You are on page 1of 8

BAB 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN

TEKNOLOGI

Definisi

1. Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara


terancang untuk menghasilkan produk baru yang memberi impak
kepada kehidupan manusia.

2. Teknologi iala pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan


menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga, atau
sistem yang memudahkan kehidupan manusia.

3. Reka bentuk dan teknologi ialah gabungan pengetahuan dan


pengaplikasian sains dan matematik untuk memudahkan kehidupan
manusia.

Bidang reka bentuk

1. Reka bentuk konkrit ialah produk yang dapat dilihat dan dipegang
(contohnya, bidang pembuatan, mekanikal, elektrikal, elektronik,
fertigasi, dan fesyen).

2. Reka bentuk abstrak ialah produk yang dapat dilihat secara fizikal
(contohnya, bidang perkhidmatan dan komunikasi).

3. Produk yang dihasilkan adalah hasil kreativiti sendiri atau secara


inovasi.

Elemen reka bentuk

1. Elemen reka bentuk bertujuan untuk membolehkan idea rekaan


disampaikan secara jelas kepada orang lain.
Tekstur
atau
jalinan

Garisan Rupa

ELEMEN
REKA
Ruang BENTUK Bentuk

Warna Saiz

Pinsip reka bentuk

1. Prinsip reka bentuk ialah konsep atu aturan yang digunakan


pada elemen reka bentuk bagi memudahlan pembinaan
sesuatu produk dengan hasil yang menarik dan selesa.
Keringkasan

Keseimbangan Kesatuan

PRINSIP
REKA
BENTUK
Pengulangan Kepelbagaian

Kontras Harmoni

Kriteria reka bentuk

1. Kriteria reka bentuk digunakan untuk menentukan nilai


sesuatu rekaan.

2. Lakaran objek asas apat dibina dengan mengenal pasti


kriteria-kriteria yang berikut:

Kreativiti - idea baru atau idea yang dapat memperbaiki fungsi


produk sedia ada.

Ergonomik - ciri keselesaan berkaitan dengan tubuh badan


pengguna.

Keaslian reka bentuk - tidak meniru produk sedia ada di


pasaran.

Kualiti dan kebolehpasaran - barang yang berkualiti dan


mendapat sambutan pengguna.

Kecenderungan inovas - menjadikan produk baharu lebih baik


dan berdaya saing.

Pembinaan Objek

1. Pembinaan objek asas merupakan langkah awal untuk


menghasilkan idea reka bentuk.

2. Pembinaan objek asas reka bentuk dilakukan dengan


menggabungkan bentuk asas reka yang mengaplikaskan
elemen dan prinsip reka bentuk.
Teknik pembiaan objek Contoh pembinaan

Pembenaman - sesuatu objek


dimasukkan kedalam objek
yang lain untuk menghasilkan
objek baru.

Pembuangan - Contohnya
membuang bahagian yang
tidak dkehendaki pada bentuk
segi empat.

Penyatuan - mencantumkan
satu objek asas yang lain.

Peleraian - satu bentuk ass


geometri dileraikan dari
sesuatu objek asas.
Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1. Kepentingan reka bentuk dapat dilihat pada pelbagai bidang


seperti pembinaan, perubatan, kejuruteraan, komunikasi,
pengangkutan, dan sebagainya.

2. Kepentingn reka bentuk dan teknologi termasuklah:

(a) Memupuk semangat nilai invensi, inovasi, dan kreatif;

(b) Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden;

(c) Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan;

(d) Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian;

(e) Memenuhi kehendak individu dan masyarakat;

(f) Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains, dan


perniagaan.
Peranan Reka Bentuk

1. Individu - memberikan kebebasan memilih kepada


pengguna yang lebih kreatif dan memudahkan tugas
pengguna dan menerima manfaat daripada sumber alam,
menggunakan sumber alam secara optima, memupuk sikap
bersyukur, menghasilkan reka bentuk yang serba boleh.

2. Masyarakat - pemeliharaan hak etika sosial, perlindungan


etika berbudaya, kelahiran idea estetika, kelahiran
masyarakat yang kreatif menggunakan sumer alam, dan
pembentukan masyaakat yang berdaya maju.

3. Pengeluar dan negara - pengeluaran produk berjenama


negara, perlindungan hak cipta rakyat penigkatan
pendapatan negara, menjadi aset negara, penjagaan
maruah dan keselamatan negara, dan menjadi penanda aras
negara maju.
Etika Reka Bentuk

1. Etika reka bentuk ialah nilai murni yang menjadi pegangan


dan amalan seorang pereka bentuk.

2. Etika reka bentuk ialah keaslian, jujur, bermanfaat, mesra


alam, dan selamat digunakan.

3. Harta intelek merupakan sistem perlindungan yang


memberikan hak kepada pemiliknya utuk mengawal haknya
seperti hak membuat, mengguna, mengedar, menjual, dan
mengimport.

4. Cap dagangan, hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian


merupakan hak intelek yang dilindungi di bawah
undang-undang Malaysia.

5. Invensi ialah kaedah dan proses mewujudkan produk atau


perkhimatan baru.

6. Inovasi ialah proses pengubahsuaian atau penambahbaikan


terhadap produk sedia ada.