You are on page 1of 2

QUANTITY SURVEYOR

Apa itu Quantity Surveyor?

Maksud Quantity Surveyor (QS) di dalam bahasa melayu adalah Jurukur Bahan. Ianya juga boleh
dipanggil sebagai ‘Contract Executive’ ataupun ‘Cost Engineer’

QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri pembinaan dimana ia berperanan
membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos didalam sesebuah pembinaan. Biasanya profesion QS
pada masa kini memerlukan pendidikan sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang
ini terlalu luas dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan.

Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan yang sama, terdapat banyak
pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara pengkhususan bidang yang utama adalah:-

1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient (Consultant's QS)

2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor (Contractor's QS)

Consultant Quantity Surveyor

Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah bertanggungjawab dalam perancangan
kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek
pembinaan bagi pihak klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada
kontraktor untuk sesebuah projek.

Pengukuran yang tepat dan terperinci diperlukan bagi membuat kos kawalan harga pada satu-satu
pembinaan. Mereka mestilah pakar dalam harga pembinaan masa kini seperti harga pekerja, harga bahan,
harga jentera dan benar-benar memahami kaedah pembinaan pada peringkat awal untuk memperolehi
nilai kos projek berkenaan.

Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat anggaran kuantiti daripada lukisan teknikal yang
dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek. Mereka harus menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan
lazimnya mereka harus menyedikan bil-bil kuantiti yang diselaraskan mengikut Standard Method of
Measurement (SMM) yang dipersetujui oleh badan-badan profesional QS dan wakil-wakil dari industri
pembinaan. Kebanyakan firma perunding QS mempunyai kaedah pengiraan dan bil-bil sendiri dalam
menyediakan dokumen kontrak selaras dengan piawaian SMM.

QS yang berpengalaman mempunyi kemahiran dalam meminimakan kos tambahan bagi memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada klient supaya dapat mengikut budget mereka.
Contractor’s Quantity Surveyor

Fungsi QS yang bekerja di dalam organisasi pembinaan pula adalah bertanggungjawab untuk
meningkatkan prestasi syarikat dalam mengimbangi kos pembinaan, memberi sebut harga sesebuah
projek untuk mendapatkan sesuatu tender, mengira anggaran kuantiti bahan dan bertanggungjawab dalam
memastikan semua kerja tambahan sesebuah pembinaan dapat diselesaikan. QS tersebut mestilah pakar
dalam semua harga binaan, harga pekerja, harga jentera dan semua istilah teknologi serta kaedah
pembinaan bagi sesebuah projek.

QS mestilah memahami sepenuhnya kontrak diantara kontraktor dengan pemilik (klient) dan mungkin
akan timbul beberapa perubahan di dalam kontrak yang melibatkan kuantiti, penambahan kerja seperti
yang diarahkan oleh klient di kemudian hari. Arahan tersebut juga mungkin dikeluarkan oleh engineer,
arkitek atau klient itu sendiri. Ia dipanggil Variation Order (VO).

Peranan kontraktor QS ini juga memastikan projek berjalan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang
tertera di dalam kontrak dan dalam masa yang sama mengawal kos pembinaan serta kos buruh dan
sebagainya. Terlalu banyak teknologi pembinaan yang mesti diketahui untuk menjadi seorang QS yang
berjaya.

Dahulu, kontraktor hanya menggunakan khidmat akauntan biasa dalam mengawal kos-kos pembinaan dan
ianya tidak berkesan memandangkan mereka tidak pakar dalam teknologi pembinaan. Maka kerjaya QS
lebih diperlukan bagi membuat penialaian yang tepat terhadap pembinaan tersebut.

Peningkatan pembangunan di dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan terhadap QS semakin


meningkat dan memerlukan graduan yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan sebagai QS. Ini
dapat meningkatkan populariti kerjaya QS dikalangan bakal graduan universiti di dalam bidang ini.