You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SK BUKIT DINDING
27000 JERANTUT PAHANG

BIL. 1/2019

Tarikh : 26 FEBRUARI 2019 (SELASA)


Masa : 1.35 petang
Tempat: Bilik Gerakan

Kehadiran:
1. En muhamad farid B. Yaakub - Penasihat
(Guru Besar)
2. Pn. Habibah Bt Md. Yusoff - Pengerusi
(GPK HEM)
3. Pn. Rosida bt Abdullah - Setiausaha
4. Pn. Nurrasyiqah bt. Mohamad - Pen.Setiausaha
4. Pn Norul’ Ain Brt Majid - AJK Keceriaan Kelas
5. Cik Sharifah bt Puteh - AJK Kebersihan Sekolah
6. Pn.Dayang Sptuyah Bt Awang Hidup - AJK Bahan Ilmu / Kepsyen
7. En. Zulkifli b Abdullah - AJK Fizikal dan Mural

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah

1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah.

Tindakan: Makluman

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2019
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2 Gotong-royong peringkat SKBD pada 01 Mac 2019 fokus untuk
membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kawasan pintu pagar sekolah.
3.1.3 Keceriaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
3.1.4 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan laluan gajah
menyusur menggunakan bahan yang keras. Polisterin dan kayu tidak
sesuai. Cadangan untuk menulis dan mengecat kata-kata hikmah di
tangga menggunakan cat minyak supaya lebih berwarna-warni dan
cantik serta diserahkan pelaksanaannya kepada Panitia English.
3.1.5 Dinding di sebalah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan
dengan pemandangan.
3.1.6 Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran secara mingguan
untuk mengumpul mata pada hujung tahun bagi mendapatkan hadiah
mengikut Tahap 1 dan Tahap 2. Antara aspek yang diutamakan ialah
membuat sudut bacaan, carta, jadual waktu, jadual tugas, visi dan
misi sekolah susun atur kelas abad ke 21.

Tindakan : Semua Guru, Murid


dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

Tindakan : En. Nasrulzaman

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.

3.2.7 Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah.


Cadangan untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai
terlebih dahulu dan akan dibincangkan kemudian.

3.2.8 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.
4. Hal-hal lain
4.1.1 Melukis Mural di dinding-dinding bangunan sekolah .

5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. ……………..
(Pn. Rosida Binti Abdullah ) (En Muhamad Farid Bin Yaakub)
Setiausaha Guru Besar
Program 3K SK Bukit Dinding
Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih