You are on page 1of 4

1.

0 Tajuk Program
Program ‘Jungle Trekking’.

2.0 Rasional
Rasional program ini dijalankan adalah untuk membolehkan murid merasai sendiri
pengalaman berada di dalam hutan memandangkan terdapat hutan simpan yang berdekatan
dengan sekolah. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada murid mengenali
sepsis-spesis flora dan fauna yang tidak pernah dilihat oleh mereka.

3.0 Matlamat
3.1 Program ‘Jungle Trekking’ bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada
murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dilihat mampu
memberikan banyak faedah kepada mereka.
3.2 Program ini juga diadakan dengan hasrat ingin memberi pendedahan dari aspek
kepentingan penjagaan alam sekitar dan kemahiran memimpin kepada murid-murid
seterusnya dapat memenuhi keperluan JERIS selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
3.3 Program ‘Jungle Trekking’ ini merupakan salah satu kaedah untuk untuk menyatukan
dan meningkatkan kerjasama antara semua murid SK Lubok Assam.
3.4 Aktiviti ini dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan
kerjasama melalui aktiviti-aktiviti yang meliputi aspek kemerdekaan, kebudayaan,
sukan dan penerapan nilai.

4.0 Objektif
4.1 Program ini mengalakkan murid yang sentiasa terlibat aktif dalam apa jua aktiviti yang
dilaksanakan.
4.2 Melahirkan murid yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
dalam kehidupan seharian.
4.3 Mencetuskan semangat kepimpinan dalam diri murid agar dapat mengalakkan diri
sentiasa mencipta sesuatu yang baharu.
4.4 Murid-murid dapat memupuk nilai kerjasama dalam pasukan apabila saling menolong
antara satu sama lain semasa mengharungi laluan jungle trekking.
4.5 Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid.

1
5.0 Maklumat Projek
5.1 Tarikh : 25 April 2019
5.2 Tempat : Hutan Simpan Lanjak Entimau, Julau
5.3 Masa : 0700 – 1300

6.0 Kumpulan Sasaran


Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada Tahun 4 sehingga murid Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Lubok Assam Julau kecuali bagi murid- murid yang mendapat
kebenaran pengecualian daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat
pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada doktor.

7.0 Syarat Penyertaan


7.1 Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah memastikan kesihatan
murid masing-masing sebelum aktiviti jungle trekking bermula.
7.2 Semua peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai bagi melakukan aktiviti
lasak.

8.0 Jawatankuasa Program


8.1 Penaung : Encik Nickson Anak Peter (Guru Besar SK Lubok
Assam)
8.2 Penasihat : Encik Andy Ajong Anak Etam (Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
8.3 Pengerusi : Cik Georgina Gading Anak Jimbai
8.5 Setiausaha : Cik Nina Octavia Anak Kapok
8.6 Bendahari : Encik Nicky Atkinson Avit Anak Rechardlin
8.4 Penyelaras Program : Encik Polycarp Janda Anak Bas
8.5 Urus Setia : Cik Vivian Choo Chay Yin
8.6 Keselamatan dan Kecemasan : Encik Clarence Sintau Anak Limbai
8.7 Sijil : Cik Kriztine Tida Anak Maurice Gurang
8.8 Sistem Siaraya : Encik Gabrail Anak Jayan
8.9 Jurugambar : Encik Lawren Anak Nyalau
8.10 Guru Pengiring : Encik Nur Hifzan (Ketua)
: Encik Ahmad Chey
: Encik Maxwell Joseph Anak Kibong

2
: Encik Gibson Anak John
8.11 Atur Cara (Tentatif)
0700 - 0800 : Taklimat ringkas tentang aktiviti oleh Penyelas Program (Encik
Polycarp Janda Anak Bas) di Astaka Assam
0800 - 0830 : Senamrobik
0830 - 0900 : Mengemas keperluan Jungle Trekking
: Taklimat keselamatan
0900 - 1200 : Jungle Trekking
1200 - 1300 : Acara penutupan
: Penyampaian sijil
: Sesi fotografi
1300 : Bersurai

9.0 Anggaran Kos Program


9.1 Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Kuantiti Harga Jumlah Catatan
Seunit (RM)
(RM)
1. Sijil 60 keping 0.50 30.00
2. Tali 5 gulung 3.50 17.50
3. Kertas A4 1 rim 11.50 11.50
4. Kertas Laminate 1 paket 35.00 35.00
Jumlah (RM) 94.00

9.2 Pendapatan
Bil. Sumber Jumlah (RM) Catatan
1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK 94.00
Lubok Assam

3
10.0 Penutup
Persatuan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK Lubok Assam memohon agar pihak
pengurusan dan pentadbiran dapat mempertimbangkan permohonan pelaksanaan program
‘Jungle Trekking’ ini supaya dapat berjalan dengan jayanya serta mampu mencapai objektif
dan matlamat yang digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah
dihargai dan didahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ……………………………….
(Polycarp Janda Anak Bas) (Encik Andy Ajong Anak Etam)
Penyelaras Program ‘Jungle Trekking’ Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan
Tarikh: ……………………… Kesihatan
SK Lubok Assam Julau
Tarikh: ………………………
Diluluskan oleh,

……………………………….
(Encik Nickson Anak Peter)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lubok Assam, Julau
Tarikh: ………………………

You might also like