Pdet 4101

KEPIMPINAN DIRI & ORGANISASI
:TAJUK

PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI DAN KEBERKESANANNYA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN
:PENSYARAH

PROF. MADYA RAHMAD SUKOR
BIN AB. SAMAD
PELAJAR:

FAIRULNIZA BINTI MOHAMMAD SALLEH

IEB070029
8 APRIL 2010

ISI KANDUNGAN
BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PERKARA PENGHARGAAN ABSTRAK PENDAHULUAN KEPIMPINAN KEPIMPINAN SITUASI GAYA KEPIMPINAN DALAM PENDEKATAN SECARA SITUASI TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI PERKAITAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN KEPIMPINAN SECARA SITUASI KEKUATAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI KELEMAHAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI PERBINCANGAN CADANGAN KESIMPULAN PENUTUP RUJUKAN MUKA SURAT 1 2 2-3 3-5 5-7 8-11 12-13

8.

14-15

9.

16-17

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

18-19 19-20 21-23 24 25-26 27 28

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim… Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan di bawah tajuk “Pendekatan Kepimpinan Situasi Dan Keberkesanannya Dalam Kepimpinan Pendidikan” ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Rahmad Sukor Bin Ab. Samad merangkap pensyarah dan pembimbing bagi kursus bagi subjek PDET 4101 Kepimpinan Diri dan Organisasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan dalam menyiapkan dan menyempurnakan lagi tugasan ini. Bagi tugasan ini saya telah membincangkan mengenai pendekatan kepimpinan situasi yang digunakan secara meluas dalam kepimpinan pendidikan. Ia meliputi pelbagai aspek antaranya, aspek pemimpin, pengikut dan situasi kepemimpinan. Harapan saya, semoga tugasan seperti ini dapat memberi manfaat yang amat berguna kepada saya dan moga diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga apa yang diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Sekian…

Pemimpin yang efektif adalah mereka yang peka serta dapat mengenali keperluan pengikutnya seterusnya mengadaptasi gaya dan cara kepimpinannya bagi memenuhi setiap keperluan pengikutnya. moderator atau fasilitator. Kepimpinan kerap dianggap sebagai faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami konsep atau sesuatu kemahiran dan sebaliknya. Persoalannya dikatakan kepimpinan berdasarkan pendekatan kepimpinan situasi terutama bagi kepimpinan bilik darjah? . Kedua-dua pihak mempunyai perasaan bimbang dengan posisi masing-masing. Pemimpin takutkan kepimpinannya tidak berkesan. Apabila disebut kepimpinan ia akan melibatkan dua pihak iaitu orang yang memimpin atau sentiasa disebut pemimpin dan orang yang dipimpin. PENDAHULUAN Peranan guru adalah amat penting dalam mendidik anak didiknya. Pendekatan kepimpinan situasi bertujuan bagi menyesuaikan gaya atau cara pemimpin dengan kompeten dan komitmen pengikutnya. kekuatan dalam diri oramg yang dipimpin atau pengikut dan juga kekuatan dalam situasi.PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI DAN KEBERKESANANNYA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN ABSTRAK Kajian ini membincangkan hubungan perkaitan di antara gaya kepimpinan situasi dengan tahap perkembangan pengikut dan keberkesanannya. Di dalam kelas atau bilik darjah guru berperanan sebagai pendidik. manakala orang yang dipimpin takutkan pemimpin yang gagal membawa halatuju kepimpinan yang mereka harapkan. Gaya kepimpinan situasi ialah perilaku seorang pemimpin berdasarkan tiga keadaan iaitu kekuatan dalam diri pemimpin. dan sekaligus dapat memotivasikan apakah pengikutnya yang untuk terus mencapai berkesan kecemerlangan. Pendekatan kepimpinan yang berkesan merupakan kebolehan pemimpin itu sendiri untuk memepengaruhi pengikutnya dengan baik dan berkesan.

ketekunan (perseverance). Disinilah bermulanya kewibawaan pemimpin. kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction). Mengikutnya. Kedua-duanya tidak jauh berbeza kerana pemimpin . Namun Slavin (1994) telah membina model pengajaran berkesan yang baru iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction). Mengurus di sini adalalah berbentuk ‘humanitarian’ dan bukannya pengurusan benda (yang boleh membezakan antara tugas pengurus dan pemimpin). Apakah penentuan penilaian atau kayu ukur kepada pemimpin pendidikan yang berkesan? Ia boleh dilihat melalui dua perspektif iairu dari sudut kanta global atau dari perspektif Islam. Kotter (1988). insentif (incentive) dan masa (time). Dalam konteks ini seorang pemimpin hendaklah bijak mempengaruhi tingkah laku orang yang dipimpin untuk menerima kepimpinannya dalam mencapai matlamat (House dan Baetz. menyatakan kepimpinan menumpukan kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan. pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh lima faktor iaitu sikap (attitude). KEPIMPINAN DEFINISI KEPIMPINAN Secara mudah kepimpinan bolehlah diertikan sebagai kebolehan seseorang merancang dan mengurus orang yang dipimpin untuk mencapai matlamat untuk kepentingan bersama. kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to understand). timbul pelbagai stail atau gaya kepimpinan bermula daripada selembut-lembut pendekatan seakan-akan pujukan seperti yang didefinisikan oleh Gardner (1990) sehingga kepada pendekatan yang terlalu ‘directive’ seperti stail autokratis.Model awal tentang amalan pangajaran guru yang berkesan telah dikemukan oleh Caroll (1963). Cendekiawan barat seperti Yulk (1994) menghuraikan kepimpinan melibatkan proses pengaruh sosial yang mana pengaruhnya adalah daripada seorang individu ke atas individu-individu yang lain dalam menstrukturkan aktiviti dan perhubungan dalam kumpulan atau organisasi mahupun dalam bilik darjah. seperti pembinaan hubungan. pembinaan visi dan pembinaan jalinan. peluang (opportunity) dan pengajaran yang berkualiti (quality of instruction). Persoalannya apakah pendekatan yang harus dibawa dalam usaha mempengaruhi orang yang dipimpin? Justeru itu.1979).

peranan pemimpin. Adakah kepimpinan pendidikan dilaksanankan selaras dengan objektif sistem pendidikan Negara/ Falsafah Pendidikan Kebangsaan? . Inilah yang akan membentuk versatility seseorang individu yang bakal menjadi pemimpin yang berkesan kerana pemimpin yang berjaya harus pandai menyesuaikan diri dengan situasi atau keadaan yang sering berubah-ubah. masa dan tempat. Oleh itu. timbul telahan bahawa situasi memainkan peranan kerana kepemimpinan bukanlah ‘apakah gaya yang terbaik. Teori Kepimpinan Situasi seterusnya menekankan bahawa pemimpin yang berjaya ialah yang boleh menyesuaikan tingkah laku pemimpin (guru) mengikut kehendak pengikut (pelajar) dan situasi (dalam bilik darjah). Namun begitu. Ia boleh dibentuk untuk mematuhi keperluan. 1976). Ini kerana kajian masih meragui hubungan antara tingkah laku pemimpin dengan keberkesanan kepimpinan yakni yang mana mempengaruhi yang mana. sama ada berpusatkan hubungan dengan pengikut atau berpusatkan tugasan iaitu dengan mengarahkan pengikut (pelajar) menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan masalah mereka. ‘warna’ kakitangan dan sifat-sifat organisasi perlu juga diambil kira. Antara isu-isu yang perlu difikirkan untuk menilai kepimpinan pendidikan termasuklah: 1. mercu kepada kepimpinan ialah niat. Dari perspektif Islam pula.berkesan dilihat melalui dua aspek utama iaitu peribadi dan pola tingkah laku. Pendekatan kepimpinan selain mempunyai ciri-ciri peribaik yang baik. tetapi gaya manakah yang paling berkesan untuk situasi itu’ (Jain. Selagi ia berniat kepada Allah maka seluruh kepimpinannya adalah ibadah selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. faktor situasi kritikal dalam kepimpinan pendidikan seperti persekitaran. Oleh itu sama ada teori atau model organisasi moden boleh diterima atau ditolak oleh Islam bergantung kepada keperluan komuniti dan boleh disesuaikan denagn prinsip Islam. tingkah laku memainkan peranan penting kerana ia mampu mempengaruhi prestasi dan kepuasan bekerja contohnya mengajar atau orang yang dipimpin contohnya pelajar. Islam tidak menentukan secara spesifik model atau corak organisasi. Pemimpin seharusnya pandai memilih pemusatan.

Adakah gaya kepimpinan pendidikan mendorong pelajar bersikap positif? 6. khasnya mengenai tumpuan kepada pelajar atau pembahagian tugas antara pelajar? 4. pemimpin harus mengubah . Adakah pemimpin (guru) mampu menyesuaikan pengikut (pelajar) kepada sebarang perubahan? 8. kepimpinan terdiri daripada dua dimensi iaitu mengarah dan menyokong secara diplomatik serta bersistematik mengikut keadaan atau situasi. individu perlu mengadaptasi gaya atau cara bagi menghadapi situasi yang berbeza seterusnya boleh menyelesaikan masalah secara bersistematik tanpa salah faham pengikutnya. Dengan kata lain. Kepimpinan situasi menyarankan. Bagi mengetahui keperluan pada sesuatu situasi. Memandangkan kemahiran individu berbeza dan motivasi berbeza mengikut keadaan dan masa. kepimpinan situasi menyarankan. bagi menjadi seorang pemimpin yang efektif.2. Objektif utama teori ini adalah situasi yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berlainan dan berbeza. seorang pemimpin perlu menilai pengikut serta tahap kemampuan kepimpinan seoarng pengikut dan komitmen individu itu dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab yang diberikan. Adakah kepimpinan membawa kepada kebaikan pengajaran dan pembelajaran atau kepada pelajar dari segi pembangunan diri dan motivasi? 5. Adakah kepimpinan dilaksanakan mengikut kesesuaian semasa? 3. Adakah kepimpinan menggunakan tenaga pemimpi (guru) dan pengikut (pelajar) secara optimum? KEPIMPINAN SITUASI Pendekatan Kepimpinan Secara Situasi telah diperkenalkan oleh Hersey dan Blanchard (1969). Adakah stail kepimpinan mendorong peningkatan prestasi pelajar sama ada akademik. Adakah kepimpinan dilaksanakan secara adil. tingkah laku atau emosi? 7.

RAJAH 1. .1: Model Kepimpinan Situasi (SL II) Model kepimpinan situasi ini adalah hasil kajian yang mendalam mengenai model kepimpinan situasi yang diperkenalkan oleh Hersey dan Blanchard (1969). Blanchard (1985) memperkenalkan model Kepimpinan Situasi yang dikenali sebagai Model SL II atau Kepimpinan Situasi II (Situasional Leadership II) seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.tahap bagi mengarah dan menyokong untuk memenuhi dan mengadaptasi situasi dengan perubahan keperluan pengikutnya.

Gaya kepimpinan situasi ini bergantung kepada kemajuan pemimpin dalam satu tugas dan komiten. formula ini menerangkan kepemimpinan yang cemerlang dan berkesan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin. pengikut dan situasi kepemimpinan. seorang pemimpin juga harus fleksibel bagi mengadaptasi gaya kepimpinannya dengan situasi yang dihadapi. SL ialah Kepimpinan Berkesan dan Cemerlang (Successful Leadership). F. gaya kepimpinan dan model kepimpinan yang menggunakan pelbagai jenis gaya kepimpinan yang efektif dalam menghadapi situasi yang berbeza. Dalam erti kata lain.Dinamik kepimpinan situasi dapat difahami dengan mengasingkan Model SL II kepada dua bahagian iaitu kepada gaya atau cara kepimpinan seorang pemimpin dan tahap perkembangan pengikut. S]. . Interaksi antara kombinasi ini biasanya diterangkan dalam formula [SL = f (L. Seorang pemimpin mungkin berurusan dengan pengikut yang sama dalam situasi yang berbeza tetapi gaya kepimpinan situasi berbeza. Kepimpinan situasi adalah satu jenis teori kepimpinan. Hersey dan Blanchard kategorikan gaya kepimpinan dan dimensi mengarah dan sokongan yang diberi oleh pemimpin kepada pengikutnaya dan menghasilkan satu interaksi yang positif dan sihat dalam organisasi. dan gaya kepimpinan situasi ini berbeza dan pelbagai. Dengan itu. F ialah Fungsi (Function of) dan L ialah Pemimpin (Leader).

Ini kerana tingkah laku ini lebih berbentuk komunikasi dua hala dan tindak balas yang diperoleh lebih menunjukkan perhubungan sosial dan sokongan emosi orang lain. menetapkan garis masa yang efisyen.2: Tingkah Laku Kepimpinan Situasi Gaya kepimpinan yang tergolong dalam teori kepimpinan ini adalah tingkah laku direktif (directive) yang membimbing ahli kumpulan dalam mencapai matlamat dengan memberi arahan dengan jelas. Tingkah laku sokongan berbeza dengan tingkah laku direktif. Tingkah laku sokongan (supportif) pula merujuk kepada keupayaan bagi menolong atau membantu ahli kumpulan supaya lebih merasa keselesaan pada diri sendiri. Secara amnya.GAYA KEPIMPINAN DALAM PENDEKATAN SECARA SITUASI RAJAH 1. ia menjelaskan tingkah laku ini berbentuk komunikasi satu hala dan dan memperlihatkan apakah yang harus dilaksanakan? Bagaimana melaksanakannya? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?. mendefinisi peranan setiap ahli dan seterusnya menunjukkan cara matlamat itu dapat dicapai . rakan sekeliling dan situasi individu itu berada. . dan memajukan matlamat dan kaedah penilaian.

Pemimpin melibatkan diri bersama-sama pengikutnya dalam pelaksanaan tugasan serta membri sepenuhnya kerjasama demi mencapai matlamat yang dirancang. Pemimpin situasi juga menentukan tugasan dan tanggungjawab kepada pengikut. iaitu apa dan bagaimanakah matlamat dapat dicapai? Serta mengawasi cara pelaksanaan tugasan dengan teliti. Gaya kepimpinan ini menunjukkan sokongan yang tinggi dalam hubungan antara pengikut dengan pemimpin serta mempunyai sikap yang tinggi bagi memfokuskan satu tugasan yang diberi. pemimpin boleh mendengar dan menerima segala idea dan cadangan daripada semua pihak demi mengkaji keberkesanan tugasan yang diberi dari segi aspek kelemahan dan kebaikan. Jelasnya. Dalam pendekatan situasi.Gaya kepimpinan situasi pula boleh dibahagikan kepada empat kategori dalam tingkah laku directive dan supportive. Gaya ini lebih memfokuskan mengenai tanggungjawab pada tugasan namun kurang menjurus ke arah meningkatkan hubungan sesama individu. Gaya kepimpinan kedua pula adalah gaya bimbingan iaitu ia juga adalah tinggi arahan-tinggi sokongan. gaya kepimpinan ini sesuai bagi individu yang berkemampuan melaksanakan tugasan yang diberi atau berdikari tetapi kurang komitmen kerana masih lagi memerlukan arahan dan sokongan disebabkan kurang . Keistimewaan dalam membuat keputusan masih di tangan pemimpin dan komunikasi yang wujud adalah komunikasi dua hala yakni seimbang. pemimpin selalunya gemar memfokus aspek komunikasi sebagai pencapaian matlamat dan hanya menggunakan peratusan yang sedikit dalam aspek tingkah laku ‘sokongan’. Apabila diteliti secara halus. Oleh yang demikian. segala peranan dan tugasan yang ditentukan oleh pemimpin. Kesannya komunikasi dua hala tidak boleh dibentuk kerana ia melibatkan segala keputusan dan arahan dibuat oleh pemimpin. seorang pemimpin memfokuskan aspek komunikasi dalam mencapai matlamat dan keseimbangan keperluan pengikut. namun segala idea dan cadangan disumbangkan oleh pengikut-pengikutnya. Gaya kepimpinan ini menerangkan. seorang pemimpin menerangkan. yang juga dikenal pasti sebagai gaya tinggi arahan-rendah sokongan. Gaya yang pertama adalah mengarah. Gaya ini sesuai bagi individu yang kurang kemampuan berdikari semasa menjalankan satu tugasan namun mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi dalam satu tugasan yang diterima.

Gaya kepimpinan ini . Gaya pemimpin ini lebih mendengar masalah atau idea. Gaya kepimpinan ketuga adalah gaya sokongan Gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai gaya tinggi sokongan-rendah arahan. Pelbagai bentuk penghargaan dan pujian harus diberi bagi membentuk keyakinan dalam diri pengikut dan penglibatan daripada pemimpin dalam setiap keputusan yang dibuat perlu bagi menerapkan komitmen yang tinggi. member penghargaan. mendapat maklumat daripada pengikutnya dan seterusnya memberikan maklumat balas kesan satu tugasan demi matlamat yang dirancang bolh dicapai. namun hanya memerlukan sokongan yang sesuai bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri. mereka mengambil alih tanggungjawab bagi memastikan tugasan itu dapat disiapkan mengikut kesesuaian situasi dan keperluan mereka. Pengikutnya boleh menetapkan apa dan bagaimana tugasan itu dilaksanakan dan peranan pemimpin itu sendiri. motivasi dan keyakinan dalam diri setiap pengikutnya. Pemimpin selalunya membimbing dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tetapi kuasa membuat keputusan tetap pada pihak pengikutnya. pemimpin boleh melibatkan diri dalam setiap perancangan. Gaya ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimppin untuk tidak memfokuskan pada matlamat sahaja tetapi lebih menjurus kepada menggunakan tingkah laku ‘sokongan’ yang dapat melahirkan kemahiran dalam kalangan pengikut bagi mencapai matlamat sesuatu tugasan yang diberi. Dengan kata lain. Mereka ini tidak mmerlukan banyak arahan kerana sudah mempunyai kemahiran yang sedia ada atau terlatih. Gaya kepimpinan yang terakhir sekali adalah gaya delegasi atau lebih dikenali sebagai gaya rendah sokongan-rendah arahan. Mereka sentiasa diawasi dan dibimbing dalam permasalahan yang timbul. keputusan dan tugasan yang diberi disebabkan kuasa mutlak diberikan kepada pengikutnya. Gaya ini juga sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menjalankan tanggungjwab pada tugasan tetapi kurang mempunyai keyakinan dan motivasi dalam meningkatkan diri supaya lebih maju dalam bidang yang diceburi.berpengalaman dalam bidang yang diberi. Namun begitu. Gaya kepimpinan ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin yang kurang dalam memberi sokongan sosial dan tanggungjawab pada tugasan dan kurang memberi sokongan.

Tolenrasi terhadap perkara yang tidak dijangka 6. Kajian Mageswary (2000) menyentuh tentang tingkah laku kepimpinan. Pertimbangan 3. Persuasiveness . Integrasi 2. Tolenrasi kebebasan 4. Strukutur usaha 5. Peranan yang diandaikan 7. Mengikut urutan kepentingan seperti berikut: 1.lebih sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan dan komitmen yang tinggi kerana mereka berupaya melakukan segala tugasan atau tanggungjawab dalam projek dan menerima sedikit kawalan dan sokongan daripada pemimpin. Penekanan terhadap kerja 8.

Tahap ini merujuk kepada pengikut yang kurang berupaya menguasai kemahiran khusus yang dipertanggungjawabkan pada tugasan yang diberi serta kurang berkeyakinan dan motivasi diri bagi meningkatknnya. Jika dilihat dengan teliti. tahap perkembangan pendekatan kepimpinan situasi boleh dikategorikan kepada empat iaitu D1. mereka berasa diri mereka kurang berkemahiran dan kurang upaya melaksanakan tugasan yang diberi kecuali mereka mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi berbuat demikian. Tahap yang seterusnya adalah tahap D3. tetapi kurang komitmen dalam melaksanakan tanggungjawabnya kerana sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan daripada pihak lain. Pengikut yang mempunyai tahap perkembangan yang tinggi berupaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan sistematik dan berkesan serta bermotivasi bagi meningkatkan perkembangan kepimpinan dalam diri mereka. Ia lebih fokus mengenai kemampuan dan komitmen pengikut selaras dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. apabila pengikut tidak mempunyai tahap perkembangan yang tinggi. D2. Tahap D2 pula adalah situasi mengenai pengikut yang mempunyai kemampuan bagi menguasai kemahiran dan melaksanakan tugasan yang diberi. mereka menganggap tugasan yang dipertanggungjawabkan itu adalah baru bagi mereka dan kurang berpengetahuan tanpa tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman. Namun ia masih kurang keyakinan dan motivasi bagi . Pengikut yang berada pada tahap ini mempunyai pengalaman yang luas dan berkeupayaan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya tanpa mengira masalah. D3 dan D4. suatu tahap pengikut mempunyai kemampuan yang tinggi dan kepelbagaian komitmen pada tugasan yang diberi.TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Tahap perkembangan yang dimaksudkan adalah tahap perkembangan dalam diri pengikut. Sebaliknya. Kadangkala. Tahap D1 adalah situasi berdasarkan kemampuan dan komitmen pengikut yang rendah. Tahap perkembangan ini juga bertujuan bagi mengenalpasti tahap keberkesanan dalam diri individu sama ada mereka sudah menguasai kemahiran dalam menyelesaikan tugasan khusus dan membangunkan sifat kendiri yang positif.

.melaksanakannya seorang diri dan masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pemimpin atau pihak lain. pengikut yang berada pada tahap ini berkemungkinan lebih berkemahiran daripada pemimpin mereka sendiri. Tahap ini juga merupakan tahap yang paling cemerlang berbanding tahap-tahap lain. Individu ini berpengalaman dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi dan selesa dengan kebolehan yang ada pada diri mereka untuk melaksanakan tugasan dengan lebih cmerlang. Tahap yang terakhir sekali adalah D4. Tahap ini merujuk kepada pengikut yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi dalam diri mereka. Kadangkala.

PERKAITAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN S3 SOKONGAN Berkon gsi idea dan terlib at da lam m e bu at ke pu tu san m S2 BIMBINGAN . .3: Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Perkembangan Pengikut Gaya kepimpinan (S1-S4) yang dikhususkan kepada pemimpin haruslah selari dengan tahap perkembangan (D1-D4) pengikutnya.im plem an tasin ya S1 ARAHAN M enyediak an pan dua n sp esif ik D an m eman tau p r ta si es secara d ekat 16 RAJAH 1. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain kerana tanpa mengetahui satu tahap perkembangan pengikutnya.Mengga lak tang gung jawa b mem bua t keput us an d an .Menera n gkan kep ut us an dan M e beri pelua ng unt uk m mem beri penj elasa n S4 DELEGASI .

gaya kepimpinan yang betul boleh dibentuk selari dengan tahap perkembangan pengikut supaya hasil tugasan yang lebih efektif dan efisyen diperoleh. Dengan kaedah atau penyelesaian yang dilakukan ini. kita sudah menyenaraikan semua arahan dan peraturan tugasan tersebut yang perlu dibuat dan diselesaikan oleh pelajar tersebut. guru memberi satu tugasan berbentuk projek kepada pelajar yang kurang berpengalaman untuk melaksanakannya. Sebagai guru. Apabila diperhatikan secara teliti. kelas dan sekolah. Tambahana pula.seorang pemimpin sukar menyerahkan tugasan atau tanggungjawab bagi mencapai objektif dan matlamat sebenar organisasi. Sebagai contoh. Manakala. pelajar kurang berpengalamn itu pula berada dalam tahap perkembangan D2. pemimpin yang berjaya perlu menyesuaikan situasi dengan bijak dan bukannya pengikut yang menyesuaikannnya. Bagi memperoleh gaya kepimpinan secara situasi yang efektif. kita sebagai pemimpin sedang menyesuaikan diri dalam gaya kepimpinan S1. . Di mana pelajar tersebut menganggap tugasan yang dan dipertanggungjawabkan itu baru pada mereka serta kurang pengetahuan pengalaman dan juga memerlukan kepada tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman contohnya seperti guru. Malahan hubungan komunikasi dua hala juga boleh dieratkan lagi serta keutamaan tahap perkembangan pengikut boleh dibangunkan bagi kepentingan individu. Walau bagaimanapun. pemimpin haruslah dilatih memimpin dengan bijak dan berkesan dalam melaksanakan pelbagai gaya kepimpinan serta menentukan tahap perkembangan dalam diri setiap pengikutnya. kumpulan. pemimpin yakni guru juga haruslah meluangkan sedikit masa untuk bersama mendengar segala pandangan dan idea sebelum meninggalkan tugasan.

menentukan gaya kepimpinan dalam setiap tugasan yang diberi. Dengan penetapan dan penentuan gaya kepimpinan ini. Cara penilaian pula haruslah lebih positif dengan banyak memberi motivasi. Apabila pengikut memahami pendekatan situasi yang . Hasil pernilaian inilah yang membantu pemimpin menentukan pengikut di bawah arahannya berada pada tahap perkembangan yang bersesuaian dengan mereka. Langkah ini seiring dengan kepimpinan situasi iaitu pemimpin berupaya bagi aplikasi situasi dengan tugasan supaya pengikut boleh memahami tugasan yang dipertanggungjawabkan. membincangkan situasi atau keadaan bersama pengikut. Pemimpin juga perlu mendengar segala idea dan pandangan daripada pengikutnya supaya boleh mengatasi segala kelemahan dan meningkatkan lagi segala kebaikan yang sedia ada. Langkah yang keempat. Pemimpin boleh menentukan sama ada memilih gaya ‘arahan’. Langkah ketiga. pemimpin boleh menyesuaikan kepimpinannya selari denagan tahap perkembangan pengikut. Dengan pendekatan ini. Langkah kedua. pemimpin yang berjaya dan efektif haruslah mengikuti langkah-langkah yang digariskan ini demi memastikan supaya matlamat dan objektif dapat dicapai. prosedur dan cara pelaksanaanya. gaya ‘bimbingan’. pemimpin perlu membuat gambaran yang menyeluruh mengenai tugasan yang diberi kepada pengikut dari segi arahan. pemimpin perlu menilai setiap pengikutnya dengan tugasan yang diberi berdasarkan tahap perkembangan (D1-D4). gaya ‘sokongan’ atau dikenali sebagai gaya ‘tinggi sokongan-rendah arahan’ dan gaya ‘delegasi’ atau lebih dikenali sebagai gaya low supportive-low directive. yang juga dikenali sebagai ‘tinggi arahan-rendah sokongan’. juga adalah gaya ‘tinggi arahan-tinggi sokongan’. Komunikasi yang berkesan iaitu komunikasi dua hala haruslah dipraktikkan supaya boleh mengetahui tahap perkembangan pengikut yang selari dengan gaya kepimpinan yang hendak dilaksanakan. Langkah pertama. secara langsung pengikut (pelajar) berasa sungguh selesa belajar dan cuba membangunkan tahap perkembangan mereka dari semasa ke semasa.LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN KEPIMPINAN SECARA SITUASI Bagi memastikan kepimpinan situasi ini boleh dikendalikan dengan berkesan. sokongan dan penghargaan.

pemantauan dan pemurniaan tugasan yang diberikan kepada pengikut demi mencapai matlamat yang dirancang. ia sangat praktikal. Sedangkan ada setengah gaya kepimpinan yang menyediakan pendekatan yang rumit dan cara yang susah bagi menilai daya kepimpinan dalam diri kita. Situasi gaya kepimpinan menyediakan pendekatan secara terus terang serta mudah digunakan. Langkah yang kelima pula. Pemantauan pula bukannya bertujuan melemahkan semangat dan motivasi pengikut. melakukan tindakan selanjutnya. Pemimpin yang gemar membuat pembetulan adalah pemimpin yang prihatin pada tanggungjawab yang diberi demi memastikan supaya tiada kelemahan berulang dan boleh menambahbaik lagi peningkatan tugasan. munasabah dan mudah diaplikasikan dalam pelbagai keadaan.dilaksanakan oleh pemimpin. Penyambungan ini merujuk kepada penyambungan rancangan antara pemimpin dan pengikut dalam menjadikan satu rancangan yang berkesan dalam melaksanankan tugasan. terutamanya kepada para pengamal. membuat penyambungan rancangan atau pelan tindakan. Kekuatan yang pertama. ia sudah diuji di pasaran global. Situasi ke arah pembinaan semangat kepimpinan adalah salah satu daripada yang paling dikenali dan digunakan secara meluas bagi melatih menjadi pemimpin yang efektif dan berinovasi. ia mampu membantu dalam mencapai matlamat yang dirancang. Langkah yang terakhir. Situasi daya kepimpinan ini mudah difahami. bagi memastikan supaya tugasan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun. Pemantauan juga penting supaya pemimpin boleh melihat sama ada tugasan yang dipertanggungjawabkan itu disiapkan sepenuhnya ataupun tidak. KEKUATAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Pendekatan kepimpinan situasi mempunyai beberapa kekuatan. Kekuatan yang kedua. Tindakan selanjutnya penting bagi pemimpin kerana ia mampu memperlihatkan keberkesanan tugasan di samping pemimpin boleh mengetahui kelancarannya secara terperinci. .

Tambahan pula. Situasi gaya pimpinan menekankan. mereka mesti bersedia mempelbagaikan cara mereka berhadapan dengan keperluan situasi. ia menitikberatkan konsep ketua yang fleksibel. situasi gaya pimpinan menentukan secara terus untuk kita sebagai ketua atau pemimpin. Di mana gaya kepimpinan situasi ini memberitahu kita apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam konteks yang pelbagai. apabila taraf kemampuan kita rendah. pemimpin perlu mencari keperluan orang bawahan atau pengikut dan selepas itu menyesuaikan cara mereka melakukan tugasan mengikut kewajarannya.. Dalam situasi yang lain pula. sekolah dan dalam institusi kekeluargaan. Kekuatan gaya kepimpinan situasi yang ketiga ialah nilai preskriptif. Kekuatan terakhir pendekatan kepimpinan situasi. prinsip yang dicadangkan oleh situasi gaya kepimpinan ini mudah diguanakan dalam berbagai persekitaran termasuklah di tempat kerja. Pemimpin tidak sewajarnya memimpin menggunakan satu cara sahaja. Kepimpinan situasi juga mengakui bahawa pengikut bertindak secara berbeza apabila melakukan tugasan yang berbeza dan mereka juga boleh bertindak secara berbeza mengikut peringkat yang berbeza tetapi dalam tugas yang sama. namun kepimpinan situasi pula menggunakan kaedah preskriptif. Situasi ini menyediakan atau melengkapkan pemimpin dengan panduan yang berharga supaya boleh mempermudah dan menambah daya pimpinan. Sebagai contoh. pendekatan situasi yang dicadangkan adalah kita harus memimpin secara menyokong. Pemimpin yang efektif adalah mereka yang boleh menukar gaya kepimpinan mereka sendiri berdasarkan keperluan tugasan dan keperluan pengikutnya. bila guru adalah seorang yang cekap tetapi kurang keyakinan. . malahan dipertengahan satu projek. Walaupun banyak teori kepimpinan yang dihuraikan mengikut tabiat yang pembawaan.

KELEMAHAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Walaupun kepimpinan situasi ini digunakan secara meluas dalam latihan dan pembangunan gaya kepimpinan. bolehkah kita memastikan ia adalah pendekatan yang sah? Adakah pasti pendekatan ini sememangnya dapat meningkatkan prestasi? Bolehkah pendekatan ini dibandingkan secara yang baik di dalam kesan pada orang bawahan atau pengikut bagi pendekatan kepimpinan yang lain? Susah memberi jawapan yang kukuh bagi soalan ini bila percubaan pendekatan kepimpinan situasi ini tidak menghasilkan sesuatu yang penting. Pelopor teori ini tidak menjelaskan secara terperinci cara ‘penglibatan’ digabungkan dengan ‘kemampuan’ bagi membentuk empat tahap nyata perkembangan . Walaupun ramai cerdik pandai berhujah mengenai situasi dalam pendekatan ini. Kelemahan kedua kepimpinan situasi adalah ketidakjelasan konsep dalam perkembangan pekerja bawahan atau pengikut. Tambahan pula. engan dan mampu (tahap 3) dan bersedia dan mampu (tahap 4). Hersey dan Blanchard (1969) menjelaskan. bersedia dan tidak mampu (tahap 2). ia masih mempunyai beberapa batasan. mereka tidak menyediakan . Berikut adalah beberapa kelemahan dalam gaya kepimpinan situasi dan bantuan bagi menyediakan lebih banyak gambaran keseimbangan keperluan am pendekatan ini dalam mengkaji dan melatih gaya kepimpinan ini. tahap perkembangan diterangkan seperti penglibatan yang tinggi dan kemampuan yang rendah dalam D1. Dalam versi model yang terawal. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah seperti. Dalam versi yang baru pula (model SL11). empat tahap kemampuan (kematangan) seperti enggan dan tidak mampu (tahap 1). Kekurangan asas yang kuat dalam kepimpinan situasi ini meningkatkan keraguan teori asas pendekatan kepimpinan teori ini. Kelemahan pertama kepimpinan situasi ada beberapa kajian yang dijalankan bagi membuktikan andaian pendekatan ini. tetapi kebanyakan kajian yang pernah dilakukan ini tidak banyak diedar bagi pengetahuan umum. pelbagai penglibatan dan kemampuan yang tinggi dalam D3 serta penglibatan yang tinggi dan kemampuan yang tinggi dalam D4. penglibatan yang rendah dan sedikit kemampuan dalam D2. Pelopor kepimpinan situasi juga tidak menjelaskan asas teori bagi perubahan pada setiap tahap perkembangan.

Dia tidak menjumpai sokongan bagi model bila ia diaplikasi kepada guru yang sederhana pengalaman tetapi matang oleh pengetua masing-masing. kajian lanjutan perlu bagi menentukan bagaimana kemampuan dan penglibatan pemimpin dan pengikut pada setip tahap. ia hadir lebih logik bagi menerangkan penglibatan pengikut seperti ada perkara yang berterusan bergerak dari rendah kepada sederhana dan seterusnya tinggi. Ketidak setujuan yang dikemukakan oleh Blanchard. berubah dalam D3 dan meningkat kembali dalam D4. Mungkin. Kelemahan yang terakhir kepimpinan situasi adalah dari segi praktikal kerana ia tidak sepenuhnya menyebut isu mengenai orang perseorangan melawan gaya kepimpinan berkumpulan dalam sesuatu organisasi. Walaupun beliau menemui cara kepimpinan yang dicadangkan oleh model berpadanan untuk hubungan antara pengetua dengan guru baru dan guru yang kurang berpengalaman. Seperti yang dinyatakan oleh Blanchard (1993).penerangan bagaimana penglibatan dan kemampuan mempengaruhi menerusi tahap perkembangan yang berbeza. penglibatan meningkat dalam D1. Seterusnya. menurun dalam D2. adakah pengikut biasanya bermotivasi dan ingin sekali untuk belajar? Kemudian mereka boleh berputus asa dan berangan-angan. mereka mungkin mula hilang keyakinan diri dan motivasi. Tetapi mengapa begini? Mengapa pengikut menjadi semakin kurang komited? Mengapa ada kelemahan dalam penglibatan pada perkembangan? Kelemahan ketiga pula adalah mengenai bagaimana model dapat serasi dengan cara pemimpin dengan tahap perkembangan pengikut? Bagi menentukan kesahihan teori ini Blachard dan rakannya menjalankan kajian pada guru sekolah tinggi dan pengetua. Blanchard mencadangkan. . penglibatan pengikut dikawal oleh keyakinan dan motivasi. bagaimana pelbagai penglibatan dalam model SL11. Berdasarkan kepada model SL11. Hubung kait yang terdekat dengan kelemahan tahap perkembangan pengikut adalah mengenai bagaimana penglibatan itu sendiri adalah konsep dalam model ini .

perkembangan dan pembangunan yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Dia ingin disukai dan berkepercayaan jika dia berbaik-baik dengan pelajarnya. Dia tidak membenarkan hal-hal peribadi serta perasaan pelajarnya menjejaskan kecekapan atau kelancaran P&P. Di mana populariti ini adalah dari segi keselesaan dan keterbukaan guru dalam berinteraksi dengan pelajar. Sesunggunhnya terdapat pemimpin yang sangat popular tetapi prestasi pengajarannya tidak memuaskan dan terdapat juga sesetengah guru yang sangat berjaya dan produktif tetapi tidak popular di kalangan guru mahupun pelajar di sekolah. Produktiviti pula adalah dari segi pencapaian. Seseorang pemimpin pelajar atau guru yang cemerlang dalam erti kata sebenarnya hendaklah popular dan produktif. Dia sangat mementingkan hasildan hamper tiada belas ihsan mengerahkan pelajarnya. Begitu juga tentang hasil dan keputusan bilik darjahnya. Terdapat beberapa cara untuk mencerminkan diri. salah satu daripadanya adalah melalui Managerial Grid. Hasil dan keputusan mestilah dicapai dengan cara apa sekalipun. Dia sangat menjaga hati dan perasaan pelajarnya dan hampir tidak kisah tentang hasil. prestasi. Dia kelihatan terlibat dalam banyak urusan tetapi tidak memberikan apa-apa sumbangan. Di mana kaedah ini dapat membantu guru sebagai pemimpin dalam memahami pendekatan yang mereka amalkan atau lakukan ke atas pelajar. . Guru yang digelar “The Country Club or Nice Guy Manager”. Guru yang digelar “The Zombie”. Sebelum membincangkan tentang pembaharuan diri dalam kepemimpinan. prestasi dan keputusan. Dia berpaut pada jawatannya pada hal secara mental dia sudah lama menarik diri dan menjauhi organisasi.PERBINCANGAN Seorang guru seharusnya memimpin pelajar dengan berkesan yakni berupaya membantu pelajar memperkembangkan segala potensi diri agar produktivitinya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik dan tingkah laku pelajar keseluruhannya. Dia seolah-olah tidak kisah tentang hati dan perasaan pelajarnya. mereka akan menjalankan tugas yang diberi. guru perlulah mencermin diri dari dua aspek tersebut. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai beberapa kategori pemimpin menurut Managerial Grid: Guru yang digelar “Slave-driver”.

2.Guru yang digelar “The Excellent Manager”. Menghulurkan bantuan apabila wujud masalah (Offering Hurdle Help). 3. Skop pengurusan bilik darjah adalah terlalu luas dan mencakupi bidang seperti penyusunan perabot. ekspektasi guru dan sebagainya. guru sepatutnya bersifat proaktif kepada . Mempamerkan minat yang mendalam (Utilizing Interest Boosting) Guru harus sentiasa memupuk minat pelajar di dalam bilik darjah.. terganggu dengan suasana bising atau gangguan rakan sekelas dan sebagainya. Guru mungkin bergerak ke arah pelajar yang terbabit dengan memerhatikan aktivitinya. Keberkesanan strategi ini disahkan melalui kajian-kajian yang dibuat oleh Charles (1992) dan Gnagey (1982). Cara ini digunakan untuk mengekalkan tingkah laku pelajar yang diingini. Dia percaya pelajarnya paling gembira jika pelajaran mereka berjaya. ia merupakan satu usaha guru untuk menunjukkan minat yang mendalam dalam aktiviti pelajar apabila pelajar mula menunjukkan tanda-tanda jemu atau kurang tumpuan. Dia berusaha bersungguhsungguh untuk mementingkan kesejahteraan pelajar dan prestasi pelajarannya. Di mana guru mempamerkan minat yang mendalam. Kesediaan guru untuk membantu pelajar mengatasi masalah dalam pembelajaran yakni supaya pelajar tidak cepat berasa kecewa mengalah. memberi penghargaan kepada usahanya dan membuat cadangancadangan untuk kemajuan seterusnya. personaliti sikap. 1. Merancang perubahan persekitaran (Planning for environmental changes). Dia berjaya mewujudkan semangat berpasukan di kalangan pelajarnya. Dalam usaha untuk meminimunkan masalah-masalah kepimpinan dan pengurusan bilik darjah. Di bawah ini disenaraikan beberapa strategi pengurusan bilik darjah yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan kepimpinan situasi dalam bilik darjah. Guru bukan hanya setakat memfokus kepada bidang akademik tetapi juga dengan pembinaan karakter pelajar. Srategi ini dapat memastikan pelajar senantiasa menumpukan perhatian ke atas kerja-kerja yang diberikan dan menghalang daripada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pelajaran.

papan kenyataan yang menarik dan keadaan bilik darjah yang bersih.kemungkinan perubahan persekitaran pembelajaran dan menyediakan pelajar untuk menghadapinya. Menukar corak pelaksanaan sesuatu aktiviti. Strategi ini melibatkan penyusunan perabot. susunan tempat duduk pelajar yang sesuai. Merancang dan mengubahsuai persekitaran bilik darjah (Planning and modifying the classroom environment). . Guru yang ingin menggunakan strategi ini perlu memilih kiu (cue) yang mudah untuk memulakan satu aktiviti baru atau menyebabkan aktiviti lama (yang lepas) dilakukan dalam bentuk baru. apabila seorang guru menyedari bahawa para pelajarnya menunjukkan tanda-tanda keraguan atau kebosanan terhadap pelajaran yang disampaikan. 4. Keberkesanan strategi ini disokong melalui hasil –hasil kajian Schmuck dan Schmuk (1979) serta Axelrod (1977). Menstrukturkan semula situasi (Restructuring the situasion). 5. Suasana bilik darjah yang ceria dan tersusun dapat meningkatkan produktiviti pelajar dan guru. menyediakan sudut bacaan. 1981). menukar fokus tumpuan atau mencari jalan penyelesaian yang baru amat berkesan dalam menghalang perlakuan yang tidak diigini guru apabila pelajar mula berasa jemu (Charles. 1981 dan Gnagey. Sebagai contoh. guru boleh meminta pelajar berdiri dan merenggangkan otot-otot badan sebelum meneruskan pengajarannya.

3. menyokong dan membina iklim yang menggalakkan perkembangan maksimum. Penting bagi pemimpin terutamanya bagi guru untuk memahami dirinya sendiri. Optimisme. menerima dan menggalakkan penyertaan orang lain dalam prosesnya. Secara teranag dan ikhlas menjemput. Perubahan dan daya sosial yang sentiasa berubah memerlukan guru memimpin dengan stail kepimpinan yang berkesan. Iaitu optimis dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap keupayaan orang lain. iaitu penghormatan terhadap keindividu orang laindan dengan itu tindakan adalah dengan sopan dan tertib dalam semua interaksi. Mempunyai kepercayaan terhadap integeriti orang lain. memahami orang lain di sekelilingnya dan bersikap terbuka. iaitu mempercayai orang lain akan bertindak mengikut lunas yang diharapkan. 2. . Penghormatan. 4.CADANGAN Untuk ini kepemimpinan memerlukan: 1.

Terdapat major yang kuat kepada pendekatan kepimpinan situasi. Soalansoalan itu boleh membantu pemimpin mngetahui bagaimana mereka boleh merubah gaya kepimpinan supaya menjadi lebih berkesan walaupun menerima pelbagai situasi.KESIMPULAN Secara kesimpulannya. pendekatan latihan yang mudah difahami dan diaplikasikan. Soalan-soalan yang dibekalkan memberi maklumat mengenai kebolehan pemimpin. kelenturan dan keberkesananya. Yang utama sekali ia merupakan pendekatan kepada kepimpinan yang dikenali keseluruhan negeri sebagai piawaian bakal pemimpin. Keberkesanan kepimpinan terjadi apabila pemimpin boleh mengkaji dengan lebih teliti tahap perkembangan orang bawah atau pengikut dalam situasi tugasan dan kemudian mempamerkan gaya kepimpinan yang bersangkutan dengan situasi itu. Keempat. Ketiga. kepimpinan secara situasi dapat mengenal dan memberi penekanan bahawa tidak ada yang mempunyai gaya yang terbaik dalam . Pendekatan kepimpinan situasi yang begitu meluas digunakan ialah pendekatan preskriptif. pendekatan ini tersusun bagi mengenalpasti bagaimana pemimpin patut bertindak sekiranya mereka mahu meninggikan lagi keberkesanan kepimpinan. boleh dikatakan pemimpin dan pengikut berkait rapat dan saling memerlukan antara suatu sama lain. Kepimpinan boleh diukur dalam pendekatan ini melalui penggunaan soalansoalan yang bertujuan bagi memperoleh pandangan individu menilaikan siri situasi yang berkaitan dengan kerja dan tugasan. Pendekatan ini juga menyarankan model yang mencadangkan bagaimana pemimpin perlu berkelakuan berdasarkan situasi yang khusus. Gaya kepimpinan dalam diri pemimpin dan tahap perkembangan pengikut perlu selari dan seimbang supaya boleh mencapai matlamat dan objektif yang dirancang. Namun pemimpin yang bijak haruslah pandai menilai pengikutnya supaya segala tanggungjawab pada tugasan yang diberi dapat dilengkapkan dan dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Perkara kedua. Pendekatan ini sentiasa memaklumkan kepada pengikut pada tindakan yang perlu dibuat semasa melakukan kerja atau tugasan.

gemilang dan terbilang dapat dicapai seiring dengan tahap kepimpinan yang efektif dan berinovasi. . Di samping itu. Sikap bekerjasama. Secara tidak langsung. pemimpin perlukan kelembutan dan mengadaptasi gaya kepimpinan mengikut kehendak dalam situasi. saya mendapati pendekatan kepimpinan situasi penting diaplikasikan bagi mengetahui sejauh mana pemimpin itu boleh mengawal keadaan dan situasi sesebuah organisasi serta mengawal emosi pengikutnya dengan lebih efektif. Secara keseluruhannya. Pemimpin yang efisyen mampu menarik lebih ramai pengikut bila mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan produktif selari dengan tahap perkembangan setiap pengikutnya. toleransi dan komunikasi dua hala yang baik menghasil suasana kerja atau suasana bilik darjah yang harmoni dan boleh meningkatkan lagi kualiti tugasan dan prestasi serta semangat dan motivasi pengikut dari masa ke semasa. kualiti kerja yang cemerlang.kepimpinan.

dorongan kepimpinan. kreatif dan fleksibel. Hasrat untuk melahirkan komuniti pemimpin yang unggul untuk menerajui sistem pembelajaran Negara kini dan masa hadapan yang lebih mencabar. kejelekitan seolah-olah satu keluarga dan keseronokan. . Pemimpin dari jenis kuasa peribadi ingin menguasai individu lain dan mementingkan status.PENUTUP Kepintaran juga menjeniskan pemimpin kepada dua iaitu kuasa peribadi dan kuasa sosial. Empat dimensi itu adalah perubahan diri ke arah positif secara signifikan. Ringkasnya. semangat. pengetahuan dalam bidang yang diajar. kecekapan diri semakin meningkat. Memimpin adalah satu tanggungjawab dan sikap orang-orang yang dipimpini mencerminkan keberkesanan kepemimpinan seseorang melalui pemerkasaan. Manakala pemimpin dari jenis kuasa social ingin berkuasa untuk mencapai matlamat bersama dan tidak mempunyai kepentingan diri. Menurut Bennis dan Nanus (1985) terdapat empat dimensi penting sikap para pelajar yang mencerminkan keberkesanan kepemimpinan guru. keyakinan diri. pemimpin yang berkesan harus mempunyai ciri-ciri tertentu seperti integriti.

144-145. Azmi Bin Zakaria (2004). Memimpin Diri Sendiri (Edisi Kemas Kini). 8. Abdullah Ibrahim.RUJUKAN 1. Rahman Abd. 11. James Ang (2005). . 7.. 36. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Rahimah Haji Ahmad (2001). 4. Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Selangor: PTS Millennia Sdn. 13-15. 10. 14 (1). 14 (2). Jit Eng. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penggunaan Kemahiran Kaunseling ke Arah Kecemerlangan Kepemimpinan Sekolah. Aziz & Mohammed Zohir (2008). Noh (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. 5. Ishak Bin Sin (2004). 3. Azman Che Omar (2003). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. 24. Jurnal Pendidikan. Haslee Sharil Lim Abdullah & Sidek Mohd. Abdul Ghani Abdullah. 92-95. (2004). 20. Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Amalan Pengajaran Yang Berkesan: Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan dan Selangor. (2004). 7. Masalah Pendidikan. 27. Shahril @ Charil (2004). Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. 14 (2). 5. 15 (1). Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Bhd. Jurnal Institusi Pengetua.1 (1). 9. Amalan-amalan dalam pengurusan dan pendidikan Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Abd. Bhd. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Kepemimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millenium Baru. Pengurusan Disiplin Sekolah: Pendekatan Alternatif Menangani Gejala Disiplin Sekolah.14. 29-30. 6. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Isu dan Trend Kepimpinan Pendidikan. 2. Abdul Shukor Abdullah. Kepimpinan Pendidikan Berkesan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful