You are on page 1of 12

Laporan: Penilaian Pelaburan (20%)

i. Pengenalan

Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk


memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya
mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar
pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. Dalam konteks ini, terdapat dua
kaedah kewangan yang boleh digunakan untuk membantu aktiviti pelaburan iaitu
nilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR). Kaedah NPV dan IRR
dirujuk sebagai kaedah aliran tunai berdiskaun kerana ia menjadikan nilai masa
wang faktor dalam penilaian projek pelaburan modal. NPV mengembalikan nilai
bersih aliran tunai diwakili dalam dolar hari ini kerana nilai masa wang, menerima
dolar hari ini adalah lebih bernilai daripada menerima dolar esok. NPV mengira
nilai kini untuk setiap siri aliran tunai dan menambahnya bersama untuk
mendapatkan nilai kini bersih. Seterusnya, IRR adalah berdasarkan NPV. Kadar
pulangan terhitung adalah kadar faedah yang sepadan dengan nilai kini bersih 0
(sifar) dalam kaedah IRR.

ii. Isu yang berkaitan

Encik Ali telah menerima imbuhan graduiti sebanyak RM 200 000 dan
berhasrat untuk membuat pelaburan dalam bidang penternakan. Untuk
mendapatkan maklumat, Encik Ali telah datang ke syarikat Panarama Ikan Sdn.
Bhd dan berjumpa dengan saya. Sebagai pemilik syarikat Panarama Ikan Sdn.
Bhd, saya telah menawarkan dua jenis pelaburan penternakan ikan kepada
Encik Ali, iaitu pelaburan penternakan ikan Patin dan ikan Sardin. Berdasarkan
nilai pelaburan yang disediakan oleh Encik Ali, saya telah menawarkan Encik Ali
tempoh pelaburan selama 5 tahun dan kadar diskaun yang ditawarkan adalah
sebanyak 14%. Berdasarkan kepada dua tawaran yang disertakan, saya telah
menyediakan satu proposal yang menunjukkan kelebihan kedua-dua pelaburan
berdasarkan unjuran kadar pulangan dalaman (IRR) dan nilai kini bersih (NPV)
bagi penternakan ikan tersebut supaya Encik Ali dapat memilih pelaburan yang
lebih menguntung.

iii. Kelebihan dan kekurangan

Kebaikan teknik NPV termasuklah ia menggunakan aliran tunai dan bukan


keuntungan perakaunan dan mengambil kira penjadualan aliran tunai dengan
menggunakan aliran tunai terdiskaun atau konsep nilai masa wang. Selain itu, ia
mengambil kira semua aliran tunai projek dan kriteria NPV mengikut konsep
kekayaan pemilik di mana secara teori, NPV projek mewakili pengukuran
eksplisit bagi peningkatan atau penurunan nilai firma dan kekayaan pemilik.
Walau bagaimanapun, NPV juga terdapat keburukan. Pertama, pengiraan NPV
agak kompleks kerana ia memerlukan kefahaman yang lebih mendalam bagi
konsep dan pengiraan nilai kini dan pengiraan NPV memerlukan maklumat ke
atas kos modal untuk projek yang sukar untuk dikenal pasti.

Seterusnya, IRR juga mempunyai banyak kelebihan. Seperti kriteria NPV,


IRR menggunakan aliran tunai dan bukan keuntungan perakaunan sebagai asas
pengiraan dan IRR juga mengambil kira nilai masa wang dalam pengiraan.
Dalam kebanyakan situasi, teknik IRR memberikan penyelesaian secara selari
dengan teknik NPV. Hal ini demikian kerana apabila projek yang mempunyai IRR
lebih dari k, maka NPV juga lebih dari 0.

(i) Jika k > IRR, NPV < 0 ; projek ditolak;

(ii) Jika k < IRR, NPV > 0; projek diterima; dan

(iii) Jika k = IRR, NPV = 0; projek diterima.

Untuk keburukan IRR, pengiraan IRR adalah lebih rumit berbanding


dengan NPV. Maklumat diperlukan ke atas kos modal projek di mana ia agak
sukar untuk dikenal pasti dan keputusan sukar dibuat apabila IRR berganda,
situasi di mana penyelesaian persamaan matematik bagi IRR memberikan lebih
dari satu jawapan.
iv. Pengiraan yang terlibat

Projek A: Pelaburan Penternakan Ikan Patin

Nilai Kini Bersih (NPV)

Nilai pelaburan: RM 200,000

Tempoh pelaburan: 5 tahun

Kadar diskaun: 14% = 0.14%

Nilai aliran tunai asal:

TAHUN ALIRAN TUNAI ASAL (RM)


0 200,000
1 95,000
2 75,500
3 50,500
4 80,500
5 60,000

Garis masa:

0 1 2 3 4 5

200,000 95,000 75,500 50,500 80,500 60,000

Nilai kini aliran tunai

 Formula

𝑆
𝑃=
(1 + 𝑟)𝑛
S= nilai tunai asal n= tempoh pelaburan r= nilai diskaun
Pengiraan nilai kini aliran tunai untuk 5 tahun adalah seperti berikut:

TAHUN ALIRAN TUNAI PENGIRAAN NILAI KINI


ASAL (RM) NILAI KINI ALIRAN TUNAI
ALIRAN (RM)
1 95,000 95,000 83,333.33
(1 + 0.14)1
2 75,500 75,500 58,094.80
(1 + 0.14)2
3 50,500 50,500 34,086.06
(1 + 0.14)3
4 80,500 80,500 47,662.46
(1 + 0.14)4
5 60,000 60,000 31,162.12
(1 + 0.14)5
JUMLAH 254,338.77

Nilai kini bersih:

NPV = nilai kini aliran tunai – nilai pelaburan

NPV = RM 254,338.77 – RM 200,000

= RM 54,338.77

Nisbah Keuntungan

Indeks keberuntungan (Protitability index)

Formula PI:
Di mana = nilai masa kini bagi aliran tunai tahunan,

= pelaburan awal

RM254,338.77
PI = = 1.27
𝑅𝑀200,000.00

Kadar Pulangan Dalaman (IRR)

R = 26%
Rajah 1: Kaedah pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Rajah 2: Hasil pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Projek B: Pelaburan Penternakan Ikan Sardin

Nilai Kini Bersih (NPV)

Nilai pelaburan: RM 200,000

Tempoh pelaburan: 5 tahun


Kadar diskaun: 14% = 0.14%

Nilai aliran tunai asal:

TAHUN ALIRAN TUNAI ASAL (RM)


0 200,000
1 78,000
2 60,500
3 68,500
4 55,000
5 85,500

Garis masa:

0 1 2 3 4 5

200,000 78,000 60,500 68,500 55,000 85,500


Pengiraan nilai kini aliran tunai untuk 5 tahun adalah seperti berikut:

TAHUN ALIRAN TUNAI PENGIRAAN NILAI KINI


ASAL (RM) NILAI KINI ALIRAN TUNAI
ALIRAN (RM)
1 78,000 78,000 68,421.05
(1 + 0.14)1
2 60,500 60,500 46,552.79
(1 + 0.14)2
3 68,500 68,500 46,235.55
(1 + 0.14)3
4 55,000 55,000 32,564.42
(1 + 0.14)4
5 85,500 85,500 44,406.02
(1 + 0.14)5
JUMLAH 238,179.83

Nilai kini bersih:

NPV = RM 238,179.83 – RM 200,000

= RM 38,179.83

Nisbah Keuntungan

Indeks keberuntungan (Protitability index)

RM238,179.83
PI = = 1.19
𝑅𝑀200,000.00

Kadar Pulangan Dalaman (IRR)

R = 22%
Rajah 1: Kaedah pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

Rajah 2: Hasil pengiraan IRR menggunakan perisian Excel

v. Analisis perbandingan serta justifikasi

Perbandingan antara dua projek


Projek Penternakan Ikan Patin Penternakan Ikan Sardin
Aliran tunai keluar RM 200 000
Nilai Masa Kini, NPV RM 54,338.77 RM 38,179.83
Indeks Keberuntungan, 1.27 1.19
PI
Kadar Pulangan 26% 22%
Dalaman, IRR
Tempoh dapat balik 3 tahun 7 bulan 4 tahun 2 bulan
pelaburan
Jadual 1

Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi kualiti sesuatu


pelaburan. Antaranya termasuklah aliran tunai keluar, tempoh pelaburan, kadar
diskaun, Nilai Masa Kini (NPV), Indeks Keberuntungan (PI), Kadar Pulangan
Dalaman (IRR) dan tempoh dapat balik pelaburan. Dalam konteks ini, aliran tunai
keluar yang dikeluarkan oleh Encik Ali adalah sebanyak RM 200,000 dan tempoh
pelaburan yang ditawarkan kepadanya adalah 5 tahun. Seterusnya, kadar
diskaun untuk dua jenis pelaburan ialah 14% selama 5 tahun. Berdasarkan
jadual 1, terdapat perbezaan antara kedua-dua projek yang ditawarkan kepada
Encik Ali. Jika memperhatikan jadual ini, dapat didapati bahawa NPV bagi
pelaburan penternakan ikan Patin adalah lebih tinggi berbanding dengan
penternakan ikan Sardin iaitu RM 54,338.77 bagi pelaburan penternakan ikan
Patin dan RM 38,179.83 bagi ikan Sardin. Dengan ini, jurang NPV bagi kedua-
dua projek ini adalah agak besar iaitu RM 16,158.94 dan nisbah keuntungan
untuk penternakan ikan Patin: penternakan ikan Sardin ialah 1.4232: 1.0000.
Selain itu, PI bagi projek penternakan ikan Patin iaitu 1.27 juga lebih tinggi
berbanding dengan penternakan ikan Sardin yang terdapat hanya 1.19 sahaja.
Tambahan pula, peratusan IRR yang lebih tinggi adalah dari penternakan ikan
Patin. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam jadual 1, IRR bagi
penternakan ikan Patin ialah 26% manakala 22% untuk penternakan ikan Sardin.
Jurangnya adalah sebanyak 4% bagi kedua-dua penternakan tersebut. Selain itu,
projek penternakan ikan Patin membolehkan Encik Ali mendapat kembali jumlah
wang pelaburannya lebih cepat daripada projek penternakan ikan Sardin. Melalui
projek penternakan ikan Patin, Encik Ali hanya memerlukan 3 tahun 7 bulan
untuk mendapat kembali wang pelaburannya manakala memerlukan 4 tahun 2
bulan untuk mendapat kembali wang pelaburannya jika memilih projek
penternakan ikan Sardin. Oleh itu, projek penternakan ikan Patin adalah projek
yang lebih berbaloi untuk Encik Ali.

vi. Cadangan

Berdasarkan analisis terhadap kedua-dua pelaburan penternakan ikan


Patin dan ikan Sardin, saya mendapati kedua-dua projek penternakan ini boleh
dipilih oleh Encik Ali untuk membuat pelaburan. Hal ini demikian kerana kedua-
dua projek penternakan ini mempunyai nilai positif dalam NPV dan juga IRR. Ini
bermaksud pelaburan tersebut dapat membawa keuntungan kepada Encik Ali.
Walau bagaimanapun, projek penternakan yang lebih baik jika dibandingkan
ialah projek penternakan ikan Patin kerana projek ini membawa keuntungan
yang lebih banyak berbanding dengan projek penternakan ikan Sardin. Oleh itu,
projek penternakan yang akan ditawarkan kepada Encik Ali ialah penternakan
ikan Patin.

Pertama sekali, penternakan ikan Patin lebih berbaloi kepada Encik Ali
kerana NPV, PI dan IRR projek tersebut semua lebih tinggi daripada projek yang
kedua. Hal ini dapat membantu Encik Ali mendapat keuntungan yang lebih
lumayan. Lebih-lebih lagi, Encik Ali perlu memilih projek penternakan ikan Patin
kerana projek ini membolehkannya mendapat kembali jumlah wang pelaburan
dengan jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan projek penternakan
ikan Sardin. Bagi projek penternakan ikan Sardin, projek ini memerlukan 4 tahun
2 bulan untuk mendapat kembali wang pelaburan iaitu RM 200,000. Namun, jika
Encik Ali memilih projek penternakan ikan Patin, dia boleh mendapat kembali
wang pelaburannya dalam masa 3 tahun 7 bulan sahaja, iaitu sebanyak RM
203,317.29 dan RM 3,317.29 lebih daripada jumlah pelaburan yang dikeluarkan
oleh Encik Ali. Oleh itu, jika Encik Ali memilih projek tersebut, beliau akan
mendapat keuntungan yang lebih baik dan mengalami risiko yang lebih rendah.
Hal ini demikian kerana sesuatu pelaburan sudah pasti ada risiko, selagi lama
tempoh pelaburan, selagi besar risikonya. Oleh itu, pemilihan projek ikan Patin
dapat membantu Encik Ali mengurangkan risiko dalam pelaburan dan mendapat
balik wang pelaburannya dalam jangka masa yang lebih pendek serta mendapat
keuntungan dalam tempoh masa yang singkat. Di sebaliknya, sekiranya Encik Ali
membuat pelaburan yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk
mendapat kembali wang pelaburannya, kemungkinan akan berlaku perkara-
perkara yang tidak diingini sehingga merugikan Encik Ali.

Justeru, projek penternakan ikan Patin akan ditawarkan kepada Encik


Ali supaya dia dapat memperoleh keuntungan yang lebih banyak dan
mengurangkan risiko pelaburan.

vii. Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu


mempertimbangkan dan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan
pelaburan daripada syarikat berkenaan sebelum membuat sesuatu pelaburan
untuk memastikan keuntungan sendiri dapat dijamin. Sebagai rujukan, kita perlu
memilih pelaburan yang menawarkan IRR dan NPV yang mempunyai nilai yang
lebih tinggi supaya dapat mengurangkan risiko pelaburan kita. Jika kita dapat
memilih pelaburan yang betul dan sesuai dengan sendiri, maka pelaburan itu
akan banyak membantu dalam kehidupan kita.

You might also like