You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO


KARNIVAL KEBUDAYAAN SEKOLAH
MENENGAH JENIS KEBANGSAAN
DAERAH LAWAS.

09 APRIL 2019
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
KARNIVAL KEBUDAYAAN SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DAERAH LAWAS TAHUN 2019

1.0 MATLAMAT
1.1 Membentuk disiplin pelajar dalam membuat persembahan dan
menikmati muzik ke arah pembentukan insan yang mempunyai
emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
1.2 Membudayakan penghayatan Lagu - lagu Irama Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
pelajar.
2.2 Menanamkam semangat nasionalisme dan patriotisme dalam jiwa
pelajar melalui medium seni suara.
2.3 Memperkembangkan bakat pelajar.
2.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar dengan perkara
berfaedah.

3.0 JENIS PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Menengah Lelaki &
Perempuan

4.0 PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah
Lawas
4.2 Setiap sekolah layak menghantar seorang peserta lelaki dan
seorang peserta perempuan sahaja.
4.3 Semua peserta akan terus ke peringkat akhir pertandingan

5.0 JENIS LAGU


5.1 Pilihan lagu adalah Lagu Irama Malaysia ciptaan Malaysia SAHAJA.
5.2 Peserta boleh memilih mana-mana lagu mengikut kategori
Irama Malaysia ATAU memilij salah satu lagu daripada 10
senarai lagu yang disediakan (lampiran a) untuk
dipersembahkan.

6.0 PERSEMBAHAN
6.1 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja.
6.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara
‘Minus One’ (bukan karaoke).
6.3 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat /
kaum.
6.4 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak
menjolok mata.
6.5 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan
membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal
pada CD / Pemain CD.
6.6 Peserta TIDAK dibenarkan mengguna khidmat penari atau bantuan
prop.
6.7 CD hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.
6.8 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.

7.0 MASA
7.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

8.0 PEMARKAHAN

Bil Aspek Markah


1 Pic (ketepatan suara) 30 markah
2 Ton (mutu suara) 30 markah
3 Dinamik ( ansur kuat / perlahan ) 10 markah
4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) 10 markah
5 Attack / Realease (mula dan akhir rangkai lagu) 10 markah
6 Sebutan (suara dan senikata jelas) 5 markah
7 Keterampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan 5 markah
pentas)
Jumlah 100 markah

9.0 PEMENANG
9.1 Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga untuk setiap kategori.
9.2 Anugerah/hadiah lain adalah tertakluk kepada pihak penganjur
( persembahan terbaik, vocal terbaik, busana terbaik dan lain-lain).
9.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD
Cadangan Lagu Kategori Irama Malaysia

Cadangan Lagu Peserta Perempuan Cadangan Lagu Peserta Lelaki


Tajuk Lagu Penyanyi Tajuk Lagu Penyanyi
Joget Berhibur Siti Nurhaliza Kelip - Kelip Kusangka Api Malek reduan
Cindai Siti Nurhaliza Pantun Budi S.M salim
Nirmala Siti Nurhaliza Apa Dah Jadi S.M Salim
Kurik Kundi Siti Nurhaliza Mat Tahir Mata Air N.D Lala
Ya Maulai Siti Nurhaliza Diari Yb N.D Lala
Janji Siti Nurhaliza Syair Cakpung N.D Lala
Balqis Siti Nurhaliza Zapin Rindu Rinduan Sheqal
Zapin Yang Tinggal Ramlah Ram Mustika M.Nasir
Selamat Jalan Romeo Ramlah Ram Keroncong Untuk Ana M.Nasir
Ngajat Tampi Noraniza Idris Tanya Sama Hud Hud M.Nasir
Dondang Dendang Noraniza Idris Bonda M.Nasir
Awallah Dondang Noraniza Idris Ghazal Untuk Rabiah M.Nasir Jamal Abdillah
Tandang Bermadah Noraniza Idris Seni Berzaman To’ki
Dikir Puteri Noraniza Idris Umpan Jinak Di Air Tenang Ahmad jais
Hati Kama Noraniza Idris Seksa Amir ukays
Bunga Tanjung Sharifah Aini Lancang Kuning Jamal abdillah
Teratai Sharifah Aini Samrah Mentari Jamal abdillah
Nazam Berkasih Syura Yale Yale Herman Tino
Candak Syura Cek Mek Molek M.Daud Kilau
Asyik Amelina Cinta Tak Kenal Siapa Aris Ariwatan
Penawar Rindu Orkid Abdullah Anak Kampung Jimmy Palikat
Kain Songket Saloma Nyanyian Serambi Ramli Sarip
Kalau Mencari Teman Ziana Zain Gadis Sarawak Hasnol
Nafas Cahaya Misha Omar Gerimis Di Lautan Sudirman
Wassini Waheeda Aduh Saleha Mawi
Desa Tercinta Nora Kelip Kelip Ku Sangka Api Malek Reduan
Erti Hidup D.Nurfaizah Mimpi Laila Yassin
Jangan Main Mata Rohana Jalil Salsabila Yassin
Bisikan Hati Rafeah Buang Dia Datang Fadzil Ahmad
Seri Dewi Malam Sharifah Aini Setangkai Kembang Melati Abdullah Chik
Joget siapa dia Wann Harapan Kecewa Ahmad Jais
Zapin Adat Berkasih Syura Joget Mak Enon Carefree
Joget Sayang Disayang Anita Sarawak Gadis Melayu Jamal Abdillah
Rumah Kecil Tiang Seribu Azean Mazwan Tak Seindah Wajah S.M Salim
BORANG PENYERTAAN
Pertandingan Nyayian Solo
Karnival Kebudayaan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Lawas 2019

Nama Sekolah : ____________________________________________________________

Nama Jurulatih : ___________________________________________________________

Lelaki

Bil Nama No K.Pengenalan / Tajuk Lagu


Surat Lahir

Perempuan

Bil Nama No K.Pengenalan / Tajuk Lagu


Surat Lahir

Pengesahan & Cop Sekolah

Tandatangan :…………………………………………..
Nama :______________________________
Jawatan :______________________________
Tarikh :______________________________