You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan
Matematik merupakan pembelajaran mengenai nombor dan ruang atau pengajian mengenai
nombor dan rajah. Menurut Dossey, McCrone, Giodarno dan Weri (2002), matematik amat
berkaitan dengan idea yang menghubungkan pembelajaran tentang kuantiti, bentuk,
perubahan, pembesaran dan pengukuran. Bagi membentuk insan yang berkembang dalam
sains dan teknologi, penguasaan dalam matematik perlu dipertingkatkan. Sesuai dengan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, sukatan bagi mata pelajaran Matematik sekolah rendah
memberi tumpuan kepada kemahiran asas mengira iaitu melibatkan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab (Shafie, 2010). Fakta asas sifir darab merupakan satu daripada kemahiran
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Penguasaan fakta asas ini
seharusnya bermula sejak murid berada di tahap satu lagi. Terdapat empat fakta asas yang
perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Namun, operasi pendaraban
merupakan salah satu topik yang mencabar dan sukar dikuasai oleh murid (Barmby, 2009).

Dalam konteks pendidikan rendah, kemahiran pendaraban yang melibatkan nombor


tiga digit dengan nombor dua digit sering dianggap susah dan sukar dikuasai oleh murid-
murid. Dalam kajian oleh Philip (2005), adalah didapati murid boleh menjawab soalan darab
yang melibatkan sebarang nombor empat digit dengan satu digit tetapi menghadapi masalah
dalam soalan yang melibatkan sebarang nombor dengan nombor dua digit. Masalah yang
sama juga berlaku dalam kajian yang dijalankan oleh Chan (2011) iaitu murid tidak berupaya
untuk membuat pengiraan yang melibatkan nombor selain daripada apa yang diliputi sifir
matematik. Di antara kesilapan yang sering berlaku di kalangan murid adalah semasa
meletakkan nombor dalam bentuk lazim dan proses pengumpulan semula (Amar, 2007).
Tambahan juga, kajian lain juga menunjukkan bahawa murid melakukan kesilapan seperti
kesalahan konsep, kesilapan nilai tempat dan kecuaian dalam mengira semasa membuat
pengiraan tentang pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit (Razali & Ahmad,
2012).

1
Refleksi saya memulakan kajian dengan melakukan refleksi hasil dari sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Lanjutan dari pemerhatian saya, saya dapat
melihat masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid mengalami masalah dari segi
melakukan operasi pendaraban dengan betul. Selain itu, tahap motivasi murid menjadi
rendah setiap kali saya memberi latihan atau lembaran kerja kepada mereka, walaupun
ketika aktiviti dijalankan, mereka mempunyai semangat untuk terlibat aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan banyak bertanya dan sebagainya. Hasil dari pemerhatian saya ini,
saya dapat merumuskan bahawa murid mengalami kesukaran untuk melakukan operasi
pendaraban dengan betul hingga menyebabkan motivasi belajar mereka menjadi rendah.

2
2.0 Isu-Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Fakta Asas Sifir Darab Dua Digit
Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata
pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun,
kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang paling
sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Isu dan masalah dalam kajian kes dengan
masalah penguasaan fakta asas sifir darab dalam kalangan murid. Masalah ini dilihat sedikit
sebanyak telah mengganggu kelancaran proses pembelajaran Matematik dalam kalangan
murid. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
di samping mengenal pasti beberapa strategi yang mungkin dapat membantu dalam
menangani masalah ini. Saya memilih kajian dari Stanley Gaweng Jawang dari artikelnya
yang bertajuk Masalah Penguasaan Fakta Asas Darab.
Mok Soon Sang (1994) dalam Stanley Gawing Jawang dan Julaihei (2006),
menyatakan terdapat empat peringkat yang perlu dipelajari oleh murid untuk menguasai
konsep dan kemahiran pendaraban dengan cekap dan tepat. Peringkat-peringkat itu
dihuraikan secara ringkas seperti berikut : -

Membina konsep Menghafaz sifir Menguasai Penggunaan kemahiran


darab darab kemahiran melalui menyelesaikan masalah
latihan

Empat peringkat perlu dikuasai dari peringkat yang pertama hingga peringkat ke
empat. Apabila pelajar telah menguasai sepenuhnya keempat-empat peringkat ini, ini
mungkin akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dalam menguasai fakta
asas darab ini.
Hasil dapatan dari Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan
Kampong Raja, saya menunjukkan guru bersetuju bersoal jawab dan memberi peluang
kepada murid untuk mengemukakan pendapat semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Berpandukan kepada hasil yang saya baca, saya akan
menumpukan kajian terhadap isu kesukaran murid untuk melakukan operasi pendaraban
dengan betul.
Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi berkesan jika berpusatkan pelajar.
Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan guru,vpersekitaran dan kaedah pengajaran. Guru perlu berilmu, berinisiatif dan
memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta mengapa dan bagaimana pula pelajar
perlu belajar matematik. Oleh itu, guru yang bernama Puan Kismini sewaktu PBS hanya
menggunakan kaedah chalk and talk untuk pengajaran Matematik murid Tahun 4 B1.

3
Cadangan saya, Puan Kismini boleh menggunakan kaedah Garis Silang bagi menyelesaikan
masalah murid yang lemah dalam mendarab.

3.0 Penggunaan Kaedah Garis Silang


Kaedah Lattice, juga dikenali sebagai kaedah kekisi atau kaedah Garis Silang adalah kaedah
yang telah diperkenalkan dan digunakan di Parsi dan India pada abad ke-9. Pada zaman
itu, ahli matematik Al-Khawarizmi telah memperkenalkan kaedah ini dan Fibonacci
membawanya ke Eropah (Thomas & Vicki, 2005). Kaedah ini banyak mendatangkan faedah,
antaranya ialah kekisi yang dibina kelihatan kemas dan teratur. Guru telah menggunakan
kaedah mengambil pendekatan dengan menggunakan Model Penyelidikan Kemmis dan
McTaggart (1988). Model penyelidikan Kemmis dan McTaggart ini mengandungi empat
fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Oleh itu, guru ini telah
mengaplikasi pengajarannya untuk mengatasi masalah ini.

Kaedah Garis Silang (kaedah alternatif) ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah yang
beraras tinggi dan yang beraras rendah. Untuk murid berpencapaian cemerlang dan
sederhana, pengkaji telah mengajar mereka kedua-dua kaedah iaitu kaedah aras tinggi dan
aras rendah yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah ini mempengaruhi prestasi
mereka dan dalam masa yang sama kaedah manakah yang menjadi pilihan mereka.
Manakala untuk murid berpencapaian rendah, pengkaji hanya mengajar satu sahaja iaitu
kaedah garis silang beraras rendah. Dalam laporan ini, pengkaji menggunakan istilah
Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST) dan Kaedah Garis Silang Aras Rendah (GSR).

4
Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST)
Untuk kaedah GST, murid harus menghafal sifir terlebih dahulu kerana prosesnya hampir
sama seperti kaedah tradisional, iaitu mendarab nombor dengan congakkan, tetapi
kaedahnya adalah berbeza.

Langkah-langkah:

 Lukiskan garisan mengikut bilagan digit dengan bersilang membentuk ‘X’.


 Labelkan nilai digit pada setiap garisan yang telah dilukiskan.
 Darabkan nilai digit mengikut titik persilangan. Rajah di bawah mempunyai 4 titik
persilangan. Contoh: 5 X 1 = 5. Maka, nombor yang perlu dituliskan ialah 05.
 Darabkan semua nilai digit pada semua titik persilangan dan isikan jawapan di
ruangan di antara titik persilangan.
 Wujudkan batasan di antara titik persilangan tersebut.

Rajah 4: Langkah-langkah Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST)

Kaedah Garis Silang Aras Rendah (GSR)

Dalam mengajar kaedah GSR ini, terdapat beberapa tahap yang harus dipelajari
oleh murid. Berbeza dengan kaedah GST, GSR ini adalah untuk murid yang tidak tahu sifir
atau dengan erti kata lain tidak tahu cara untuk melakukan proses mendarab. Terdapat 4
tahap dalam kaedah ini iaitu:

Tahap 1 : Pendaraban nombor asas (satu digit dengan satu digit)

Tahap 2 : Pendaraban tanpa pengumpulan semula

Tahap 3 : Pendaraban dengan pengumpulan semula

Tahap 4 : Pendaraban dengan nombor gandaan 10 (10,20,30 dan lain-lain)

