KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM KOMSAS : Soalan 2 (d) PEMAHAMAN PUISI – SAJAK

DI RUANG GEMANYA
Oleh : Dharmawijaya Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja. Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang ke hujung kenang. Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di guruh pagi. Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. MAKSUD Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan , penyajak telah menyerahkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada tanah airnya. Penyajak tidak sekali-kali gentar kepada pahit getir perjuangan atau sebarang cubaan , ancaman dan pengaruh luar yang ingin menggugat kesetiaannya atau menjejaskan keselamatan tanah airnya. Segala pengorbanan jiwa dan raganya dalam membangunkan negara selepas berjaya memperoleh kemerdekaan diabadikan dalam lipatan sejarah. Kekentalan semangatnya tidak goyah biarpun berhadapan dengan kekecewaan dan penderitaan dalam proses pengisian kemerdekaan itu. Segala pahit getir, susah payah atau penderitaan, halangan dan ancaman merupakan suatu yang biasa dalam perjuangan. Justeru, penyajak sangggup menyerahkan jiwa raganya untuk sama-sama membangunkan tanah air ini.

1.

Nyatakan tema dan persoalan-persoalan dalam puisi ini .

2.

Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Telah kupahatkan lelah umurku’? Pada pandangan anda , apakah jasa-jasa yang disumbangkan oleh para pejuang kebangsaan kita.

3.

Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Gerimis senja guruh pagi’?

4.

Huraikan DUA persoalan yang terdapat dalam puisi ini.

5.

Apakah jasa penyajak sebagaimana terdapat dalam puisi ini ?

6.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah caranya anda menunjukkan kesetiaan anda kepada negara ?

7.

Huraikan DUA nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.

8.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam puisi di atas?

9.

Buktikan bahawa penyajak merupakan seorang yang berjiwa patriotik.

10. Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu mencintai tanah air ?

11. Nyatakan tindakan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
20 08

 ganosSajakT5

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful