 Jun 2010, Mesyuarat Jemaah
Menteri di Malaysia bersidang tentang meluluskan cadangan Kementerian Dalam
Negeri untuk meminda Akta Anti pemerdagangan Orang 2007 bagi
memperkukuhkan rangka kawal selia untuk menangani isu pemerdagangan manusia
dan penyeludupan migran dengan lebih berkesan. Kini pindaan Akta tersebut
dikenali sebagai Akta Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran
2007 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 2010. Melalui akta ini, nasib
mangsa pemerdagangan manusia lebih terjamin kerana kandungan akta ini
merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi
mangsa pemerdagangan manusia.

4.4 Penyelarasaan sistem data maklumat kemasukan pelancong asing

Pihak Imigresen perlu menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan dan


mengemaskini rekod keluar dan masuk di pintu sempadan terutama di lapangan
terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara negara bagi menggembleng usaha
membasmi jenayah yang tidak bermoral dan berperikemanusiaan ini.

4.5 Kerjasama antara negara lain

Kerjasama yang erat perlu diwujudkan antara sebuah negara dengan negara
yang lain untuk menangani masalah pemerdagangan manusia. Sebagai contoh,

8
negara Malaysia dan negara Australia baru-baru ini telah bersepakat untuk
meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket pemerdagangan manusia
melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan kepada negara-negara
jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Kerjasama yang dibentuk
antara negara-negara adalah penting untuk mewujudkan kerjasama serantau,
perkongsian bijak terutamnaya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan
keselamatan. Tambahan pula, Kerajaan Malaysia juga merupakan sebuah negara
yang mempunyai mekanisma kerjasama serantau bagi memerangi pemerdagangan
manusia dalam perjanjian multiliteral berhubung kerjasama perkara jenayah dalam
negara di rantau ASEAN. Hubungan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN
termasuk Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand
dan Vietnam sangat erat, sama ada kerjasama bilateral mahupun multiliteral seperti
ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC), ASEAN Senior
Officials Meeting on Transnational Crime SOMTC dan Working Group on Trafficking
in Persons. Tambahan pula, Malaysia juga terlibat dalam ASEAN Declaration yang
ditandatangi di Vientiane, Laos, semasa 10th Summit pada 29 November 2004.
Deklarasi ini bertujuan untuk bersama-sama mencegah dan menentang
pemerdagangan manusia di kawasan serantau ASEAN. Jadi, kerjasana sesama
negara serantau ini untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia akan
lebih memudahkan masalah itu dan mampu untuk diselesaikan dengan sebaiknya.

4.6 Pemberian pendidikan secara formal dan tidak formal

Pihak sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam


topik-topik yang berkaitan dengan penyayang dalam sesi persekolahan. Oleh itu,
pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan
manusia seperti menelefon 999 semasa nampak kejadian pemerdagangan manusia
berlaku. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan secara
tidak formal dengan menyalurkan ajaran agama yang mencukupi dan memantaukan
tindakan dan perbuatan anak-anak supaya mampu mengurangkan risiko-risiko yang
berlaku aktiviti pemerdagangan manusia.

4.7 Tindakan penguatkuasaan oleh PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu institusi yang berada di
dalam kerajaan Malaysia. PDRM telah memainkan peranan penting dengan
melakukan pelbagai usaha yang efektif dalam menangani isu pemerdagangan
manusia. PDRM telahbertindak menubuhkan Unit Antipemerdagangan Orang

9
( Unit ATIP) yang berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Unit ATIP ini antara lain
bertanggungjawab mengenalpasti dan mengambil tindakan ke atas kes-kes
pemerdagangan orang, membanteras sindiket yang terlibat, mengumpul
maklumat dan risikan serta menjalankanpenguatkuasaan di premis dan tempat
yang berkaitan dengan kesalahan ini.Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh
PDRM memberi penekanankepada jenis pengeksploitasian yang termaktub di bawah
Akta AntipemerdaganganOrang 2007 yang merangkumi eksploitasi seks, Kerja
atau perkhidmatan paksa,perhambaan atau amalan yang menyerupai
perhambaan dan pengabdian,pemindahan organ manusia, atau dan apa-
apa aktiviti yang melanggar undang-undang.

5.0 Kesimpulannya

Akhir sekali, aktiviti pemerdagangan manusia haruslah dibanteras dengan


segera mungkin agar isu pemerdagangan manusia ini tidak lagi meninggalkan kesan
negatif kepada negara. Semua pihak perlu turun padang bagi membendung aktiviti
pemerdangan manusia ini. Jika tidak memberi perhatian dengan serius, masalah
pemerdagangan manusia ini akhirnya akan menjejaskan imej negara kita dengan
meningkatkan masalah sosial dan jenayah. Dalam tempoh janka masa yang panjang,
masalah ini boleh menjejaskan banyak bidang dalam pembangunan negara
keutamanya bidang pelancongan , keselamatan dan ekonomi.

10
BIBLIOGRAFI

Buku

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi bin Shuid, Dr.Mazlan bin Aris,Mohd Fu’ad bin Sam,
Dr.Roslina binti Suratnu.(2014). Pengantar Pendidikan Moral. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Dr.Mohd.Ashraf Ibrahim, Dr.Mohd.Aris Othman, Siti Fatinah Adullah, Chin Kuang Tiu,
Norazlan Ismail (2015).Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Internet

____________ (2013). Kesan pemerdagangan manusia dan langkah mengatasi.

http://eseistpm.blogspot.my/2013/09/kesan-pemerdagangan-manusia-dan-
langkah.html. Diakses pada 3 September 2015

Fadli Ismail. (2014). Punca-Punca Berlakunya Pemerdagangan Orang.

http://stpm-study.blogspot.my/2014/08/punca-punca-berlakunya-
pemerdagangan.htm Diakses pada 3 September 2015

Hanif Bin Idrus.(2011). Pemerdagangan Manusia- Rencana Khas.

http://www.hanifidrus.com/2011/10/pemerdagangan-manusia-rencana-
khas.html Diakses pada 3 September 2015.

Bahan-bahan lain

Undang-undang Malaysia. Akta Antipemerdagangan orang dan


antipenyeludupan migran 2007 [Akta 670] (2014). Malaysia:
Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia.

11