You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK SEJARAH


SPM 2018
SMK TAMAN JELUTONG, KEDAH

1.0 Pengenalan :

Panitia Sejarah SMK Taman Jelutong bercadang untuk mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Subjek
Sejarah kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018.

2.0 Rasional :

Bengkel ini diadakan agar murid dapat mempelajari cara belajar serta teknik menjawab soalan subjek
Sejarah dalam SPM dengan baik.

3.0 Matlamat :

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kuantiti dan kualiti pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah khususnya
dalam subjek Sejarah.

4.0 Objektif :

Pada akhir program diharapkan dapat :

4.1 Mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan Sejarah

4.2 Meningkatkan prestasi subjek Sejarah SPM 2018

4.3 Membangkitkan minat murid terhadap subjek Sejarah

4.4 Meningkatkan kemahiran berfikir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
analisis, kreatif dan kritis

5.0 Sasaran :

5.1 Semua pelajar Tingkatan 5 SMKTJ yang bakal menduduki peperiksaan SPM seramai 132
orang

6.0 Maklumat pelaksanaan :

Tarikh 30 September 2018


Hari Ahad
Masa 03.00 petang-05.0 petang
Tempat Dewan As-syafie, SMK Taman Jelutong
7.0 Jawatankuasa program

Pengerusi : Encik Suyamin bin Samsudin (Pengetua)

Timbalan pengerusi :Encik Dziauddin bin Ab Mutalib (Guru Kanan Kemanusiaan)

Ahli jawatankauasa Tugasan


Pn. Rashimah bt. Ramli - jemputan penceramah
-makanan dan minuman
Pn. Azliza bt. Abu -peyediaan bahan edaran
- dokumentasi
-menguruskan PA system
Pn. Habibah bt. Mat Salim -menyediakan kertas kerja
-menyediakan kemudahan LCD
- pendaftaran

8.0 Sumber Kewangan

Panitia Sejarah : RM 360.00

JUMLAH : RM 360.00

9.0 Anggaran Perbelanjaan

a. Makanan dan minuman :RM 235.50

b. Bahan edaran : RM 124.50

JUMLAH : RM 360.00

10.0 Penutup :

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu murid
menjawab soalan mengikut format dan lebih sistematik. Ketepatan dalam menjawab soalan akan dapat
membantu murid mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh keputusan cemerlang dalam
subjek Sejarah sekaligus meningkatkan kualiti peperiksaan SPM 2018 kelak.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

................................................... ...................................................
(HABIBAH BINTI MAT SALIM)
Ketua Panitia Sejarah
JEA 1005/SMKSR/07/05/09 ( 01 )

9 Januari 2012

Kepada,

.................................................................

.................................................................

................................................................

Saudara/saudari,

PROGRAM BERFOKUS SENTUHAN TERBILANG,GEMILANG DAN CEMERLANG SPM 2013

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah kerana anda terpilih menyertai program
tersebut berdasarkan keputusan akhir tahun Tingkatan 4. Anda merupakan kelompok pelajar yang berpotensi
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

3. Justeru itu program ini diadakan bertujuan untuk memastikan anda diberikan motivasi dan bimbingan
yang sewajarnya bagi memastikan kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda. Perjumpaan pertama akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Januari 2013


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Tingkatan 5 Aliff 1
4. Kehadiran adalah wajib. Sekiranya anda tidak hadir dianggap anda menolak dan akan digantikan oleh
pelajar lain. Semoga program ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan demi
mempertingkatkan prestasi akademik sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( HJ BUNI BIN SUNADE )
Pengetua,
SMK Taman Damansara Aliff,
Johor Bahru.

s.k : 1. PPDJB
2.YDP PIBG SMKTDA