Tajuk: Nyatakan bagaimana guru boleh berperanan dalam melaksanakan strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

1

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca. masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempatempat unsur tersebut. mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga. yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Hal ini bermakna. semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada 2 . Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. emosi. rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul.

bertanggungjawab. berpandangan progresif dan saintifik. bertanggungjawab. Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK.” 3 . jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma. Berdasarkan FPK. ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu. meluas kepada masyarakat dan negara. berakhlak mulia. berketrampilan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun. Ia berbunyi seperti di bawah: “Guru yang berpekerti mulia. tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan. 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas. bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. Secara dasar. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Seiringan dengan itu. [Mok.pada manusia. berakhlak mulia. FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga. progresif dan berdisiplin. dan berbakti. berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. demokratik.

Sehubungan itu. Guru juga disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. rohani. maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi. profesional. 1.[Mok. ibu bapa. emosi. 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani. kemahiran dan nilai yang berkesan. Justeru. [Choong. intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh negara kita. menguasai ilmu. serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi 4 . 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas. Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya untuk diaplikasikan dalam KBSR. kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. sosial dan amalan tingkah laku. guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu. maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap murid.

Oleh itu. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i) Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. kemahiran dan nilai di antara satu sama lain. jasmani. kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. kelab dan unit beruniform. guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum. dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan. guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum. permainan. Di samping itu.pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek. struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk. mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan. membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh. guru harus mengetahui peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis 5 .

emosi. rohani. Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani. 6 . Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan. sosial dan jasmani. intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu.objektif kurikulum dan isi kandungannya. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum. Pada masa yang sama. secara menyeluruh dan seimbang. 2. guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya. melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. emosi. rohani. serta dalam keadaan yang baik dan selamat Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan. merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Sebagai contoh. perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek. sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahanbahan pelajaran.

seorang guru harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi. 7 . Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa. Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik. teratur dan sistematik. disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG. seronok dan bermakna. dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan. mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Justeru dengan itu. keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan. Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah. Oleh itu.

saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah: (i) mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak sekolah. 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara. baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan” menyatakan: “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah. konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.3. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini. “ Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. [Mohd. 8 . Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi. Abdul Rafie Bin Mahat.

Guru juga perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan 9 . mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. [Epstein.(ii) (iii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan. 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak. guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke arah permuafakatan dan perkongsian pintar. Sebagai seorang pendidik. Oleh itu. wujud suatu komuniti yang mengambil berat. Apabila ibu bapa. dan masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea. guru-guru. bahan atau peralatan serta wang ringgit. dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. pelajar dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam pendidikan. guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah. baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. tenaga. Rakan kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanakkanak.

merancang dan menilai murid-muridnya. 4. beliau mesti mempunyai pengetahuan yang luas. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa. radio. Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran. Di samping itu. Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Masyarakat. televisyen dan internet. guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am.maklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada orang yang tidak berhak. khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran. sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti sekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat. kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar. seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan. serta pengetahuan ikhtisas keguruan. guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Selain itu. institusi pendidikan dengan masyarakat. berfikir. terutamanya ibu bapa pelajar. Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar. 10 . Guru perlu sentiasa belajar.

bersopan santun. guru haruslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu. Oleh itu. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. khasnya pelajar-pelajar di sekolah. berbudi bahasa. dan sebagainya dapat diperolehi dalam meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. 5. guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. sentiasa menepati masa. ilmu kaedah mengajar.Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak. ilmu kurikulum. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Sebagai contoh. 11 . Salah satu cara untuk membentuk nilai moral yang baik. Sehubungan dengan ini. prinsip atau kelakuan orang. Pengetahuan ini dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK. Selain membaca buku ilmiah. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral. guru haruslah sentiasa berpakaian kemas. wajar dan diingini ialah melalui contoh teladan. rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugastugasnya. berkelakuan baik. pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan.

mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. kebenaran dan keyakinan. guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga. akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. berketrampilan.6. berakhlak mulia. Seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan Mengikut Kamus Dwibahasa. Oleh itu. guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan. Di bawah konteks keguruan. Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Sebagai seorang pendidik. 12 . bebal kepada cerdik. perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. masyarakat dan negara.

atau secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama. Sejarah. Sebagaimana yang telah diketahui. Dengan kata lain. semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. hormat-menghormati. Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. 13 . tolongmenolong. [Mok. Oleh itu. melahirkan rakyat yang memiliki sikap kenegaraan. unsur-unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM. progresif dan berdisiplin Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang. demokratik. Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan. khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu patu. proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu. 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral. tanggungjawab dan toleransi. Bahasa Melayu dan sebagainya. guru harus menekankan unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum. demokratik. khasnya cinta dan taat setia kepada negara.7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG. progresif dan berdisiplin.

(2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Institut Perguruan Batu Lintang. Vol. Epstein. (2004). 14 . Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pergurauan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. (2008). J. Mohd. 1995.S. Siri Pendidikan Guru. (1995). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi elektronik].BIBLIOGRAFI Choong. School/family/community Partnerships: Caring for the Children We Share [Versi elektronik]. Kumpulan Budiman Sdn. Artikel Jurnal Phi Delta Kappan. L. 2004.K. 76. Mok S. S. Bhd. L. M. Jurnal Penyelidikan Jilid 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful