You are on page 1of 11

KAJIAN TINDAKAN SABK 2018

TAJUK:
PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 1 AL-JAZARI DI SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN AGAMA SIBU, SARAWAK.

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 7

SAFTUYAH BINTI OMAR
RAHMAH BINTI DEN
MIMNAJWA BIN MAD RIBAN
NUR MAHIRAH BINTI ABDUL JALIL
HAJAH FATIMAH BINTI KUSHAIRI

1

1. Menulis. 2 .0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). SARAWAK. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 1 Al-Jazari. Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran. telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun satu ataupun tahun yang seterusnya. KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 AL-JAZARI DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN AGAMA SIBU. Mengira). 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca. 2. Pendekatan Kaedah yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum. kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 1 telah dikenalpasti tahap pencapaian mereka. tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang dibaca.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam Kajian Tindakan ini. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini. Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. 3.

Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat. Murid-murid akan meningkat ke peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah dapat diselesaikan terlebih dahulu. Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”. Kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. 4. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera. Oleh yang demikian. perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf.Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna. murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. daerah. negeri dan 3 . Selain itu.

Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan. 4. dan juga instrumen kajian. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga kemahiran membaca teks pendek. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 1 SK Agama Sibu. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian membaca perkataan suku kata KVKV. Murid tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. sasaran kajian. namun belum berapa fasih membaca suku kata perkataan dengan lancar.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian tindakan ini. Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan awal. Ujian awal (diognostik) dilaksanakan. 4. Murid telah mengenal huruf vokal dan konsonan. Sibu ini menguasai kemahiran membaca. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian. penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah kemahiran membaca murid tahun 1 Al-Jazari di Sekolah Kebangsaan Agama. Namun demikian.peringkat nasional. Sarawak. Keadaan ini sangat menakitkan apabila semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK. Oleh yang demikian. 4 . selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. ujian 2 ialah ujian membaca perkataan KVKVK. 4.2 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun 1 Al-Jazari. batasan kajian. pencapaian murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. ujian 4 ialah membaca teks pendek.

Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV. Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya. 4. Sarawak. 5. VKVK. Murid-murid ini didedahkan dengan kemahiran membaca. Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji. 4. Sarawak.. Dalam tinjauan awal. Ujian dan temubual berikut dilaksana: Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK Ujian 3: Membaca perkataan VKVK Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20) perkataan Analisis Data Ujian 1: 5 .0 ANALISIS DATA KAJIAN Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 24 April 2018 yang melibatkan 30 orang murid tahun 1 Al-Jazari. ujian yang ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK.4 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diagnostik yang merangkumi 4 bahagian iaitu.3 Batasan Kajian Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 1 Al-Jazari di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. Setiap ujian ini dianalisis keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. KVKVK.. pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikaji. dan ujian yang keempat ialah ujian membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan. ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata KVKVK. ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK.

Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan.7 13.7 9 –12 Sederhana 5 16. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan.4 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran ini dengan baik manakala 36.7 33 – 42 Sangat Baik 8 26. Ini menunjukkan murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata.3 17 – 24 Sederhana 6 20 25 – 32 Baik 5 16.3 17 – 20 Sangat Baik 7 23.4 5 -8 Lemah 7 23.3 17 – 20 Sangat Baik 6 20 Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati.3 9 – 12 Sederhana 3 10 13 – 16 Baik 4 13.3 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 66. Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus 0–8 Sangat lemah 7 23. Analisis Data Ujian 3: Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus 0–4 Sangat lemah 6 20 5– 8 Lemah 5 16.7 Dari data yang diperolehi sebanyak 43. Analisis Data Ujian 2: Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus 0–4 Sangat lemah 10 33.6 peratus berada pada tahap lemah.3 6 .7 peratus masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK. hanya 33.16 Baik 7 23.3 9 – 16 Lemah 4 13.

adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 63. 6. Di setiap stesen bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata. pengkaji mencadangkan kaedah pembelajaran masteri. Hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a. Kaedah pembelajaran masteri ini dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana.3 peratus boleh memberi membaca VKVK dan hanya 36. tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid- murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. kad perkataan.16 Baik 7 23.e.Daripada ujian ini pula.i. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah: 7 .3 5– 8 Lemah 4 13.0 CADANGAN TINDAKAN Bagi cadangan tindakan ini. bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid berkenaan. kad ayat. dan cerita-cerita pendek. guru menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Dalam kajian ini.3 9 –12 Sederhana 5 16.7 13.3 17 – 20 Sangat Baik 10 33.4 Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 73. Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti.7 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. Analisis Data Ujian 4: Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus 0–4 Sangat lemah 4 13.o dan u tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain.7 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. Bagi murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen dengan lancar.4 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 26.

Ini bagi memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut. KAD SUKU KATA sa + but = sabut t me + lur = melur be la yar + + = belayar se ko lah + + + = sekolah Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting.STESEN 1 Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘sabut’ dan ‘melur’. 8 . Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.

Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan.STESEN 2 KAD PERKATAAN menolak tembikai menyapu permata Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata diwakilkan dengan warna yang berlainan. STESEN 3 KAD AYAT Ani sibuk memasak nasi di dapur Adik saya suka membaca buku 9 .

Stesen tiga ialah aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya. Daripada kajian yang telah dijalankan. Justeru. 7.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN PERKARA TARIKH Penerimaan Projek 15 April 2018 Kajian awal 26 April 2018 Pernyataan masalah 15 April 2018 Pembentukan soalan ujian murid 20 April 2018 Kajian lapangan 26 April 2018 Pengumpulan data 4 Mei 2018 Cadangan kajian 8 Mei 2018 Penyerahan projek 6 September 2018 8. guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi. Jika murid berjaya melepasi tahap ini.0 KESIMPULAN Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini.Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Satu dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran 10 . STESEN 4 Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah dibaca oleh murid. bermakna mereka sudah fasih membaca ayat-ayat pendek. Oleh itu. Hal ini demikian kerana. guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan.

guru. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Husin. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat. 11 . Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang ke sekolah. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. (1998). Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Bhd. Pedagogi Bahasa.