LAPORAN REFLEKSI GERKO PETANQUE (Nama Pelatih) Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia serta keizinanNya dapat saya melalui detik-detik terakhir semester dua program ijazah sarjana muda pendidikan. Dalam memenuhi subjek atau kursus yang telah ditetapkan dalam program ijazah sarjana muda ini, aktiviti gerak kerja kokurikulum tidak ketinggalan menjadi kursus wajib bagi setiap pelatih. Bagi semester dua, kami para pelatih daripada unit (nama unit) telah ditetapkan untuk menjalani gerko petanque di bawah bimbingan pensyarah (nama pensyarah pembimbing). Gerko petanque telah dijalankan di gelanggang petanque institut. Bermula daripada awal semester, kami diperuntukkan selama dua jam seminggu untuk aktiviti gerko. Dalam aktiviti gerko pada semester ini, kami telah mempelajari ilmu-ilmu asas mengenai permainan petanque sehinggalah kami berjaya menganjurkan satu pertandingan kecil. Kami telah belajar tentang sejarah permainan ini dimana permainan ini tidak begitu terkenal di sebelah Asia Tenggara tetapi begitu popular di sebelah Eropah. Permainan ini boleh dikatakan baru memasuki arena sukan Malaysia dan tidak begitu banyak pertandingan serta kejohanan diadakan. Pendedahan terhadap permainan ini juga agak kurang. Ini dapat dilihat daripada kebanyakan pelatih yang tidak tahu mengenai permainan ini malah ada yang baru mengenali permainan ini setelah menjalani aktiviti gerko. Permainan petanque jika dimainkan tidak memerlukan seseorang untuk melakukan banyak pergerakan. Permainan ini lebih menekankan kemahiran, teknik serta konsentrasi yang tinggi untuk berjaya dalam permainan ini. Melalui permainan ini, kami telah memupuk sifat sabar, peningkatan dalam memberi tumpuan, serta berhatihati dalam membuat keputusan bagi mencapai sasaran yang diinginkan. Permainan petanque hanya menggunakan bola bersaiz genggaman yang diperbuat daripada besi.

Ia dipanggil µboules¶. Tidak ketinggalan, sebiji bola kecil disebut µjack¶ juga terlibat sama dalam permainan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan berfungsi sebagai µtarget¶. Dalam menjalani aktiviti gerko, kami telah mempelajari teknik-teknik asas dalam permainan petanque. Antaranya ialah cara memegang µboules¶, teknik balingan, teknik memangkah, teknik lerekan dan lain-lain. Sepanjang memberi bimbingan serta latihan, (nama pensyarah pembimbing) juga telah banyak meluangkan masa berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar pendidik serta cerita-cerita menarik untuk dijadikan teladan oleh kami di masa hadapan selaku bakal pendidik. Banyak ilmu serta pengetahuan berguna yang kami perolehi sepanjang berguru dengan beliau. Melalui pengalaman beliau juga, setiap pendidik dilihat harus melalui pelbagai dugaan serta cabaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan. Terpulanglah kepada individu tersebut bagaimana cara menghadapinya. Setelah mempelajari kesemua kemahiran dalam permainan ini, satu ujian penilaian telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan terhadap permainan yang dipelajari. Pensyarah pembimbing iaitu (nama pensyarah pembimbing) telah bertindak sebagai penilai. Beliau juga telah berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan. Tamatnya sesi penilaian, kami telah diberi tugasan untuk menganjurkan satu pertandingan petanque secara kecil-kecilan. Sebelum pertandingan dijalankan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan jumlah undian yang diperolehi. Di sini, unsur keadilan dan ketelusan dipupuk agar kami mempraktikkan perkara yang sama di masa hadapan. Dalam menjayakan

pertandingan, setiap ahli jawatankuasa telah memberi komitmen serta bekerjasama antara satu sama lain. Segala masalah dirujuk kepada pensyarah penasihat lalu diselesaikan bersama bagi memastikan pertandingan berjalan lancar. Pada hari pertandingan, setiap peserta dilihat menikmati serta gembira dengan penganjuran pertandingan. Pertandingan tersebut juga telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kami juga telah belajar serta mengetahui selok-belok dalam mengendalikan sesuatu pertandingan bermula daripada sebelum pertandingan dijalankan sehingga pertandingan tamat. Bagi kami yang akan bergelar pendidik, sesungguhnya ia ilmu yang amat bernilai untuk kami praktikkan di sekolah kelak.

Permainan petanque ini sesungguhnya amat menyeronokkan bagi saya walaupun ramai rakan-rakan saya menyatakan permainan ini kurang menarik. Mungkin kebanyakan mereka belum didedahkan mengenai permainan ini. Diharapkan permainan ini akan terus berkembang serta diteruskan sebagai kursus wajib dalam gerko untuk para pelatih di institut ini.