You are on page 1of 6

BAB 1

SEJARAH PERKEMBANGAN PERAKAUNAN ISLAM.


PENGENALAN

Kehidupan adalah ujian dan dugaan daripada  Allah swt dan ia hanya sementara, manakala hidup
akhirat adalah kekal abadi. Ada yang diberikan kesenangan, ada yang diduga dengan kemiskinan,
kecacatan, kebodohan, kesakitan dan sebagainya. Mereka yang bertaqwa adalah orang yang berjaya
di dunia dan balasan syurga menanti di akhirat, manakala orang yang ingkar akan mendapat balasan
di dunia mahupun di akhirat.

Antara perkara yang akan diuji Allah swt dalam kehidupan kita ialah sejauhmana kita jujur dan
amanah dalam kerja-kerja pengiraan termasuklah perakaunan.

Islam adalah agama yang syumul didatangkan oleh Allah swt. Ia mengandungi tiga aspek penting
iaitu:

1.  Aqidah  ( tauhid, Usuluddin serta perkara yang berkaitan dengan kepercayaan khususnya
kepada unsur-unsur ghaib, terkandung di dalamnya elemen-elemen iman).
2. Syariah  ( undang-undang berkaitan dengan muamalat, ibadat , jenayah, munakahat serta
perkara yang menyusun kehidupan manusia di muka bumi. Ia yang mengatur hubungan
manusia dengan Allah,  manusia dengan manusia dan manusia dengan alam semesta)
3. Akhlak (perkara yang berkaitan dengan tingkah laku manusia )

Apakah matlamat kehidupan manusia di muka bumi? Segala sesuatu yang dilakukan di dunia ini
adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Oleh itu kehidupan manusia akan mengarah kepada
ketaatan, ketundukan kepada Allah swt dan hasilnya hidup akan dihiasi dengan ketenangan,
kedamaian, kesejahteraan. Masing-masing akan hidup atas dasar ajaran Islam dengan melakukan
perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Tujuan perundang Islam adalah untuk memelihara 5 perkara.


1.                  Menjaga aqal
2.                  Keturunan
3.                  Agama
4.                  Jiwa
5.                  Harta

Ilmu perakaunan adalah berada dalam aktiviti muamalat. Di dalamnya terkandung urusan ekonomi,
politik, perniagaan, perakaunan dan semua yang berkaitan dengan kehidupan.
Ada beberapa persoalan tentang perakaunan. Antaranya apakah sistem perakaunan Islam
diperlukan dalam masyarakat?. Apakah sistem perakaunan sekarang mengikut syarak, apakah
matlamat ilmu perakaunan? Dan lain-lain persoalan.
 
DEFINISI PERAKAUNAN
Perakaunan di dalam bahasa arab disebut sebagai al-Muhasabah  atau   al-hisab. Ia bermakna
mengira atau menyukat. Al-Quran menyebut hasaba sebanyak 48 kali.
Ilmu perakaunan  tidak disimpan dalam bentuk pemikiran. Ia adalah pergerakan dua bahagian
( keluar dan masuk ) wang @ harta dan ia sempurna bila kedua-duanya ditulis dengan teliti di dalam
daftar dan disusun rapi.
American Accounting Association (AAA): (1966)
“ Proses mengenalpasti, mengukur, mengkomunikasikan maklumat berbentuk ekonomi untuk
membolehkan pertimbangan berpengetahuan dan keputusan dibuat oleh pengguna-pengguna
maklumat itu”
“Accounting is the process of identifying, measuring and communicating economic information to
permit informed judgements and decisions by the user of information”.
Muhammad Kamal Atiyah mendefinisikan sebagai:
” satu pengiraan hasil-hasil kerja yang halal menurut kaedah syarak dengan dilaksanakan
berdasarkan perbandingan pendapatan dan kos” 
Dapat kita fahami bahawa disiplin ilmu perkakaunan adalah satu sains sosial yang berasaskan
laporan kewangan. Ia penting untuk orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kewangan
dan perakaunan.
Surah al-Infitar 82: 10-12 bermaksud:
Pada hal bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu, yang mulia di sisi Allah
dan yang mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah al-Qaf 50: 17-18
Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang
lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya
malaikat pengawas yang selalu hadir.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERAKAUNAN ISLAM

Mengalami tiga tahap:


Zaman keagungan/ zaman awal

 Zaman Rasulullah:
1. Baginda menyuruh sahabat merekod urusan keluar masuk wang, demikian zaman Abu Bakar.
2. Baginda telah melaksanakan kewajipan membayar zakat yang menggunakan kaedah
perakaunan.
3. Mata wang yang digunakan mesti mengikut nilaian semasa. Setiap pernyataan itu mesti
mempunyai cop .

Zaman Umar al Khatab.


1. Beliau telah menubuhkan kementerian khusus yang menguruskan urusan perakaunan. 
2. Pengurusan asset di Baitul Mal direkod dengan jelas. Segala aktiviti kewangan direkod di dalam
buku catatan harian dengan meletakkan tarikh, hari, bulan dan tahun (H). Perubahan keluar
masuk wang perlu diberi penjelasan, setiap akaun yang ada perlu diaudit oleh pegawai yang
lebih tinggi. Prinsip keseimbangan atau catatan beregu telah dipraktikkan dengan meluas dalam
pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah al- hisab/li hisab. yang merupakan institusi
kewangan pertama dalam tamadun manusia.
3. Selain itu ketepatan ukuran juga amat dititk beratkan. Ia telah membawa kebaikan kepada
aktiviti ekonomi dan kewangan, kerana dapat mewujudkan keadilan dan keharmonian dalam
masyarakat.
4. Menggunakan mata wang semasa. Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelak
dari riba dan penindasan.
5. Luca Pacioli muncul abad ke 15. 1494 beliau menulis buku ‘ Summa de arithmatica geometria et
proportionalita’.  600 tahun sebelum Luca pacioli dunia Islam sudah menulis tentang
matematik, sistem angka. 

Surah al-Baqarah 282


“Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan berkaitan dengan hutang piutang yang bertempoh,
maka hendaklah kamu menulisnya (hutang dan tempoh bayaran)”
Firman Allah: Baqarah 286
“Allah tidak memberati seorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Baginya pahala
kebaikan yang diusahakan dan kepadanya juga dosa ke atas kejahatan yang diusahakan”.
 Surah al Rahman:
“Dan lakukanlah timbangan itu secara tepat serta janganlah kamu mengurangi barang yang
ditimbang”
 Hud 85:
“Wahai manusia, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan tepat”.
Semakin jujur, tepat, adil ukuran, maka semakin tinggi tahap kemajuan dan pembangunan yang
dicapai oleh tamadun berkenaan.
Peringkat awal mereka menggunarkan dinar emas dan dirham perak. I dinar bersamaan 4.25
gm, dirham ialah 3 gm.
 
Zaman Umaiyyah dan Abasiah:

Zaman ini Islam berada dipuncak ketamadunan disebabkan oleh Islam menjadi pusat rujukan ilmu
pengetahun, perluasan kuasa, kaedah percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan baitulmal
yang menjadi faktor kepada berkembangnya perakauanan. Hasilnya terdapat banyak kitab-kitab
yang ditulis antara riba, percukaian, kewangan kitab-kitab feqah.
 
Zaman kemerosotan
 
Faktor mempengaruhi:
1. Pertengahan abad ke 5 Hijrah, Perpecahan empayar dan umat Islam.
2. Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan di antara satu
sama lain,  Berijtihad untuk  menjatuhkan sahabat, pemerintah sering bercakaran manakala 
ulamak-ulamak hanya mengikut pemerintah tanpa melakukan usaha-usaha ijtihad
3. Mendakwa pintu ijtihad telah tertutup. Ini menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam,
termasuklah perakaunan dan perekonomian.
4. Berpecahnya negara Islam kepada wilayah-wilayah kecil dengan di pimpin oleh individu yang
rakus kepada kekuasaan. umat Islam dalam kesenangan yang melampau, masing-masing hanya
pentingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak diambil perhatian.,
5. Pengaruh barat terhadap dunia Islam ( lewat abad 18 – 19M)
 
Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi barat. Turki berjaya di
sekularkan oleh barat. Selain itu barat melakukan perluasan kuasa khusus ke negara Islam,  Barat
mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah dan menyebarkan kristian
Kejatuhan kerajaan Islam ke tangan barat  
Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh. 1258 Hulagu telah melancarkan serangan ke
atas kerajaan Islam di Andalus menyebabkan Islam terus jatuh. Musnahnya khazanah ilmu Islam
apabila Pusat Sumber Baitul Hikmah  di Sepanyol dihapuskan. Banyak bahan rujukan penting telah
dimusnahkan. Akibatnya barat mula menguasai segala khazanah ilmu Islam, dan umat Islam hanya
menjadi pengikut kepada barat.
 
Zaman kebangkitan semula. 
Abad 20 umat Islam mula bangkit kembali. Pengkajian perakaunan menjadi semakin rancak dan
mereka mula sedar telah sekian lama terbelenggu dengan urusan riba. Ini adalah  hidayat Allah.
Umat Islam mula mengadakan seminar dan konferensi tentang pelbagai ajaran Islam khususnya
dalam ekonomi.
 
ASAS PERAKAUNAN ISLAM/FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERAKAUNAN
 
 Catatan dan Penulisan ( al-kitabah) 
Perintah Allah dalam wahyu pertama: 
“ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan manusia..” 
Ahli feqah mendefinisikan tulisan atau catatan sebagai tanda-tanda yang amat penting untuk
difahami. Imam Syafie mengatakan bahawa ilmu itu umpama burung dan tulisan umpama sangkar.
Burung atau ilmu yang diperoleh jika tidak disimpan di dalam sangkar atau ditulis, maka ia akan
hilang begitu sahaja. 
Allah memerintah supaya mencatat segala kegiatan muamalat seperti kontrak, hutang, perjanjian
perdagangan, surat menyurat dan lain-lain.
Surah al Nur:33 
“ Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada sifat-sifat
baik pada diri mereka..”
Di zaman Rasulullah Usman Affan adalah penulis wahyu, Ali bin Abi Talib adalah penulis perjanjian-
perjanjian serta  urusan-urusan pentadbiran.
 
2.  Pengiraan (al-hisab)
Para fuqaha mendefinisikan al-hisab/matematik ialah ilmu yang berasaskan angka-angka. Perkatan
al-hisab diulang dalam Quran sebanyak 48 kali. Ini menunjukkan bahawa pengiraan mempunyai
peranan yang penting dalam kehidupan. 
Al-Qalak Syindi mendefinisikan hisab sebagai rekod catatan harta benda meliputi wang masuk, wang
keluar dan segala yang berkaitan dengannya.
Imam Shafie mengatakan bahawa sesiapa yang belajar matematik maka banyaklah ilmunya.

3.   Perkembangan ilmu hisab dan perakaunan(Penggunaan Angka) 


Kerajaan Abasiyah telah menggunakan angka tertentu dalam urusan jual beli. Dalam  pembahagian
harta rampasan perang, pembahagian pesaka, mengukur tanah, menyukat, menimbang dan
sebagainya. Ia ditulis dalam bentuk perkataan bukan angka. Contohnya empat ratus empat dinar.
404. ditulis TD. T sebagai 400 dan D 4. Kemudian mereka mengikut sistem angka yang diambil dari
India, iaitu angka kosong. Dengan menggunakan 9 angka dan ditambah dengan kosong
membolehkan orang arab menyelesaikan masalah pengiraan, menulis pecahan dan perpuluhan serta
sistem persamaan.

4.   Pengiraan di zaman Rasulullah


 Rasulullah menyuruh sahabat memungut zakat dan sedeqah . Harta tersebut dikira dan dicatat. 

5.  Pengiraan harta di zaman khulafa’ al-Rasyidin


Di zaman Abu Bakar ia berjalan seperti di zaman Rasulullah. Di zaman Umar al-Khatab beliau mula
membuat perincian. Antara harta sahabat yang dikira ialah Saad Abi Waqas. Baitulmal telah
menjalankan tugas pengiraan dan perakaunan dengan jelas dan tepat.
  
6.   Pengiraan harta di zaman Umaiyyah dan Abasiyyah.
Zaman ini perakaunan telah mencapai tahap yang tinggi. Beberapa peraturan berkaitan dengan
perakaunan telah dibuat antaranya:
Penyata harta benda hendaklah ditulis dengan angka yang ringkas dan jelas dalam menentukan
semua kerja-kerja kewangan. Keterangan penyata itu mestilah tepat dan tulisan angka yang ringkas
dan menunjukkan data kemasukan yang jelas bertepatan dengan apa yang dikehendaki.
Setiap penyata perakaunan mestilah disertakan dengan dokumen yang sah
Pengawasan yang rapi ke atas harta benda 
Semakan penyata hendaklah berdasarkan dokumen-dokumen yang sah dan urusan pengiraan dari
pihak yang berkuasa dan yang ditetapkan oleh perundangan
Semakan itu hendaklah dilakukan oleh orang lain berdasarkan senarai laporan asal seterusnya
mengesahkan penyata kira-kira itu.

CIRI-CIRI PERAKAUNAN ISLAM


1. Sumber perakaunan adalah daripada al Quran dan Sunnah. Segala kaedah asas perakaunan
harta dan disiplin berasaskan kepada Quran dan Sunnah.
2. Semua aspek perakaunan melibatkan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak
3. Pengiraan harta adalah berpandukan syarak
4. Akauntan mestilah seorang yang bertanggungjawab, amanah, dan berakhlak
5. Perakaunan Islam adalah gabungan antara kerohanian dan kebendaan
6. Peraturan perakaunan memberi penekanan kepada aspek akhlak dan etika
7. Larangan melibatkan riba
8. Asas penilaian harta berdasarkan nilaian dan harga semasa.
 
KEPENTINGAN PERAKAUNAN ISLAM
1. Syiar Islam
2. Alternatif kepada sistem perakaunan yang sedia ada
3. Menyelesaikan masalah di dalam sistem perakaunan konvensional
4. Prinsip asas berteraskan al-Quran dan Sunnah
5. Harta adalah hak milik Allah
6. Perakaunan Islam menekankan aspek kemanusiaan
7. Menerangkan bahawa perakauanan adalah pergerakan 2 bahagian iaitu keluar dan masuk wang
atau harta
8. Peranan juruaudit dalam mengawal harta
9. Wang keluar masuk perlu ditulis dengan teliti di dalam daftar perakaunan yang tersusun rapi
serta bercorak objektif
10. Allah menggesa supaya kita mempelajari hisab, menulis dan mengira.
 
PRINSIP PERAKAUNAN ISLAM
1.      Seimbang iaitu sama antara wang masuk dan keluar/debit kredit
2.      Ketepatan ukuran
3.      Ukuran kewangan – nilai semasa
4.      Rekod sejarah/rekod urusniaga
5.      Dokumen objektif/bukti yang sahih
  
TOKOH-TOKOH PERAKAUNAN ISLAM
1.       Abu Bakar al-Kufi
2.       Ibn al-Bina al-Marakisyi
3.       Ghiyathuddin al-Kasyi: ( 1364  hingga 1424)
Nama penuh ialah Giyathuddin Jamsid Ibnu Masud al-Kasyi, seorang sarjana Islam berbangsa
Turki. Al- Kasyi ialah bapa perpuluhan. Beliau merupakan orang pertama menulis angka
( 1430 ) nombor perpuluhan seperti sekarang 2.5. Ia mendahului lebih kurang satu kurun
setengah terlebih awal dari bapa perpuluhan barat Vieta dan Stevia. Buku karangan beliau
ialah Miftahu al-Hisab yang mengandungi algebra, geometri, ilmu falak dan fizik.
4.        Abdullah al-Khawarizmi:
Al-Khawarizmi ( 780 M – 850 ) dianggap orang yang bertanggungjawab tentang penemuan
system angka yang kita pakai sekarang. Beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Ahawarizmi,
al-Ghowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi, Algorismi. Khawarizmi patut disanjung kerana
kepintarannya mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan symbol yang begitu
bersistem terutamanya dengan angka sifar yang berperanan seperti sekarang. Beliau adalah
bapa aritmetik sehingga digelar Algorisma, bapa al Jabar. Buku karangan beliau mafatih al-
Ulum telah menjadi sumber rujukan utama dalam ilmu perakaunan dan telah dialih bahasa ke
bahasa latin dan lain-lain bahasa.
5.         al-Qalak Syindi.
Beliau adalah tokoh yang banyak memberikan sumbangan yang besar kepada ilmu-ilmu dalam
Islam termasuk ilmu math, falak, fizik dan perakaunan. Beliau telah mendefinikan mathematic
sebagai rekod catatan harta meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan
dengannya. Beliau telah memperkenalkan istilah berikut dalam urusan merekod aktiviti baitul
mal. Al-Wasil (catatan penjelasan terperinci), al-Hasil (pengeluaran/hasil percukaian), al-
Muhdir (asset/wang masuk), al-Mukhrij (asset/wang keluar). 
6.         Umar Khayam: ( 1045 – 1121)
7.         Imam al-Ghazali
 
MATLAMAT PERAKAUNAN ISLAM
1.               Memastikan hak semua yang terlibat dalam aktiviti kewangan terpelihara
2.               Mengawal aktiviti aliran masuk dan keluar wang khususnya di bank
3.               Menguruskan kewangan dengan lebih teratur
4.               Menyediakan penyata kewangan yang akan dirujuk oleh semua yang terlibat

KEISTIMEWAAN PERAKAUNAN ISLAM


1.                Berasaskan wahyu dan pemikiran manusia. Ajarannya datang daripada Allah
2.                Matlamat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (tiada penyelewengan)
3.                Pengawasannya adalah daripada dalam ( iman) dan luar (manusia dan peraturan)
4.                Aktivitinya adalah ibadat.  
5.                Mementingkan kebenaran dan kejujuran sesama manusia/menekankan prinsip
akauntabiliti./akhlak
 
SISTEM PERAKAUNAN MODEN
1.                 Penindasan akibat sistem riba
2.                 Berisiko untuk berlakunya penipuan dan penyelewengan
3.                 Pengutkuasaan undang-undang yang tidak berkesan - Dalam Islam penguasaan adalah
berbentuk  dalaman dan luaran
4.                 Lahirnya manusia yang tamak haloba.

KESIMPULAN

Perakaunan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri.  Segala kegiatannya tidak boleh
terpisah dengan ajaran Islam. Tauhid adalah pengawal kepada segala kegiatan perakaunan.

You might also like