You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga saya lafazkan ke hadrat Allah S.W.T.

kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, saya telah berjaya menamatkan Latihan Industri

selama 8 minggu bermula pada 3 Mei 2010 hingga 25 Jun 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah

Kerian, Parit Buntar, Perak. Segala pujian bagi Allah S.W.T. kerana memberi keizinan kepada

saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini dengan sebaiknya.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada pihak pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian terutama Tuan Haji Mat

Lazim bin Idris selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kerian kerana sudi menerima kehadiran saya

sebagai pelatih di agensi ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Mohd.

Yusof bin Yahya selaku pegawai bertanggungjawab dan penyelia sepanjang saya menjalani

latihan industri di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Tidak lupa juga kepada semua warga

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian dan rakan-rakan pelatih yang banyak memberi tunjuk ajar,

bimbingan serta bantuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang tempoh

latihan saya di agensi ini. Segala ilmu yang kalian kongsikan amat saya hargai.

Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada pihak pengurusan Unit Pendidikan Luar dan

Latihan Industri, Fakulti Ekologi Manusia, terutama kepada Dr. Amaludin bin Ab. Rahman dan

Cik Nurul Aida Nazieli Sabtu atas bantuan dan penerangan sebelum saya berada dalam

tempoh latihan industri ini. Tidak dilupakan juga, penghargaan ini saya tujukan kepada kedua

ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi sokongan, nasihat dan bantuan terutama dari segi

kewangan sepanjang saya menjalani latihan industri ini.

1
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latihan Industri

Latihan Praktik Luar Kampus (LPLK) atau Latihan Industri merupakan salah satu syarat

yang perlu dipenuhi bagi pelajar yang mengikuti program Diploma Pembangunan Manusia dan

program Bacelor di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia untuk bergraduat.

Namun, Latihan Industri dikecualikan bagi pelajar Bacelor Muzik. Latihan Industri ini

merangkumi Latihan Praktik (LP) dan Latihan Praktik Luar Kampus (LPLK). Pelajar program

Diploma Pembangunan Manusia perlu menjalani Latihan Praktik selama lima (5) minggu,

manakala bagi pelajar program Bacelor pula perlu menjalani Latihan Praktik dan Latihan Praktik

Luar Kampus masing-masing selama dua (2) dan lapan (8) minggu.

Objektif atau tujuan utama Latihan Industri ini adalah untuk memberi pendedahan

kepada para pelajar mengenai agensi yang berkaitan dengan program yang diambil. Selain itu,

Latihan Industri ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan segala teori

dengan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian di universiti. Agensi yang dipilih adalah

berdasarkan minat pelajar dengan persetujuan pihak fakulti. Para pelajar juga dapat

didedahkan kepada situasi atau alam pekerjaan yang sebenar serta dilatih untuk berkomunikasi

dengan berkesan dan bergaul dengan para pekerja melalui latihan industri ini.

1.2 Pejabat Pelajaran Daerah

Sejarah penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah bermula pada awal tahun 1960 yang

ketika itu dikenali sebagai Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan merupakan

satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada ketika itu,

jawatan Pegawai Pelajaran merangkap Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah dikenali sebagai

2
Pegawai Pengelola Sekolah dan mempunyai beberapa pegawai pembantu yang disebut

sebagai Penolong Pengelola.

Antara tahun 1980-an hingga tahun 1995, penstrukturan semula Pejabat Pelajaran

Daerah telah dilakukan sebanyak dua kali. Penstrukturan semula buat pertama kali telah

dilakukan pada tahun 1982 yang melibatkan perubahan beberapa jawatan. Dalam

penstrukturan semula ini, Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah

dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah), seorang

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dan dua orang Penyelia (Menengah dan

Rendah). Penstrukturan semula kali kedua pula telah dilakukan pada tahun 1995 yang

melibatkan penubuhan tiga unit untuk membantu dan melicinkan pentadbiran Pejabat Pelajaran

Daerah. Tiga unit tersebut ialah Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik, dan Unit

Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Oleh yang demikian,

Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

mengikut unit pengurusan berkenaan. Manakala, jawatan Penolong Pegawai Pendidikan

Daerah (Rendah) pula dikekalkan.

