You are on page 1of 3

c 


    

Y c  
 

Peningkatan dalam kualiti membantu Syarikat Sanyco membina strategi pembezaan,

kos rendah dan respons yang berjaya. Syarikat Sanyco akan memastikan pengeluaran

produk pada paras kualiti yang dijangkakan dengan kawalan proses yang betul dengan

menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Terdapat beberapa jenis mesin

yang digunakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Analisis yang dilakukan

menunjukkan pengurus operasi bertanggungjawab menentu dan mengesahkan kualiti

tersebut melalui penyeliaan bahawa sistem tersebut beroperasi mengikut piawaian.

Penyeliaan yang dilakukan melibatkan menguji bahan, memegang, menimbang dan

sebagainya. Matlamat Syarikat Sanyco adalah untuk mengesan proses yang kurang

berkualiti dengan serta merta. Kualiti merupakan satu isu yang penting bagi

membaiki operasi. Mengurus kualiti dapat membantu membina strategi pembezaan,

kos rendah dan respon yang berjaya. Peningkatan dalam kualiti membantu syarikat

menambah pegangan mereka dalam pasaran dan mengurangkan kos. Peningkatan

dalam pegangan pasaran selalu berlaku apabila syarikat memberi respon dengan

segera, mengurangkan harga jualan hasil daripada ekonomi bidangan dan

memperbaiki reputasi mereka bagi keluaran berkualiti. Peningkatan kualiti akan

mengurangkan kos apabila Syarikat Sanyco meningkatkan produktiviti dan

mengurangkan kerja semula dan kos waranti.


3Y c    

Kajian yang telah dibuat di Syarikat Sanyco menunjukkan bahawa pekerja di sini

tidak mengamalkan peraturan keselamatan. Selain itu, sikap pekerja di syarikat ini

seperti tidak menggunakan peralatan keselamatan memungkinkan boleh berlakunya

kemalangan. Faktor individu seperti bermain-main semasa menjalankan tugas, kurang

latihan, kesihatan yang tidak baik, kurang memberi tumpuan semasa bekerja dan

bersifat ego serta memandai diri menjadi punca utama kemalangan berlaku. Pekerja

yang tidak menerima latihan yang mencukupi atau kurang berpengalaman di dalam

sesuatu bidang yang tertentu sebelum mereka menceburi bidang yang berkenaan

merupakan langkah utama yang perlu diberikan perhatian. Kemalangan yang

disebabkan oleh kesilapan pekerja boleh dicegah. Dalam hal ini, untuk mengurangkan

kemalangan di kawasan tempat kerja yang berpunca dari kesilapan pekerja, pihak

penyelia mestilah menerangkan kepada para pekerja bahawa kemalangan boleh

berlaku jika ada punca kemalangan. Membentuk cara kerja yang selamat di kalangan

pekerja dan mewujudkan kesedaran tentang keselamatan adalah perlu. Oleh itu,

penyampaian maklumat mengenai sesuatu alat dan cara pengendaliannya perlu dibuat

sebagai keselamatan kepada pekerja. Kesilapan juga mungkin boleh dirujuk kepada

pereka bentuk alatan mesin-mesin, supervisor atau juruteknik. Dalam erti kata lain,

kesilapan mungkin dilakukan secara disedari atau tidak disedari oleh seseorang yang

berkenaan dengan merekabentuk, memasang, mengurus dan lain-lain yang

bersangkutan di kilang dan bengkel kerja. Secara ringkas, sekiranya punca sesuatu

kemalangan dapat dikenalpasti maka langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan

untuk mencegahnya dari berlaku. Sebaliknya, sekiranya langkah-langkah pencegahan

atau langkah kesedaran dikalangan para pekerja dan majikan tidak diamalkan,

kemalangan yang sama akan tetap berulang.


¦Y c     

Analisis isu kecekapan atau produktiviti merupakan suatu alat sukatan kawalan

kecekapan pengurusan yang penting bagi seorang pengurus organisasi untuk

mengenalpasti darjah imput yang sesuai dalam proses penghasilan output yang

dihasilkan kelak berada pada aras yang diingini. Pembuatan brek kereta melibatkan

sebilangan input dan output yang perlu dipertimbangkan serentak dalam analisis yang

dilakukan supaya keputusan yang diperolehi benar-benar mencerminkan kecekapan

pengeluaran produk. Dalam perkembangan statistic dan teknologi, terdapat banyak

kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengukur kecekapan pembuatan produk.

½Y c      

Kebergantungan tugas di Sanyco menunjukkan kesemua faktor iaitu faktor kepetusan,

persepsi dan matlamat mempunyai hubungan dengan konflik.

ÔY c    

ësu kefleksibelan dari aspek pengurusan bahan kebanyakan daripada penyelidik hanya

menfokuskan kapada kefleksibelan mesin, perancangan tertib pengeluaran dan proses.

ësu kefleksibelan produk dan jumlah produk jarang dikaji. Hal ini demikian kerana

kefleksibelan bergantung dengan banyaknya kepada pengurusan rangkaian

pembekalan daripada penjual bahan. Objektif kajian ini ialah menyelidik idea-idea

yang inovatif untuk meningkatkan dan memperbaiki tahap kefleksibelan perkilangan.