You are on page 1of 3

STUDENTS’ UNION

Kesatuan Pelajar, atau lebih dipopularkan sebagai Students’ Union, adalah sebahagian daripada
aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap perjalanan reformasi institusi pendidikan
tinggi. Selain pemansuhan AUKU, pengembalian kuasa pelajar untuk menguruskan Pilihan Raya
Kampus mereka sendiri, serta pengembalian hak kebebasan bersuara dan kebebasan pelajar untuk
menyertai mana-mana parti politik, mewarnakan kehidupan aktivisme mahasiswa melalui
penubuhan Kesatuan Pelajar juga merupakan aspirasi yang sangat penting untuk dilaksanakan.

Universiti Tun Hussein onn Malaysia merupakan sebuah university ternama dan terkenal
di kalangan universiti di luar sana. Maka dengan itu, ayuh kita lakukan perubahan reformasi demi
menjaga kebajikan pelajar. Berlandaskan perlaksanaan Student’s Union ini merupakan satu aspek
yang perlu dipertengahkan kerana perkara inilah menjadi satu platform utama untuk
membangkitkan semangat suara perubahan. Dalam menyempurnakan perkara ini, saya akan
membentang beberapa perkara yang boleh dijadikan sebagai platform utama dalam Student Union.

Pertama, Kesatuan Pelajar ini penting sebagai nadi ekosistem universiti bagi melahirkan
graduan yang dewasa, matang, berdikari, dan yang paling penting, bersedia untuk mengemudi
perubahan. Students’ Union ini mempunyai persepsi yang berbeza di Amerika Syarikat dengan
mendefinisikannya sebagai “a building at a college or university that is used for students' social
activities.” Berbeza dengan definisi di British dengan menganggap ianya sebagai “an association
of students at a college or university”. Perkara ini dapat dilihat melalui awalan pembentukan
organisasi. Mekanisme yang sesuai adalah pembentukan organisasi ini perlulah mempunyai kasta
atau peringkat jawatankuasa seperti yang sedia ada. Malah boleh ditambah baik melalui
penambahan exco-exco yang lebih cenderung kepada aktivitisme pelajar. Kebarangkalian
perlantikan jawatankuasa parlimen dua hala atau majlis parlimen universiti selatan. Perkara ini
jika dipertengahkan pasti akan menarik perhatian seluruh warga kampus di kawasan selatan untuk
turut serta.
Kedua, walau bagaimanapun ia bermula daripada pokok pangkal yang sama; iaitu idea
aktivisme pelajar yang diangkat dan diiktiraf sebagai pemegang taruh dan pembuat polisi daripada
sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kemeriahan terma “Students’ Union” ini
menunjukkan bahawa kehidupan pelajar di universiti tidak sepatutnya hanya terpenjara di sekitar
sijil, pointer, tugasan, atau apa yang disebut sebagai 3K: kuliah, kafe dan katil. Dalam hal ini kita
merujuk pula kepada syarat-syarat perlantikan organisasi yang lebih spesifikasi di mana, kita harus
melihat bukan sekadar aktif dalam aktivitisme malah dalam bidang akademik. Perkara ini harus
dipandang serius kerana pengimbangan dua perkara ini adalah penting bagi menjaga reputasi
sesuatu organisasi. Perkara ini adalah untuk memastikan tidak ada timbul persoalan pihak lain
untuk jadikan idola mereka. Antara syarat-syaratnya seperti, memastikan pointer setiap tahun
harus mencapai 3.5 dan ke atas, wajib melibatkan diri dalam program mahasiswa, program fakulti
dan program kolej kediaman.

Kehidupan universiti ialah kehidupan yang real; bukan sebuah program latihan empat atau
tiga tahun dan bukan sebuah kursus tertentu yang hasilnya ialah sekeping sijil dengan keputusan
yang cemerlang. Kehidupan di universiti ialah kehidupan untuk memimpin perubahan dalam skala
yang lebih besar. Perkara ini kita merujuk kepada status ketiga iaitu naungan organisasi. Dalam
perkara ini, saya mengharapkan badan organisasi diberi penuh kuasa kepada pentadbiran pelajar.
Kewangan pula harus di pegang oleh bendahari pelajar yang dikhaskan untuk aktiviti-aktiviti
pelajar. Seperti contoh kolej kediaman, duit yang diturunkan daripada pentadbiran universiti harus
terus kepada akaun bendahari kehormat pengurusan kolej kediaman. Dan kelulusan terus melalui
pengetua setiap kolej kediaman dan tidak perlu melalui 2 fasa kerana mengambil masa yang lama,
melainkan program tersebut memerlukan budget yang sangat besar melebihi 10 ribu dan keatas.
Pelajar-pelajar universiti mesti berfikir lebih jauh; mengangkat isu-isu yang besar dan
mustahak dan menjadi sektor penting kepada perubahan polisi. Dan keempat, dokumentasi yang
lengkap mengikut penyelarasan yang disediakan. Ini akan dikeluarkan oleh pihak kesatuan pelajar
sendiri. Selain itu, harus dijadikan dokumentasi tersebut lebih ringkas dan padat. Hanya perlukan
isi dokumentasi yang penting sahaja seperti kertas kerja dan laporan yang lebih ringkas dan mudah
difahami. Idea Kesatuan Pelajar ini tidaklah harus disalin secara bulat-bulat dari mana-mana;
cukup sahaja ia menjadi bimbingan, aspirasi dan wadah untuk dimanfaatkan. Setiap universiti
mempunyai citra mereka tersendiri dalam membentuk nilai aktivisme pelajar dan Kesatuan Pelajar
yang wujud mesti selari dengan identiti setiap universiti.