You are on page 1of 4

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

“JA BERAMBEH NGAGAI SARAWAK”

PESTA
MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN
PELAJARAN MALAYSIA KALI KE 46 TAHUN 2018
15-21 DISEMBER 2018
SARAWAK BUMI KENYALANG

7. PERATURAN SEPAK TAKRAW

1. UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat
kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Sepaktakraw
Antarabangsa (ISTAF) dan telah diterima oleh Persatuan Sepaktakraw
Malaysia (PSM) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM ‘
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Kejohanan ini akan dijalankan secara BERPASUKAN.
2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:
KATEGORI PEMAIN / PEGAWAI
BIL JUMLAH
STATUS SENIOR VETERAN
1 Pengurus 1 orang 1 orang
2 Jurulatih 1 orang 1 orang
3 Penolong Jurulatih 1 orang 1 orang
4 Pemain 8 orang 4 orang 12 orang
JUMLAH 15 orang

2.2 Jurulatih boleh terdiri daripada salah seorang pemain berdaftar.

1
3. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN
3.1 Peringkat Veteran Berumur 40 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun
semasa pertandingan ( lahir sebelum atau pada 1978).
3.2 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk bermain di dalam satu
peringkat umur sahaja iaitu senior atau veteran..
3.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2018’.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’
yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.
4.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau
November 2018 yang telah disahkan.
4.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran
pasukan yang tidak lengkap.

5. PAKAIAN
5.1 Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang seragam dan bernombor di
bahagian depan dan belakang mengikut nombor yang telah didaftarkan di
dalam borang pendaftaran pasukan.
5.2 Pemain dibenarkan memakai seluar trek panjang (track bottom) .
5.3 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan ( arm-band ) dan sekiranya
diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang
mengambil alih tugasnya.

6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA


6.1 Semua pasukan yang berdaftar wajib melengkapkan kesemua
perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri.
Kegagalan untuk melengkapkan jadual perlawanan pusingan awal akan
menyebabkan pasukan/ regu dan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan
tindakan tata tertib.
6.2 Sistem kiraan 21 mata dengan 3 servis secara berturut-turut akan diguna
pakai.

2
6.3 Peringkat awal akan dijalankan secara LIGA Satu Pusingan dalam 4
Kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pasukan Johan dan Naib Johan dari setiap
kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir
6.4 Perlawanan pada peringkat kalah-keluar (suku akhir, separuh akhir,
ketiga dan keempat dan akhir), akan dijalankan secara kalah keluar/mati.
Regu ketiga tidak perlu meneruskan perlawanan sekiranya sesebuah
pasukan itu telah mendahului keputusan 2-0 (2 regu telah memenangi 2
perlawanan awal).

7. TURUTAN REGU
7.1 Turutan dan susunan regu bagi semua perlawanan pula adalah seperti
berikut:
i. Regu pertama - Senior
ii. Regu kedua - Veteran
iii. Regu Ketiga - Senior
7.2 Senarai pasukan / regu yang akan bertanding dikehendaki menyerahkan
senarai nama pemain dan susunan regu masing-masing 15 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

8. KELEWATAN
8.1 Setiap pasukan / regu yang akan bertanding hendaklah berada di
gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
8.2 Masa 10 minit pertama (panggilan pertama) akan diberikan kepada
pasukan / regu yang lewat.
8.3 Sekiranya pasukan / regu berkenaan masih belum tiba atau bersedia
selepas tempoh masa 5 minit kedua (panggilan kedua), maka pasukan itu
akan dikira sebagai ‘menarik diri’ dan pihak lawannya akan diberikan
kemenangan percuma dengan kiraan 21-0, 21-0 berserta dengan 2 mata.

9. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’
.
10. KIRAAN MATA DAN MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
10.1 Pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian berikut:

3
10.1.1 Pasukan yang memenangi perlawanan akan mendapat dua (2)
mata.
10.1.3 Pasukan yang kalah tidak akan mendapat apa-apa mata
10.2 Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 buah
pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka kemenangan dan
kedudukan akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:
10.2.1 Kiraan perbezaan antara regu daripada jumlah regu menang yang
diperoleh pasukan berkenaan.
10.2.2 Kiraan perbezaan pusingan daripada jumlah pusingan yang
diperoleh pasukan berkenaan
10.2.3 Kiraan perbezaan angka-angka mata daripada jumlah mata yang
diperoleh oleh pasukan berkenaan

11.BOLA PERTANDINGAN
Gajah Emas 511
12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
Pelantikan dan bidang tugas pegawai pertandingan adalah di bawah bidang kuasa
Jawatankuasa Pengelola.
13. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’.
14. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM’
15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini serta ‘Peraturan Am
Pesta MSKPPM ’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola
mengikut peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan
yang sedang berkuat kuasa DAN berhak meminda atau menambah mana-mana
yang bersesuaian.