1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan, tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pembelajaran tentang pembentukan kata dan proses pembinaan ayat. Kami telah diamanahkan untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Tulisan di Institut . Setelah kami selidiki, kami mendapati masih ramai penutur yang kurang peka terhadap sistem tatabahasa Bahasa Melayu yang sudah di kemas kini dari setahun ke setahun. Faktor utama terjadinya kesalahan tatabahasa ini berpunca daripada sikap segelintir para pemimpin negara yang mengambil mudah tentang pertukaran subjek Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris. Ada pepatah Melayu yang perlu kita gunakan sebagai satu panduan untuk memartabatkan institusi dan kedudukan orang Melayu iaitu “takkan Melayu hilang didunia” dan “dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung”. Selain itu, sikap para penutur yang hanya mengambil sikap “bagai melepaskan batuk di tangga” haruslah dijauhi. Kami mendapati pihak institut ini hanya mengambil sikap lepas tangan dan berpegang kepada prinsip “asal siap cukup perlu” perlu dielakkan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bahasa Melayu. Pihak institut perlulah tanda mengambil yang inisiatif untuk menggantikan papan tanda-papan mempunyai kesalahan

tatabahasa supaya para pengunjung yang melawat institut ini tidak terkeliru dengan sistem tatabahasa yang digunakan. Di samping itu, kurangnya pendedahan tentang kepentingan bahasa Melayu juga menyebabkan bahasa Melayu sekarang telah menjadi bahasa rojak. Para pemimpin negara kita sendiri semasa berucap di khalayak ramai tidak menggunakan bahasa Melayu baku menunjukkan betapa rendahnya martabat bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri.

1

2.0

Kesalahan

Tatabahasa

Bahasa

Melayu Dalam

Komunikasi Tulisan Di Institut

Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung antara satu sama lain. Melalui bahasa, kita dapat menyampaikan maksud dan melalui bahasa juga boleh kita memahami maksud sama ada secara lisan atau tulisan. Bahasa juga digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi. Oleh itu, pengguna bahasa harulah cekap menggunakan bahasa agar komunikasi berjalan lancar dan berjaya. Kesalahan tatabahasa yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan menyumbang kepada pencemaran bahasa yang kini semakin berleluasa seperti penggunaan bahasa rojak terutama sekali dalam tulisan. Malah, jika diamati konteks bahasa yang digunakan dalam sering institut ini, banyak kesalahan Melayu yang ialah dapat dikenalpasti ejaan, terutamanya dalam aspek tulisan. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam bahasa kesalahan kesalahan penggunaan kata dan istilah, kesalahan imbuhan, kesalahan pencampuran kod BM-BI, dan kesalahan struktur ayat.

2

Huruf vokal pada suku kata akhir iaitu e pepet-u. pola keenam i-u. penggunaan diftong. Imbuhan dan kata sendi nama. Sebagai bahasa yang pesat berkembang di dunia. Penggunaan bunyibunyi pinjaman ini dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama. maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. 3 . pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi mengelakkan kesalahan ejaan dari terus berlaku. telah menerima sebanyak lapan konsonan Kini bahasa Melayu pinjaman. ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk. dan sh kini telah ditukar menjadi s. pola kelima i-i. kekecualian huruf vokal. d dan sy mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Bunyi-bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman bagi memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. perkataan pinjaman (istilah). dan kepalan u-u. Terdapat beberapa garis panduan yang harus dipatuhi dalam mengeja perkataan. yang kesemuanya terdiri daripada jenis bunyi geseran. bahasa Melayu tidak terkecuali daripada menghadapi arus perubahan. pola keempat e-u. z. pola kedua a-u. pola ketujuh u-i. penggunaan huruf konsonan. Pola pertama ialah pola a-i. Justeru. istilah dan kata majmuk dengan betul meliputi keselarasan vokal. Terdapat lapan pola keselarasan huruf vokal yang telah ditukar dari ejaan lama kepada ejaan baru.1 Kesalahan Ejaan Kesalahan ejaan merupakan perkara yang sangat lazim berlaku dalam sistem penulisan pada masa kini. pola ketiga e-i. Walaupun umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk ujaran.2. dz. Akibat pertembungannya dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. pembinaan dan pengembangan. namun bunyi-bunyi seperti th. dh.

Gambar 2 4 .i. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. perkataan ‘Persukutuan’ sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘Persekutuan’. i. Gambar 1 Lokasi Tarikh Kesalahan ejaan Ejaan yang betul Pintu masuk ke Kafe Mami 8 Februari 2009 Persukutuan Persekutuan Dalam gambar di atas. tidak terdapat kata terbitan ‘persukutuan’ bagi kata akar ‘suku’. perkataan ‘persekutuan’ wujud bagi kata dasar ‘sekutu’ yang membawa maksud penggabungan atau perkongsian. Namun begitu.

Pinang 5 Februari 2009 MAJALLAH-MAJALLAH MAJALAH-MAJALAH 5 .Lokasi Tarikh Kesalahan Pembetulan Perpustakaan IPGM Kampus P.

terdapat beberapa kesalahan bahasa. Perkataan ini sepatutnya dieja sebagai ‘kebersihan’. Hal ini disebabkan oleh penambahan huruf ‘h’ di antara huruf ‘h’ dan huruf ‘a’ dalam perkataan kebersihan. ii.Pinang Kebersihhan Kebersihan Dalam ayat di atas. Namun.Dalam gambar di atas. tiada perkataan yang menggandakan abjad ‘h’ secara berturutan. Namun begitu. ejaan pada plat ini masih salah kerana huruf L ditulis sebanyak dua kali.2 Kesalahan Penggunaan Kata Dan Istilah 6 . Dalam tatabahasa bahasa Melayu. terdapat kesalahan ejaan. huruf H pada kata ganda MAJALLAH-MAJALLA telah tertanggal. Mengikut sistem ejaan baharu bahasa Melayu. kesalahan yang ingin diberi perhatian ialah kesalahan ejaan pada perkataan MAJALLAH-MAJALLAH. Setelah diteliti. 2. Gambar 3 Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa Pembetulan 18 Februari 2009 Perpustakaan IPGM Kampus P. iaitu pada perkataan ‘kebersihhan’. ejaan yang sebetulnya ialah MAJALAH-MAJALAH.

perkataan ‘mendepaninya’ yang digunakan dalam ayat ‘Isu Palestin dan Peranan Mahasiswa dalam mendepaninya’ adalah kurang tepat. Setiap ayat haruslah menggunakan istilah dan kata yang tepat bagi mengelakkan sesuatu kesilapan dalam ayat tersebut. perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih sesuai iaitu ‘menghadapi’. konsep. proses. berusaha tidak mahu 7 . Seharusnya. keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna. Lokasi Pintu masuk ke Kafe Mami Tarikh 7 Februari 2009 Kesalahan kata dan Mendepaninya istilah Pembetulan menghadapinya Dalam gambar di atas.Penggunaan kata dan istilah merupakan perkara yang sangat penting bagi melengkapkan sesuatu ayat. Maksud ‘mendepani’ ialah berada di depan sesuatu.

Gambar 2 Lokasi Tarikh Kesalahan Pembetulan Blok Sains 11 Februari 2009 LAKI-LAKI LELAKI Dalam gambar di atas. apabila bunyi vokal dalam suku 2. iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan. i. Dalam ejaan Melayu baharu. iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. atau bentuk terbitan. perkataan ‘laki-laki’ telah diubah menjadi ‘lelaki’ setelah melalui proses penggandaan separa kata tunggal kata pertama menjadi e pepet. Hal ini kerana perkataan laki-laki merupakan ejaan bahasa Melayu lama.3 Kesalahan Imbuhan Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa 8 . penggunaan perkataan ‘laki-laki’ adalah kurang tepat berbanding ‘lelaki’.ketinggalan atau mendahului membuktikan maksud perkataan ini tidak selari dengan maksud ayatnya.

terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan pada ayat larangan umum ‘DI-LARANG MEROKOK’. apitan. Gambar 1 Lokasi Tarikh Kesalahan Pembetulan Blok Sains 11 Februari 2009 DI-LARANG MEROKOK DILARANG MEROKOK Dalam gambar di atas. sisipan. Tercakup dalam imbuhan ialah bentukbentuk berikut: awalan. morfem kosong dan bentuk fleksi i. Oleh kerana 9 .tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. akhiran.

Pembetulan Sewaktu berada di dalam perpustakaan. Gambar 2 18 Februari 2009 Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa Perpustakaan IPGM Kampus P.dalam ejaan lama digugurkan dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk kata dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. maka penggunaan kata terbitan berawalan didiletakkan di hadapan kata ‘LARANG’. Tanda sempang pada awalan di. tidak boleh berselipar atau berpakaian tidak senonoh dan menjolok 10 mata . Seharusnya ayat di atas ditulis ‘DILARANG MEROKOK’. membawa maksud arahan dan dieja secara rapat dengan kata kerja ‘LARANG’ tanpa menggunakan tanda sempang ‘ – ‘ . para pengguna hendaklah berpakaian kemas. ii. tidak boleh berselipar atau berpakaian tidak senonoh dan menjolok mata. para pengguna hendaklah berpakai kemas.perkataan ‘LARANG’ merupakan kata kerja.Pinang Sewaktu berada didalam perpustakaan .

Namun. kesalahan yang ingin ditekankan di sini ialah kesalahan dari segi penggunaan imbuhan.an menjadi berpakaian. Selain itu kesalahan kedua dalam ayat di atas ialah kesalahan imbuhan iaitu dari kata terbitan berapitan.. Kesalahan tersebut ialah berpakai yang sepatutnya hendaklah ditambah ber-. Perkataan frasa nama untuk ‘didalam’ sepatutnya dijauhkan dengan dalam kerana kata sendi digunakan khusus dihadapan kata nama atau menunjukkan tempat... Gambar 3 11 . iii. Kesalahan kesalahan kata sendi nama pertama dalam ayat di atas ialah iaitu kata sendi nama di-.Terdapat beberapa kesalahan bahasa dalam gambar di atas.

2)buku-buku yang telah dibaca tidak dibenarkan meninggalkannya diatas meja didalam bilik media Pembetulan 1)Majalah.surat khabar dan bahan-bahan rujukan setelah dibaca hendaklah disimpan ditempatnya semula dan tidak dibenarkan bawa keluar dari bilik media.Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa 9 Februari 2009 Pusat Sumber Institut Perguruan Malaysia (cawangan Pulau Pinang) 1)Majalah. surat khabar dan bahan-bahan rujukan setelah dibaca hendaklah disimpan di tempatnya semula dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik media. 12 .

2) buku-buku yang telah dibaca tidak dibenarkan berada di atas meja di dalam bilik media Pembetulan dalam ayat pertama ialah kesalahan penggunaan imbuhan di-. imbuhan di. Dalam Hukum Tatabahasa Bahasa Melayu.contoh kesalahan struktur ayat dalam ayat ini ialah tidak dibenarkan meninggalkannya di atas meja di dalam bilik media.4 Kesalahan Pencampuran Kod BM-BI i.kata meninggalkannya harus digantikan dengan berada. Perkataan ‘tempat’ dalam ayat di atas bukan kata kerja.contoh ayat yang betul ialah buku-buku yang telah dibaca tidak dibenarkan berada di atas meja di dalam bilik media.hanya ditulis rapat dengan pembetulan bagi ayat kedua: kesalahan struktur ayat. Gambar 1 13 . 2.

14 . Namun. Dalam konteks ini. ejaanya sahaja yang berbeza dan dieja beersesuaian dengan sebutan dalam bahasa melayu. terdapat banyak kesalahan tatabahasa seperti kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan ejaan. Namun begitu. Perkataan ‘notice’ dan ‘pantry’ ialah kata serapan yang terhasil daripada proses peminjaman kata daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Inggeris dan dibuat penyesuaian pada bahagian bunyi dan ejaan. kesalahan yang ingin ditekankan di sini ialah kesalahan pencampuran kod BM-BI dalam gambar ini untuk perkataan ’notice’ dalam tajuk ‘notice teguran’ dan perkataan ‘pantry’ dalam arahan ketiga. Keduadua perkataan tersebut seharusnya digantikan dengan perkataan ‘notis’ bagi ‘notice’ dan ‘pantri’ bagi ‘pantry’.Lokasi Tarikh Kesalahan Pembetulan Papan kenyataan Blok Rambai 5 Februari 2009 ‘notice’ dan ‘pantry’ ‘notis’ dan ‘pantri’ Dalam gambar di atas. sebutan bagi perkataan notis dan pantri dalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu adalah sama.

Begitu juga maksudnya di dalam Bahasa Melayu.ii. Gambar 2 Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa Pembetulan 18 Februari 2009 Pusat Sumber Institut (cawangan Pulau Pinang) TRACKSUIT TREK BALAPAN Perguruan Malaysia Dalam ayat di atas. Perkataan ‘tracksuit’ tidak digunakan kerana di dalam 15 . tetapi menggunakan perkataan ‘suit balapan’. ‘Tracksuit’ dalam istilah Bahasa Inggeris bermaksud pakaian atau sut yang dipakai sewaktu melakukan aktiviti sukan atau riadah. kesalahan percampuran perkataan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam perkataan ‘TRACKSUIT’.

Gambar 3 Kesalahan dalam ayat diatas ialah pencampuran kod BM-BI. Oleh itu.ayat yang betul ialah sila gunakan komputer riba 16 . Sila gunakan computer riba (laptop) dibilik media Pembetulan (paras atas ) sahaja.Bahasa Melayu itu sendiri sudah terdapat istilah yang sesuai untuk pakaian sukan. iii. iaitu (laptop). . penggunaan perkataan ‘tracksuit’ tidak boleh diterima. Contoh dalam ayat di atas ialah sila gunakan laptop (Komputer riba).Pembetulan dalam ayat di atas sepatutnya tanda pembuka dan penutup kata harus dibuka dan ditutup dalam pencampuran kod bi Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa 12 Februari 2009 Pusat Sumber Institut Perguruan Malaysia (cawangan Pulau Pinang) Sila gunakan laptop (komputer riba) dibilik media (paras atas ) sahaja.

5 Kesalahan Struktur Ayat i. daripada sudut pandangan orang awam. Istilah 'bahasa rojak' atau 'bahasa pasar' digunakan bagi menggambarkan percampuran kod bahasa berbilang bangsa yang pelbagai atau dalam kata lain.. Dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa. Sebagaimana terkenalnya rojak sebagai makanan kegemaran ramai. Mereka mengaitkan sesuatu yang bercampur aduk itu sebagai rojak kerana kita sudah ketahui rojak itu merupakan makanan daripada bahan-bahan yang bercampur-campur. begitulah terkenalnya 'bahasa rojak' yang sering dipertuturkan oleh pengguna bahasa dan inilah yang sangat dikhuatiri oleh ahli-ahli bahasa kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan negative. bahasa yang difahami oleh masyarakat majmuk dengan perkataan yang ringkas atau slanga bahasa mengikut budaya dan kaum.(laptop ) dibilik media paras atas sahaja. khususnya bahasa Inggeris. 'Bahasa rojak' ini membawa konotasi bahawa sesuatu yang tidak murni walaupun rojak itu sendiri ialah sejenis makanan yang enak dan digemari ramai. 2. disebabkan inilah bahasa yang bercampur aduk itu diistilahkan sebagai 'bahasa rojak'. Gambar 1 17 . Ini kerana 'bahasa rojak' itu mengandungi pencampuran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem atau tidak teratur. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing. sebenarnya tidak pernah ada istilah 'bahasa rojak'.

Perkataan ‘minuman’ bermaksud barang cair yang boleh diminum. apa Menurut yang Kamus boleh Dewan dimakan. mengunyah dan menelan makanan. perkataan Manakala ‘makanan’ sahaja perkataan ‘makan’ pula adalah perbuatan memamah. terdapat kesalahan dalam struktur ayatnya. Dalam ayat ini.Tarikh Tempat Kesalahan tatabahasa Pembetulan 18 Februari 2009 Pusat Sumber Institut Perguruan Malaysia (cawangan Pulau Pinang) Makanan dan minuman. Jelaslah di sini bahawa dengan penambahan imbuhan terhadap sesuatu perkataan boleh menyebabkan maksud dan struktur sesuatu ayat berubah.’ Perkataan ‘Makanan’ dan ‘minuman’ telah ditambah imbuhan akhiran –an yang member maksud lain kepada perkataan adalah tersebut.’ Ayat yang betul adalah ‘Makan dan minum serta membuat bising adalah dilarang sama sekali. 3. membuat bising adalah dilarang sama sekali. iaitu ‘makanan dan minuman. Makan dam minum serta membuat bising adalah dilarang sama sekali. Manakala perkataan ‘minum’ pula bermaksud meneguk atau menelan sesuatu yang cair. membuat bising adalah dilarang sama sekali.0 Punca-Punca Berlakunya Kesalahan Bahasa 18 .

antara faktor-faktor lain ialah sikap individu yang tidak mengambil berat tentang ejaan sama ada kerana malas atau kerana memang sengaja tidak mengambil endah tentang sistem ejaan ini. dialek bahasa pertuturan harian. bahasa daerah dan bahasa pasar juga menyumbang kepada berlakunya kesalahan bahasa seperti ini. Selain itu. faktor pengaruh bahasa ibunda. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai penutur yang paling ramai dalam negara ini. Antara punca-punca berlakunya kesalahan seperti ini ialah sikap sesetengah individu yang kurang mengambil berat akan perkembangan bahasa Melayu dan masih terpengaruh dengan aturan tatabahasa bahasa Melayu lama. kaum Melayu merupakan kaum majoriti dalam negara ini. Menurut Amat Juhari Moain (1987 : 1908). Pelbagai kajian telah dibuat oleh para pakar bahasa untuk mengenal pasti puncapunca berlakunya kesalahan bahasa. Bahasa Melayu juga merupakan salah satu subjek yang wajib diajar di setiap sekolah di Malaysia sama ada sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan. Malah. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa ialah kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kurangnya pengetahuan dalam kalangan masyarakat tentang bentuk yang betul berasaskan perbezaan antara sebutan dan ejaan. pengaruh bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris dan kejahilan serta ketidakfahaman individu terhadap hukum tatabahasa bahasa Melayu turut menyumbang kepada berlakunya kesalahan bahasa atau pencemaran bahasa. masih terdapat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para penutur bahasa ini sama ada dari segi lisan mahupun tulisan.Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Malangnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh 19 . Kesalahan-kesalahan sebegini sering berlaku berikutan lemahnya penguasaan kosa kata bahasa Melayu oleh individu. Selain daripada itu.

nisbah peratusan rendah penggunaan bahasa Melayu standard sebagai bahasa pengantar dalam sesi Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P ) dan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah terutamanya sekolah jenis kebangsaan menjadi antara faktor utama menyumbang kepada kesalahan jenis ini. seperti ini juga turut berpunca daripada kurangnya penggunaan bahasa Melayu baku sebagai sebagai bahasa pertuturan 4. Kesalahan seharian.0 Cara-Cara Mengatasi Kesalahan Bahasa 20 .ahli bahasa sejak berpuluh tahun dahulu.

Oleh hal yang demikian. Dalam menangani masalah ini. Contohnya menyediakan satu ruangan khas yang menganalisis kesalahan ejaan bahasa Melayu agar kesalahan-kesalahan seperti ini dapat dibendung pada masa depan. Selain itu. para guru terutamanya haruslah sentiasa menggalakkan penggunaan Kamus Dewan dan Kamus Tatabahasa Dewan secara maksimum dalam kalangan para pelajar supaya kata atau istilah yang akan digunakan sesuai dengan konteks ayat yang ingin ditulis. Salah satu langkah terbaik yang dapat diambil ialah menggunakan media cetak sebagai saluran untuk memperkaya dan memperbaiki penguasaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam konteks ini.Bahasa melambangkan bangsa. penggunaan Kamus Dewan atau bahan-bahan ilmiah yang lain sebagai bahan rujukan utama adalah amat penting untuk memastikan seseorang individu itu dapat menggunakan perkataan yang sesuai selari dengan idea yang ingin disampaikan. Bahasa Melayu bukan sahaja melambangkan bangsa Melayu malah turut melambangkan kedaulatan negara yang mengiktiraf bahassa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. peranan ketua atau penyelia iaitu 21 . langkah segera perlu diambil untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa seterusnya memelihara kedaulatan bahasa Melayu di negara ini. ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak mereka dengan menyediakan bahan bacaan ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu standard agar perbendaharaan kata bahasa Melayu mereka lebih mantap. Dalam menangani masalah ini. Salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah pemantauan berterusan oleh pihak yang berkenaan seperti pensyarahpensyarah di institut ini dan para guru pelatih untuk mengenal pasti papan tanda-papan tanda di sekitar institut yang mempunyai kesalahan sebegini seterusnya menggantikannya dengan yang baharu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang betul.

para warden dan para pensyarah adalah amat penting untuk menyemak setiap surat atau penyataan dengan teliti agar kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan surat-surat rasmi dapat diatasi dengan lebih berkesan. Dalam mengatasi masalah pencemaran bahasa ini. malangnya. tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranan guru amatlah penting untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu standard dalam sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) supaya para pelajar lebih terdedah kepada penggunaan struktur ayat bahasa Melayu yang betul. kami dapat simpulkan bahawa walaupun sudah bertaraf institut. 5.0 Kesimpulan Hasil daripada kajian yang kami lakukan. masih juga 22 .

Janganlah kita berbangga dan berpuas hati dengan pencapaian bahasa Melayu setakat ini kerana masih banyak yang harus diperbaiki. Aspek-aspek inilah yang patut diperhatikan dan dihuraikan bersama. Tahap penguasaan bahasa yang begitu rendah sehingga ada di antara kita yang tidak dapat menyatakan maksud atau perkara yang mudah sekalipun. menjelang tercapainya cita-cita untuk meletakkan bahasa Melayu pada tahap yng diimpikan.terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa Melayu. tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain. bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu. Adanya masalah yang dibentangkan menunjukkan dengan nyata betapa lemahnya penguasaan bahasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. 6. Di samping itu. kami juga dapat mempelajari dan memahami serta menyedari kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang sering kami lakukan. masih banyak yang perlu diperbetulkan dan diselesaikan. kami juga dapat melihat situasi sebenar kedudukan bahasa Melayu di dalam hati warganegara Malaysia yang tidak menitikberatkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh itu.0 Refleksi Pada 3 Februari 2009 kumpulan kami telah diberikan tugasan yang bertajuk Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Tulisan di Institut bagi mata pelajaran Bahasa Melayu 23 . Malah.

kami juga perlu menangkap gambar sekurang-kurangnya sekeping gambar untuk setiap kesalahan bagi lima aspek yang dinyatakan dalam kertas tugasan sebagai bukti bergambar. kemahiran mengumpul maklumat dan bahan. 24 . Puan Noraisikin. Selain itu. pencampuran kod BM-BI serta struktur ayat di sekitar kawasan institut sahaja. penguasaan ilmu. menyatakan tempat bukti kesalahan bahasa ditemui dan punca-punca berlakunya kesalahan tersebut serta cara-cara bagi mengatasinya.Kontekstual. Tempoh masa tugasan yang diperuntukkan kepada kami agak singkat iaitu selama dua minggu sahaja. imbuhan. membetulkan kesalahan tersebut. Namun. atas belas ihsan pensyarah kami. Tugasan ini memerlukan kami mencari kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari sudut ejaan. kerjasama serta tanggungjawab setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang amat penting dalam menyiapkan tugasan ini. Kemahiran komunikasi yang mantap dan berkesan. penggunaan kata dan istilah. Kami juga perlu menyatakan bentuk kesalahan bahasa yang dilakukan pada gambar tersebut. tarikh serahan dilanjutkan selama satu minggu lagi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful