You are on page 1of 1

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami melawat ke Zoo Negara.

Apabila tiba di
Zoo Negara, bapa membeli tiket di kaunter tiket sebelum masuk ke Zoo Negara. Terdapat
banyak orang di sana pada hari itu.

Terdapat banyak binatang yang jinak dan liar di sana. Saya melihat banyak binatang yang
jinak seperti monyet, burung kakak tua dan laun-lain lagi. Saya juga ternampak banayk binatang
yang liar seperti harimau, ular dan banyak lagi. Saya sangat suka burung kakak tua kerana
burung itu petah bercakap.

Saya juga mengambil gambar dengan pelbagai jenis binatang. Saya sangat seronok
mengambil gambar bersama-sama angsa kerana angsa sangat cantik. Terdapat banyak orang juga
mengambil gambar di sana.

Selain itu, penjaga zoo juga membenarkan kami untuk menyentuh badan monyet dan
badan harimau. Bapa membeli ais-krim untuk kami. Pada waktu petang, bapa juga membeli
makan untuk kami.

Selepas makan malam, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Walaupun letih, kami
berasa amat seronok kerana dapat melawat zoo bersama-sama