Fitrah Manusia 200 9

Peta Minda

1

Fitrah Manusia 200 9

2

Fitrah Manusia 200 9

3

Fitrah Manusia 200 9 4 .

fitrah bererti ciri-ciri semula jadi yang terdapat pada setiap makhluk seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Potensi merupakan keupayaan dan kebolehan semula jadi yang terpendam dalam dirinya pada setiap insan. fitrah manusia mengandungi unsur naluri yang primitif termasuk unsur seks dan kerangsangan. kebendaan dan keduniaan serta kerohanian. Mengikut tokoh Islam.Fitrah Manusia 200 9 1. pembawaan atau perasaan keagamaan. Ia mesti dicungkil agar dapat dilihat melalui tindakan yang dilakukannya dan ia terkandung dalam beberapa aspek seperti jasmani. fitrah manusia adalah suatu ketetapan dan pemberian tuhan sejak lahir. Jadi. bakat. Perkataan Potensi berasal daripada perkataan bahasa inggeris ‘potential’. mental. Manakala daripada segi bahasa pula. Fitrah manusia dapat dikaji melalui potensi dan keperluan pelajar serta perbezaan di kalangan mereka. akal dan rohnya berada dalam keadaan keseimbangan.1 Fitrah Manusia dan Perkembangannya 1. Menurut Freud.1. ketuhanan dan keakhiratan. Fitrah manusia adalah kejadian sejak mula atau bawaan sejak lahir. Menurut ahli-ahli psikologi pendidikan.1 Konsep Fitrah Manusia Berdasarkan kamus dewan (1984). perkataan fitrah adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud sifat semula jadi. Kesejahteraan fitrah manusia akan dapat dicapai apabila jasmani. fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan. kerohanian dan emosi. fitrah manusia digolongkan dalam dua kategori iaitu kejasmanian. potensi adalah bersaling kait rapat dengan fitrah manusia. Secara amnya. Secara amnya. perkataan fitrah adalah bermula daripada perkataan al-fathr yang bermaksud belahan dan daripada perkataan ini lahir perkataan-perkataan lain yang membawa maksud ‘penciptaan’ atau ‘kejadian’. 5 .

Perubahan ini adalah dari segi kuantiti yang dapat dibuat ke atas organisma dengan nyata seperti ukuran tinggi. Perkembangan dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu: 6 . Pertumbuhan mempunyai ciri-ciri berikut: • Bergantung kepada kematangan Berhenti apabila mencapai tahap matang Berasaskan corak tertentu Berterusan dan berkuantiti Dipengaruhi oleh baka Kadar berbeza antara individu dan anggota • • • • • Perkembangan pula didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematangan. berat badan dapat diukur dengan menggunakan teknik anthropometrik.2 Konsep Asas Pertumbuhan Dan Perkembangan Pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia iaitu perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses pematangan. Perubahanperubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan telah berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perubahan pertumbuhan dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran. pengalaman dan kematangan.Fitrah Manusia 200 9 1.1.

Menurut kajian daripada ahli psikologi. mental.Fitrah Manusia 200 9 (a) Perkembangan fizikal - Perkembangan fizikal adalah merujuk kepada pertumbuhan badan dan organ-organ. Secara amnya. pengamatan. kemunculan tandatanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus. pembelajaran. perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan dalam aspek jasmani. kefungsian sistem-sistem fizikal. sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. kognitif. Pertumbuhan asas merupakan perubahan fizikal tubuh badan manakala perkembangan asas adalah perubahan tingkah laku mental. penanggapan. bahasa. (b) Perkembangan kognitif - Ia merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan asas dan perkembangan asas. misalnya dalam persepsi. emosi. perkembangan manusia dari segi perubahan jasmani. emosi dan sosial boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: Aspek Pertumbuhan 7 Perkembangan . ingatan dan penyelesaian (c) Perkembangan psikososial - Ia adalah merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam perhubungan peribadi dan interpersonal seperti motif. emosi dan perasaan. penguasaan masalah.

mendisplin dan tentang keupayaan Kemahiran berfikir. saiz. banyak menaakul dan menganalisis. Sosial Mula berinteraksi dgn dalam situasi tertentu.1: Perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan 1. ahli-ahli Kemahiran bukan keluarga spt jiran.2. Kemahiran mengawal perasaan marah. sayang dan sebagainya. Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku secara semula jadi. Contoh pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus dan contoh perkembangan ialah 8 . kognitif dan sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan. Perkembangan adalah berlaku daripada umum kepada spesifik. perkembangan ialah apabila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal. Mental Berkembangnya memikirkan perkara Emosi Tumbuhnya perasaan suka. Perkembangan fizikal. rakan penyesuian diri dalam pergaulan sebaya dan guru. 4. berat dan bilangan Kemahiran gigi bertambah pertumbuhan berjalan. mengingat. Perkembangan seseorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan kematangan. membuat kerja. secara spontan dan tidak berada dalam kawalan manusia. Rajah 1. dengan orang lain.1 Prinsip-prinsip Pertumbuhan Dan Perkembangan 1. duka. Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan peningkatkan kerumitan. 2. menggunakan fizikal seperti mendengar. melihat.1.Fitrah Manusia 200 9 Jasmani Tinggi. Contohnya. 3.

9. Pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki manakala perkembangan pula ialah seorang bayi duduk sebelum berjalan 6. 15. Pertumbuhan berlaku sehingga satu tahap tetapi perkembangan berlaku secara berterusan sehingga hayat akhir. 11. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. seorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut tertib. 13. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. 12. Berlaku secara beransur-ansur. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat- peringkat berikut: 9 . 14. 10.Fitrah Manusia 200 9 apabila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang canggih 5. Contoh dalam permainan badminton. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. 7. Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus. emosi dan sosial. Pertumbuhan struktur badan adalah lebih cepat daripada kemahiran fungsinya. 8.

3 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Manusia Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang idividu mempunyai kadar perkembangan yang sama. 1.Fitrah Manusia 200 9 • • • • • Peringkat pralahir Peringkat bayi Peringkat awal kanak-kanak Peringkat akhir kanak-kanak Peringkat awal remaja Peringkat akhir remaja Peringkat dewasa Peringkat tua (dalam kandung) (0-2 tahun) (2-6 tahun) (6-12 tahun) (12-15 tahun) (15-21 tahun) (21-60 tahun) (60 tahun ke atas) • • • 1. Akibat daripada unsur kehidupan yang ada pada manusia. Kadar perkembangan setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal.1 Faktor Baka Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik. (a) Pengaruh Genetik 10 . emosi dan sosial walaupun mempunyai pertumbuhan yang sama. kognitif.3.1.1. Kedua-dua faktor ini adalah penting dalam membentuk pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. perbezaan fizikal. manusia berkembang dan mengalami perubahan dari segi fisiologi dan psikologi. Ahliahli psikologi berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. perbezaan emosi dan perbezaan mental dalam diri manusia.

kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahir pada masa kelak.Fitrah Manusia 200 9 Menurut kajian Gregor Mendel (1822-1889). Semasa proses persenyawaan iaitu pencantuman sel sperma dengan sel ovum dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom yang mengandungi bahan DNA dan RNA daripada ibu bapa masing-masing. Individu yang normal biasannya mempunyai 23 pasangan kromosom. Proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri. kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Proses percantuman dan proses pertukaran kromosom semasa proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum dapat dilihat seperti yang ditunjukkan di bawah: 11 .

2: Proses persenyawaan. percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan 12 .Fitrah Manusia 200 9 Rajah 1.

ibu bapa yang cerdas pintas akan melahirkan anak yang cerdas pintar juga. Contoh ciri fizikal adalah seperti saiz badan. Goddard (1890). (c) Perbezaan mental Mengikut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865). 13 . ketinggian. Ibu bapa yang mempunyai banyak rambut putih semasa waktu remaja juga berisiko mendapatkan anaknya yang mempunyai sifat yang sama juga. ibu bapa yang gemuk dan rendah cenderung melahirkan anak yang gemuk dan rendah. keberatan. Selain itu. Ini dapat dilihat melalui prestasi pelajar dalam sesuatu kelas dan keputusan peperiksaan awam.Fitrah Manusia 200 9 (b) Perbezaan fizikal Setiap individu mempunyai ciri fizikal yang berbeza dan unik melainkan anak kembar. Sebagai contohnya. manakala ada yang mendapat keputusan yang lemah. Newman (1937) dan Sheildo (1962). Biasanya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Sebaliknya. Ada yang mendapat keputusan yang cemerlang. ibu yang lemah dalam kesihatan dan selalu sakit semasa mengandung juga akan melahirkan anak yang berkemungkinan besar akan mewarisi kesihatan yang lemah itu. ibu bapa yang kurus dan tinggi akan melahirkan anak yang kurus dan tinggi. Kecerdasan individu mempunyai kaitan dengan kecerdasan ibu bapanya. setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakannya. bentuk dan warna organ deria.

Misalnya. kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Perbezaan unsur-unsur ini yang akan melahirkan perbezaan individu megikut perbezaan kadar perkembangannya. 1. guru dan sekolah. rakan sebaya. (a) Keluarga Faktor keluarga merupakan pengaruh utama yang banyak mempengaruhi perkembangan seseorang individu.1. Ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan menghasilkan anak-anak yang beremosi. Unsur-unsur keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu adalah seperti suasana rumah. Di samping itu. ibu bapa yang bersifat pendiam. ibu bapa yang bersifat pemarah dan mempunyai emosi yang kurang stabil akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.3. . 14 Biasannya. makanan dan status-ekonomi keluarga. pemalu dan pensabar juga akan melahirkan anak yang sebegitu. Bayi yang dilahirkan juga akan mengalami masalah pemakanan dan penghadaman. Selain itu. Faktor persekitaran terdiri daripada keluarga. Tekanan yang kronik yang dialami oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan pralahir. asuhan.2 Faktor Persekitaran Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhanya. sumber teknologi. aktiviti janin juga akan meningkat secara mendadak bagi ibu yang mengalami tekanan emosi. bayi rendah berat badan dan sukar bernafas. Terdapat juga sesetengah kajian mengatakan keadaan emosi ibu yang tertekan sebelum dan semasa mengandung akan menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan bersalin seperti melahirkan kandungan yang tidak cukup bulan.Fitrah Manusia 200 9 (d) Perbezaan emosi Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.

Sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif 15 . emosi dan sosial. Kanak-kanak yang mendapat asuhan yang baik akan mengalami perkembangan potensi.Fitrah Manusia 200 9 kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. jadi mereka agak mudah bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima antara satu sama lain. bertolak ansur. Kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yamg miskin biasannya adalah sukar untuk mendapatkan makanan yang seimbang malah berzat. khasnya dari segi perkembangan intelek. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai penghargaan diri yang tinggi. takut dan menarik diri serta kurang berkeyakinan dalam membuat keputusan. Ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh kanak-kanak menerima dan memberi. berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan. Ini kerana rakan sebaya mempunyai usia. tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Kanak-kanak akan mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka dan turut bertingkah laku sedemikian. minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. (b) Rakan Sebaya Rakan sebaya juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu. ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan anak-anak yang pasif. Ini menyebabkan perbezaan perkembangan di antara satu sama lain. sahsiah. Manakala. cita-cita. ini kerana kadang-kadang mereka takut disingkir oleh kumpulan rakan sebaya mereka. Makanan juga mempengaruhi perkembangan individu di mana makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna.

wayang gambar dan sebagainya akan mempengaruhi perkembangan mental. komputer. Tetapi sekiranya rakan mereka bersikap negatif maka kanak-kanak ini juga akan cenderung terjebak dalam perkara-perkara yang tidak diingini. bermoral. beretika serta kuat beragama dengan kerohanian yang sempurna. televisyen. pendedahan 16 . Sebagai contoh. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan pula akan melahirkan individu yang beriman. rajin berusaha. Drama-drama di televisyen juga telah banyak mengajar penonton dan menjadi teladan atau mempengaruhi penonton ke jalan negatif seperti unsur seks dan ganas. Jadi. Contohnya. personaliti dan mental. masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya melahirkan sikap yang bertanggungjawab. secara amnya. (c) Kebudayaan dan Kepercayaan Masyarakat Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-ekonomi. Perbezaan nilai hidup akan membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. masyarakat yang mementingkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik. (d) Sumber Teknologi Pendedahan sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupan juga akan mempengaruhi perkembangan seseorang individu. majalah. radio. Malah. Sumber teknologi seperti surat khabar.Fitrah Manusia 200 9 terhadap pelajaran maka mereka akan cenderung terhadap pelajaran. persepsi. iklan-iklan yang dipamerkan melalui alat sumber teknologi telah banyak mempengaruhi pengguna sama ada ke jalan positif atau negative. buku. pandangan. dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa. akhbar.

social dan emosinya. berketrampilan. komputer. internet. Guru yang mempunyai sifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. Perkembangan individu seseorang juga boleh dipengaruhi oleh kedudukan tempat mereka bersekolah samada di bandar ataupun di luar bandar. berakhlak mulia. (e) Guru dan Sekolah Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang penting dalam perkembangan identiti seseorang pelajar kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah samada menerusi aktiviti akademik ataupun dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum. 17 . Sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.Fitrah Manusia 200 9 kayak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif. perpustakaan yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Tetapi sebaliknya. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik. Guru dan sekolah berupaya mempengaruhi perkembangan pelajar dari segi fizikal. afektif dan psikomotor pelajar. jika kayak-kanak didedahkan kepada sumber teknologi yang negatif pula akan melahirkan sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. intelek. emosi dan sosialnya.

Fitrah Manusia 200 9
1.1.4 Peringkat-peringakat Pertumbuhan Dan Perkembangan Dari Aspek Fizikal, Kognitif, Sosial, Emosi Dan Moral Mengikut Teori 1.1.4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal di dalam bidang pendidikan. Menurut kajian beliau, beliau berpendapat perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat yang mengikut turutan umur iaitu:  Tahap deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)  Tahap Pra-operasi ( 2 hingga 7 tahun)  Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)  Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaraanya. Bayi mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.

Dari lahir hingga satu bulan, bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.


Selepas dilahir selama dua bulan, bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Antara empat hingga lapan bulan, bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Bayi telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Bayi dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya.
18

Fitrah Manusia 200 9

Semasa lapan hingga dua belas bulan, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku.

Bayi yang berumur dua belas bulan hingga lapan belas bulan memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah.

Pada peringkat lapan belas bulan hingga dua tahun, kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema untuk menyelesaikan masalah yang dia hadapi.

Pada akhir dua tahun, kanak-kanak mula belajar bahasa dan lambang yang mudah.

Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini mula menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kanak-kanak yang berumur empat tahun mula boleh bertutur dengan fasih dan perkembangan kognitifnya menjadi semakin pesat melalui bahasa yang dikuasainya itu.

Pada peringkat ini, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana di dunia ini keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Dan mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan.

19

Fitrah Manusia 200 9
• Pada akhir peringkat ini, kanak-kanak mula berupaya memberi sebab untuk menyokong keprecayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut cirri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) • • Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik, mereka sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa dan mereka mula menerima pendapat orang lain. • Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. • • Pada akhir peringkat ini, kanak-kanak berupaya berfikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Tetapi, kanak-kanak pada peringkat ini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas) • • Remaja pada peringkat ini telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka boleh berfikir secara induktif dan deduktif dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. • Remaja pada peringkat ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka
20

Bersifat egosentrik .Dapat menyelesaikan masalah abstrak .Dapat menyelesaikan masalah konkrit .2 tahun Ciri-ciri .3: Empat peringkat Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Piaget juga telah memperkenalkan konsep organisasi. keempat-empat peringkat ini dapat dirumuskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: Peringkat Deria Motor Umur 0 .Fitrah Manusia 200 9 dalam masyarakat.Mengetahui bahawa objek masih wujud .Memahami konsep pengekalan dan dapat Operasi Formal 11 tahun ke atas . formal dan logik. pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak.Rasa bimbang tentang isu-isu sosial yang berlaku Rajah 1. Secara kesimpulannya. Organisasi ialah satu proses penyusunan maklumat dan pengalaman ke dalam sistem 21 Pra-Operasi 2 – 7 tahun Operasi Konkrit 7 . • Pada tahap ini juga. Mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. tanpa memerlukan wujudnya andaian konkrit. dan masalah-masalah yang abstrak. adaptasi dan asimilasi.Dapat berfikir dalam bentuk simbolik .Menjadi lebih saintifik dalam pemikiran .11 tahun membuat klasifikasi . Remaja mampu menyelesaikan masalah operasi songsang seperti 8/4=4 X (?) = 8.Dapat meniru dan dapat mengingati sesuatu .Dapat menggunakan bahasa secara perlahan .

Fitrah Manusia 200 9 mental. Idea-idea yang terdapat dalam akomodasi menukar pandangan seseorang mengenai kecerdasan dan perkembangan kognitif. Ia terdiri daripada asimilasi dan akomodasi.1. segala peluang yang diberikan kepada seseorang individu tidak akan menghasilkan apa-apa keputusan yang positif. Ciri-ciri tertentu seseorang akan muncul apabila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa membuat sesuatu semata-mata kerana ia sudah mencapai suatu peringkat perkembangan. sehingga otot. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri. Mengikut Teori Perkembangan Kanak-kanak. Beliau mempercayai bahawa pendidikan bebas adalah penting bagi kanak-kanak. Menurut beliau lagi. Gesell menekankan perkembangan kanak-kanak yang ditentukan secara semulajadi dan berpunca daripada dalam. Beliau mengatakan tingkah laku seseorang individu akan berkembang seperti yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang agak tetap. 1.2 Teori Kematangan Biologi: Arnold Gesell Teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesell adalah berupa teori kamatangan biologi. Gesell telah merumuskan:  Perkembangan kanak-kanak melalui beberapa peringkat tertentu. otak dan tulang tidak bersedia. Adaptasi ialah penyusunan kepada perkembangan. Asimilasi ialah satu proses di mana individu akan menerima sesuatu makumat secara kognitif dan membentuknya untuk dimuatkan dalam struktur kognitif yang sedia ada. 22 . urat. Beliau menegaskan bahawa perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang terkawal.4. Akomodasi ialah perubahan-perubahan dalam struktur kognitif yang sedia ada untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang berkaitan. samada di rumah ataupun di sekolah.

 Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya.  Baka dan kematangan adalah faktor yang penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak. 23 . mental. Gesell telah meringkaskan perkembangan kanak-kanak daripada lahir hingga ke tahun 16 mengikut satu urutan perkembangan yang tetap dan sistematik seperti yang ditunjukkan di bawah: Umur 0 – 4 tahun Ciri-ciri Satu tempoh perkembangan yang licin.Fitrah Manusia 200 9  Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.  Tempoh lima tahun yang pertama merupakan perkembangan kanak- kanak dalam aspek fizikal. emosi dan sosial yang paling penting untuk pendidikan pada masa depan.

kefahaman dan pencapaian yang harus ditunjukkan oleh seorang individu pada setiap peringkat perkembangannya. Masa konsolidasi-kesediaan untuk menghadapi alam dewasa. kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. 24 . Tugas-tugas perkembangan ini ialah kemahiran. Masa transisi yang licin. Rajah 1. Nilai dan institusi setiap kebudayaan akan melahirkan personaliti tertentu.1. biologi dan kebudayaan.3 Teori Tugas-Tugas Perkembangan Robert Havighurst Robert Havighurst.Fitrah Manusia 200 9 5 – 6 tahun 7 – 10 tahun 11 -14 tahun 15 – 16 tahun Masa transisi-sekolah. Beliau menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Konsep tugas adalah penting dalam teori perkembangan ini kerana ia dapat menerangkan tugas-tugas yang harus dicapai oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan senarai tugas perkembangan ini adalah berlandaskan psikologi. Manakala. salah seorang ahli psikologi telah mengemukakan teori perkembangan yang bercorak teori sosial budaya dan antropologi .4. peraturan dan penyesuian. Tugas perkembangan ini dapat membantu menentuan masa yang sesuai untuk memulakan pendidikan bagi kanak-kanak. Masa mendidik kanak-kanak yang paling optimum ialah apabila kanak-kanak sudah bersedia untuk menerima pendidikan. Jika tidak. individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya. kematangan dan konflik masa remaja. Beliau mengatakan seorang individu perlu mencapai tugas-tugas perkembangan pada satu tahap yang tertentu.4: Perkembangan kanak-kanak mengikut Gesell daripada lahir hingga 16 tahun 1. rakan sebaya. Masa transisi. Kejayaan individu dalam pelaksanaan tugas tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkan mengulangi tugas tersebut. adaptasi dan konsolidasi kepada hidup persekolahan.

• Belajar membezakan peranan lelaki da perempuan. Awal remaja dan 12 -18 tahun • 25 Menjalin perhubungan baru yang lebih . sedia menerima pendapat orang lain Kanak-kanak 6 – 12 tahun pada peringkat akhir ini. • Mula belajar nilai bertolak ansur. • Memperolehi kemahiran 3M. nilai dan kemahiran hidup. • Membentuk peranan sosial dan jantina yang sesuai. misalnya belajar berjalan dan berlari. • Dapat membezakan jantina. Sesetengah tugas pula perlu dipelajari perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang seperti mempelajari sesuatu bahasa. • Menguasai konsep-konsep moral. membuang najis dan membuat penyesuaian emosi.Fitrah Manusia 200 9 Sesetengah tugas perkembangan ini hanya perlu dipelajari sekali sahaja dalam seumur hidup. bercakap. • Membentuk kemahiran sosial untuk berhubung dengan rakan sebaya. berjalan. Peringkat Lahir awal kanak hingga kanakUmur 0 – 6 tahun Tugas-tugas Perkembangan Kanak-kanak • Makan makanan pejal. • Membentuk sifat kebebasan peribadi. • Memperolehi konsep diri yang sihat. • Dapat membentuk konsep ‘betul’ dan ‘salah’ dan membentuk kata hati. • Belajar berdikari. bertimbang rasa. • Mempelajari kemahiran fizikal untuk bermain.

Beliau menegaskan pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang. Beliau mengutarakan lapan tahap perkembangan psikososial manusia iaitu lapan peringkat perkembangan emosi manusia daripada bayi kepada peringkat tua. Rajah 1.Fitrah Manusia 200 9 Remaja matang dengan rakan sebaya. • • Belajar menguruskan hal kewangan. • Berjaya menunjukkan tingkah laku yang dapat diterima dalam pergaulan sosial.5: Tugas-tugas perkembangan kognitif Havighurst mencapai kesempurnaan 1.4. timbulnya tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesuaian psikologikal kerana konflik 26 . Mengikut beliau di dalam setiap peringkat. Mula membentuk kemahiran intelek dan bersedia menceburi dalam pekerjaan dan perkahwinan. terutama dengan jantina berlainan.4 Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Erikson Erik Erikson.1. • Belajar dengan cara sendiri dan tidak mengikuti emosi ibu bapa dan orang dewasa. salah seorang penuntut Freud yang terkenal dengan teori psikososialnya. • Berusaha kendiri. • Menerima bentuk fizikalnya dan menggunakan fungsi anggota dan organ deria secara berkesan.

peranan jantina.Fitrah Manusia 200 9 emosinya. PERINGKAT Kepercayaan Asas lawan Ketidakpercayaa n Asas Autonomi lawan Malu/keraguan 18 bulan – 3 tahun • • UMUR 0 – 18 bulan CIRI-CIRI • Membentuk perhubungan yang penuh dengan cinta dan kepercayaan. Inisiatif lawan Persaan bersalah Industri lawan Perasaan rendah Identiti lawan Perasaan serba salah Kerapatan lawan pengasingan Generativiti lawan Pemusatan kendiri 3 tahun – 6 tahun 6 – 12 tahun • Menjadi asertif dan mempunyai inisiatif yang tinggi tetapi jika terlalu dipaksa. menggengam. dia akan berasa serba salah. Kanak-kanak belajar cara mengawal tetapi mungkin membentuk perasaan malu dan keraguan sekiranya tidak diuruskan dengan baik. • Mesti cuba mempelajari kemhairan baru atau mempunyai perasaan rendah diri.Jadual berikut ialah konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenal pasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga akhir hayat. 12 – 18 tahun • Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan. Perkembangan kemahiran-kemahiran fiizikal iaitu berjalan. politik dan agama 18 – 35 tahun 35 – 60 tahun • Dewasa membina hubungan rapat atau merasa terasing • Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan dating 27 .

1. Bagi kanak-kanak. (i) Tahap Pramoral Tahap ini melibatkan dua peringkat. Dari segi perspektif sosial. seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama. dia tidak mengambil kira kehendak orang lain.Fitrah Manusia 200 9 Kesepaduan lawan Putus asa Rajah 1. Pada peringkat pertama. Di sini kanak-kanak mula menyedari orang lain juga mempunyai kehendak dan kemahuan yang sama dengan mereka dan mula merujuk kepada pihak tersebut untuk mendapatkan apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak tersebut. kanak-kanak melakukan sesuatu yang baik. Tindakan dilihat kepada aspek fizikal bukan kepada minat atau keperluan psikologi orang lain. Teori ini adalah berasaskan teori piaget (1932) yang menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif.5 Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg Mengikut teori perkembangan Kohlberg. Dari segi perspektif sosial. betul adalah sesuatu yang relatif. Ketiga-tiga tahap ini ialah tahap pramoral. (ii) Tahap Moral 28 . kerana berdasarkan idea untuk mengelakkan hukuman ataupun untuk mendapatkan ganjaran daripada pihak yang mempunyai kausa fizikal.6: Teori perkembangan psikososial Ericsson 60 tahun – akhir hayat • Kemuncak ialah perasaan diterima oleh masyarakat dan perasaan kepuasan 1. peringkat ini lebih kepada individualisme. tahap moral dan tahap posmoral.4. kanakkanak menilai keputusan berdasarkan keiginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan. Manakala pada peringkat kedua pula. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat perkembangan kognitifnya.

Ia perlu dihormati untuk kesejahteraan masyarakat.Fitrah Manusia 200 9 Pada tahap ini. boleh atau tidak boleh dan betul atau salah. Biasanya prinsip yang dianuti diterima oleh masyarakat. Pendapat orang lain terhadap dirinya menjadi asas kepada penilaian moralnya. Dia bermotivasi untuk mematuhi norma kumpulan di samping memenuhi kehendak individu yang ada dalam kumpulan tersebut. Undang-undang dan nilai-nilai yang sesuai adalah yang boleh menyebabkan seseorang bermotivasi untuk mematuhinya tanpa mengira dari manakah masyarakat atau tempat itu berasal. (iii) Tahap Posmoral Pada tahap ini. kanak-kanak mampu memahami perkara-perkara abstrak. individu cuba mengekalkan dan memenuhi harapan keluarganya. Dia sudah dapat melihat sesuatu situasi dari kaca mata orang lain di dalam kumpulan dan menganggap semua orang sama. tingkah laku kanak-kanak sering diarahkan oleh prinsip etika dan kebenaran. Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.1. Seseorang itu bukan sahaja hanya memenuhi harapan mereka tetapi juga menunjukkan kesetiaan kepada kumpulan dan norma-norma kumpulan tersebut. 1. rakan sejawat dan bangsa yang dianggap penting. Ia berorientasikan undang-undang atau peraturan-peratura dan hak manusia. Kepatuhan kepada orang-orang yang lebih berkuasa adalah penting. 29 . iaitu suka atau tidak suka. Seseorang itu bukan lagi hanya menerima nilai dan norma kumpulannya tetapi cuba melihat sesuatu situasi itu dari kaca mata semua pihak yang terlibat. Tanpa memikirkan akibatnya. Individu akan menilai perihal keadaan samada betul atau tidak.5 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru • • Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.

Berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar. • Merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.Fitrah Manusia 200 9 • Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. • • • Prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar. 30 . • Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. • Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja pratik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan pelajar belum cukup matang menguruskannya. • Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. • Meramal tingkah laku.1. 1.6 Cara Guru Membantu Murid-murid Mencapai Perkembangan Secara Optimum Cara Perkembangan jasmani Huraian • Menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja pratik mengikut perkembangan fizikal pelajar.

 Daripada yang umum kepada yang khusus.  Daripada persekitaran dekat yang pernah dialami kepada persekitaran jauh yang belum dialami. • Bagi pelajar sekolah menengah. • Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani 31 .Fitrah Manusia 200 9 Perkembangan kognitif • Merancang aktiviti pengajaran pembelajaran yang menarik dan bermakna. • Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.  Daripada yang konkrit kepada yang abstrak. • Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu. Perkembangan emosi dan rohani • Memupuk emosi dan rohani pelajar yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.  Daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman yang baru. • Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep dengan tepat. • Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut peringkat berikut:  Daripada yang mudah kepada yang kompleks. hubung kaitkan konsep konkrit dengan konsep abstrak.

Setiap individu ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya. 32 . • Menggunakan aktiviti projek. Setiap manusia mempunyai potensi dalam diri dan berbeza antara individu iaitu potensi emosi.2 Potensi Manusia Potensi berasal daripada bahasa inggeris yang membawa erti keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu. • Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersamasama. Potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik melalui persekitaran yang kondusif dan cara yang sesuai. perbincangan dan permainan secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial pelajar.7: Cara guru membantu murid-murid mencapai perkembangan secara optimum 1. kesanggupan manusia untuk berkembang maju. kebolehan. ia boleh digunakan untuk melakukan sesuatu atau mencapai kejayaan. mental.Fitrah Manusia 200 9 pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang berpatutan. Rajah 1. Ia juga merujuk kepada kemampuan. Perkembangan sosial • Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial. keupayaan. sosial dan fizikal. dan jika dicungkil.

Beliau mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.2.Fitrah Manusia 200 9 Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan dalam aspek-aspek yang ditunjukkan di atas mempuyai tahap yang berbeza. terdapat lapan jenis kecerdasan yang dimiliki oleh manusia seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: Jenis-jenis 33 Ciri-ciri . Murid yang mempunyai potensi mental yang tinggi memiliki kecerdasan IQ yang tinggi dan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat. begitulah juga sebaliknya. Mengikut Gardner. Amerika Syarikat. tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh. Murid yang mempunyai potensi emosi yang tinggi dapat mengawal perasaan mereka dengan sangat baik. Hal ini demikian kerana jarang ada orang berpeluang memoptimumkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Murid yang mempunyai potensi fizikal yang tinggi dapat menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan dengan amat baik. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ. seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Harvard. manakala murid yang mempunyai potensi sosial yang tinggi boleh membina perhubungan yang sihat dengan murid-murid yang lain. Beliau berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. 1.1 Teori Pelbagai Kecerdasan Teori pelbagai kecerdasan dipelopori oleh Howard Gardner (1943-).

Kecerdasan Logikalmatematikal • Berfikir secara logik dan dapat mengenal pasti nombor- nombor geometrik dan numerik dengan mudah. • Boleh mengecam atau peka terhadap ritam. perbahasan. Mempunyai kebolehan membuat persepsi tentang alam nyata dan membolehkan menceritakan atau menggambarkan kembali pengalaman-pengalaman yang pernah lalui. Kecerdasan Muzik • Mempunyai kebolehan untuk mencipta dan mentafsirkan muzik. tulisan kreatif. berjenaka dan bercerita. Kecerdasan Ruang • Dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah. boleh menceritakan apa yang difikirkan melalui peta.Fitrah Manusia 200 9 Kecerdasan Kecerdasan Linguistik • Merangkumi kecerdasan membaca. carta dan gambarajah. • Menggunakan penaakulan induktif dan deduktif serta menyelesaikan masalah yang abstrak. 34 . menggunakan perbendaharaan kata. • • Suka melukis. Kecerdasan Kinesthestic/ Gerak • Berkebolehan mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan objek di sekeliling mereka. puisi. ton dan kuasa emosi muzik dengan mudah. • Suka mencari bukti bagi sesuatu yang kurang jelas dna suka menyoal tentang semua fenomena. • Suka belajar dalam situasi pembelajaran yang diiringi dengan muzik. berkemahiran bermain alat muzik dan dapat menghafal lirik muzik dengan senang.

Rajah 1. bekerjasama dan memotivasikan rakan sebaya untuk mencapai matlamat yang sama. • Memiliki kecerdasan dalam mengelaskan flora dan fauna dan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang alam sekitar. • Memiliki cirri berdikari. suka menyendiri.Fitrah Manusia 200 9 badan • Suka bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar dan mempunyai kemahiran kraftangan yang tinggi. • Sangat menghargai alam semulajadi. • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan mempunyai kebolehan kepimpinan. • Mempunyai potensiuntuk menjadi pemimpin kerana mereka dpat mempengaruhi orang lain dengan senang. • Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai sifat empati dan belas kasihan untuk orang lain.8: Jenis-jenis kecerdasan 35 . mempunyai prinsip dan pegangan hidup sendiri serta mempunyai azam yang kuat untuk berjaya. Kecerdasan Naturalis • Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar mempelajari tentang flora dan fauna. Kecerdasan Interpersonal • Berkebolehan berinteraksi. Kecerdasan Intrapersonal • Berkebolehan mengenali diri sendiri dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. • Mempunyai kebolehan tinggi untuk memerhati corak-corak alam sekitar.

termasuk kebolehan memanipulasikan ayat.2. tepat serta sempurna. tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik.3 Cara Guru Mengaplikasi Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran o Guru perlu menggunakan pendekatan multi-sensori yang akan menyebabkan murid-murid menggunakan pelbagai deria penglihattan. guru harus mengenali potensi setiap pelajar. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik. Orang yang mempunyai kecerdasan ini berupaya menggunaka bahasa denga berkesan. tubuh kinestetik.2. menghidu. Bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran. gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik. interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. perasaa logic dan pergerakan badan. setiap insan mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan seperti yang paling biasa ialah kecerdasan linguistik kerana penguasaan bahasa penting untuk mempelajari mata pelajaran yang lain. o Dalam mengaplikasikan teori pelbagai kecerdasan. ramai pelajar tidak pandai dalam muzik.Fitrah Manusia 200 9 1. 36 . sukan dan hubungan interpersonal.2 Implikasi Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di dalam teori pelbagai kecerdasan. samada dalam lisan atau bertulis. Di peringkat sekolah. Implikasinya ialah penguasaan bahasa adalah penting untuk mempelajari mata pelajaran yang lain. guru perlu mendidik kanak-kanak dengan tanggapan bahawa:  Setiap murid adalah genius. lukisan. kecerdasan logical-matematikal dan kecerdasan ruang sahaja. Oleh itu. 1. perbezaan pelajar dari semua aspek dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan ruang. o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan muzik. o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi. guru harus memberikan banyak pendedahan konsep ruag kepada muridnya dengan menyediakan aktiviti pemetaan dan “jigsaw puzzle”. o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik.Fitrah Manusia 200 9  Murid mesti belajar dengan caranya tersendiridan cara belajar adalah berbeza untuk setiap individu.  Murid dapat mengembangkan banyak kecerdasan jika guru mengajar menggunakan kaedah kesepaduan. guru harus memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang melibatkan penggunaan kordinasi motor kasar dan halus mereka. guru harus memberikan banyak latihan matematik yang mencabar. o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan matematik-logikal.  Keunikan individu boleh diwujudkan melalui suasana melalui pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan bahasa linguistik. guru perlu mengelolakan kaedah dan teknikteknik pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang terdiri daripada aktiviti kumpulan. guru perlu memperbanyakkan rangsangaa-rangsangan dalam bentuk puisi. irik-lirik lagu dan permainan bahasa. 37 . guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik kepada mereka.

bersikap mandiri. menggunakan. Menurut beliau. guru harus memperbanyakkan kerja projek yang dibuat secara individu kerana murid-murid ini mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi. tekun dan penuh motivasi. sosial.  Memahami. menghargai. dan darjat kesejahteraan fizikal kita. 1. kejayaan profesional. Kecerdasan emosi memberi suatu kerangka luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal dan interpersonal. menghargai perasaan orang lain. iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang. mengungkapkan dan mengendalikan perasaan diri sendiri untuk mencapai tujuan.4 Kecerdasan Emosi (EQ) Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personality individu. kecerdasan emosi mengandungi: 38 . kecerdasan emosi boleh diajar. kecerdasan emosi yang menentukan kejayaan. Sebenarnya. khasnya bila mereka marah atau berasa tegang. mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan dalam kehidupan termasuk menyesuaikan diri. bekerjasama dengan orang lain dan membangun hubungan produktif. Murid-murid perlu diajar cara-cara untuk mengawal emosi mereka. Oleh itu.  Mengurus emosi diri.2. kecerdasan emosi adalah kemampuan individu untuk:  Memahami. Darjah Emosi (Emotional Quotient: EQ) merujuk kepada pengukuran piawai yang menggambarkan kecerdasan emosi seseorang. mengakui. Kesedaran diri dan empati mempengaruhi darjat kejayaan seseorang individu. Mengikut Daniel Goleman.Fitrah Manusia 200 9 o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Emosi memberi kesan kepada tingkah laku.

Biasanya 39 . Mayer dan P. Salovery (1993) pula mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai masyarakat yang merangkumi tiga kategori yang utama seperti berikut:  Kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain.  Menguruskan hubungan sepert imenyelesaikan masalah hubungan.2. Manakala D.  Memahami emosi seperti mengambil kira perspektif atau pandangan orang lain.D. Kebolehan mengurus emosi. Kebolehan menggalak diri.  Menguruskan emosi seperti mengawal perasaan marah. Menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal. J. Kebolehan mengawal perasaan yang teruja. 1. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu situasi persekitaran. keadaan fisiologikal dan proses kognitifnya.5 Teori Kecerdasan Emosi Teori kecerdasan emosi adalah diperkembangkan daripada teori kognitif emosi kerana kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang.  Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran. Gloeman (1995) mengkategorikan kecerdasan emosi kepada lima bahagian iaitu: • • • • • Kebolehan memerhati diri. Proses kognitif ini yang menentukan sifat emosi seseorang.  Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.Fitrah Manusia 200 9  Emosi kesedaran diri seperti memisahkan perasaan daripada tindakan.

Schacther dan J. emosi yang dibentuk adalah berlandaskan dua faktor yang saling berkait dan independent dan kedu-dua faktor ini ialah: (a) Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individumerupakan factor yang menghasilkan emosi. maka wujud kecerdasan emosi yang berbeza. Mereka berpendapat bahawa factor proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu adalah berbeza di antara satu sama lain. teori ini menegaskan bahawa emosi adalah dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama. emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisiologikal dalaman. tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. 40 . merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.Fitrah Manusia 200 9 emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisilogikal dalaman. tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Maka. iaitu kesedaran keadaan emosi diri. Singer (1962). Ini akan menggalakkan murid supaya tidak menyekat perasaan tetapi sebaliknya menyedarinya agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih berkesan. Mengikut S. Ini bermakna setiap individu mempunyai kecerdasan emosi (EI) dan darjah emosi (EQ) yang berbeza dengan individu lain. (b) Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan diri. Selain itu. Goleman pula mempercayai bahawa kesedaran diri adalah penting terutamanya dalam kecerdasan emosi kerana ia membolehkan muridmurid untuk mengamalkan sedikit kawalan diri.

Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah  Suasana interaksi yang konduksif dalam bilik darjah dapat memberi gambaran yang selesa kepada murid.  Guru tidak boleh suka-suka memarahi murid ‘bodoh”dan “bisu”.Fitrah Manusia 200 9 1.  Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan mengalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru.6 Cara Guru Membantu Murid Mengurus Kecerdasan Emosi Diri Amalkan sikap kepimpinan demokratik  Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat.2. Menggunakan percakapan yang sesuai  Bagi mewujudkan interaksi dua hala. mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Ini memberi impresi yang tidak bagus bagi guru. 41 .  Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid- murid berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. percakapan guru harus boleh menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka.  Ini dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikalnya iaitu dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan. tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.

Oleh yang demikian. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Ini dapat merapatkan hubungan guru dengan murid-muridnya di samping dihormati oleh mereka. Murid akan berasa dihargai dan gembira. penakut atau pemalu. Mengajar dengan sikap penyayang   Guru harus mempunyai sikap penyayang dalam mengajar murid-murid. guru boleh memujinya sebagai salah satu ganjaran kepadanya. Mereka juga suka bekerjasama dengan guru.  Guru juga harus mendorong murid-murid lain supaya mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dengan hati yang ikhlas dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah.Fitrah Manusia 200 9 Membantu murid bermasalah  Sekiranya terdapat murid yang mempuyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam.  Dalam hubungan yang mesra ini. guru harus mengadakan sesi kauseling untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid yang lain. Gunaka ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran  Jika murid dapat menjawab soalan dengan betul atau membuat perkara yang baik. guru harus menggunakan bimbingan dan kaunseling yang sewajarnya untuk 42 . murid-murid akan digalakkan mengemukakan soalan-soalan dan masalah peribadi agar masalah dapat diselesaikan oleh guru yang disayangi oleh mereka. Hukuman selalu tidak dapat menyelesaikan masalah dengan sepenuhnya tanpa bimbingan dan kaunseling.  Guru perlu mengelakkan hukuman untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan  Guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan seperti menjalakan aktiviti pengayaan.Fitrah Manusia 200 9 murid yang menimbulkan masalah disiplin demi mengurangkan konflik di antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah. 43 lakonan. pertandingan atau kerja projek bagi merapatkan hubungan dengan murid. aktiviti pemulihan. mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dengan murid. . murid-murid akan dibimbing dan digalakkan menjawab soalan guru dan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas. Menggunakan banyak alat bantu mengajar  Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengiatkan perhubungan guru dengan murid-murid dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan dibentuk. guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencungkil pendapat murid.  Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar agar tidak membosankan. permainan.  Dengan ini.  Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan. sesi buzz. Menggunakan teknik menyoal  Semasa mengajar.  Ini juga dapat mengelakkan perasaan boring dan guru bukan cakap berseorangan di depan tanpa interaksi dengan murid.

guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk mencapai tujuan ini. kaedah perbincangan dan kaedah penyelesian masalah ditambahkan kepada peringkat yang maksimum. syarahan atau demonstrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat yang minimum. interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.Fitrah Manusia 200 9  Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid dan murid-guru berinteraksi di antara satu sama lain. 44 . Oleh itu. Menggunakan strategi memusatkan murid  Strategi memusatkan murid ini ialah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.  Ini bermakna kaedah menerang. Apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.  Sebaliknya.

motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.  Ia merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.  Ia bukan diwarisi dan tidak wujud secara semula jadi. Ini bermaksud semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya. Motivasi mempunyai ciri-ciri seperti berikut:  Ia diwujudkan akibat keperluan fisiologi atau psikologi. Dengan kata lain.Fitrah Manusia 200 9 1.3 Motivasi 1. 45 .3. mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit.1 Konsep Motivasi Menurut Woolfolk (1990).  Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar keinginan.

Guru perlu melakukan sesuatu untuk membangkit. motivasi adalah penting bagi mengekalkan minat murid-murid dalam penglibatan aktiviti pembelajaran. menggerak dan seterusnya mengekalkan minat murid-murid dalam pembelajaran bagi mencapai pembelajaran sempurna. Insentif beginilah yang dapat mendorong muridmurid supaya berusaha dengan lebih rajin dan tekun bagi mencapai prestasi yang lebih baik. kedudukan dalam kelas. hadiah. Insentif yang diberikan adalah seperti dalam bentuk permarkahan. Motif dapat membangkitkan dorongan dalaman murid untuk menglibatkan diri dalam kegiatan pembelajaran dan dorongan dalaman ini adalah seperti keperluan. Oleh itu. terdapat beberapa kepentingan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut:  Menentukan tujuan pembelajaran  Menarik minat pembelajaran 46 . Secara keseluruhannya. Namun begitu. Insentif bermaksud galakan yang mendesak seseorang individu itu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran. minat. gred. pencapaian insentif kebendaan yang keterlaluan berkemungkinan akan membawa kesan negatif kepada murid di mana ia akan menyebabkan murid kurang menghayati kepentingan pembelajaran yang sebenar. motif adalah penting daripada insentif di mana motif sentiasa menggerakkan murid untuk mencapai pembelajaran pada peringkat yang lebih sempurna. motivasi penting untuk menimbulkan minat pembelajaran murid-murid dan supaya mereka terus beruasah untuk menguasai sesuatyu pengetahuan dan kemahiran. motif dikatakan unsur yang lebih penting berbanding dengan insentif untuk merangsangkan murid dalam pembelajaran. sijil dan testimonial lain. Dalam situasi pembelajaran. Pendek kata. Motivasi dirangsangkan oleh dua aspek iaitu insentif dan motif. sikap dan emosi.Fitrah Manusia 200 9 Contohnya dalam pengajaran bilik darjah. Motif ialah unsur yang berasal daripada dalaman seseorang yang dapat menggerakkan seseorang individu dan mendorongnya untuk mencapai pembelajaran sempurna.

2 Jenis-jenis Motivasi Terdapat pelbagai jenis motivasi yang telah dikenalpasti oleh ahli-ahli psikologi. minat.3. Berhubungan dengan konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 1. rasa ingin tahu dan rasa kepuasan diri. Ia merupakan 47 .3.Fitrah Manusia 200 9  Mengekalkan motivasi  Mewujudkan dorongan untuk bersaing 1. ahli-ahli psikologi membahagikan motivasi kepada motivasi intrisik dan motivasi ekstrinsik.1 Motivasi Intrinsik Motivasi intrinsik ialah motivasi yang berasal dari dalam diri sendiri. Ia dikenali sebagai motivasi dalaman dan jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan.2. minuman. Setengah-setangah ahli psikologi menggolongkan motivasi kepada motivasi fisiologi iaitu keperluan asas manusia seperti makanan. Terdapat juga ahliahli psikologi yang mengategorikan motivasi kepada dua jenis iaitu motivasi asas (primary motives) dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran (learned motives). seks dan lain-lain dan motivasi sosial iaitu berharap mendapat reputasi dan keuntungan.

2 Motivasi Ekstrinsik Motivasi Ekstrinsik merujuk kepada dorongan luar yang menggerakkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang di mana ia akan membawa faedah kepadanya. 1. Ini bermaksud apabila seseorang individu mempunyai keinginan yang intrinsik. token dan sebagainya. Motivasi ekstrinsik dalam bentuk markah dan prestasi akademik dalam bilik darjah boleh diberikan kepada murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi.Fitrah Manusia 200 9 dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugas tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Seseorang individu yang mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi akan senang mendapat kepuasan dan akan berasa sangat gembira setelah menyelesaikan sesuatu tugas. Guru boleh menggunakan motivasi ini untuk meningkatkan kualiti hasil kerja murid tetapi haruslah elakkan daripada sebagai insentif untuk murid menyiapkan kerja mereka. sentuhan. ini kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalamannya sendiri. ini adalah kerana ia menggunakan naluri ingin tahu manusia yang mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru.2. kata-kata perangsang. Motivasi ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi seseorang individu.3. 48 . hadiah. markah. bintang. Dorongan ini boleh diberikan dalam bentuk pujian. dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya. Individu yang sebegini tidak akan mengharapkan sebarang ganjaran ataupun hadiah. Manakala bagi murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah adalah lebih sesuai diberikan dengan motivasi ekstrinsik dalam bentuk kebendaan sebagai galakan. senyuman. Guru boleh memberi motivasi intrinsik yang sederhana bagi mendorong murid untuk belajar seperti galakan dan pujian. gred.

Bagaimanapun. tetapi sebaliknya adalah sematamata untuk mendapat ganjaran. jenis motivasi ini kadang-kadang akan membawa kepada kesan negatif kepada murid. Jadi guru haruslah menetapkan sebarang kaitan di antara ganjaran dengan perkara yang dipelajari. atau untuk dipuji. Salah seorang tokoh mazhab Humanis yang mengaitkan motivasi intrinsik dengan pembelajaran individu ialah Abraham Maslow. Hakikatnya. motivasi ekstrinsik ini adalah bertentangan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran.1 Hierarki Keperluan Maslow Terdapat beberapa ahli-ahli psikologi mahzab Humanis berpendapat bahawa motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan yang cemerlang.3.3.3. atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi. atau untuk mengelak daripada hukuman. atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri.Fitrah Manusia 200 9 Secara amnya. menggunakan lebih banyak motivasi intrinsik daripada motivasi ekstrinsik bagi memperolehi tingkah laku yang positif di kalangan murid. ini akan menyebabkan seseorang murid itu tidak sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu. 49 . 1.3 Teori 1.

iaitu keperluan asas dan keperluan meta. persekitaran dan perbezaan generasi. Keperluan meta ini (pengetahuan) (keindahan kebenaran). Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks. 50 . Beliau juga menganggap. Keperluan asas merangkumi keperluan fisiologi. Beliau mencadangkan dua sistem keperluan yang umum.9: Abraham Maslow Menurut Maslow. keperluan casi sayang dan keperluan penghargaan kendiri. pembelajaran berkesan bergantung kepada motif pelajaran sendiri dan motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan. individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah. keperluan keselamatan. di mana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya. Manakala keperluan termasuk meta dikenali sebagai kognitif keperluan perkembangan dan estetik kerana ia dapat dan menggerakkan tingkah laku perkembangan menuju ke perkembangan intelek.Fitrah Manusia 200 9 Rajah 1.

manusia mempunyai beberapa keperluan yang perlu dipenuhi dalam sepanjang hayatnya.Fitrah Manusia 200 9 Ra Keperluan Penyempurnaan Kendiri Keperluan Penghargaan Kendiri Pandangan diri yang tinggi. diikuti keperluan kasih sayang. seterusnya peringkat penghargaan kendiri 51 v . minuman. Pada peringkat yang paling asas iaitu tahap yang paling bawah terdapat keperluan fisiologi. Keperluan pengiktirafan Kasih Sayang Saling bersayang. minuman. persekitaran yang selamat Keperluan Fisiologi Keamanan. penerimaan Saling bersayang. tempat tinggal jah 1. keanggotaan Keperluan Keselamatan Keamanan. masyarakat yang teratur. tempat tinggal persekitaran yang selamat Makanan. penerimaan. setelah keperluan ini dipenuhi barulah beralih ke keperluan keselamatan. Dengan kata lain sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi jika keperluan di peringkat pertama masih belum mencapai tahap kesempurnaan. Makanan. Beliau menyatakan keperluan di tahap yang paling bawah harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap yang kedua.10: Hierarki Teori Keperluan Maslow Menurut Maslow.

Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. ketenangan dan perasaan bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan. berkemungkinan murid tersebut akan 52 . Keperluan fisiologi atau keperluan asas ini merangkumi makanan. guru seharusnya bersikap toleransi terhadap muridnya. udara dan tempat tinggal. (a) Keperluan Fisiologi Keperluan fisiologi terletak di tangga terbawah dalam Hierarki Teori Keperluan Maslow. Di samping itu. murid yang mendapat kurang makanan adalah sukar menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Di dalam kelas guru hendaklah bertindak dengan konsisten dan menjamin keselamatan murid di dalam kelas. suami isteri serta penerimaan sosial daripada masyarakat. Jika keperluan ini tidak dipenuhi. (b) Keperluan Keselamatan Keperluan keselamatan merujuk kepada keperluan persekitaran yang aman damai. seseorang murid telah dimarahi oleh guru dan dikenakan denda. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. (c) Keperluan Kasih Sayang Setiap individu memerlukan cinta daripada ibu bapa.Fitrah Manusia 200 9 dan peringkat tertinggi adalah peringkat keperluan penyempurnaan kendiri. maka murid akan berasa kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran mereka. Ia juga dikenali sebagai keperluan asas dan adalah penting bagi kehidupan kita. Ini akan mendorong murid itu belajar dengan lebih berkesan. kawan. dan ini akan menyebabkan kesihatan murid terganggu dan terjejas. Ini kerana mereka kehilangan sumber tenaga untuk melakukan sesuatu akibat kekurangan pengambilan makanan. Contohnya di dalam kelas. Berhubungan dalam konteks pendidikan. minuman.

Menurut kajian. Murid yang diterima akan merasai diri mereka dihargai. murid yang diterima kerap kali dapat memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding dengan individu yang tidak diterima oleh rakan sebaya.Fitrah Manusia 200 9 merasakan diri sendiri seolah-olah tidak disukai. dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya. Maslow menyatakan bahawa keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan 53 . harmonis. Semasa perbincangan masalah pembelajaran dalam kumpulan. lancar. dihormati. proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. dia akan merasa dirinya dihargai oleh orang lain dalam persekitarannya. minat dan juga kehendak atau motivasi murid tersebut untuk belajar menjadi pudar dan lenyap. Penghargaan kendiri seorang meningkat apabila dia mempunyai tanggapan atau persepsi positif terhadap diri sendiri. (d) Keperluan Penghargaan Kendiri Apabila seseorang individu berasa selamat dan dikasihi. guru dan rakan sebaya terhadap diri inividu amatlah penting supaya mereka tidak terasa tersingkir. Jadi. serta dihargai oleh orang lain. Ini akan mengakibatkan keinginan. (e) Keperluan Penyempurnaan Kendiri Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia dan ia hanya dapat diperolehi setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat di peringkat bawah itu. Penerimaan oleh keluarga. atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ini dapat memupuk diri murid lebih berkeyakinan dan seterusnya meningkatkan keinginan dan minat mereka untuk terus belajar. Secara tidak langsung. murid tersebut akan dapat berinteraksi secara positif dengan ahli kumpulan lain. guru haruslah peka dan membuat sesuatu supaya murid akan merasakan dirinya diterima. dihargai. dikasihi dan bernilai.

3. Ini bermaksud seseorang yang telah mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini. 54 . 1.2 Teori Behavioris Skinner Peneguhan Menurut Skinner.Fitrah Manusia 200 9 keseluruhan keperluan manusia. dia akan merasakan gembira tentang nikmat hidup dan dia telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya untuk mengoptimakan semua peluang-peluang dalam kehidupannya.3. dia akan mengalami perasaan kejayaan dalam kehidupannya dia telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika. dia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain. peneguhan yang diberikan oleh guru dapat menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku. dia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup. seorang ahli psikologi mazhab behavioris.

senyuman. hadiah atau token. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian. guru boleh menahan ganjaran murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti memendekkan masa rehatnya selama beberapa minit. peneguhan digunakan bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai matlamat pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau. peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku itu berulang. Sebagai contoh. Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas murid. kata-kata perangsang. Peneguhan ini dapat dibahagikan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.F Skinner Pada tahun 1953.11: B. Guru perlu sentiasa memberi peneguhan sertamerta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan negatif bermaksud denda atau hukuman yang digunakan oleh guru untuk menghalang murid daripada melakukan tingkah laku bermasalah.Fitrah Manusia 200 9 Rajah 1. Ini secara tidak langsung dapat memupuk motivasi supaya membangkitkan tingkah laku yang dikehendaki di samping meningkatkan prestasi murid. Skinner telah mengasaskan satu Teori Pelaziman Operan. ini dapat dijadikan sebagai amaran bagi murid tersebut dan menghalangnya daripada berlakunya 55 .

guru boleh menggunakan teknik-teknik motivasi yang betul untuk mengurangkan tahap kebimbangan murid tersebut.3. maka murid akan merasai dirinya dihargai. Jadi. jika seseorang guru peka terhadap keperluan muridnya dan sentiasa memberikan peneguhan yang sesuai seperti memberi pujian. (c) Ingin tahu 56 . contohnya mereka akan berasa bimbang dan risau apabila menghadapi peperiksaan. Sekiranya murid tidak menyiapkan kerja rumah atau sesuatu tugasan. Peneguhan ini juga boleh mendorong murid belajar dengan lebih tekun lagi.4 Kesan Motivasi Kepada Murid Guru perlu mempunyai motivasi yang dinamik. guru seharusnya memotivasikannya dengan teknik-teknik peneguhan positif. Peneguhan positif seperti pujian dan nasihat dapat mendorong murid terutamanya murid yang nakal untuk mengikis sikap yang negatif. ini kerana kadang-kadang mereka akan menunjukkan perubahan sikap sekiranya mendapat peneguhan yang sesuai atau memberangsangkan bagi mereka. cekap dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. guru boleh memberikan peneguhan negatif seperti menunjukkan perasaan marah atau memberi amaran kepada murid tersebut. (b) Perubahan sikap Bagi murid-murid yang melakukan sesuatu kesalahan. Antara kesan-kesan motivasi kepada murid adalah seperti berikut: (a) Kebimbangan Kebiasaannya murid akan menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran mereka. 1. Di samping itu. dan seterusnya mereka akan bermotivasi untuk mencapai prestasi optimum dalam pembelajaran mereka.Fitrah Manusia 200 9 sesuatu yang tidak diingini.

(f) Persekitaran Murid 57 . Oleh itu. (e) Putus Asa Murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah biasannya akan sentiasa mendapat gagal dalam peperiksaan. guru boleh menggalakkan motivasi intrinsik dengan merangsang naluri ingin tahu murid. Manakala lokus kawalan luaran adalah bertentangan dengan konsep lokus kawalan dalaman di mana mereka percayai bahawa kejayaan mereka adalah ditentukan oleh keadaan persekitaran dan orang lain. Di sinilah guru perlu peka terhadap masalah mereka dan membantu mereka untuk meneliti puncapunca kegagalan mereka. ini menyebabkan mereka rasa putus asa dan tidak ingin cuba lagi untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Untuk murid yang mempunyai lokus kawalan luaran ini. Misalnya. Guru boleh menggunakan kedua-dua motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik sebagai galakan dan dorongan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. menayangkan persembahan slaid untuk membangkitkan perasaan ingin tahu murid. Dari sini murid akan melihat kesilapan-kesilapan akademik sebagai satu peluang untuk belajar. dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. guru perlu menggunakan ganjaran luar seperti hadiah dan pujian untuk menggerakkan mereka. Rangsanganrangsangan yang sebegini merupakan satu cara yang dapat memotivasikan murid untuk mengikuti pelajaran guru. menceritakan peristiwa dan fenomena yang berkonflik. guru boleh merangsangkan naluri ingin tahu murid dengan menggunakan benda-benda maujud.Fitrah Manusia 200 9 Perasaan ignin tahu adalah sifat semula jadi yang ada pada diri seseorang individu. Murid yang mempunyai lokus kawalan dalaman mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dan mereka akan merasai segala yang berlaku dalam kehidupan mereka adalah disebabkan oleh tindakan dan usa mereka sendiri. (d) Lokus kawalan Lokus kawalan ini terbahagi kepada lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran.

teratur serta harmonis untuk murid-murid. bebas daripada segala jenis ketegangan. Proses pembelajaran haruslah berlaku dalam keadaan yang menarik dan kalau boleh guru harus mengelak daripada menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan kata-kata yang kesat. 1. suasana bilik darjah yang harmonis dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid untuk mengikuti pelajaran guru dengan baik dan berkesan.Fitrah Manusia 200 9 Persekitaran didefinisikan sebagai segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam teknik-teknik pengajaran bagi menarik perhatian murid dalam pembelajaran dan menentukan murid melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan di mana mereka akan bekerjasama dalam kumpulan belajar yang kecil. kemas. Persekitaran murid seperti sebuah sekolah yang baik.3. meningkatkan (b) Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif Pembelajaran koperatif dan kolaberatif merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik murid-murid. Guru haruslah mewujudkan satu suasana bilik darjah yang positif.5 Cara-cara Meningkatkan Motivasi Guru Seseorang guru boleh menggunakan cara-cara berikut untuk motivasi murid-murid di sekolah: (a) Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Suasana bilik darjah yang kondusif adalah sangat penting bagi murid-murid di samping menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau 58 .

membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam. Ia berlaku di dalam kumpulan yang besar dan belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat yang dapat dikongsi bersama. saling berinteraksi secara bersemuka. (c) Peneguhan Positif dan Negatif Guru mesti pandai dan ada kebolehan dalam menggunakan peneguhan positif dan juga peneguhan negatif supaya ia bermakna dan berkesan kepada murid-murid. menggalakkan perasaan positif iaitu saling menghargai. 59 . ada perasaan mengambil berat orang lain. Terdapat lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif ini iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif. kemahiran koperatif dan juga pemprosesan kumpulan. Guru haruslah memberikan peneguhan yang sesuai dengan personaliti tingkah laku murid. guru boleh berpandukan dengan berdasarkan prinsip-prinsip dalam Teori Peneguhan Skinner untuk menggerakkan murid-murid samada untuk meningkatkan pencapaian akademik dengan menggunakan peneguhan positif atau untuk mengawal tingkah laku mereka dengan menggunakan peneguhan negatif.Fitrah Manusia 200 9 kumpulan. Manakala. Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. menyokong dan menghormati sesama sendiri. peneguhan negatif dapat menolong untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini di kalangan murid di samping boleh melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. mempunyai sifat ingin tahu. Murid tersebut adalah lebih bermotivasi dalaman. Peneguhan positif dapat mendorong murid belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sesuatu pelajaran. Kaedah pembelajaran koperatif ini mempunyai kebaikannya sendiri iaitu ia menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam kumpulan. Jadi. Kajian telah menunjukkan bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu.

Manakala untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik murid. pertandingan dan ujian ringkas.Fitrah Manusia 200 9 Selain daripada cara-cara yang dinyatakan di atas. Keperluan-keperluan ini merangkumi aspek-aspek seperti makanan. Ini kerana tindakan ini akan menimbulkan rasa kejayaan dan murid-murid akan rasa lebih terdorong untuk membuat tugas-tugas pembelajaran seterusnya yang diberikan oleh guru. guru boleh mengadakan aktiviti persaingan dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran seperti kuiz. perbahasan. seseorang guru juga haruslah memastikan ia memenuhi semua keperluan fisiologi dan psikologi muridmuridnya. Guru harus menjelaskan kepada murid objektif atau matlamat pengajarannya untuk setiap tajuk yang diajar supaya pemikiran murid-murid dapat menfokuskan kepada isi-isi penting yang disampaikan oleh guru. Semasa dalam pengjaran dan pembelajaran. Di samping itu. Guru perlu memastikan kepelbagaian strtegi pengajarannya dengan menggunakan kaedah. permainan. simulasi. Selain itu. pernafasan. projek. keselamatan. kebebasan. guru harus menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian dan aras kognitif murid-murid. strategi dan teknik-teknik pengajaran yang berlainan seperti lakonan. bintang dan pujian untuk meningkatkan prestasi akademik muridmurid atau mengukuhkan lagi tingkah laku positif dalaman murid-murid. guru juga boleh mengamalkan prinsip motivasi ekstrinsik seperti memberikan hadiah. kebersihan. perhatian dan pengiktirafan serta pujian yang diberikan kepada murid-murid semasa di dalam bilis darjah. bercerita dan sebagainya. seseorang guru mesti membantu murid memahami ekspektasi atau jangkaan hasil pembelajaran. Guru juga boleh meningkatkan motivasi intrinsik murid melalui aktiviti penerokaan dan inkuiri serta mempelbagaikan aktiviti yang diminati oleh murid. 60 . demonstrasi.

jadi semasa dalam peringkat perancangan dan persediaan dan juga semasa menjalankan pengajaran. guru harus menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif seperti memberi senyuman dan mengangguk kepala sebagai galakan bagi memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran yang selanjutnya.3. implikasi penggunaan teknik-teknik motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan prestasi akademik murid. guru boleh menayangkan persembahan slaid ikan paus untuk memulakan pelajaran bagi menkaji sifat-sifat mamalia semasa mengajar matapelajaran sains. Semasa dan Selepas) Guru merupakan penggerak kepada muridnya untuk berjaya dalam pembelajaran atau kehidupan. Guru boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid. Misalnya. berlainan atau luar biasa untuk menimbulkan suasana yang menyeronokkan dengan tujuan untuk memotivasikan murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik di samping mengekalkan perhatian dan minat murid-murid terhadap pembelajaran. 61 . Kesimpulannya.6 Implikasi Motivasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Sebelum.Fitrah Manusia 200 9 1. Semasa berinteraksi dengan murid. Seterusnya guru perlu menggunakan perkara-perkara yang baru. guru perlu mengambil langkahlangkah tertentu untuk meningkatkan motivasi murid-murid.

Fitrah Manusia 200 9 1. belajar. sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. mengayuh kayak dengan lebih baik daripada perempuan. (b) Kognitif Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati. Parameswary Chelliah. Emosi dan Rohani Antara aspek-aspek perbezaan antara individu adalah seperti berikut : (a) Fizikal Perbezaan aspek fizikal ini merangkumi perbezaan dari segi jantina. emosi. abselling. saiz badan dan kemahiran jasmani di mana semua ini boleh dilihat dengan mata kasar. Sosial. bangsa. tingkah laku lelaki lebih agresif berbanding dengan perempuan. tingkah laku. mengetahui dan memahami. menganalisis serta bakatnya.4. Dalam bilik darjah. menaakul.4 Perbezaan Individu 1. mengingat.2 Jenis-jenis Perbezaan individu Dari Segi Fizikal. budaya. Setiap murid mempunyai aras kognitif yang berbeza iaitu berbeza dari segi keupayaan berfikir. fizikal. perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada daripada sifat-sifat kognitif. pencapaian akademik. 1. mereka dapat menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. gaya pembelajaran dan lain-lain aspek. Kognitif.1 Konsep Setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. rupa paras. muid-murid berbeza dari segi fizikal. kecerdasan kognitif. Secara amnya. Setiap murid akan memproses rangsangan-rangsangan yang diterima 62 . moral.4. Menurut C.

kebudayaan. Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang berbeza termasuk juga individu-individu dalam sekeluarganya. (d) Emosi Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza walaupun dalam situasi yang sama. Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial. murid-murid dapat menunjukkan emosi yang berlainan apabila melakonkan sesuatu drama. murid-murid yang berbangsa berlainan mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang berlainan. takut dan sebagainya. Contohnya. Pada amnya dalam sesebuah kelas. (e) Rohani Sistem keagamaan dan falsafah hidup bagi setiap murid-murid juga adalah berlainan. Contohnya. Aspek sosial ini mempengaruhi kehidupan semua kanak-kanak sejak dilahirkan. cinta. kasih sayang. Murid yang berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan akan ikut mempunyai tahap emosi yang berlainan. Biasannya anak-anak akan mengikuti agama yang dianuti oleh ibu bapa mereka. benci. kognitif. marah.Fitrah Manusia 200 9 daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Emosi seseorang ini merangkumi gembira. terdapat juga pelbagai golongan individu yang berbeza seperti berikut: 63 . setiap murid adalah berbeza di antara satu sama lain dari segi aspek fizikal. emosi dan rohani. sosial. (c) Sosial Aspek sosial merujuk kepada cara kehidupan seseorang. Sebagai contohnya. latar belakang. Selain daripada itu. sejarah dan status ekonomi. suka. mereka akan pergi ke tempat-tempat Ibadan yang berlainan. biasannya perempuan boleh mencapai tahap akademik yang lebih baik berbanding dengan lelaki. duka.

Pelbagai bangsa ini akan mempunyai agama dan budaya yang berlainan. tengah dan bawah.Fitrah Manusia 200 9 (i) Murid Berisiko Murid berisiko ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. 64 . (iv) Murid dari Pelbagai Kelas Sosial Murid dari pelbagai kelas sosial ini merangkumi murid yang berasal dari kelas sosial atas. Jadi. (iii) Murid Pelbagai Budaya Dalam sesebuah kelas memang akan terdiri daripada murid-murid yang berbilang kaum. Guru perlu melibatkan semua murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memberi layanan yang sewajarnya kepada semua murid-murid tidak kira murid tersebut berasal daripada kelas sosial atas ataupun bawah. guru juga boleh menghadapi murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecerdasan ataupun kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ) yang berbeza di dalam bilik darjahnya. Untuk menangani murid yang sebegini. guru kena berhati-hati elakkan membuat pernyataan-pernyataan atau melakukan tingkah laku yang boleh menyebabkan murid-murid tersebut merasai diri sendirinya dipandang rendah. guru boleh menjalankan aktiviti pemulihan untuk mereka ataupun menjalankan pengajaran secara individu. Jadi. contohnya murid pemulihan atau murid yang mempunyai kecacatan mental. Untuk menangani masalah ini. (ii) Murid Pelbagai Kecerdasan Selain itu. Murd-murid yang berasal daripada kelas sosial yang rendah mungkin akan mengalami konsep kendiri yang rendah. untuk menangani masalah ini. guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti -aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Cina dan India. guru perlu mengambil kira aspek budaya yang berlainan ini semasa mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. contohnya kaum Melayu.

pemulihan dan 65 . guru juga akan menghadapi dengan murid-murid yang bersikap ekstrovert dan juga murid-murid yang bersikap introvert. guru perlu mengambil kira perbezaan ini semasa merancang strategi pengajaran. lakonan dan sebagainya. Ini boleh dilihat dari segi pencapaian akademik mereka. guru perlu mengambil kira aspek sosialisasi ini semasa merancang strategi pengajaran. Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan. Ini menyumbang kepada kadar keupayaan mereka belajar adalah berbeza.4. setiap murid mempunyai perbezaan individu yang berlainan. Jadi dalam sesebuah kelas. keputusan murid daripada luar bandar biasannya didapati kurang baik daripada murid yang berasal daripada bandar. setiap individu adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Jadi. (vi) Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar Murid daripada luar bandar adalah berbeza dengan murid yang berasal daripada bandar. Ini mungkin disebabkan oleh sekolah di luar bandar mempunyai kemdahan fizikal dan infrastruktur yan kurang berbanding dengan sekolah di bandar. Ada murid yang dapat menyelesaikan masalah akademik dan sosial dengan lebih cepat daripada murid yang lain. Jadi.3 Kesan Perbezaan Individu Secara umumnya. guru haruslah merancang aitiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kenbolehan murid-murid. Jadi. 1. Guru boleh melibatkan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti seperti aktiviti perbicangan.Fitrah Manusia 200 9 (v) Perbezaan sosialisasi Selain itu. Murid yang bersikap ekstrovert mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang manakala murid yang mempunyai personaliti introvert adalah bersikap pemalu dan mempunyai konsep diri yang rendah. Ada murid yang belajar dengan lebih cepat berbanding dengan murid yang lain.

66 . Murid-murid inilah memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau secara individu. Ini menyebabkan murid-murid yang lemah dalam pelajaran tidak mampu dan tidak dapat menerima apa yang diajarkan oleh guru. Menurut kajian. intelek. emosi dan sosialnya. Oleh demikian. Kayak-kanak yang sedemikian adalah kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak.Fitrah Manusia 200 9 pengayaan untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani. Seseorang murid yang mempunyai kebolehan mental atau kecerdasan selalunya mempunyai daya ingatan yang kuat. guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap individu yang berbeza. Manakala murid yang mempunyai konsep kendiri negatif tidak akan menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajarannya. Selain itu. tambahan lagi kalau dikehendaki mengejar sukatan pelajaran. kayak-kanak pada keseluruhannyamempuyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. guru terpaksalah menggunakan kaedah seluruh kelas dalam pengajaran. murid tersebut dapat belajar dengan lebih cepat berbanding dengan murid yang lain. Program pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kayak-kanak yang mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah. Murid yang mempunyai konsep kendiri positif akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif. oleh kerana murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas.

Sehubungan dengan itu.4 Implikasi Kepada Guru Konsep perbezaan individu ini telah membawa banyak implikasi kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini dapat membantu murid yang lemah mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi dengan segera. muridmurid yang mempunyai kebolehan yang sama boleh dikumpulkan dalam kumpulan yang sama bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. 67 . Selain itu. Guru harus gunakan strategi yang sesuai contohnya aktiviti kumpulan. pemulihan. Guru juga boleh menjalankan pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan murid-murid yang berbeza. pengayaan dan sebagainya untuk melayan murid yang daripada pelbagai perbezaan individu. guru boleh menjalankan pengajaran secara individu. Manakala bagi murid yang lemah. guru perlu mengetahui konsep perbezaan individu. perlu peka dan mengambil tahu kebolehan dan kelemahan murid supaya dapat merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.4.Fitrah Manusia 200 9 1.

Bhd. Pembelajaran Koperatif.com/devlin_sigma2002/koperatif. Psikologi Dalam Bilik Darjah.geocities. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Retrieved Mac 1.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran %20Kope ratif. Bhd. 2009. from the World Wide Web: <http://yanpiaw0.com> Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005). from the World Wide Web: <http://www.htm> Mok Soon Sang (2003). from the World Wide Web: <http://www.Bhd. Kumpulan Budiman Sdn. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. 2009. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Repasan Hijaza (KPLI). Retrieved April 20. 2009. 2009.usm.com/doc/11556218/Fitrah-Manusia-Topik-2> Sim Soon Gin.tripod.htm> 68 .doc> Kemahiran Belajar.5 Rujukan Dr Chua Yan Piaw. Perkembangan Manusia. Retrieved Mac 1. 2009.Fitrah Manusia 200 9 1.teachersrock. Nota KPLI.net/masteri5. from the World Wide Web: <http://www. Retrieved April 20. Kaedah Pembelajaran Koperatif. Kumpulan Budiman Sdn. RetrievedMac 1. Ee Ah Meng (1994).scribd. from the World Wide Web: <http://www.

........1 Faktor Baka........................1.........1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget...........22 1....3 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Manusia...........................................4 Kecerdasan Emosi (EQ)........................1............................32 1.......................................................3...... Emosi Dan Moral Mengikut Teori.2......................................................1 Prinsip-prinsip Pertumbuhan Dan Perkembangan..................Fitrah Manusia 200 9 Isi Kandungan 1...2...33 1..........................1....3 Teori Tugas-Tugas Perkembangan Robert Havighurst.1....10 1.................18 1.................................................1....1 Konsep Fitrah Manusia..........2 Konsep Asas Pertumbuhan Dan Perkembangan.........5 1...............4 Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Erikson......4....1.2....1.............................1........6 1......................30 1............................2..........................1 Teori Pelbagai Kecerdasan .................28 1....................6 Cara Guru Membantu Murid-murid Mencapai Perkembangan Secara Optimum..29 1.......10 1.........18 1......................................8 1......4.1.4...........1....2 Potensi Manusia........ Sosial............................2.......... Kognitif.............................................................................................38 69 ................................................4 Peringkat-peringakat Pertumbuhan Dan Perkembangan Dari Aspek Fizikal.............................26 1....................................2 Implikasi Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.24 1...........................................5 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru...2 Teori Kematangan Biologi: Arnold Gesell .4..............5 Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg.... 36 1...................4..........3 Cara Guru Mengaplikasi Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran........1...1.....36 1........1...............

.................................................3.............54 1....3........1 Hierarki Keperluan Maslow.............Fitrah Manusia 200 9 1.3..........................................1 Motivasi Intrinsik.................................4.......................4 Kesan Motivasi Kepada Murid..........39 1......3........ Sosial........4 Implikasi Kepada Guru..6 Implikasi Motivasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Sebelum......................................4.....2 Motivasi Ekstrinsik.......3...........2 Teori Behavioris Skinner Peneguhan................2............................. 49 1...........5 Cara-cara Meningkatkan Motivasi Guru............68 Isi Kandungan....................................................65 1.......................... Emosi dan Rohani.........................................6 Cara Guru Membantu Murid Mengurus Kecerdasan Emosi Diri.........1 Konsep................................3......3. Kognitif................................................................................................49 1....................45 1.....................................47 1... 69 70 .3..............................3.......................................................2...4........................................................... Semasa dan Selepas).......................3...........................5 Teori Kecerdasan Emosi......................2 Jenis-jenis Perbezaan individu Dari Segi Fizikal....2.........48 1....61 1..................................................................................... 62 1.........................................................2 Jenis-jenis Motivasi...........................................62 1................2.......3..............................................4 Perbezaan Individu........................................67 1...............45 1....58 1......................................41 1................................................................................................3 Motivasi..5 Rujukan.............................3 Kesan Perbezaan Individu....................62 1................3 Teori..............56 1............1 Konsep Motivasi..........................................................3...............................................................47 1.....4.....................................................................................................................

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful