You are on page 1of 16

1.

Konsep Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan pengajaran harian(RPH) merupakan terjemahan kepada
rancangan pelajaran tahunan (RPT) yang mengandungi isi pengajaran dan
pembelajaran secara ringkas berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Mengikut Akta Pendidikan
1996(Akta 550) dan Pekeliling Iktisas Bil.3/1999 Rancangan Pengajaran Harian
hendaklah mencakupi perkara-perkara berikut:
1.1 Objektif
1 Merupakan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam bentuk perlakuan,
dan boleh diukur serta merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dikuasai.
2 Mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid

1.2 Aktiviti
1 Cara mencapai objektif hasil pembelajaran sesuai dengan keupayaan
murid.
2 Jumlah masa yang diperuntukkan

1.3 Pengisian P & P yang mengandungi


1 Set induksi
2 Isi pelajaran (disampaikan melalui aktiviti)
3 Pemulihan, pengayaan dan pengukuhan
4 Penerapan nilai
5 Penilaian yang dilaksanakan sama ada di hujung atau secara
berterusan dalam P&P untuk mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan murid
6 Penutup

1
1.4 Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Sumber (BS)
1 Bahan atau alat yang digunakan untuk mencapai objektif pelajaran yang
diguna pakai dari permulaan hingga akhir pembelajaran tersebut.
2 Bahan bantu mengajar boleh dalam bentuk manual dan ICT

1.5 Refleksi
1 Satu pernyataan bertulis dalam bentuk impak atau berkesan terhadap
objektif P & P yang boleh diukur.
2 Ukuran boleh dinyatakan dalam bentuk ukuran atau peratus.
3 Dicatat selepas selesai sesi P & P

1.6 Kepentingan Persediaan Mengajar (RPH)


1 Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu
pelajaran. Berdasarkan persediaan mengajar, gurru boleh melaksanakan
rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancar dan berkesan serta
mengelakkan kekecohan di dalam kelas.
2 RPH membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan
tanpa sebarang keraguan.
3 Di samping itu guru boleh menyediakan alat bantu mengajar serta
menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancang
dalam penulisan RPH
4 Penulisan RPH juga membantu guru menentukan objektif pelajaran,
memilih isi pelajaran dan strategi pengajaran yang sesuai demi
meningkatkan keberkesanan pelajarannya.
5 Dengan adanya perancangan yang disediakan secara rapi, RPH boleh
membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan baik.
6 Berdasarkan isi-isi pelajaran yang dirancangkan, guru boleh merancang
aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya.

2
7 Penulisan RPH juga membantu guru menilai dan membuat
pengubahsuaian terhadap objektif pelajaran dan langkah-langkah
penyampaian dalam waktu pelajaran selanjutnya.
8 RPH merupakan dikumen yang merekodkan aktiviti pengajaran guru. Oleh
itu RPH dapat membantu guru menyemak apa yang telah diajar supaya
guru boleh merancang pengajaran yang selanjutnya atau
menggunakannya untuk menggubal soalan ujian berdasarkan isi pelajaran
yang telah dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.
9 Dengan adanya RPH guru boleh mengajar dengan yakin dan sistematik.

Sebagai rumusannya RPH merupakan elemen penting yang perlu


disediakan oleh sesorang guru sebelum memulakan pengajarannya.Sebelum
menulis RPH tentunya guru perlu mengkaji sukatan mata pelajaran yang
berkenaan dengan lebih mendalam.Dengan kata lain konsep dan kemahiran
yang patut disampaikan kepada pelajar telah dikuasai oleh guru sendiri. Guru
juga perlu menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih,
memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk
mencapai objektif pelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dapat
memudahkan pencapaian objektif pelajaran jika alat-alat itu digunakan dengan
berkesan. Peruntukkan masa untuk pelajaran perlu dibahagikan secara
berpatutan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan
pelajar-pelajar secara aktif serta menjalankan penilaian dan maklum balas.

2. Penggabungjalinan
Dari segi istilah penggabungjalinan bermaksud proses menggabungkan
beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran.Aspek
penggabungjalinan dalan pengajaran bahasa ini mulai diperkenalkan ole H.G
Widdowson (1978). HG Widdowson telah mengutarakan supaya sesuatu
kemahiran atau aspek bahasa itu digabungjalinkan pengajarannya dengan satu
kemahiran atau aspek bahasa yang lain sekiranya sesuai dan releven.

3
Aspek tersebut juga telah diberi keutamaan dalam rancangan pelajaran
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Sukatan Pelajaran Sekolah Menenfgah Bahasa Melayu
(Tingkatan 1 -3) ada menegaskan:
‘Pelajaran tatabahasa, kefahaman, karangan, lakonan dan pelajaran Jawi
hendaklah digabungjalinkan sungguhpun sukatan pelajaran yang disusun di bawah
ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Dalam satu waktu pelajaran
bahasa itu, baiklah dijalankan seberapa banyak aspek bahasa asalkan kerja-kerja
yang diberi itu tergabung licin, terus menerus meliputi lisan, tulisan dan lakonan’
(Kementerian Pelajaran Malaysia,1980:1)
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat
dikuasa serentak. Kepentingan mengadakan penggabungjalinan antara
kemahiran dalam sesuatu pengajaran bahasa ditegaskan oleh Walter T.Petty dan
Julie M. Jensen dengan mengatakan:
‘In the teaching of language skills, interrelationships are basic importanance, for
“language is like a rope wowen of many strands, the strength of each adding to the
strenght of the whole.’
(Petty, walter T. dan Jensen, Julie M)
Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu
keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar,
bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Sebenarnya guru-guru bahasa
sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah lama mengamalkan aktiviti
penggabungjalinan dalam P & P mereka. Tetapi apa yang disarankan dalam
sukatan pelajaran ialah penggabungjalinan itu dapat dilakukan dengan lebih
teratur, sistematik dan lebih luas lagi.

4
2.1 HSP Bahasa Melayu KBSR menghuraikan penggabungjalinan kepada 3
aspek iaitu:
1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran
(bahasa).Sekurang-kurangnya 2 kemahiran. Dalam pengajaran bahasa kita
dapati ada 4 kemahiran iaitu – Mendengar-Bertutur-Membaca-Menulis. Di
peringkat sekolah rendah biasanya hanya dua atau tiga kemahiran
digabungjalinkan. Misalnya:
i. Kemahiran mendengar – bertutur – menulis
ii. Kemahiran membaca – bertutur – menulis
iii. Kemahiran mendengar – menulis – bertutur
iv. Kemahiran membaca – menulis – bertutur
v. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata
pelajaran.
vi.
2. Penggabungjalinan aspek tatabahasa
Tatabahasa digabung secara terancang dalam konteks dengan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

3. Penggabungjalinan kosa kata dan peribahasa


Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajar harus digabungkan secara
terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti
lakonan atauperbahasan.

2.2 Kebaikan penggabungjalinan dalam P & P


1. Membolehkan murid-murid menguasai bebrapa kemahiran serentak dan lebih
bermakna.
2. Mengelakkan guru mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang
berkait rapat.
3. Mengelakkan rasa bosan dalam kalangan pelajar dan menimbulkan suasana
yang lebih menarik.

5
4. Mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan
menjadikan pelajaran lebih bermakna.

Sebagai kesimpulannya keberkesanan proses P& P bergantung kepada


kebolehan guru untuk mengendalikan. Guru mesti pandai memilih kemahiran
bahasa atau aspek bahasa yang perlu digabungkan dalam sesuatu aktiviti
pengajaran bahasa itu.Kemahiran guru-guru mengamalkan pendekatan
gabungjalin dalam pengajaran mereka dapat dipertingkat melalui pendedahan
yang betul kepada konsep tersebut. Di samping itu guru-guru harus berani
mencuba pendekatan baru dengan mempelbagaikan kemahiran yang diperolehi
agar pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik.

3. Penyerapan
Penyerapan merupakan teknik penyatuan yang boleh dilakukan dalam
sesuatu pengajaran. Penyatuan yang dimaksukan ialah proses menyerapkan
pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Biasanya dalam
sesuatu pengajaran bahasa, penggabungjalinan dan penyerapan berlaku
serentak
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) menggariskan menghuraikan penyerapan kepada 4 unsur iaitu:

3.1. Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa
Ini merupakan satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada
beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain, serta pelbagai tema
yang mencangkup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.Contohnya dalam P
& P Bahasa Melayu, isi pengetahuan daripada mata pelajaran kesihatan
diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

6
3.2. Penyerapan nilai
Nilai yang dimaksudkan ialah nilai murni dan semangat kewarganegaraan
masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara terancang,
namun murid menyerap ilmu dan nilai tersesebut secara natural.Terdapat 17 nilai
murni iaitu:

1. Baik hati 7. Kebebasan 13. Kesederhanaan


2. Berdikari 8. Keberanian 14. Kesyukuran
3. Hemah tinggi 9. Kebersihan fizikal & mental 15. Rasional
4. Hormat menghormati 10. Kejujuran 16. Semangat bermasy.
5. Kasih sayang 11. Kerajinan 17. Semangat kewargan.
6. Keadilan 12.Kerjasama

3.3. Penyerapan kemahiran berfikir


Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar
dan bertutur,membaca dan menulis.HSP Bahasa Melayu memberi penekanan
kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam P&P. Kemahiran berfikir
yang perlu diserapkan dalam P&P ialah:
- Mencirikan
- Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
- Menghubungkaitkan
- Membanding dan membezakan
- Menyusun atur
- Menentukan urutan
- Mengenalpasti kenyataan benar atau palsu
- Membezakan fakta dengan pendapat
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan pendapat
- Mengenal pasti sebab dan akibat
- Meramalkan
- Mensentesiskan
- Mengitlak
- Menganalogikan

7
- Membuat inferens
- Membuat kesimpulan
- Menginterpretasikan, mentafsirkan
- Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
- Menilai
- Menjana idea
- Mreka cipta
- Membuat keputusan
- Menyelesaikan masalah

3.4 Penyerapan kemahiran bernilai tambah(KBT)


KBT yang dimaksudkan ialah kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi,kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecergasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran konteksual, dengan
mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
kebolehan murid, serta sumber yang ada.

4. Penilaian
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti sistematik bagi memperoleh
maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. .Penilaian
melibatkan pengukuran dan penilaian kesannya. Ia diadakan dalam bantuk
formal dan tidak formal. Selaras dengan matlamat penggubalan KBSR, penilaian
yang dilaksanakan harus dapat menilai perkembangan secara menyeluruh iaitu
dalam bentuk formatif dan sumatif.

4.1 Tujuan penilaian


1. Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas membuat aktiviti
P&P supaya dapat membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang
sewajarnya.
2. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran sesuatu
kemahiran supaya dapat dirancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.

8
3. Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran
yang lebih berkesan.
4. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang
aktiviti P&P pada masa akan datang.
5. Merekos keputusan penilaian dalam Rekod Presatsi dan Rekod Profil untuk
rujukan pihak-pihak tertentu.
6. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti KBSR dan
KBSM
7. Pensijilan

4.2 Penilaian formatif


Penilaian formatif merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif P&P. Penilaian perlu
dijalankan secara berterusan dalam proses P&P.Cara penilaian ialah melalui
pemerhatian, soal jawab atau kuiz, latihan dan sebagainya. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu
diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan dan
pengayaan. Selepas itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau
pengayaaan yang sesuai bagi mereka.

4.2 (1)Tujuan penilaian formatif


1. Mengesan kemajuan pembelajaran yang berlaku semasa P&P dan melihat
setakat mana keberkesanan pengajaran guru.
2. Membantu perkembangan murid.
3. Guru dapat melihat kesilapan yang dilakukan.
4. Menentukan sama ada murid sudah bersedia untuk menerima pelajaran baru.

9
4.2 (2) Alat alat untuk mengukur Penilaian Formatif
1. Lisan (menyoal)
2. Kerja bertulis
3. Kajian luar/projek
6. Perbincangan/pemerhatian/temu bual/soal selidik

4.3 Penilaian sumatif


Penilaian sumatif dikenali juga dengan ujian pencapaian. Ia merupakan
penilaian yang menyeluruh. Ia diadakan pada akhir sesuatu program
pembelajaran untuk pencapaian objektif pembelajaran atau nilai kuantitatif.
Biasanya penilaian sumatif meliputi sebahagian besar daripada perkara yang
dipelajari dan dijalankan pada akhir bulan, semester atau tahun. Contohnya
peperiksaan akhir tahun dan UPSR.

4.3(1) Tujuan penilaian sumatif


1. Memberi gred
2. Pensijilan
3. Menentukan jurusan
4. Perbandingan pencapaian antara murid/ mengkelaskan murid

5. Pemulihan
Daripada segi istilah pemulihan bermaksud satu pengajaran membetulkan
sesuatu yang kurang atau tidak betul. Kamaruddin Hj Husin dalam buku KBSR
dan model Eksploitasi Bahan Bahasa (1991:24) mendefinasikan pemulhan
sebagai:
Satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran. Dalam usaha membatu murid-murid ini, semua strategi
yang melibatkan kaedah-kaedah tertentu, pemilihan bahan-bahan yang sesuai, dan
perancangan, aktiviti-aktiviti altenatif yang berkesan, yang bersesuaian dengan masalah
yang dihadapi hendaklah difikirkan dengan cermat dan digunakan secara berkesan.

10
Mat Nor Husin dan Jais Sahok (1990:6) pula memberikan definasi pemulihan:
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah
kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak
bermasalah.
Mengikut Blair (1956) fungsi utama pengajaran pemulihan ialah memulihkan atau
menghilangkan kesan-kesan asal pengajaran dan pembelajaran yang
lemah.Seterusnya Blair mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah
berdasarkan diognosis teliti kekurangan dan punca serta bertujuan membaiki
kelemahan dan menghapuskan amalan-amalan buruk yang mungki terdapat.
Keutamaan pendidikan pemulihan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan jelas
dihuraikan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.
“…..didapat bahawa Kementerian Pelajaran telah menyedari perlu diadakan pengajaran
pemulihan…..”

Secara keseluruhannya, pendidikan pemulihan ialah aktiviti P&P untuk


membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam
kelas.Dalam konteks ini guru membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran mengikut kadar kemampuan dan kebolehan mereka. Kaedah,
teknik, strategi dan bahan-bahan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan
tahap mereka.

5.1 Rasional pendidikan pemulihan


1. Murid berbeza dari segi pengalaman, minat dan kebolehan. Oleh sebab itu
murid yang lemah /menghadapi masalah tertentu perlu diberi perhatian.
2. Laporan J/K kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran antaranya
menetapkan:
a. Kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah dalam bidang
kemahiran tertentu hendaklah diberi pendidikan pemulihan secara teratur.
b. Kurikulum perlu diubah bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid
yang lemah mencapai kemahiran asas, bahkan untuk membolehkan yang
cerdas terus maju.

11
5.2 Tujuan pendidikan pemulihan
1. Murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan
mengikuti aktiviti P&P yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka.
2. Mereka mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan
perkembangan kognitif mereka.
3. Dapat mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.
4. Dapat mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat
yang memuaskan.
5. Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid –murid itu dalam
aktiviti-aktiviti sosiol di dalam atau luar bilik darjah.
6. Mereka dapat memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan
diri dan berdikari apabila mereka berada dalam masyarakat.
7. Mereka dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa dan
mengurangkan masalah keciciran.

5.3 Prinsip P&P pemulihan


1. Membangkitkan semangat yakin diri sendiri
2. Melibatkan deria rasa, penglihatan dan pandangan dalam aktiviti pemulihan.

5.3 Strategi pendidikan pemulihan


Dalam menjalankan strategi pemulihan untuk membantu pelajar-pelajar yang
lemah, rancangan kerja perlu dijalankan. Rancangan yang dibuat perlulah
mengikut langkah-langkah yang berikut:
1. Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan,
ujian diognastik, laporan guru, serta maklum balas daripada ibu bapa penjaga.
2. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang antaranya yang antaranya tidak
menguasai kemahiran membaca dan menulis.
3. Mengenal pasti punca masalah dari aspek fizikal, intelek, emosi dan
pembelajaran.
4. Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong pelajar lemah sama ada secara
individu, kumpulan kecil atau rakan sebaya.

12
5. Menyediakan bahan pengajaran yang diperlukan dengan membina bahan
atau memilih bahan sedia ada.
6. Merancang aktiviti pemulihan yang sesuai dengan mengambil kira ciri-ciri
pembelajaran murid serta teknik dan bahan pengajaran yang hendak digunakan.
7. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk
mengekalkan pelajar di dalam kelas biasa atau ke kelas pemulihan.

5.4 Pendidikan pemulihan dalam konteks KBSR


Di dalam Buku Panduan Am KBSR 1982, guru-guru diminta merancang aktiviti
P&P berdasarkan kepada kebolehan dan perbezaan murid. Oleh itu KBSR
menyarankan agar kaedah kumpulan digunakan untuk melaksanakan program
KBSR di dalam kelas. Sehubungan dengan ini murid-murid dibahagikan dalam
tiga kumpualn iaitu cerdas, sederhana dan lambat. Kumpulan yang lambat yang
harus diberikan pemulihan , selain aktiviti P&P secara kelas. Murid dari
kumpulan cerdas dan sederhana boleh menguasai kemahiran asas dengan
mudah. Oleh itu kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan, manakala yang
cerdas dan sederhana menjalani ujian pengayaan.

Selepas murid kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan, mereka


akan dinilai semula. Bagi murid yang telah berjaya dalam program pemulihan ini,
mereka akan diberikan program pengayaan atau terus belajar seperti kumpulan
sederhana atau cerdas. Bagi mereka yang belum berjaya menguasai kemahiran
itu, mereka akan ditempatkan dalam satu kelas khas dan diberikan satu program
pemulihan khas.

6. Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan di dalam atau luar bilik darjah. Sasarannya ialah
kumpulan murid kumpulan murid yang telah mencapai/menguasai kemahiran
asas dalam jangka masa atau lebih awal dari yang ditetapkan.

13
Program pengayaan juga merupakan suatu rancangan pembelajaran
yang dibentuk untuk pelajar memperolehi pengalaman serta pengetahuan yang
sejajar dengan kebolehan mereka. Aktiviti yang dirancang hendaklah menarik
serta mencabar dan disediakan untuk semua pelajar cerdas, sederhana dan
lambat.
Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka berjaya
menguasai satu atau bebrapa kemahiran asas. Melalui aktiviti pengayaan ini ,
murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka.

6.1 Objektif Aktiviti Pengayaan


1. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa bagi
memperluas pengetahuan dan pengalaman mereka.
2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan
mereka.
3. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan
bakat mereka.
4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada
pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.
5. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.
6. Melahirkan daya krfeativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta kebolehan
mereka menilai hasil kerja sendiri.
7. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih
tinggi sesuai dengan kebolehan mereka.

6.2 Strategi program pengayaan


Dalam menjalankan strategi pengayaan untuk membantu pelajar-pelajar cerdas,
rancangan kerja perlu dijalankan berdasarkan langkah-langkah berikut:

14
1. Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pengayaan berdasarkan
pemerhatian, melalui ujian, ujian diagnostik, laporan guru, serta maklum balas
daripada ibu bapa. Pembahagian murid ikut kumpulan.
2. Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong pelajar cerdas dan sederhana
sama ada secara individu, kumpulan kecil atau rakan sebaya.
3. Menyediakan bahan pengajaran yang diperlukan dan mencabar sama ada
dengan membina bahan itu atau pun memilih bahan yang sedia ada.
4. Merancang aktiviti pengayaan yang sesuai dengan mengambil kira ciri-ciri
pembelajaran murid serta teknik dan bahan pengajaran yang hendak digunakan.
5. Membuat penilaian untujk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk
mengekalkan pelajar dalam kelas pengayaan atau dihantar ke kelas pemulihan.

6.3 Prinsip-prinsip penting untuk menyediakan aktiviti pengayaan


1. Bercorak belajar sendiri, mengandungi arahan yang jelas supaya murid boleh
melakukan sendiri. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.
2. Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang
berbezabeza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid
5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau
diperoleh dari pasaran. Seelok-eloknya bahan-bahan itu mengandungi aktiviti
yang berkaitan dengan kemahiran yang telah di pelajari sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

6.4 Pengelolaan aktiviti pengayaan


1. Pilihan murid – Murid menjalankan sendiri aktiviti yang disediakan. Lebih
berbentuk belajar sendiri. Pamer bahan-bahan yang dihasilkan.
2. Pilihan guru – Ditentukan oleh guru selepas murid menguasai kemahiran
asas. Tujuan untuk memperkukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

15
6.5 Aktiviti pengayaan
1. Bacaan atau latihan tambahan
2. Kerja projek
3. Permainan dan rekreasi

6.6 Pelaksanaan program pengayaan


Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dijalankan pada masa-masa berikut:
1. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari
Guru boleh memilih mana-mana waktu dalam mata pelajaran tertentui bagi
menjalankan aktiviti pengayaan.
2. Selepas menjalani aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
Selepas murid-murid menjalani aktiviti-aktiviti asas, murid-murid bolehlah
diberikan aktiviti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran yang
sedang dipelajari.
3. Selepas menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran
Murid-murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran asas dalam masa yang
ditetapkan arau lebih awal dari masa yang ditetapkan akan diberikan pengayaan.
4. Selepas menguasai kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran
Aktiviti-aktiviti pengayaan akan diberi kepada murid-murid yang telah menguasai
semua kemahiran yang telah ditetapkan dalam sesuatu unit pembelajaran.Murid-
murid yang tidak berjaya mencapai tahap yang sedemikian akan diberikan
program pemulihan.Masa yang digunakan untuk program pengayaan adalah
seiring dengan masa yang digunakan untuk program pemulihan.

16