2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Struktur organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia telah berubah seiring dengan

tindakan kerajaan yang telah menjalankan reformasi pendidikan. Pejabat Pelajaran Daerah

Kerian ditubuhkan pada 1 Jun 1982, serentak dengan penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah/

Pejabat Pendidikan Daerah Bahagian di seluruh Negara. Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

terletak di Bandar Parit Buntar yang juga merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Kerian dan

3
ditempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Parit Buntar (kini Sekolah Kebangsaan

Seri Kerian).

Pada awalnya, pejabat ini mempunyai enam orang pegawai dan lima orang kaki tangan

sokongan. Namun begitu, menyedari tanggungjawab yang bertambah di pejabat ini dari semasa

ke semasa, jumlah pegawai telah bertambah menjadi 16 orang dan kaki tangan sokongan pula

bertambah menjadi 7 orang.

Pengubahsuaian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah dilakukan beberapa

kali bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan pengisian para pegawai dan kaki tangan

sokongan di pejabat ini. Sejak ditubuhkan hingga kini, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah

mengalami pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah Kerian seramai 13 orang pegawai, dan

Pegawai Pelajaran Daerah Kerian yang terkini ialah Tuan Haji Mat Lazim bin Idris yang telah

memulakan tugas beliau di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian pada 1 April 2010.

Sebanyak 92 buah sekolah dikelola dan diselia oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

dengan 42 buah Sekolah Kebangsaan (SK), 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), 14

buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK),

sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 6 buah Sekolah Menengah Agama

Bantuan Kerajaan (SMABK) dan 2 buah Sekolah Kebangsaan Agama Bantuan Kerajaan

(SKABK). Kini, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ditempatkan di dua blok bangunan yang

terletak di Kompleks Sekolah Wawasan, Pekan Baru, Parit Buntar.

2.2 Visi & Misi

“Bersama menjadikan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian Peneraju Kecemerlangan Pendidikan”

Visi seperti yang tertera di atas memberi maksud bahawa Pejabat Pelajaran Daerah

Kerian sentiasa cuba melayangkan inovasi dan kreativiti dalam bidang pendidikan dan

4
perkembangan ICT ke angkasa raya yang boleh dicapai dengan melayari laman web

http://www.ppdkerian.com/ sebagai satu sumbangan kecil warga pendidikan Kerian dalam

usaha mengptimakan dan meningkatkan keberkesanan peranan ICT dalam perkembangan

pendidikan Kerian khasnya dan Perak amnya untuk mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia.

Untuk merealisasikan Visi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, kami sebagai warga

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian akan:-

 Sentiasa bersama memacu dengan penuh iltizam untuk menjana kepimpinan

pendidikan yang efisyen berteraskan nilai-nilai harmoni.

 Kepimpinan dalam pengurusan pentadbiran pendidikan dilaksanakan dengan penuh

tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan melalui prinsip-prinsip berikut:-

 Kepatuhan kepada pekeliling dan prosedur.

 Ketelusan dan ketulusan.

 Akses data dan maklumat dengan cekap dan tepat berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi.

 Jaminan kualiti sebagai teras budaya kerja cemerlang.

 Kepakaran terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan semasa.

 Bertindak dengan cepat dan betul dengan cabaran semasa.

 Kemajuan kerjaya diri yang relevan dengan tugas.

 Pemikiran idea dan disusuli dengan tindakan serta hasil yang melepasi sasaran.

 Memenuhi harapan pelanggan.

5
 Permuafakatan yang jujur dan ikhlas.

 Menghormati kewibawaan kepimpinan sekolah.

 Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.

 Amalan sikap terpuji dan sahsiah mulia.

 Usaha penambahbaikan yang berterusan.

2.3 Objektif Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

Penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian adalah berdasarkan objektif-objektif

berikut:-

 Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah kerian demi

meningkatkan prestasi sejolah-sekolah kea rah pendidikan bermutu selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan

mengambilkira kebitaran sekolah-sekolah;

 Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf, Perkembangan

Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum;

 Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-

kelemahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah;

 Memimpin sekolah mengnalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam

konteks konsep pendidikan seumur hidup;

 Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan serta sensitif

kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi Negara;

6
 Mewujudkan satu bank data yang dikemaskini demi untuk pengurusan sumber yang

berkesan;

 Membantu Jabatan Pendidikan Negeri Perak merancang dan melaksanakan projek

pembangunan urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan;

 Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan

masyarakat, PIBG, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta

Pejabat-Pejabat Kerajaan;

 Memimpin sekolah memainkan peranan yang berkesan sebagai sumber rujukan

masyarakat tempatan;

 Memimpin sekolah-sekolah melaksanakan dan menjayakan semua Projek Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Perak;

 Membantu sekolah mengadakan program khidmat kesihatan dan keselamatan;

 Membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam hal-hal perkhidmatan dan

pengawalan tatatertib guru, murid-murid dan pekerja sekolah dengan tujuan

meningkatkan prestasi kerja; dan

 Memimpin sekolah supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat sekolah yang

bersatu padu, mempunyai disiplin diri, berakhlak mulia, berkeyakinan diri dan dapat

menyesuaikan dengan perubahan serta cabaran-cabaran dan setia kepada agama,

bangsa dan Negara serta mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

7
3.0 MATLAMAT LATIHAN

3.1 Memberi kefahaman kepada pelajar tentang organisasi

Melalui program Latihan Industri, para pelajar akan dapat meluaskan pandangan

mengenai cara dan situasi alam pekerjaan yang sebenarnya. Para pelajar akan lebih mudah

menyesuaikan diri apabila melangkah ke alam pekerjaan setelah bergraduat kelak. Graduan

akan mempunyai satu kelebihan dalam persaingan merebut peluang-peluang pekerjaan yang

terbuka kerana mereka mempunyai pengalaman, pengetahuan dan cara pengurusan organisasi

yang sebenar hasil daripada latihan industri yang telah dijalankan.

3.2 Memberi pendedahan tentang operasi sesebuah organisasi

Pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi dalam tempoh latihan industri ini

seperti kerja-kerja rutin pejabat, cara berkomunikasi dan lain-lain lagi dapat membantu para

pelajar setelah bekerja kelak.

3.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari

di universiti.

Semasa tempoh pembelajaran di universiti, para pelajar diajar mengenai sesuatu subjek

secara teori dan praktikal. Namun begitu, tidak semua subjek diajar secara praktikal. Melalui

Latihan Industri yang dijalankan, pelajar dapat mengaplikasikan segala teori yang telah

dipelajari secara praktikal. Ini dapat menilai keupayaan serta kebolehan diri pelajar dalam

pelbagai tugasan untuk mempelajari dan juga berkongsi serba sedikit pengetahuan bersama

rakan-rakan lain.

8
3.4 Mendedahkan pelajar kepada budaya korporat di tempat kerja

Latihan Industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari budaya

korporat yang diamalkan dalam alam pekerjaan. Antara budaya korporat tersebut ialah cara

berkomunikasi sesama rakan sekerja dan juga cara berpakaian. Oleh itu, para pelajar akan

lebih bersedia dan memantapkan diri dengan keperluan-keperluan korporat alam pekerjaan.

3.5 Mengeratkan hubungan fakulti dan agensi

Para pelajar perlulah sentiasa menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan kelakuan yang

benar-benar melambangkan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sama ada di

tempat latihan atau di luar tempat latihan. Melalui Latihan Industri yang dijalankan, para pelajar

digalakkan untuk menjadi duta Fakulti Ekologi Manusia serta mengeratkan hubungan antara

fakulti dan agensi.

4.0 HASIL DAN PENGALAMAN

Sepanjang menjalani Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian (PPD), banyak

perkara yang telah dipelajari dan banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi, selari

dengan matlamat Latihan Industri yang telah ditetapkan. Selama 8 minggu saya menjalani

Latihan Industri, saya telah diberi pengalaman untuk bekerja di dua buah unit, iaitu Unit

Pentadbiran dan Perkhidmatan, serta Unit Kaunseling. Saya telah mengklasifikasikan segala

hasil dan pengalaman yang diperolehi mengikut beberapa tema yang bersesuaian.

4.1 Kemahiran Pengurusan Pejabat


9
Kemahiran pengurusan pejabat merupakan salah satu aspek yang penting dalam setiap

jenis pekerjaan. Aspek ini penting kerana berupaya mempengaruhi cara kerja setiap individu

dan membantu dalam melicinkan perjalanan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, melalui sistem

failing, setiap surat atau data yang diterima atau yang dikeluarkan perlulah dicatatkan dalam

Kertas Minit. Hal ini akan memudahkan pencarian sesuatu data atau surat di dalam fail.

4.2 Disiplin

Aspek disiplin merupakan sesuatu yang sangat diberi penekanan di alam pekerjaan.

Aspek disiplin merangkumi beberapa elemen, antaranya dari segi masa dan cara berpakaian.

Sepanjang menjalani Latihan Industri, saya perlu mematuhi masa bekerja seperti kakitangan

yang lain yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Setiap kakitangan diwajibkan

menggunakan kad perakam waktu (punch card) untuk merekodkan masa masuk dan masa

keluar setiap hari. Bagi pelajar praktikal pula, saya dikehendaki merekodkan masa masuk dan

masa keluar di dalam sebuah buku yang telah dikhaskan. Perkara ini menjadikan saya lebih

berdisiplin terhadap masa dan lebih menghargai masa. Selain itu, dari segi cara berpakaian

pula, setiap kakitangan perlu berpakaian kemas mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.3 Komunikasi

Salah satu elemen yang terdapat dalam Kemahiran Insaniah (KI) ialah elemen

komunikasi. Komunikasi amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, termasuklah dalam

alam pekerjaan yang dapat mempengaruhi hubungan silaturrahim antara rakan sekerja dan

juga pegawai. Sepanjang menjalani Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, saya

telah mempelajari cara berkomunikasi dengan cara yang berhemah sama ada terhadap

kakitangan sokongan mahupun pegawai. Saya dapati hubungan antara kakitangan sokongan

dan juga pegawai atasan amat baik dan rapat. Pada awalnya, saya agak kekok untuk bergaul

dan berkomunikasi terhadap mereka, namun sikap setiap kakitangan yang begitu ramah sejak
10
hari pertama saya melaporkan diri lagi telah mendorong dan membantu saya untuk

menyesuaikan diri dengan suasana di alam pekerjaan. Melalui pemerhatian dan pengalaman,

saya dapati setiap warga di Pejabat pelajaran Daerah Kerian ini mempunyai hubungan yang

baik dengan pelanggan, Saya juga telah diberi beberapa peluang untuk melayan pelanggan

yang kebanyakannya terdiri daripada pembantu tadbir sekolah dan juga guru, sama ada melalui

panggilan telefon atau secara bersemuka. Perkara ini dapat membantu saya untuk

meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri saya.

4.4 Etika Kerja

Etika kerja juga merupakan salah satu aspek yang penting di alam pekerjaan. Etika

kerja ini termasuklah tingkah laku serta cara kita bekerja. Etika kerja penting kerana ia

merupakan sesuatu yang dapat dilihat secara zahir dan boleh mempengaruhi persepsi

seseorang yang melihat. Semasa menjalani Latihan Industri, saya telah ditugaskan untuk

membuat beberapa laporan dan analisis mengenai salah satu kursus dan kajian yang telah

dijalankan di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Antaranya ialah Kursus Coaching & Mentoring

anjuran Institut Aminuddin Baki yang telah diadakan pada 11 hingga 13 Mei 2010 dan analisis

Kajian Berhubung Isu Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Setiap tugasan yang diberikan

mempunyai tempoh masa tertentu untuk disiapkan. Dalam tempoh tersebut, saya telah

bertanya sebanyak mungkin dan seteliti mungkin mengenai segala perkara yang berkaitan

dengan tugasan yang tidak saya fahami untuk menghasilkan tugasan yang memuaskan.

Kemampuan saya untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan juga merupakan

etika kerja yang perlu dipatuhi. Saya telah berusaha untuk membuat tugasan yang diberikan

sebaik mungkin walaupun terdapat tugasan yang tidak dapat saya siapkan dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

4.5 Kerja Berpasukan

11
Antara pengalaman yang turut saya perolehi sepanjang menjalani Latihan Industri di

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian ialah kerja berpasukan. Kerja berpasukan amat penting di

alam pekerjaan kerana dengan mengamalkan kerja berpasukan, setiap pekerjaan akan menjadi

mudah. Semasa menjalani Latihan Industri, saya terlibat sebagai urusetia dalam beberapa

kursus yang dijalankan di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Semasa menjadi urusetia,saya

telah bekerjasama dengan urusetia lain untuk membuat beberapa persiapan untuk keperluan

kursus seperti persiapan tempat dan PA system. Kerja yang dilakukan secara beramai-ramai

dan penuh dengan semangat kerjasama ternyata mendatangkan hasil yang memuaskan dan

dapat disiapkan dalam masa yang diperlukan.

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Setelah menjalani Latihan Industri di sini, terdapat beberapa cadangan yang ingin saya

kemukakan kepada pihak agensi. Antara cadangan saya ialah mengenai penggunaan sistem

software komputer yang perlu ditingkatkan terutama dari segi perisian Microsoft seperti

Microsoft Word, Microsoft Excell dan Microsoft Power Point selari dengan kemajuan teknologi

Microsoft yang telah ada sekarang supaya tidak ketinggalan zaman.

Selain itu, saya ingin mencadangkan agar setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah

Kerian menyediakan satu jadual perancangan tugas yang teratur untuk memudahkan proses

pembelajaran para pelatih yang akan menjalani Latihan Industri di sana kelak. Perkara ini

adalah untuk memudahkan para pelatih merancang masa serta mengetahui tugas-tugas yang

patut dilakukan oleh para pelatih supaya tidak timbul sebarang masalah ketiadaan kerja atau

kekalutan dalam melaksanakan sebarang tugasan yang diberikan.

Selain itu, semangat kerjasama dan hubungan silaturrahim yang rapat antara

kakitangan yang telah wujud perlulah diteruskan supaya ia menghasilkan budaya kerja yang

12
harmoni serta berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Di sini, saya

juga menyarankan agar layanan mesra yang diberikan kepada pelanggan diteruskan kerana ia

dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dengan pelanggan serta dapat menjaga

hubungan baik antara pelanggan seterusnya mampu meningkatkan reputasi dan prestasi

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.

Sebagai kesimpulan, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menamatkan

Latihan Industri di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian dengan jayanya tanpa timbul

sebarang masalah yang tidak dingini. Semasa menjalani Latihan Industri, saya berasa

amat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh kakitangan agensi.

Dalam pada masa yang sama juga, saya berterima kasih kepada kakitangan

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian yang telah banyak membantu saya mengenai selok-

belok kerja di agensi serta tidak dilupakan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

rakan-rakan pelatih yang lain yang telah banyak membantu saya.

13
LAMPIRAN

14

You might also like