You are on page 1of 7

HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah
1. Salah satu daripada Teori Pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam
Pendidikan ialah Teori Konstruktivisme.

Jelaskan EMPAT cara bagaimana Seni dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan
Teori konstruktivisme.
(4)

2. Peranan seorang guru di dalam bilik darjah amat penting untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berkesan serta menyeronokkan.

Jelaskan EMPAT peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang guru untuk
mewujudkan kesedaran kendiri yang positif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(4)

3. Konsep penggabungjalinan di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni dalam


Pendidikan menekankan kepada kesepaduan unsur-unsur seni dalam mata
pelajaran lain secara merentas kurikulum.

Bincangkan EMPAT kebaikan penggabungjalinan di dalam pengajaran dan


pembelajaran Seni dalam Pendidikan.
(4)

1…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

4. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara
terkawal atau bebas.

Huraikan EMPAT cara bagaimana sesuatu corak itu biasa boleh didapati.
(4)
5. Jelaskan EMPAT cara bagaimana sesuatu jalinan boleh dihasilkan.
(4)
(Jumlah: 20)

2…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Salah satu daripada teori pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam
Pendidikan ialah Teori Pembelajaran Sosial. Teori Pembelajaran Sosial
menegaskan bahawa pembelajaran banyak terhasil daripada cara meniru orang lain
melakukan sesuatu.

(a) Senaraikan TIGA bentuk peniruan menurut teori ini. (3)

(b) Huraikan setiap satu daripada tiga bentuk peniruan yang dinyatakan di atas. (9)

(c) Bincangkan mengapa peniruan berlaku dalam kalangan murid-murid. (8)

(Jumlah: 20)

2. Rekaan ialah salah satu kemahiran yang amat penting di dalam seni visual.

(a) Huraikan EMPAT prinsip rekaan. (8)

(b) Nyatakan TIGA cara dan alatan yang digunakan untuk membina corak
tidak terancang dan corak terancang.
(12)
(Jumlah: 20)

3…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

3. Salah satu cabang di dalam pendidikan muzik yang diminati oleh murid-murid
ialah muzik dengan pergerakan.

Nyatakan LIMA prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik yang disarankan di


dalam “Priciple of the Pestalozzian System of Music”. (10)

Bincangkan LIMA jenis kegiatan muzik dengan pergerakan yang selalu


dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah. (10)
(Jumlah: 20)

4. Di dalam Gimnastik Irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur-


ansur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama
ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan
memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks dan mencabar.

(a) Bincangkan LIMA cara bagaimana seseorang guru akan dapat menjayakan
sesi pengajaran gimnastik berirama dengan lebih berkesan. (10)

(b) Huraikan LIMA ciri penting mengikut pandangan Torrance (1969) yang
perlu ada pada seseorang murid untuk membantu mereka belajar secara
lebih kreatif. (10)
(Jumlah: 20)

4…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

5. Seni dalam Pendidikan memberikan peluang kepada setiap murid untuk membuat
penerokaan, memperoleh pengalaman, dan mengekspresikan segala pengalaman
serta diri mereka ke bentuk yang lebih terancang dan bersistematik.

(a) Nyatakan LIMA objektif permainan yang dijadikan sebagai salah satu
unsur memperoleh pengalaman yang positif dalam kalangan kanak-kanak. (10)

(b) Huraikan LIMA bentuk ekspresi yang boleh dilahirkan oleh seseorang
kanak-kanak di dalam Seni dalam Pendidikan. (10)
(Jumlah: 20)

5…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Terdapat beberapa kelebihan penghubungkaitan di dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran.

(a) Sebagai seorang guru, senaraikan EMPAT tujuan penghubungkaitan di


dalam pengajaran dan pembelajaran seni di dalam pendidikan. (8)

(b) Hasil pembelajaran sesuatu pengajaran merupakan penghubungkaitan


antara beberapa elemen. Jelaskan DUA cara bagaimana hasil pengajaran
yang efektif dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. (4)

(c) Lengkapkan rajah berikut mengikut prosedur proses refleksi yang berkesan
di dalam aspek penghubungkaitan seni dalam pendidikan. Huraikan setiap
langkah.

Kefahaman

Kefahaman Baru
(8)
(Jumlah: 20)

6…
HBEF1403_SEM JAN10/F_AR

2. Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan


pendidikan asas di dalam perkembangan kanak-kanak.

(a) Bina satu aktiviti pembelajaran sains dengan mengintegrasikan aktiviti


muzik, seni visual dan pergerakan. (8)

(b) Jelaskan EMPAT kepentingan pengajaran bertemakan persekitaran dengan


kehidupan seharian pelajar. (8)

(c) Jelaskan perbezaan komunikasi verbal dengan komunikasi bukan verbal. (4)
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT