KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU

ATIKAH BINTI ABU BAKAR

FAKULTI SAINS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2008

1

KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU

ATIKAH BINTI ABU BAKAR

Tesis yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (sains) dengan kepujian

FAKULTI SAINS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2008

BAB 1

2

PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa hasil kajian yang saya jalankan adalah benar dan tulen kecuali sumber rujukan yang telah termaktub dan tertulis pengarang dan penulisnya sebagai sumber rujukan.

Tarikh : 29 Mei 2008 ________________________ Atikah Binti Abu Bakar 780919085792001

3

rakan sekolah saya yang turut sama membantu memberikan idea dan pandangan terhadap kajian yang saya jalankan. Saya juga turut berbangga dengan rakan . Nibong Tebal. Saya begitu berbangga dengan program yang di sediakan oleh pihak OUM ini kerana ia begitu mudah untuk saya mendapatkan perbincangan dengan tutor dan rakan – rakan walaupun berada di mana sahaja. Beliau begitu komited dalam memberikan penerangan dan bantuan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. setiap penerangan dan perbincangan yang dijalankan tidak memberikan masalah kepada saya. Sekian. Selain itu dengan penggunaan kemudahan talian OLP iaitu perbincangan secara ( online ) ia juga turut membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. 4 .PENGHARGAAN Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia yang membimbing saya dalam menyediakan kajian ini sehingga berjaya iaitu penyelia Dr. Saya begitu berbangga dengan rakan – rakan sekelas saya yang mampu berkongsi idea dan turut berkebolehan membuat perbincangan walaupun setiap dari mereka berada di kawasan yang berlainan. Selain itu kepada rakan-rakan yang turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah tempat saya membuat kajian tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh.Yeoh Poh Choo. terima kasih. Di mana.

Penganalisian data dibuat secara membandingkan kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan dengan kaedah pembelajaran tradisional. dapatan kajian ini akan dapat mencadangkan bahawa pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan wajar digunakan sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan sains bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Berdasarkan ujian-t . Maka hipotesis nul Ho1 yang dibina di tolak dan Hipotesis Ha 1 diterima iaitu terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri penemuan. Seterusnya adalah perbincangan tentang implikasi dan kesimpulan dapatan kajian serta cadangan kajian lanjutan. prestasi antara kumpulan kaedah inkuiripenemuan dan tradisional adalah berbeza secara signifikan iaitu nilai p adalah < 0. kajian ini juga mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan.05.ABSTRAK Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dengan pembelajaran secara tradisional di dalam pelajaran sains tingkatan satu dengan melihat kesan kedua-dua kaedah pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar.0 for windows. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kajian eksperimen yang melibatkan 40 orang pelajar. Adalah menjadi harapan pengkaji. Manakala instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada pra ujian. Seterusnya data dianalisis dengan menggunakan pakej analisis statistik iaitu perisian SPSS Version 10. pasca ujian dan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar dan pandangan pelajar terhadap pelajaran sains. 5 .

So the null hipothesis was rejected and Ha 1 hipothesis was accepted. Data was analyzed by compare the inquiry discovery method with the conventional approach. Data was be collected in form of responses to questionnaires and performance test. The researcher hopes the findings will suggests that the inquiry discovery method should be used as an instructional strategy in science eduation in order to increase student’s performance 6 . The method used in this research is experiment that involving 40 student. This research also identifies student’s perceptions regarding the effectiveness of the implementation of cooperative learning.ABSTRACT The main purpose of this research is to compare the effective of the inquiry discovery method and the conventional approach in teaching and learning of science form 1.0 for windows. The instrument for this research are pre test questions. Data was be analyzed using SPSS version 10. the performance between these two group was significanly different which p value is < 0.05. post test questions and questionnaires about the student’s background and thier perception to the science subject. The effect of these approaches on academic performance and achievement attributions are examined. Two types of statistics that is used are descriptive statistics and inferens statistics. Based on t-test.

KANDUNGAN Halaman PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH Bab 1 : Masalah Kajian 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kerangka Konsep Tujuan Kajian 1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.6 1.7 1.8 1.9 Objektif kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian 1 2 2 3 4 5 5 5 6 6 7 7 ii iii iv v vi ix x

Kepentingan Kajian Batasan Kajian definisi Istilah Rumusan

7

Bab 2 : Tinjauan Literatur 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Literatur Berkaitan Kajian Berkaitan Rumusan

8 8 8 12 13 14 14 14 16 16 17 18 18 19 19 19 21 21 22 27 28 28 28 29 29 29

Bab 3 : Metodologi Kajian 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Instrumen Kajian Prosedur Kajian dan Pengumpulan Data Prosedur Analisis Data Rumusan

Bab 4 : Hasil Kajian 4.1 4.2 4.3 Pengenalan Profil Responden Dapatan Kajian 4.3.1 4.3.2 4.4 Analisis Statistik Inferens Analisis Statistik Deskriptif

Rumusan

Bab5 : Kesimpulan dan Implikasi 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Ringkasan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1 5.3.2 Latar belakang Responden Peningkatan Pencapaian Sains Pelajar 8

5.3.3 5.3.4 5.4 5.5 5.6 5.7

Keberkesanan Penggunaan Kaedah inkuiri Penemuan Minat, sikap dan persepsi pelajar

30 30 31 32 35 36

Kesimpulan Dapatan kajian Implikasi Dapatan kajian Cadangan untuk Kajian Lanjutan Rumusan

RUJUKAN LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3

37 39 46 53

9

6 Frekuensi (f) dan peratusan (%) Jantina responden Frekuensi (f) dan peratusan (%) untuk Gred Sains dalam UPSR Keputusan yang diperolehi dari ujian-t untuk min tak bersandar Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan minat Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan sikap dan persepsi terhadap sains Min dan sisihan piawai bagi Item-item Soal Selidik 25 27 24 21 21 22 10 .SENARAI JADUAL Halaman 4.2 4.3 4.4 4.5 4.1 4.

1 Rangka Kerja Konsep Kajian Reka Bentuk Kajian 4 16 11 .1 3.SENARAI RAJAH Halaman 1.

MASALAH KAJIAN 1. Apabila murid mempelajari sains secara inkuiri-penemuan. KBSR dan KBSM seharusnya dapat melahirkan pelajar yang menyeluruh dan cemerlang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). inovatif dan produktif. Dalam usaha mencapai hasrat ini. Pusat Perkembangan Kurikulum. Murid mendapat pengalaman yang sebenar dan autentik apabila mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Semua murid perlu diberi peluang mengkaji persekitaran mereka dengan menikmati keindahan alam sekitar. Oleh sebab itu. Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik dan menerangkan fenomena-fenomena yang berlaku. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. 12 . murid dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana murid sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik. Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi.1 PENGENALAN Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti selama ini harus dapat menjana pemikiran pelajar kearah minda yang kreatif.

13 . melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan serta berfikir secara kreatif dan menggunakan intuisi (gerak hati/naluri) 1. Selain itu suasana di dalam kelas hari ini lebih berorientasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Namun realitinya Malaysia masih kekurangan sejumlah ahli sains yang akan bertanggungjawab memajukan Negara. pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis. Kaedah ini dipilih kerana kaedah inkuiri penemuan adalah antara kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pelajar seperti sukar untuk menguasai Kemahiran Proses Sains. menjalankan pemerhatian. Ini merupakan cabaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Malaysia amnya. kaedah inkuiri digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malaysia sebenarnya masih jauh ke belakang untuk menjadi sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi juga sebagai penyumbang ketamadunan saintifik dan teknologi masa depan. Takrif inkuiri termasuklah proses penyiasatan sesuatu masalah.1. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains iaitu kaedah Inkuiri Penemuan (IP). mengemukakan soalan. Ini kerana terdapat tanggapan sesetengah pelajar bahawa sains adalah mata pelajaran yang susah dan hanya pelajar yang pandai boleh berjaya di dalam bidang sains.3 PERNYATAAN MASALAH Setelah hampir 20 tahun melalui sistem pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah serta pengajian di peringkat ijazah. (1992) anggapan seperti ini menjadikan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar di dalam sains. Mengikut teori atribusi Weiner. Berdasarkan dapatan Shulman (1968). Malaysia seharusnya berbangga dengan sejumlah saintis dalam pelbagai bidang.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Menurut Szarina Abdullah (1999). kerana mencari dan menyiasat masalah.

seperti yang diketengahkan dalam jurnal Wnetschool and Disney Learning Partnership. maklumat dan pengetahuan melalui kaedah penyoalan melalui pengumpulan data atau maklumat berdasarkan deria penglihatan.Bertitik tolak daripada permasalahan ini. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat. menginterpretasi data dan kesimpulan dengan kaedah inkuiri penemuan itu tadi. Bermula dengan mengadakan pra ujian terlebih dahulu untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid. inferens. menerang kejadian. membuat hipotesis. (2000) bahawa inkuiri itu nanti akan mencari kebenaran. kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sains. mengawal pemboleh ubah. Kita dapat lihat bahawa pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. 1.1 menunjukkan satu aliran rajah yang menerangkan faktor – faktor yang mempengaruhi akan peningkatan pencapaian pelajar. menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada iaitu pendekatan inkuiri penemuan. menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Pembolehubah tidak bersandar ialah penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik pelajar. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan 14 . rasa dan bau. menjalankan eksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan. Rajah 1. mengumpul data dan menyatakan kesimpulan. Jesteru. Pembelajaran akan lebih bermakna jika pelajar menyiasat sendiri untuk mengenalpasti beberapa kemahiran yang terdapat dalam Kemahiran Proses Sains seperti kemahiran membuat pemerhatian.4 KERANGKA KONSEP Terdapat dua pembolehubah dalam kajian ini iaitu pembolehubah tidak bersandar (dimanipulasikan) dan pembolehubah bersandar (bergerak balas). Seterusnya mengajar menggunakan kaedah inkuiri penemuan sains dengan memfokuskan kepada proses membuat pemerhatian. sentuhan. pendengaran.

5 Rangka Kerja konsep kajian TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid apabila guru menggunakan pendekatan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran matapelajaran Sains tingkatan satu.dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan.1 1. Menjalankan pemerhatian Proses penyiasatan Melakukan eksperimen Proses penyiasatan Menyatakan kesimpulan Pasca ujian Peningkatan Pencapaian pelajar Pra ujian Kaedah inkuiri Penemuan Pembolehubah Tidak bersandar Pembolehubah bersandar Rajah 1. 15 . menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. menerang kejadian.

5.5.2 PERSOALAN KAJIAN Secara ringkas.1. Apakah kesan pengajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan pengajaran Sains dapat mengubah pencapaian pelajar ? 2. 3. Mengenalpasti perubahan minat pelajar untuk mempelajari sains. dalam 1. Memahami Sains dan mendapat peneguhan pemahaman isi pelajaran Sains berdasarkan aktiviti P&P berteraskan Inkuiri Penemuan. 4. Melihat perubahan keupayaan pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menjawab soalan yang berkonsepkan ( KPS ) pelajaran Sains.3 HIPOTESIS KAJIAN Pembentukan hipotesis yang dibentuk ini adalah bagi menjawab sebahagian daripada persoalan kajian sepertimana di bawah.5. 1. 16 . Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar yang belajar menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri penemuan. Apakah perubahan minat pelajar-pelajar tingkatan 1 terhadap mata pelajaran Sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan. 2.1 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan. Hipotesis adalah seperti berikut: 1. kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1. Mengkaji keberkesanan kaedah Inkuiri Penemuan sebagai satu cara meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar. kajian ini bertujuan : 1.

Selain itu ia juga dapat mendisiplinkan pelajar semasa sesi P&P di dalam kelas kerana mereka tertarik dengan pengajaran yang mengandungi proses inkuiri penemuan.6 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini sedikit sebanyak boleh menjadi pendorong kepada guru sains untuk beralih kepada kaedah yang berpusatkan pelajar secara lebih berstruktur. Oleh itu dapatan kajian ini mungkin tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh negeri 17 . Masa kajian yang digunakan untuk melaksanakan kajian adalah sekitar 6 jam (setelah ditolak masa menjalani pra ujian dan pasca ujian) dan ianya amat terhad. Pulau Pinang. Ha1 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri penemuan. Pelajar lebih mengetahui cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mempraktikkan kaedah inkuiri penemuan. 1.2. Tidak banyak aktiviti. peneguhan dapat dijalankan. Jika terdapat pertambahan sedikit masa lagi ia pasti dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka. inovatif dan produktif. Justeru itu dengan adanya kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak berkaitan untuk mengambilkira pendekatan IP sebagai alternatif kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di dalam melahirkan pelajar kearah minda yang kreatif.7 BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu di salah sebuah sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan. Guru hanya bertindak sebagai pengelola yang bekerja secara minimum. 1. Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasi kepada seluruh negeri atau negara. Walaubagaimana pun dapatan kajian ini dapat memberi sedikit gambaran umum terhadap keberkesanan penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam P&P sains. Kelas kajian pula melibatkan dua kelas dan tidak mewakili satu kumpulan yang besar.

8. 1. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains iaitu kaedah Inkuiri Penemuan (IP). mengawal pemboleh ubah dan kesimpulan.8 1.8.8. 1. Peranan guru hanyalah sebagai fasilitator. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini dapat memberikan sedikit gambaran umum terhadap kedudukan pelajar tingkatan 1 apabila menempuhi topik kajian. Tumpuan diberikan kepada penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan peranan pengajaran sains.1 DEFINISI ISTILAH Penguasaan Penguasaan bermaksud kebolehan seseorang pelajar untuk mengetahui sesuatu topik dengan tepat. inferens.atau negara.9 RUMUSAN Di dalam bab ini ada dinyatakan beberapa masalah yang sering dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi menyokong permasalahan kajian ini.3 Pendekatan Inkuiri-Penemuan Dalam kajian ini pendekatan inkuiri-penemuan merujuk kepada satu proses pengajaran dan pembelajaran dimana murid memainkan peranan aktif untuk menyiasat konsep sains dan menemuinya dengan sendiri. interprestasi data. hipotesis. penanya soalan dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains berkenaan..4 Prestasi akademik Hasil atau pencapaian yang diperolehi berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.8.2 Kemahiran Proses Sains Bermaksud kemahiran yang melibatkan kepada kemahiran membuat pemerhatian. Kaedah ini dipilih kerana kaedah inkuiri penemuan adalah antara kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pelajar seperti sukar untuk menguasai Kemahiran Proses Sains. 1. 1. 1. Akhir sekali 18 .

membuat inferens dan mengeksperimen. refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Amerika Syarikat menggunakan frasa science as inquiry dimana sains bermaksud satu proses yang membolehkan murid belajar kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian. objektif kajian. membuat hipotesis.1 PENGENALAN Bagi mencapai matlamat dalam menjalankan kajian ini maka bahan dan dapatan lepas amat membantu. persoalan kajian dan tafsiran istilah yang digunakan di dalam kajian ini BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2. menyelesaikan masalah dan menjawab soalan.pengkaji mengemukakan pernyataan masalah. 19 . inkuiri dapat membantu pelajar menyelesaikan permasalahan mereka kerana semasa pelajar menjalani sesi pengajaran menggunakan kaedah ini ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti. perkataan inkuiri-penemuan telah biasa digunakan dalam perkembangan kurikulum sejak era pos Sputnik. 2. Matlamat untuk meningkatkan penguasaan pelajar yang dikaji boleh dilaksanakan jika kita menggunakan dapatan terdahulu sebagai rujukan. National Research Council (1996). menterjemah dan membina teori. Inkuiri-penemuan bermaksud murid menyiasat sesuatu fenomena dengan mencari maklumat. Inkuiri juga dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar kerana ia melibatkan kemahiran mengekperimen. Menurut Hebrank (2000).2 LITERATUR BERKAITAN Dalam dunia pendidikan sains.

membuat inferens dan mengeksperimen. terutamanya yang 20 . it would to be inquiry" (DeBoer. agen ialah individu yang ingin mengetahui dan melaksanakan inkuiri-penemuan. Akhirnya. Menurut Herron (1971). Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan. menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. fenomenon dan pengetahuan saintifik (scientific knowledge). " If a single word had to be chosen to describe the goals of science education during the 30-year period that began in the late 1950. pembelajaran secara inkuiri penemuan juga memerlukan pemikiran aras tinggi (Resnick. Agen yang menguasai pengetahuan subjek dapat menimbulkan masalah atau idea baru dan seterusnya mengubal kaedah untuk mengujinya. kaedah. Pernyataan DeBoer (1991) di bawah menunjukkan betapa pentingnya inkuiri-penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Isi kandungan subjek pula merujuk kepada pengetahuan ke atas subjek yang diperolehi pada masa berkenaan. Selain daripada mempunyai hubungan dialectical di antara guru dan murid (Dewey. 1962). Herron (1971) pula mengkategorikan konstruk inkuiripenemuan sebagai agen. menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. 1987) dan pemikiran yang kritikal (Schwab. menerang kejadian. Penemuan merupakan hasil inkuiri penemuan. 1991: 206) Kajian menunjukkan bahawa pengajaran sains secara inkuiri-penemuan adalah satu proses yang dinamik dan kompleks.Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains dapat disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Fenomenon yang wujud semasa inkuiripenemuan adalah spesifik dan berasaskan masalah yang dikaji. Inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat. 1958). pengetahuan saintifik yang dihasilkan akan sentiasa dikaji dan menyebabkan berlaku perubahan. Pembelajaran sains berasaskan inkuiri-penemuan dapat menambah ilmu dan juga kemahiran proses sains murid. Pemikiran aras tinggi diperlukan untuk menyelesaikan masalah. isi kandungan subjek (subject matter). Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian.

manakala pemikiran kritikal pula diperlukan apabila murid mengaplikasikan kemahiran proses sains semasa melakukan eksperimen. Rowe (1983) juga mengenal pasti empat komponen yang terdapat di dalam kitaran inkuiri-penemuan. guru menyediakan konteks atau scenario dan murid akan mengenal pasti masalahnya. Cara mengetahuinya (Ways of knowing). Aplikasi (Application). Inkuiripenemuan peringkat kedua pula lebih kompleks dan dikenali sebagai inkuiri-penemuan terbimbing (guided inquiry). Penyoalan merupakan asas bagi pembelajaran-pengajaran sains secara inkuiri penemuan. Peringkat kedua. guru sains memberikan sesuatu masalah tanpa cadangan metodologi dan murid berfikir cara untuk menyelesaikannya. Kajiannya menunjukkan bahawa guru yang memberi banyak pengukuhan dan ganjaran akan mempengaruhi murid untuk menjawab soalan seperti yang dihendaki oleh guru agar mereka lebih mendapat perhatian guru. guru sains perlu menyampaikan masalah dan menerangkan pelbagai cara penyelesaiannya. untuk mengembangkan proses inkuiri-penemuan. Dalam inkuiri penemuan terbimbing. murid patut diberi peluang untuk menyiasat sesuatu masalah semasa mereka mempelajari sains di dalam makmal. Townbridge dan Bybee (1990) juga membincangkan tiga peringkat pembelajaran yang terdapat dalam inkuiri-penemuan. ‘pernyataan masalah’ boleh dinyatakan oleh guru sains dengan menggunakan tiga peringkat berikut iaitu.bersifat open-ended. peringkat pertama. 21 . Soalan yang menggalakkan pemikiran murid dan menumpu kepada inkuiri penemuan sangat penting untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan (Dantonio.1987). Schwab (1962) berpendapat. Menurut Schwab (1962). iaitu. Pada peringkat ketiga. Manakala inkuiripenemuan peringkat ketiga adalah semakin mencabar dimana guru menyediakan konteks sesuatu masalah dan murid pula akan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya. Rowe (1973) pula mengkaji interaksi verbal antara guru dan murid yang terlibat dalam aktiviti proses sains di dalam makmal. guru menyediakan masalah dan murid akan menentukan proses dan penyelesaiannya. Peringkat pertama pembelajaran melibatkan pembelajaran secara penemuan (discovery learning) di mana guru menyediakan masalah dan prosesnya manakala murid mencari pelbagai cara penyelesaian alternatif.

Oleh yang demikian. murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik sains dengan mengikuti empat komponen kitaran inkuiri penemuan ini. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran. Pembelajaran sains secara inkuiri penemuan 22 . Apabila pengetahuan sedia murid diberi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bolehkah saya aplikasikan idea ini? Manakala dalam komponen Kesan pula. Dalam hal ini. pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). penanya soalan. Anderson. pengetahuan sedia ada murid adalah sangat penting dan perlu diambilkira sebelum sesuatu konsep sains diajar. fokus kajian inkuiri-penemuan berubah kepada pengetahuan sedia ada tentang konsep sains kanak-kanak (Osborne & Freyberg. pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Walau bagaimanapun. mengenal pasti miskonsepsi murid dan menyusun semula idea-idea saintifik murid melalui aktiviti "hands-on" (Driver. Apakah kesan maklumat ini dalam hidup harian? Akhirnya. & Smith. murid akan tanya soalan seperti.Mortimer & Leach. dalam komponen nilai.Kesannya (Consequences) dan Nilai (values). Melalui pengalaman dan pemerhatian. Menurut Rowe (1983). Apakah yang saya tahu? atau Mengapa saya perlu percaya maklumat ini?. prescriber of appropriate activities. 1987). Mediated inquiry memberi penekanan kepada peranan guru untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid. stimulator of curiosity. 1985). Murid akan memikirkan cara aplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam komponen Aplikasi. murid akan memikirkan nilai yang diperolehi. Boleh saya bantu keluarga saya? Pada tahun 1980' an. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat.1995). Dalam komponen cara mengetahui. maka konteks dan objektif inkuiripenemuan juga perlu diubahsuai (Roth. inkuiri-penemuan pengantaraan (mediated inquiry) telah diperkenalkan. murid mempunyai idea sendiri mengenai alam sekelilingnya. Asoko. murid akan merenung kembali hasil pengetahuan yang telah diperolehi.

Mereka juga berminat dalam aktiviti menyiasat. iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea. 2.3 KAJIAN BERKAITAN Bilik darjah sains di mana pembelajaran pengajaran berlaku berasaskan inkuiri-penemuan adalah sangat berbeza dengan dengan bilik darjah sains tradisional. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah. membuat refleksi dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan sendiri. Selain itu. Bruner (1961) menghuraikan faedah yang diperolehi oleh murid apabila mempelajari sains secara inkuiri-penemuan. Mereka suka belajar dan sentiasa berkerjasama dengan guru dan pelajar lain.memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. laporan dan graf. mereka juga suka bertanya soalan. lukisan. murid yang terlibat dalam pembelajaran secara inkuiri-penemuan akan dapat mencari dan mengolah maklumat dengan sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Mengikut majalah Connect (1995) murid yang terlibat dalam pembelajaran secara inkuiri-penemuan akan memandang diri mereka sebagai pelajar (learner) dalam proses pembelajaran. Suchman (1966) pula berpendapat. Mereka dapat berkomunikasi dengan pelbagai cara dan menghasilkan idea melalui jurnal. Beliau menegaskan bahawa murid patut menanya soalan dan menguji idea-idea 23 . memberi pandangan yang berasaskan pemerhatian. Menurut Bruner (1961). Mereka suka menguji idea sendiri dan juga berbincang dengan guru dan pelajar lain tentang dapatan yang diperolehi. pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut. merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran. Ada juga yang mengkritik amalan pembelajaran kendiri dengan cara mentaksir tugasan. Murid akan bebas bergerak untuk mencari maklumat dan resos serta akan lebih berinteraksi dengan murid lain bila perlu. murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan mempunyai motivasi intrinsik. Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan akan mewujudkan persekitaran pembelajaran sains yang lebih dinamik.

4 RUMUSAN Secara amnya pada bahagian ini ia merupakan satu tinjauan permasalahan pelajar secara spesifik dangan membuat beberapa tinjauan bagi memperolehi maklumat bagi mengukuhkan lagi kajian yang akan dijalankan. 24 . Selain daripada itu. Rakow (1986) pula berpendapat murid akan menjadi agen aktif dalam proses penemuan pengetahuan sekiranya mereka terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan. Ramai pendidik percaya sikap saintifik dan kemahiran saintifik murid dapat dikembangkan apabila murid terlibat dalam inkuiri-penemuan. dapat di simpulkan bahawa pada bahagian ini lebih merujuk kepada pemerolehan maklumat pelajar dan bantuan dari hasil penyelidikan yang telah dijalankan dari beberapa tokoh untuk dibuat analisa. penyiasatan dan membina pengetahuan. Secara umumnya.Selain itu literatur yang berkaitan dengan pendapat beberapa penyelidik dan teori-teori yang dikemukakan dapat membantu untuk lebih memahami bagi menjalankan kajian yang akan dijalankan nanti. inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking).sendiri supaya pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan membolehkan murid menguasai konsep sains dengan berkesan. Rakow (1986) menegaskan bahawa murid perlu terlibat dalam proses penyiasatan supaya mereka kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif murid dapat dikembangkan. Sementara itu. Di sini. 2.

Seterusnya guru mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan pada kumpulan 25 11 . 3. Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. populasi dan persampelan. instrument dan teknik pengumpulan data. Setelah praujian dijalankan maka data dikutip dan di analisis untuk menilai tahap pengetahuan pelajar. Bagi menilai pengetahuan sedia ada pelajar mengenai topik yang dipilih satu praujian dijalankan pada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum topik ini diajar.BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Kajian melibatkan 40 orang pelajar dimana 20 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan eksperimen manakala 20 orang lagi bertindak sebagai kumpulan kawalan. Kajian juga mengambil kira reka bentuk kajian. Pengkaji membuat pemilihan topik yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran.2 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini ialah kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian sahaja dengan kumpulan kawalan.1 PENGENALAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri penemuan terhadap pencapaian sains di kalangan pelajar tingkatan satu.

1 : Reka bentuk kajian 26 . Tanpa menggunakan pendekatan Inkuiri Penemuan Kumpulan pelajar Pencapaian pelajar Rawat Menggunakan pendekatan IP pandangan Rajah 3. Setelah selesai pengajaran. Secara ringkasnya reka bentuk kajian ini dapat dilihat melalui rajah 3. kedua-dua kumpulan akan diuji dengan pascaujian. Data dikutip dan di analisis untuk melihat perbezaannya.1 yang ditunjukkan di bawah. Bagi kumpulan kawalan pula kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah tanpa menggunakan kaedah inkuiri penemuan.eksperimen. Soalan-soalan yang hampir sama diberi dalam pasca ujian untuk melihat peningkatan pencapaian pelajar atau sebaliknya. Ini adalah untuk melihat dan mendapat gambaran sejauh mana keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

3. Responden dikehendaki memilih jawapan yang betul dan memindahkan jawapan dengan cara membulatkan respon yang dipilih kedalam kertas pilihan yang disediakan. Yeap Tok kheng. Choo Yan Tong.3 POPULASI DAN SAMPEL Populasi kajian adalah pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh di Daerah Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Kelas yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen yang dijalankan di dalam waktu persekolahan.2 Pascaujian 27 .3. Fokus Super PMR Science. 3. Respon betul mendapat nilai 1 dan respon salah diberi 0 .B.C. Yeoh Seng Lee (2002).4. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan perempuan. (2006). (2008) dan Reference Text series PMR Science. Soalan praujian ini diambil dari beberapa sumber iaitu buku teks tingkatan satu iaitu Science Form 1 Volume 1. Ia mengandungi 20 item soalan aneka pilihan. Instrumen untuk menguji tahap pencapaian pelajar menggunakan skala A.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada pra ujian.1 Praujian Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur tahap kebolehan pelajar di dalam pelajaran sains berdasarkan pengetahuan yang dipelajari.4.dan D. pasca ujian dan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar dan pandangan pelajar terhadap pelajaran sains. 3.

Ujian yang sama dengan ujian pra ujian tetapi diubah kedudukan soalan sahaja digunakan. (4) setuju. Pasca ujian pula diberikan selepas semua proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dijalankan. 3. (5) sangat setuju 3. Ujian ini akan dilakukan serentak pada kedua-dua kumpulan dan mengambil masa selama setengah jam. Data kuantitatif dikutip dengan menggunakan borang soal selidik mengenai latar belakang pelajar.5 PROSEDUR KAJIAN DAN PENGUMPULAN DATA angka yang sesuai Di dalam kajian ini data yang diperolehi ialah data kuantitatif. Borang maklumat pelajar akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan kajian. Skala Likert lima mata digunakan dalam bahagian ini. kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum kajian dimulakan.. Soalan soal-selidik pula 28 . Ujian ini dijalankan serentak dan mengambil masa selama setengah jam.4. Kelas kawalan diajar oleh guru matapelajaran manakala kelas eksperimen dijalankan oleh pengkaji mengguna pendekatan IP dalam tajuk yang sama. (2) tidak setuju. Terdapat 20 pernyataan berkaitan dengan diri pelajar dan pandangannya terhadap mata pelajaran Sains. pencapaian dan pandangan pelajar terhadap mata pelajaran sains. Responden dikehendaki memilih respon yang sesuai dengan membulatkan dengan pilihan bagi setiap soalan. Setiap skala diberikan kod seperti berikut: (1) sangat tidak setuju.3 Soal Selidik Soal selidik ini diubahsuai berpandukan modul Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (HBEF 2503) dan tesis Noor Azami B Saidun (2005). Ini adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan pengajaran yang digunakan terhadap pelajar tersebut selepas kajian atau rawatan menggunakan kaedah inkuiri penemuan. diberi skala 1 hingga 5 (format skala Likert). pra ujian dan juga pasca ujian. Kemudian pengkaji akan memulakan kajian dengan memberikan pra ujian kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. (3) tidak pasti. Ia bertujuan untuk mengetahui persepsi serta minat pelajar berkaitan dengan sains. Respon kepada item bahagian B.

0 for windows. ujian kesignifikan digunakan untuk menentukan sama ada min-min yang dikaji signifikan atau tidak.05) ditetapkan iaitu membenarkan ralat sebanyak 5%. Statistik inferens digunakan untuk menganalisis ujian-t. Kedua-dua kumpulan diberi pascaujian dan hanya kumpulan eksperimen sahaja diminta menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik. Prosedur analisis data dilakukan mengikut jenis-jenis soalan yang diberikan. 3. senarai alat kajian. Kedua-dua kumpulan menduduki praujian. Bagi ujian-t dilakukan. 29 . iaitu kumpulan kajian dan kumpulan eksperimen. Markah-markah ini kemudiannya diisi dalam borang pemarkahan mengikut kumpulan. Aras signifikan 0.Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan pakej analisis statistik iaitu perisian Package Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 10. Markah dikira dengan cara jumlah soalan yang betul dijawab dibahagi dengan jumlah soalan dan didarab dengan seratus. Ianya mudah untuk mengesan pencapaian pelajar dan menguji hipotesis yang dibuat. frekuensi dan peratusan respon yang diberi oleh sampel dari kumpulan eksperimen. Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan pakej analisis statistik iaitu perisian SPSS Version 10.6 PROSEDUR ANALISIS DATA.0 for windows. 3. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Kajian ini ialah kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian sahaja dengan kumpulan kawalan. sisihan piawai. Penganalisaan data kuantitatif dan soal selidik dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif.7 RUMUSAN Secara ringkasnya metadologi kajian ini menerangkan tentang reka bentuk kajian. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min. Soalan ini hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen sahaja untuk mengetahui pandangan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan IP. Soalan-soalan praujian dan pascaujian dikira markah. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional. populasi dan sampel kajian. prosedur pengumpulan data dan analisis data kajian.dibuat selepas semua proses pengajaran selesai.05 (p < 0. Pengkaji akan mengumpul dan menganalisa data tersebut.

1 PENGENALAN Analisis data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang memperlihatkan keberkesanan strategi kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan di dalam mata pelajaran sains akan dilaporkan dalam bab ini.2 PROFIL RESPONDEN Perbincangan mengenai profil responden adalah berdasarkan data yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan pada akhir tempoh kajian. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah luar bandar yang terdiri daripada 20 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan eksperimen (pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri penemuan) dan 20 orang pelajar lagi adalah sebagai kumpulan kawalan (kaedah tradisional).BAB 4 HASIL KAJIAN 4. Laporan dapatan kajian bermula dengan penerangan responden kajian dari segi populasi jantina dan tahap pencapaian mata pelajaran sains mengikut strategi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. 4. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Penganalisian data dibuat secara membandingkan kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan dengan kaedah pembelajaran tradisional. 30 .Berikutnya pula adalah laporan dapatan berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1.

Daripada 40 orang responden 17 orang (42. Seramai 19 orang dalam kumpulan eksperimen lulus dalam subjek sains manakala dari kumpulan kawalan 17 orang lulus subjek sains UPSR. Taburan responden ini menunjukkan pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada pelajar lelaki.5%) adalah responden lelaki manakala 23 orang (57. Jadual 4. tetapi perbezaannya hanyalah sedikit.2 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) untuk Gred Sains dalam UPSR Jantina A B C D E Pembelajaran Inkuiri Penemuan f % 7 35 7 35 5 25 1 5 0 0 Pembelajaran Tradisional f % 5 25 9 45 3 15 3 15 0 0 Jadual 4.1: Frekuensi (f) dan peratusan (%) Jantina responden ( N=40) Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Pembelajaran Inkuiri Penemuan f % 7 35 13 65 20 100 Pembelajaran Tradisional f % 10 50 10 50 20 100 Jadual 4.5%) adalah responden perempuan. Taburan ini sebenarnya menggambarkan sebahagian besar responden di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam bidang sains. 31 .1 menunjukkan frekuensi dan peratus responden berdasarkan jantina.2 menunjukkan frekuensi dan peratusan responden dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau UPSR. Walaupun keputusan sains kumpulan eksperimen lebih baik daripada kumpulan kawalan.Jadual 4.

Setelah praujian dan pascaujian dijalankan. dapatlah disimpulkan bahawa pemilihan responden untuk kedua-dua kumpulan adalah seimbang atau hampir sama.83 Kumpulan Kawalan N Min Sisihan Piawai 20 35. Jadual 4.3 menunjukkan analisis ujian-t yang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan kesan dari kedua-dua kaedah yang digunakan.00 10.00 1 P < 0. Data yang diperolehi di 32 . hipotesis yang diuji perlu dibincangkan iaitu: Ha1 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri penemuan. Ini menunjukkan tidak terdapat kelebihan mahupun kekurangan bagi kedua-dua kumpulan tersebut dari segi latar belakang yang dapat mempengaruhi dapatan kajian.001 Jadual 4.75 15.1 ANALISIS STATISTIK INFERENS Objektif utama kajian ialah membandingkan kesan pendekatan Inkuiri Penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains berbanding kaedah tradisional.3 DAPATAN KAJIAN 4.3.Berdasarkan data atau dapatan kajian tentang latar belakang responden. 4. Kedua-dua kumpulan telah diajar topik yang sama untuk melihat keberkesanan strategi kaedah inkuri-penemuan dan kaedah tradisional. . data mentah dikumpul dan data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS dengan ujian sampel t (t-test).10 t 7. praujian dan dan pascaujian telah dijalankan. Untuk memperolehi skor prestasi responden.3 : Keputusan yang diperolehi dari ujian-t untuk min tak bersandar Kumpulan Eksperimen N Min Sisihan Piawai 20 66. Untuk menentukan keberkesanan kajian ini.

33 . Min bagi kumpulan eksperimen adalah 66. tidak pasti (3). jelas memperlihatkan bahawa prestasi antara kumpulan kaedah inkuiri-penemuan dan tradisional adalah berbeza secara signifikan iaitu nilai p adalah < 0. 4. Dapatan ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan kesan strategi kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan berbanding kaedah pembelajaran secara tradisional. Bagi setiap item aspek pencapaian. skala ordinal dinyatakan sebagai sangat tidak setuju (1).2.75.1 Soal Selidik Objektif seterusnya ialah mengenal pasti kesan strategi kaedah inkuiri-penemuan terhadap minat dan sikap serta persepsi pelajar terhadap sains. setuju (4) atau sangat setuju (5). Responden yang mendapat markah 60 keatas meningkat daripada seorang dalam ujian pra kepada 16 orang dalam pasca ujian . tidak setuju (2).3.atas adalah berdasarkan data pascaujian dan min tersebut adalah min pasca ujian. Prestasi kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF 4. Maka hipotesis nul Ho1 yang dibina di tolak dan Hipotesis Ha 1 diterima iaitu terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri penemuan.05.3.2. setelah mengambil kira perbezaan dari segi min. Manakala bagi kumpulan kaedah pembelajaran secara tradisional. Minat dan sikap serta persepsi responden diukur melalui Skala Likert daripada soal selidik yang mengandungi 20 item. Berdasarkan ujian-t tersebut. tiada yang mendapat markah 60 ke atas dan hanya seorang mendapat markah 60. Ini sudah memadai untuk membuktikan bahawa terdapat perbezaan ketara terhadap kesan mengajar menggunakan strategi kaedah secara inkuiri-penemuan berbanding kaedah secara tradisional dalam proses memahami Sains.00 manakala min bagi kumpulan kawalan adalah 35.

S= Setuju. TS= Tidak Setuju. TP= Tidak Pasti.Jadual 4. SS= Sangat Setuju 34 .4 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan minat (N=20) 1 2 3 4 5 7 10 13 14 15 Item Pembelajaran sains sangat menyeronokkan Saya sangat minat mata pelajaran sains Saya suka sains lebih daripada mata pelajaran lain Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan sains Saya gembira belajar sains Perkembangan terbaru dalam sains belum dapat menarik minat saya Saya merasa bosan jika menonton rancangan sains di televisyen Saya tidak suka menjadi ahli kepada persatuan sains Saya gembira apabila menyelesaikan kerja sains yang diberi guru Saya suka membuat kerja yang melibatkan sains STS f % 0 0 0 0 0 0 9 0 0 0 0 45 TS F 0 0 3 0 0 1 % 0 0 15 0 0 5 TP f 2 5 11 4 3 4 % 10 25 55 20 15 20 S f 10 12 6 10 11 4 % 50 60 30 50 55 20 SS f 8 3 0 6 6 2 % 40 15 0 30 30 10 10 10 0 0 50 50 0 0 2 6 0 0 10 30 0 0 5 4 1 3 25 20 5 15 3 0 12 9 15 0 60 45 0 0 7 8 0 0 35 40 Nota: ATS= Amat Tidak Setuju.

S= Setuju. 20 Sains adalah perlu bila 0 0 0 0 saya bekerja nanti bagi menyelesaikan masalah Nota: ATS= Amat Tidak Setuju.Jadual 4. TS= Tidak Setuju. Sangat Setuju 6 % 5 5 65 % 20 40 30 % 75 55 5 0 2 0 10 5 0 25 0 15 2 75 10 1 3 0 5 15 0 0 16 4 0 80 20 0 1 16 0 5 80 4 20 1 5 0 0 0 0 9 45 11 55 TP= Tidak Pasti.10 50 5 25 kawan tentang sains selepas waktu persekolahan adalah sangat membosankan. SS= 35 .5 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan sikap dan persepsi terhadap sains (N=20) STS f % 0 0 TS F 0 TP f 1 1 13 S f 4 8 6 SS f 15 11 1 Item % Sains adalah penting 0 kepada kerjaya saya 8 Sains adalah berfaedah 0 0 0 0 dalam kehidupan sekarang 9 Saya selalu mendapat 0 0 0 0 markah yang tinggi dalam mata pelajaran sains 11 Sains dapat membantu 0 0 0 0 menambahkan ilmu pengetahuan saya 12 Pengetahuan Sains 11 55 5 25 tidak boleh membantu ke arah kehidupan yang lebih sempurna 16 Hanya menyusahkan 16 80 3 15 apabila terpaksa belajar sains 17 Saya dapat mengikuti 0 0 0 0 pelajaran sains dengan baik 18 Negara kita sepatutnya 0 0 0 0 mempunyai lebih banyak kemudahan untuk kajian sains 19 Berbual dengan kawan.

2. Dapatan dari soalan selidik maklum balas pelajar dibincangkan dari aspek minat iaitu berdasarkan jadul 4.5. ia dapat membuktikan bahawa kebanyakkan responden meminati sains. Item yang berkaitan dengan aspek minat dengan sains adalah item 1.4 dan sikap serta persepsi pelajar terhadap sains iaitu berdasarkan jadual 4. Soalan 14 menunjukkan peratusan yang paling tinggi iatu 95% yang berkaitan dengan murid gembira apabila dapat menyelesaikan kerja sains yang diberikan oleh guru.4. Bagi soalan berbentuk negatif skala telah diubah iaitu skala 5 menjadi skala 1.13.5 yang berkaitan dengan sikap dan persepsi terhadap sains di sebelah dapatlah dikatakan bahawa kebanyakkan responden memilih skala 3 hingga 5 iaitu tidak pasti hinggalah sangat setuju kecuali soalan yang berbentuk negatif.7.14 dan 15. Berdasarkan kepada sikap serta persepsi pelajar dapat dikatakan hampir keseluruhan pelajar bersikap positif terhadap sains.3. Ini berdasarkan peratus setuju hingga sangat setuju adalah dari 75% hingga 100%. 8 soalan menunjukkan peratus yang tinggi iaitu dari 75% hingga 90% daripada 10 soalan yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap sains. skala 4 menjadi 2 dan skala 2 menjadi skala 4. Ini bertujuan supaya semua item ini menjadi positif.5.10. skala 1 menjadi skala 5. Berdasarkan hasil soal selidik responden ini. 36 .Berdasarkan Jadual 4. Berdasarkan kepada aspek minat. bersikap positif terhadap aktiviti yang berkaitan dengan sains dan menyedari serta mengetahui akan kepentingan sains.4 yang berkaitan dengan minat dan jadual 4.

55 4.15 hingga 4.75 3.70 3.67 0.57 0. 10 dan item 12.45 0. Min 4.60 1.75 1.50 0.30 4.80 0.85 4.80 4.30 4.15 4.27 0.55 0.51 Berdasarkan jadual 4.30 3.64 0.67 0.72 0.57 1.6 keseluruhan soalan mempunya nilai min dari 3.55 Sisihan Piawai 0.95 0.50 3. Bagi nilai sisihan piawai pula terdapat 3 item yang mempunyai nilai sisihan piawai yang lebih tinggi dari item-item yang lain iaitu item 7.90 3.40 3.20 4.90 4.66 0.95 4.25 4.72 0.8 kecuali soalan 12 yang mempunyai nilai min 1.60 0. 37 .19 0.10 4.6 : Min dan Sisihan Piawai bagi Item-item Soal Selidik (N=20) Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 1 4 1 5 1 6 1 7 1 8 1 9 2 0 Pembelajaran sains sangat menyeronokkan Saya sangat minat mata pelajaran sains Saya suka sains lebih daripada mata pelajaran lain Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan sains Saya gembira belajar sains Sains adalah penting kepada kerjaya saya Perkembangan terbaru dalam sains belum dapat menarik minat saya Sains adalah berfaedah dalam kehidupan sekarang Saya selalu mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran sains Saya merasa bosan jika menonton rancangan sains di televisyen Sains dapat membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan pada masa akan datang Pengetahuan Sains tidak boleh membantu ke arah kehidupan yang lebih sempurna Saya tidak suka menjadi ahli kepada persatuan sains Saya gembira apabila menyelesaikan kerja sains yang diberi guru Saya suka membuat kerja yang melibatkan sains Hanya menyusahkan apabila terpaksa belajar sains Saya dapat mengikuti pelajaran sains dengan baik Negara kita sepatutnya mempunyai lebih banyak kemudahan untuk kajian sains Berbual dengan kawan-kawan tentang sains selepas waktu persekolahan adalah sangat membosankan.44 1.85 iaitu pengetahuan sains tidak boleh membantu ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan ia merupakan soalan yang berbentuk negatif. Sains adalah perlu bila saya bekerja nanti bagi menyelesaikan masalah kerja saya.Jadual 4.41 0.15 4.

Manakala di dalam aspek pencapaian. kajian telah memperlihatkan terdapatnya perbezaan kesan strategi kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan terhadap persepsi pelajar.4. Pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap strategi pembelajaran kaedah inkuiri-penemuan dan mempunyai hasrat yang kuat untuk lebih berjaya terutamanya dalam mata pelajaran sains. RUMUSAN Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkan dapatan kajian tentang pencapaian sains dengan pendekatan inkuiri penemuan yang digunakan Data ini diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos yang ditadbirkan kepada kedua-dua kumpulan. 38 .Berdasarkan nilai min dan sisihan piawai di atas dapatlah dikatakan kebanyakan responden lebih bersikap positif dan berminat terhadap sains. 4. terdapat perbezaan yang signifikan kesan daripada strategi kaedah pembelajaran inkuiri-penemuan terhadap pencapaian responden. kaedah pembelajaran inkuiri-penemuan didapati memberi kesan yang baik terhadap prestasi pelajar berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Daripada aspek persepsi pelajar. Kesimpulannya.

2. (c) perubahan keupayaan pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menjawab soalan yang berkonsepkan ( KPS ) pelajaran Sains. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik minat. PENGENALAN Pada bab ini. Pengkaji membuat pemilihan topik yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran. Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sampel kajian ini pula terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah luar bandar. Pengkaji telah menggunakan kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian sahaja dengan kumpulan kawalan.1.BAB 5 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI 5. (b) sains dan pemahaman isi pelajaran Sains berdasarkan aktiviti P&P berteraskan Inkuiri Penemuan. Data kajian dikutip daripada pelajar sebanyak dua kali iaitu sebelum mereka mengikuti kaedah pengajaran 39 .Seterusnya perbincangan tentang implikasi dan kesimpulan dapatan kajian serta cadangan kajian lanjutan dan di akhiri dengan rumusan kajian secara keseluruhan. penekanan kepada beberapa aspek penting bermula dengan ringkasan kajian yang telah dibincangkan dengan lebih terperinci dan mendalam untuk dibuat kajian lanjutan untuk dikemukakan. 5. dan (d) minat pelajar untuk mempelajari sains. RINGKASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menentukan: (a) keberkesanan kaedah Inkuiri Penemuan sebagai satu cara meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar. pra ujian dan pasca ujian. sikap dan persepsi.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Berdasarkan data-data yang telah dikutip dan dianalisis dapatlah dikatakan bahawa kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan merupakan kaedah yang lebih baik daripada kaedah pembelajaran secara tradisional berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini. sebahagian besar responden di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam bidang sains.2 Peningkatan Pencapaian Sains Pelajar 40 . Berdasarkan data atau dapatan kajian tentang latar belakang responden.inkuiri penemuan dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah pengajaran menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Ini menunjukkan tidak terdapat kelebihan mahupun kekurangan bagi kedua-dua kumpulan tersebut dari segi latar belakang yang dapat mempengaruhi dapatan kajian. 5. 5. dapatlah disimpulkan bahawa pemilihan responden untuk kedua-dua kumpulan adalah seimbang atau hampir sama. Ini menunjukkan bahawa pemilihan sampel bagi kajian ini dari segi jantina adalah hampir sama.1 Latar belakang responden Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagi responden dalam kajian ini. Seterusnya data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus serta min dan sisihan piawai dengan menggunakan pakej analisis statistik iaitu perisian Package Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 10. Daripada 40 orang responden 17 orang adalah responden lelaki manakala 23 orang atau adalah responden perempuan.3.3.0 for windows. Dari segi pencapaian Sains UPSR. Seramai 3 orang murid kumpulan kawalan mendapat D dan seorang murid dari kumpulan eksperimen mendapat D.

3. 5.4 Minat. Anderson.1995). 1985). Seterusnya guru akan melaksanakan kaedah inkuiri penemuan berdasarkan data-data awal yang telah diperolehi. Hasil kajian ini boleh menyokong pandangan tersebut memandangkan murid-murid telahpun dikenalpasti pengetahuan sedia ada mereka daripada pra ujian yang dibuat sebelum proses P&P dijalankan. pengetahuan sedia ada murid adalah sangat penting dan perlu diambilkira sebelum sesuatu konsep sains diajar. maka konteks dan objektif inkuiripenemuan juga perlu diubahsuai (Roth.3 Keberkesanan Penggunaan Kaedah inkuiri Penemuan Pada tahun 1980' an. inkuiri-penemuan pengantaraan (mediated inquiry) telah diperkenalkan. 5. Apabila diberi pascaujian. Daripada analisa data didapati min skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menunjukkan tahap prestasi mereka adalah setara kerana masing-masing mempunyai pengetahuan yang sedia ada. Asoko. & Smith.Dalam kajian ini prestasi pelajar dapat diukur melalui keputusan min markah ujian pos dibandingkan ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. fokus kajian inkuiri-penemuan berubah kepada pengetahuan sedia ada tentang konsep sains kanak-kanak (Osborne & Freyberg.3. pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri penemuan boleh meningkatkan prestasi Sains pelajar memandangkan mereka lebih berminat untuk belajar Sains. 1987). Mortimer & Leach. Apabila pengetahuan sedia murid diberi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. didapati min skor kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada praujian. murid mempunyai idea sendiri mengenai alam sekelilingnya. Sikap dan persepsi pelajar 41 . Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam P&P. Oleh yang demikian. Dalam hal ini. Mediated inquiry memberi penekanan kepada peranan guru untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Melalui pengalaman dan pemerhatian. mengenal pasti miskonsepsi murid dan menyusun semula idea-idea saintifik murid melalui aktiviti "hands-on" (Driver.

Dapatan kajian ini menunjukkan minat. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam P&P. 5. sederhana ataupun lemah. murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan mempunyai motivasi intrinsik. Selain itu ia juga dapat memberi perubahan minat pelajarpelajar tingkatan 1 terhadap mata pelajaran sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan. didapati min skor kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada praujian. sikap dan persepsi pelajar adalah tinggi setelah dirawat dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Ini telah dibuktikan bahawa responden dalam kajian ini memperolehi keputusan UPSR dari mendapat A hingga ada yang mendapat D. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam P&P sains adalah amat sesuai dilaksanakan sama terhadap pelajar cemerlang. pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Maka. dapatan kajian ini meyamai kajian lepas iaitu Bruner (1961) menghuraikan faedah yang diperolehi oleh murid apabila mempelajari sains secara inkuiri-penemuan. Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri penemuan boleh meningkatkan pencapaian pelajar memandangkan mereka lebih berminat untuk belajar Sains. 42 . Kajian ini juga telah menjawab soalan kajian ini iaitu apakah pengajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran sains dapat mengubah pencapaian pelajar? Jelas terbukti apabila diberi pascaujian.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian ini. Suchman (1966) pula berpendapat. Berdasarkan analisis soal selidik yang dibuat telah membuktikan bahawa kebanyakkan responden meminati sains dan berasa seronok untuk mempelajari sains selepas menggunakan kaedah inkuiri penemuan. murid yang terlibat dalam pembelajaran secara inkuiri-penemuan akan dapat mencari dan mengolah maklumat dengan sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Menurut Bruner (1961).

5.Apa yang dapat dirumuskan di sini. Implikasi dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa kaedah inkuiri-penemuan wajar digunakan di dalam kelas khususnya di dalam pengajaran sains. kesan kaedah inkuiri-penemuan ke atas pencapaian dapat dikaitan dengan perlaksanaan yang mengkehendaki pelajar memahami sesutu perkara dengan penglibatan oleh pelajar di anggarkan sebanyak 95 % dan 5 % dari guru sebagai pemerhati dan pengawal aktiviti pelajar ketika proses pembelajaran oleh pelajar. Elemen-elemen di dalam kaedah inkuripenemuan berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan berkeyakinan diri untuk belajar. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukan bahawa pencapaian pelajar kumpulan kaedah inkuiripenemuan lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan kaedah tradisional.Dalam proses ini.5. Apa yang dapat dirumuskan di sini. pelajar sering kali mengalami masalah untuk memahami sesuatu perkara yang melibatkan kajian eksperimen jika di beri penerangan oleh guru tanpa menjalankan kajian eksperimen tersebut. pelajar secara tak langsung dapat memahami sesuatu perkara berdasarkan dapatan kendiri yang diperolehi secara langsung dan tak langsung. tedapat pelajar yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menghilangkan perasaan rendah diri dan jika diberi peluang mereka boleh 43 . Dalam proses ini. Dalam kata lain.Berbanding dengan suasana kaedah tradisional yang mengkehendakkan pelajar sebagai pendengar dan penglibatan pelajar di anggarkan sebanyak 35 % dan 65 % dari guru. dapatan kajian menunjukan prestasi pelajar kumpulan kaedah inkuiri-penemuan lebih tinggi daripada pelajar kumpulan kaedah tradisional. Keberkesanan kaedah inkuiri-penemuan di dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan dengan kesan strategi tersebut ke atas motivasi pelajar untuk belajar dan ke atas proses kognitif pelajar.

menjadi pelajar yang baik. Bilangan yang optima yang dicadangkan ialah empat orang bagi setiapsatu kumpulan.Apabila diberi masa yang secukupnya melalui pergantungan positif dan interaksi sesama pelajar. 44 . maka satu pendekatan secara kasar berdasarkan aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika melaksanakan kaedah inkuiri-penemuan digariskan secara kasar bagi pelaksanaan kaedah inkuri-penemuan ini : 1. Bagi memastikan kelancaran kaedah inkuiripenemuan ini berjalan lancar.Oleh itu. Hasil dari kajian yang dijalankan. Memperkenalkan pembelajaran kaedah inkuiri-penemuan kepada pelajar Pengenalan dan terjemahan awal mengenai kaedah inkuiri-penemuan kepada pelajar adalah merupakan salah satu faktor yang dapat memudahkan perjalanan kaedah pembelajaran ini dijalankan dan ditadbir. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar di dalam kajian ini. Maka guru perlu mengambil kira kecenderungan pemilihan cara belajar tersebut dengan mewujdkan kreativiti kerja berkumpulan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. Melalui gambaran yang jelas. maka ia membolehkan pelajar memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. pelajar menjadi lebih yakin terhadap mata pelajaran tersebut. Pembentukkan kumpulan ini bagi memudahkan murid untuk berinteraksi dan berkongsi idea dalam melaksanakan kaedah inkuiri-penemuan. Pembentukkan kumpulan pelajar Pembentukkan kumpulan merupakan aset penting bagi melaksanakan kaedah inkuiri penemuan ini. kaedah inkuiri-penemuan mempunyai implikasi dan signifikan yang tinggi terhadap mutu pembelajaran pelajar. pengenalan awal memainkan peranan dalam pelaksanaan kaedah inkuiripenemuan. 2. pelajar perlu diberi pengenalan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan dalam mengikuti kaedah inkuiri-penemuan. maka mereka dapat membantu diri mereka di dalam memahami sesuatu mata pelajaran. Ianya boleh dijadikan salah satu alternatif yang sedia ada digunakan kepada pelajar dan guru.

Melalui pengiktirafan. 4. Ini adalah kerana langkah-langkah tersebut telah mengambil kira ciriciri kaedah inkuiri-penemuan dari segi interaksi pelajar.guru berperanan sebagai fasilitator dan membantu kumpulan yang menghadapi sebarang masalah. Maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru. Oleh kerana kaedah inkuiri-penemuan selari dengan konsep KBSM dan Sekolah Bestari. pelajar dapat merasakan usaha mereka dihargai dan bermotivasi untuk mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Masalahmasalah tersebut perlu diatasi dengan segera supaya tidak menjejaskan tumpuan pelajar dan mengelak dari pelajar tertinggal dan mendapat maklumat yang salah. tidak dinafikan penggunaan strategi pengajaran yang baru seperti kaedah inkuri-penemuan sememangnya memerlukan pergorbanan dari pihak guru. 5. Aktiviti kerja berkumpulan Semasa aktiviti kerja berkumpulan. Ini adalah kerana konsep dan perlaksanaan kaedah inkuiri-penemuan tidak sama dengan kaedah tradisional yang tidak berstruktur.Guru juga perlu memberi perhatian berat kepada semua langkah-langkah yang perlu diikuti ketika melaksanakan kaedah pembelajaran secara inkuri-penemuan. sewajarnya guru membuat persediaan mengajar yang terancang dan menggunakan bahan bantu mengajar sebaik-baiknya.3. Maka. akauntabiliti individu dan struktur tugas. Pengiraan skor danpengiktirafan kumpulan Komponen ini memainkan peranan penting kerana ia mendorong pelajar untuk bekerjasama dan merasa seronok dengan pengiktirafan yang diterima. Walau bagaimanapun. struktur matlamat. Pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar Memandangkan kaedah pembelajaran secara inkuri-penemuan memerlukan aktiviti latihan secara berkumpulan dalam melaksanankan aktiviti amali di dalam waktu kelas yang lebih kerap maka penyampaian isi pelajaran secara kuliah menjadi singkat. usaha 45 . guru juga dapat mengesan sebarang masalah yang timbul di dalam sesi aktiviti dijalankan. Pada masa aktiviti.

Kajian selanjutnya dicadangkan supaya dijalankan dengan menggunakan alat kajian yang dapat mengukur hubungan etnik dan hubungan sosial serta kesan hubungan tersebut dan dibuktikan secara kuantitatif dan kualitatif.yang lebih banyak dan persediaan yang lebih awal. Ini kerana guru masih di peringkat untuk menguasai strategi tersebut dan perlu menjangka beberapa masalah akan timbul sebelum dapat melaksanakannya dengan berkesan. Kajian yang khusus berkenaan dengan teknik meningkatkan kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif pelajar juga merupakan satu bidang yang perlu diterokai supaya dapat di manfaatkan oleh guru-guru di sekolah. Maka.6 CADANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN Kajian ini dijalankan di dalam situasi kelas yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di asrama dan luar asrama . setakat mana guru melaksanakan kaedah inuri-penemuan dan persepsi guru yang terlibat di dalam kajian. Kajian yang menggunakan teknik kaedah inkuiri-penemuan yang lain seperti inkuiri terbimbing adalah perlu bagi memperkayakan lagi teknik kaedah inkuiri-penemuan yang boleh disesuaikan dalam konteks pendidikan di Malaysia. 46 . Selain daripada itu. pinggir bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah. Aspek lain yang patut diambil kira di dalam kajian selanjutnya adalah kesan kaedah inkuri-penemuan ke atas pelajar mengikut tahap kebolehan yang berbeza. kaedah inkuiripenemuan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan bersifat fleksibel dengan mengambil kira persediaan pelajar untuk menerima strategi baru setelah sekian lama mereka biasa dengan kaedah pembelajaran berbentuk tradisional. 5.Selain daripada itu. Pulau Pinang dan menggunakan kaedah eksperimen. Pengkaji juga boleh mengkaji aspek personaliti pelajar dengan mengambil kira pelajar extrovert dan intovert. sampel kajian ini terhad kepada sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan. kajian lanjutan dicadangkan supaya dilakukan di tempat lain terutamanya di kawasan bandar. tahap penglibatan pelajar di dalam kaedah inkuiri-penemuan.

Trowbridge. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan selama enam minggu yang melibatkan 40 orang sampel kajian. Bybee & Sund . dapatan kajian menunjukkan pencapaian kumpulan pembelajaran kaedah inkuiri-penemuan lebih tinggi daripada kumpulan pembelajaran tradisional. Ini kerana kaedah ini telah terbukti berkesan dilaksanakan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa tokoh seperti Kessen (1964).5. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan disokong oleh keputusan pencapaian yang lebih tinggi. 47 . kaedah inkuiri-penemuan wajar dijadikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam menguasai kemahiran proses sains di dalam pendidikan sains. (1981) dan Hebrank (2000).7 RUMUSAN Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan penggunaan kaedah pembelajaran inkuiripenemuan terhadap persepsi pelajar serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains.

Penerbitan Pelangi Denzin. Weiner. Saat Md Yasin. Bangi. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. HBEF4106 School-Based research. William Lawrence. Human Motivation:Metaphors. (B. UNITEM Sdn.) Thousand Oaks: Sage Publication Ltd.& Mallery. Hebrank. Teachers as curriculum planners. Boston: Allyn & Bacon Halimah bt. A simple guide and reference 10. George. Low swee Neo.(1998). (2003). B. S. Principle of Inquiry Method .Ed). Bhd. Bhd. London: Prentice Hall. Mok Soon Sang. N.Ed). Open University Malaysia. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 48 . Belmont CA. Kuala Lumpur : Bahagian Perkembangan Kurikulum Mohd Majid Konting.RUJUKAN Choo Yan Tong. New York : Columbia University. Social research methods: Qualitative and Quantitative Approaches.0 update. Kaedah Penyelidikan. Boston: Allyn & Bacon. California: Sage Publication. SPSS for Windows: Step by step. Pedagogi Sains: Penilaian dan pengurusan kurikulum sains. Sikap dan pencapaian dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.Thesis (M.K. (2nd ed. D. Modul Pengajaran Dan Pembelajaran PPK. Noor Azami B Saidun. Bybee & Sund. P(2001). (1997). Bhd. Abdul Rashid Johar. Bakhtiar mansor. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis. Selangor. (2008). Introduction of Inquiry Method. Case study research in education: a qualitative data analysis. Harun (1992). Trowbridge. (2000). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Shulman. (1991). (1990). (2005). Focus super PMR Science. Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam mata pelajaran sains. (1968). L.(1992). Poh Swee Hiang (1998). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. chang see leong. ( 1981). Newman. Kementerian Pelajaran Malaysia. theories and research.

bhd.Yeap Tok Kheng. Science Form 1. (2002). Pearson. Tan Yu Hok. sin be Lan.(2006). Volume 1. Reference Text Series PMR Science. 49 . Yeoh Seng Lee. Longman. Baka Prep sdn.

Lampiran 1 50 .

51 .

52 .

53 .

54 .

55 .

56 .

Lampiran 2 57 .

58 .

59 .

60 .

61 .

62 .

63 .

Bahagian A. Soal selidik ini mengandungi 20 soalan.Lampiran 3 Soal selidik ini bertujuan mengkaji pandangan pelajar terhadap P & P didalam bilik darjah dan juga pandangan pelajar terhadap sains. P L Jantina Gred Sains dalam UPSR Pendapatan ibu + bapa RM Bahagian B. Pelajar diminta membulatkan angka skala yang dipilih terhadap pendapat-pendapat yang diberikan. Skala yang digunakan adalah seperti berikut : A = sangat tidak bersetuju B = tidak setuju C = tidak pasti D = setuju E = sangat setuju 64 .

4 dan 5 untuk menunjukkan pilihan jawapan anda. Sains adalah berfaedah dalam kehidupan sekarang 9. Pembelajaran sains sangat menyeronokkan 2. 3. 1. Saya gembira belajar sains di sekolah 6. Saya sangat minat mata pelajaran sains. Saya merasa bosan jika menonton rancangan sains di televisyen 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 1 2 3 4 5 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 65 . Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan sains 5. Perkembangan terbaru dalam sains belum dapat menarik minat saya. 8. 2. Sains adalah penting kepada kerjaya saya 7. Saya selalu mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran sains 10. Saya sukakan pelajaran sains lebih daripada mata pelajaran lain 4.ARAHAN : Bagi soalan berikut baca soalan dengan teliti kemudian bulatkan 1. 3.

11.Negara kita sepatutnya mempunyai lebih banyak kemudahan untuk kajian sains.Hanya menyusahkan saya apabila terpaksa belajar sains 17. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 66 .Berbual dengan kawan-kawan tentang sains selepas waktu persekolahan adalah sangat membosankan.Sains adalah perlu bila saya bekerja nanti bagi menyelesaikan masalah kerja saya.Saya tidak suka menjadi ahli kepada persatuan sains 14. 20.Pengetahuan sains tidak boleh membantu ke arah kehidupan yang lebih sempurna 13.Saya gembira apabila menyelesaikan kerja sains yang diberi guru 15. Saya dapat mengikuti pelajaran sains dengan Baik 18. Sains dapat membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan pada masa akan datang 12. 19.Saya suka membuat kerja yang melibatkan sains 16.

67 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful