You are on page 1of 2

TINDAKAN SUSULAN JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 12

Minggu praktikum: 12

Tarikh tindakan: 22 Oktober 2018

Tajuk Jurnal: Murid bercakap dengan kawan semasa menjawab kertas peperiksaan

1. Isu Yang Difokuskan:

Minggu 12 merupakan minggu peperiksaan. Saya menjadi penjaga peperiksaan bagi tahun 4
Pintar. Sepanjang saya menjaga peperiksaan bagi kelas ini, murid suka bercakap dengan
kawan sebelah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Guru hanya membuat kerja sendiri semasa menjaga murid menjawab peperiksaan. Oleh itu,
guru tidak membuat pemantauan dengan baik terhadap murid yang menjawab kertas
peperiksaan. Murid menjadi degil dan nakal apabila melihat guru tidak memberi fokus kepada
mereka yang menjawab kertas peperiksaan. Murid mengambil peluang untuk bercakap
dengan kawan sebelah apabila cikgu tidak melihat murid. Murid bertanya mengenai soalan
peperiksaan.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu:

Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu
sendiri. Guru-guru tersebut yang bersikap dengan tidak mempedulikan murid-murid yang
bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa
guru telah takut akan mereka. Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan
membuat bising semasa peperiksaan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya
ialah:-

i) Guru perlu sentiasa berjalan dan memantau murid menjawab kertas peperiksaan.

ii) Guru tidak boleh membuat kerja sendiri semasa bertugas.


5. Tempoh masa Penyelesaian:

3 hari

6. Tindakan susulan:

Saya menetapkan tempoh selama 1 minggu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya akan
mengikuti cadangan penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu
berusaha dan mengaplikasikan kaedah yang sesuai supaya proses PdP berjalan lancar dan
objektif pembelajaran dapat dicapai.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

23 - 25 Oktober 2018

8. Rujukan:

Harry K. Wong. (1998). The First Days of School: How to Be an Effective Teacher.
California: Publications Inc.