You are on page 1of 2

PERNYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum saya menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di


Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min B, saya telah menghadiri satu taklimat tentang PBS di
Dewan Kuliah Utama (DKU) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) pada
7 Mac 2019. Dalam taklimat tersebut, kami diberi pendedahan tentang dokumen yang perlu
disediakan, laporan yang perlu ditulis, cara pemakaian yang sesuai dan tatatertib yang perlu
ada di sekolah. Kami semua telah diingat supaya sentiasa menjaga imej IPG dengan
memaparkan tatasusila yang baik dan etika sebagai seorang guru.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan


Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS
dapat memberi kefahaman awal kepada kami tentang alam persekolahan daripada perspektif
seorang guru. Selain itu, PBS memberi peluang kepada kami untuk memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS
kami dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik
darjah dan tugas sebenar seorang guru. Pembelajaran teori di IPG sahaja adalah tidak
mencukupi, melainkan kami sendiri mengalami suasana di sekolah.

Saya juga dapat mengenal pasti tujuan tugasan saya, iaitu seperti memahami dan
menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Sehubungan dengan itu, saya perlu
memerhatikan dan memastikan budaya apa yang dipraktikkan di sekolah itu lalu mematuhinya
supaya tidak melanggar budaya tersebut. Tujuan seterusnya ialah kami dapat menghayati
kerjaya seorang guru. Dengan ini, kami akan berasa bangga sebagai seorang guru dan akan
menghormati kerjaya ini. Seterusnya, kami dapat memperoleh pengetahuan tentang
pengurusan sekolah dengan melihat sendiri keadaan sekolah itu.

Sebelum melapor di sekolah, saya juga telah merancang strategi pelaksanaan PBS.
Misalnya, saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang-borang yang
disediakan. Seterusnya, saya juga telah memikirkan aktiviti-aktiviti yang telah boleh dijalankan
oleh guru jika saya diatur untuk menggantikan kelas. Bukan itu sahaja, saya juga telah
menyediakan video-video yang bermakna dan mempunyai nilai pengajaran supaya dapat
ditayangkan kepada murid-murid saya.

Instrumen Penilaian Kendiri juga saya sediakan untuk Penolong Guru Besar supaya
beliau dapat menilai kita dari pelbagai aspek semasa kita menjalankan PBS di sekolah
berkenaan. Saya telah menelitikan setiap aspek yang tersenarai dalam Instrumen Penilaian
Kendiri seperti sahsiah dan perwatakan, komunikasi berkesan, budaya profesional guru
supaya mengingatkan saya supaya memenuhi setiap aspek demi meninggalkan imej yang
baik di sekolah saya yang menjalankan PBS.

Sebelum menjalani PBS, saya juga telah menyediakan soalan-soalan temu bual yang
akan ditujukan kepada pelbagai pihak seperti Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran,
kakitangan sekolah, guru dan juga murid. Selain daripada soalan temu bual, saya juga telah
menyediakan borang soal selidik yang akan diisi oleh murid-murid. Senarai semak pun saya
sediakan untuk menyemak kemudahan, prasarana dan juga persatuan yang ada di sekolah
tersebut. Akhir sekali, saya memahami bahawa saya akan mempunyai peluang untuk masuk
kelas untuk memerhatikan guru mengajar, jadi saya telah memerhati dan memahami keenam-
enam soalan tentang persekitaran dan suasana bilik darjah yang telah disediakan supaya
saya dapat menjawab soalan-soalan tersebut setelah saya memerhati proses PdP guru
mentor saya.