5
Contoh : 12 x 23

Rajah 5 : Pendaraban melibatkan tanpa pengumpulan semula

3.1 Keberkesanan Kaedah Garis Silang

Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam
mempelajari pendaraban. Kaedah lattice merupakan satu teknik yang menggunakan petak-
petak atau kekisi untuk mendarab. Teknik ini lebih kepada pengaplikasian teknik pola atau
corak dalam menyelesaikan masalah darab. Melalui penyelidikan tindakan oleh Chan, Y.J.
(2011) menyatakan bahawa kuantiti murid mampu menjawab soalan darab meningkat
setelah menggunakan kaedah Garis Silang atau Lattice ini berbanding bentuk lazim yang
konvensional. Saya berpendapat bahawa Puan Kismini telah mengaplikasi kaedah lattice
yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan murid untuk mencuba dan memahami konsep
mendarab. Sekiranya murid-murid terganggu semasa menjalankan pengiraan, mereka
boleh meneruskan perkembangan pengiraan dengan senang. Susunan kekisi juga
mengizinkan setiap hasil darab disemak. Operasi darab dan tambah boleh diasingkan
dengan jelas, dan perkara ini dapat mengelakkan kekeliruan murid dalam penukaran operasi
yang berterusan, dan ini mengurangkan kadar kesilapan.

6
4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Puan Kismini telah menggunakan papan putih kecil bagi menarik
minat muridnya untuk belajar matematik. Pengajaran Abad Ke-21 yang diaplikasinya amat
berkesan kerana saya mendapati murid aktif menjawab soalan dan hampir keseluruhan
dapat menjawab soalan yang diberikan oleh Puan Kismini dengan betul menggunakan
kaedah Lattice atau kaedah Garis Silang. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini bertujuan
untuk mengkaji sejauh mana Kaedah Lattice diaplikasi di sekolah dan sejauh mana ia dapat
membantu pembelajaran murid-murid dalam kemahiran matematik, khususnya operasi
pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Berdasarkan perbincangan dapatan
kajian dan hasil analisis yang diperolehi, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kaedah
Lattice adalah berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran lazim. Dengan
menggunakan Kaedah Lattice, kesilapan seperti mendarab dan menambah, salah nilai
tempat dapat dielakkan disebabkan nombor-nombor ditulisdalam kekisi yang dibina. Ini jelas
menunjukkan kelebihan kaedah ini berbanding dengan kaedah yang lain.

7
4.0 Rujukan

Amar Sadi. (2007). Misconceptions in Numbers UGRU Journal 5. Retrieved from


http://www/ugru.uaeu.ac.ae/UGRUJournal_files/SR5/MIN.pdf

Barmby, P. (2009). The array representation and primary children's understanding and
reasoning in multiplication. Education Study Mathematics Journal.

Chan, Y.J. (2011). Penggunaan Kotak Ajaib dan "Lattice" Dalam Meningkatkan Penguasaan
Pendaraban Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
amb.Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2011,206-220.

Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide dalam Database ERIC
Digital Dissertations. (Online).

Dossey, J. A., McCrone, S., Giordano, F. R., & Weir, M. D. (2002). Mathematics methods
and modeling for today’s mathematics classroom: A contemporary approach to
teaching grades 7-12. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.

Mook Soon Sang. (1994 ). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman SDN BHD.

Mok, Soon Sang. (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah
Rendah. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Philip, A. (2005). Mengatasi Masalah Mendarab Sebarang Nombor 4 Digit Dengan Nombor

2 Digit. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb Januari 2008.

Razali, F. & Ahmad, N. (2012). Penggunaan Teknik Ziefir Dalam Meningkatkan Kemahiran

Menyelesaikan Soalan Darab Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua Digit Bagi

Murid Tahun 4. Penyelidikan Tindakan PISMP 2012.

Stanley Gawing Jawang. (2006). Masalah Penguasaan Fakta Asas Darab : Seminar

Penyelidikan Pendidikan. Sarawak: Institut Perguruan Rajang.

8
LAMPIRAN

CONTOH LEMBARAN KERJA

9
10
Rajah 6. Cikgu Wan menunjukkan kotak garis silang sambil memberi penerangan

Rajah 7. Murid darjah 5 melukis kotak garis silang sambil membuat lembaran kerja yang
disediakan guru.

Rajah 8. Murid aktif menjawab soalan yang diberikan guru.

11