You are on page 1of 7

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012
disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail,
Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan
Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab
© Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html

Teknik Membaca SQ3R dan Penerapannya dalam Pengajaran


Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Kod Projek: UKM-PTS-2011-107
Suhaila Zailani @ Ahmad (Ketua Projek), Nur Syazwina Mustapa, Salamiah Ab. Ghani,
Ummu Hani Hashim & Zuraida Shaadon

Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH

Dalam proses pembelajaran, aktiviti pembacaan dianggap sebagai aktiviti yang paling
penting. Menurut Smith (1990), pembelajaran dan kefahaman tidak boleh dipisahkan. Hal
ini kerana kefahaman sangat diperlukan untuk proses pembelajaran, begitu juga
sebaliknya, pembelajaran adalah asas bagi kefahaman. Untuk mendapatkan kefahaman,
seseorang perlu menjalani proses pembelajaran dengan membaca. Proses pembacaan dapat
menjadi landasan untuk memahami sesuatu di samping menyediakan jawapan bagi
beberapa soalan. Soalan yang ditanya oleh pembaca ketika membaca pula bergantung
kepada tujuan pembacaan dan juga berbeza-beza mengikut bahan atau teks yang dibaca.
Dalam konteks pembelajaran di universiti, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada ketikanya
pembacaan perlu dilakukan secara meluas (ekstensif) dan ada ketikanya pula mereka perlu
membaca secara mendalam (intensif). Kemampuan membaca dan memahami bahan
bacaan boleh menentukan pelajar tersebut mampu mengikuti pengajian dengan baik atau
sebaliknya. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat (2007), membaca bermaksud
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penekanan utama dalam proses
pembacaan ialah kefahaman yang mantap. Proses membaca yang berkesan memerlukan
kemahiran tertentu sama ada sebelum, semasa atau selepas proses membaca. Kurang
kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar,
malah minat pelajar untuk membaca juga boleh menurun. Sebaliknya, jika pelajar mahir
membaca, proses pembelajaran bukan sahaja menjadi lebih lancar, malah pelajar akan
lebih pantas memahami serta mengingati fakta-fakta penting daripada bahan yang dibaca
itu. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk membaca
dan terus membaca. Pelajar juga akan dapat menjimatkan masa serta boleh membuat lebih
banyak aktiviti pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Memperkenalkan teknik SQ3R, iaitu teknik membaca yang kritis dan sesuai dengan
bahan yang dibaca.

1
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

2. Mengkaji konsep-konsep membaca yang perlu digunakan dalam kaitannya dengan


teknik kemahiran membaca.

3. Mengkaji sebab minat membaca bahan bacaan bahasa Arab semakin menurun dalam
kalangan mahasiswa FPI.

METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan metode deskriptif di samping penelitian kepustakaan. Ia


menggabungkan dua metode penyelidikan; kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif
meliputi metode deskriptif dan analisis dokumen, manakala kajian kuantitatif pula
menggunakan kaedah eksperimental (Kerlinger 1973). Kaedah ini dijalankan terhadap dua
kumpulan, iaitu satu kumpulan kawalan dan satu lagi kumpulan eksperimental. Hanya
kumpulan eksperimental diajar teknik membaca SQRS. Pengumpulan data menggunakan
dua teknik, iaitu pemerhatian dan catatan lapangan terhadap dua kumpulan yang dikaji.
Data yang diperoleh akan dianalisis melalui perisian SPSS terkini.

ULASAN KEPUSTAKAAN

Mohd Zainuddin (1982) membuat suatu tinjauan mengenai minat membaca dan bahan-
bahan yang dibaca oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Desa di Semenanjung Malaysia.
Kajian beliau mendapati bahawa para pelajar membaca buku untuk peperiksaan dan
kecenderungan mereka membaca buku teks sahaja. Pelajar luar Bandar juga didapati lebih
berkecenderungan membaca bahan bacaan dalam bahasa Malaysia berbanding bahasa lain.
Siti Hajar (1998) membuat kajian penguasaan pemahaman membaca dalam kalangan
pelajar Tingkatan Empat di dua buah Sekolah Menengah Di Kajang, Selangor. Hasil kajian
menunjukkan memang terdapat tahap-tahap tertentu dalam penguasaan pemahaman
membaca dalam kalangan pelajar. Daripada 135 orang pelajar yang dikaji, hanya 3.7%
mendapat tahap cemerlang, 54.8% mencapai tahap baik, 34.8% mencapai tahap
memuaskan dan 6.7% berada pada tahap lemah. Min skor bagi pelajar yang mengambil
ujian pemahaman ini ialah 60.5.

Khairusy Syakirin (2007) memberi beberapa faktor yang menjadi punca mengapa
membaca tidak menjadi budaya orang Malaysia. Antaranya, kesibukan masa yang
diperuntukkan untuk bekerja, pengaruh suasana dan faktor sekeliling, harga buku yang
dianggap mahal dan sifat yang merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca. Hasil
pemerhatian, beliau mendapati masyarakat Malaysia amat kurang yang mahu membaca
serta tidak ada perasaan gembira dan keseronokan untuk membaca. Hal ini kerana
membaca buku tidak memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika
dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Di samping memberikan alasan pengaruh masa
kerja membatasi mereka daripada membaca. Menurut Zulzaidi bin Mahmod (2008),
amalan membaca buku tambahan dalam kalangan para pelajar universiti di Malaysia masih
jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan para pelajar universiti di luar negara iaitu
secara purata mereka hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian. Hal ini
menunjukkan mahasiswa di Malaysia sangat lemah dalam pembacaan. Siti Khatijah (2008)
membuat kajian berkaitan hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran
pelajar sekolah menengah teknik. Kajian beliau mendapati wujudnya hubungan yang
signifikan antara jenis bahan bacaan yang dibaca dengan gaya pembelajaran yang
diamalkan. Gaya pembelajaran reflektif dilihat mempunyai korelasi positif yang signifikan
dengan bahan bacaan politik yang dibaca pelajar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan

2
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

bahawa jenis bahan bacaan yang dibaca mempengaruhi gaya pembelajaran yang
diamalkan. Kajian Menzies et al. (2008) mendapati bahawa pelajar yang diberikan kaedah
rawatan yang betul akan mengalami peningkatan tahap boleh membaca sebanyak 75%.
Saniah Sayuti et al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi
kepada dua jenis, iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis. Teknik sepintas
lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming) adalah contoh membaca secara pantas.
Contoh bacaan secara kritis pula ialah teknik SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-
Review) dan teknik KWLH. Membaca secara pantas dengan menggunakan ’kaedah
sepintas lalu’ (scanning) adalah membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara
sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-
isi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Membaca ’secara sekilas’
(skimming) digunakan untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku.
Pembaca hanya perlu menumpukan bacaan kepada mencari isi kandungan, tajuk utama,
rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan teknik yang dinyatakan ini penting
kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan bacaan untuk bersedia untuk peperiksaan.

Baharin Abu et al. (2007) mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar pelajar universiti. Kajian ini menumpukan kepada 6 jenis kemahiran belajar yang
utama, iaitu kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran menulis nota,
kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi
peperiksaan. Sepuloh item aspek kemahiran bahasa yang dikaji, iaitu membaca dengan
suara kuat, membaca perkataan demi perkataan, mengambil masa yang lama untuk
memahami sesuatu topik, mengaitkan maklumat yang dibaca dengan pengetahuan sedia
ada, mencari isi-isi penting, menggerakkan bibir ketika membaca, mengkaji kerangka topik
sebelum mula membaca, membuat ulangkaji bahagian yang tidak difahami, memberi
tumpuan kepada isi penting dan merumuskan isi penting dengan perkataan sendiri.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min kemahiran belajar bagi aspek kemahiran
membaca berada antara nilai 2.31 hingga 3.20. Purata nilai min kurang daripada 3.0
menunjukkan pelajar mempunyai kemahiran membaca sederhana. Daripada sepuloh item
bagi aspek kemahiran membaca yang dikaji, sebanyak lima item mendapat skor min
kurang daripada nilai 3.0, manakala lima item lagi mendapat skor min lebih daripada nilai
3.0. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar suka membaca secara perlahan, mengulangkaji
dan memberi tumpuan untuk mencari isi atau maklumat penting. Dalam masa yang sama,
mereka kurang menggunakan teknik membaca yang betul, kurang mengkaji rangka topik
terlebih dahulu sebelum membaca dan kurang membuat rumusan isi dengan perkataan
sendiri.

Kajian Sutarjo (2008) dan Siti Khuzaimatun (2009) mendapati bahawa penerapan teknik
SQ3R dapat meningkatkan minat membaca dan kemampuan membaca pemahaman kepada
para pelajar. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan nilai purata hasil minat membaca para
daripada sesi pertama hingga sesi ketiga. Penerapan teknik SQ3R ini juga dapat
meningkatkan kemampuan membaca pemahaman yang dibuktikan melalui peningkatan
jumlah para pelajar yang dapat melahirkan idea pokok, mampu memilih isi-isi penting,
mampu membuat kesimpulan bacaan, mampu membuat rangkuman isi serta mampu
membezakan fakta dan pendapat daripada teks bacaan pada setiap sesi.

3
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT)

Penerbitan (Makalah dalam Prosiding)

1. Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hj. Hashim,
Zuraida Shaadon & Nur Syazwina Mustapa. 2011. Tujuan Membaca Teks Arab Serta
Masalah Yang Dihadapi: satu tinjauan awal di Fakulti Pengajian Islam. Kongres
Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011.

2. Salamiah Ab. Ghani, Suhaila Zailani @ Hj Ahmad, Ummu Hani Hj Hashim, Zuraida
Shaadon & Nur Syazwina Mustapa. 2011. Penerapan Kemahiran Asas Membaca
Teks Arab Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Maharat al-Qiraah di Fakulti
Pengajian Islam. Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011.

3. Suhaila Hj Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Zuraida Shaadon & Nur Syazwina
Mustapa. 2011. Ahmiyat Tiqniyat SQ3R fi Taclim Maharat al-Qiraah.
al-Mu`tamar al-Dawli li Taclim al-Lughat al-cArabiyah 2011 di BFSU Beijing,
China.

4. Salamiah Ab. Ghani, Suhaila Ahmad, Ummu Hani Hashim & Maheram Ahmad.
2011. al-Tajribah fi Taclim Maharat al-Qiraah fi Kuliyyat al-Dirasat al-Islamiyah.
al-Mu`tamar al-Dawli li Taclim al-Lughat al-cArabiyah 2011, di BFSU, Beijing
Cina.

5. Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hj. Hashim,
Zuraida Shaadon & Nur Syazwina Mustapa. 2012. The Purpose of Reading Arabic
Text and the Problems faced: A Preliminary Survey at the Faculty of Islamic Studies.
Procedia Social and Behavioral Sciences (in progress).

6. Salamiah Ab. Ghani, Suhaila Zailani @ Hj Ahmad, Ummu Hani Hj Hashim, Zuraida
Shaadon & Nur Syazwina Mustapa. 2012. Application of Basic Skills in Reading
Arabic Text for Teaching and Learning Maharat al-Qiraah. Procedia Social and
Behavioral Sciences (in progress).

Persidangan / Bengkel

1. Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab 1. 26 Oktober 2011. Bilik Seminar
Siswazah 1, FPI, UKM.

2. Bengkel Pembinaan Instrumen Penyelidikan. 26 Julai 2011. Bilik Seminar Siswazah


1, FPI, UKM.

3. Bengkel Pembinaan Soal Selidik. 24 Ogos 2011. Bilik Mesyuarat 3 (Syariah), FPI,
UKM.

4. Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011( SAPBA). 5-7 Disember 2011.
Beijing Foreingn Studies University, China

5. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011. 17-20 Disember 2011. Hotel
Vistana, Pulau Pinang.

4
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

6. Kem Hayya! Nacish bi al-lughah al-cArabiyah. 31 Mac 2012-1 April 2012. Taman
Malaysia Seremban, Negeri Sembilan.

Jaringan

Kumpulan penyelidikan ini berjaya membuat jaringan dengan Kolej Komuniti Hulu
Langat, Kajang. Pegawai daripada Kolej Komuniti Hulu Langat yang terlibat dalam
jaringan ialah Puan Norzila Abd Razak selaku Pegawai Kolaborasi dan Ustazah Azizah
Mahadi selaku Ketua Unit Pengajian Am. Hasil jaringan yang dibuat, kami kumpulan
penyelidikan PTS-2011-107 dan PTS-2011-108 berjaya mendapat peruntukan daripada
Program Latihan 1 Malaysia (PL1M) untuk mengadakan Bengkel Kemahiran Asas
Membaca Teks Arab 1 pada 26 Oktober 2011 di BSS1, FPI dan Bengkel Kemahiran Asas
Membaca Teks Arab 2 pada 28 Disember 2011 di Bilik Singgahan Ilmu. Seramai 45
peserta daripada pelajar kursus PY1112 Maharat al-Qiraah terlibat dalam kursus ini. Di
akhir bengkel, peserta diberikan sijil penyertaan daripada Kolej Komuniti Hulu Langat.

PERBELANJAAN

Tambah / Peruntukan
VOTE Agihan Viremen Komitmen Belanja Baki
Kurang Terlaras
2012
V21000 Travel &0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2,012.00 -2,012.00
Transportation
Jumlah Bagi Tahun: 2012 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2,012.00 -2,012.00
2011 Disember
V00000 Miscellaneous 10,000.00 0.00 0.00 10,000.00 0.00 0.00 10,000.00

V21000 Travel &0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 1,700.00 -1,700.00


Transportation
V26000 Research Materials0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 4,178.50 -4,178.50
& supplies
V29000 Special Services 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 200.00 -200.00

V35000 Special Equipement0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00


& Accessories
Jumlah Bagi Tahun: 2011 10,000.00 0.00 0.00 10,000.00 0.00 6,078.50 3,921.50

Jumlah Keseluruhan: 10,000.00 0.00 0.00 10,000.00 0.00 8,090.50 1,909.50

KESIMPULAN

Menyedari kerunsingan beberapa pihak terhadap ketidakmampuan para pelajar Fakulti


Pengajian Islam untuk membaca teks Arab dan kecenderungan yang rendah untuk merujuk
buku-buku Arab sama ada kitab turath atau buku rujukan semasa, maka pengkaji
mencadangkan agar teknik membaca secara kritis diterapkan kepada para pelajar dalam
kursus Maharat al-Qiraah bagi meningkatkan daya kefahaman mereka terhadap teks Arab
yang dibaca sekaligus dapat meningkatkan tahap minat mereka membaca teks Arab. Bagi
menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan
beberapa teknik membaca. Oleh sebab itu, pelajar perlu dibimbing untuk menguasai
teknik-teknik tersebut dari peringkat awal lagi. Dapatan kajian melalui projek penyelidikan

5
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

ini diharap dapat membantu dalam penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran kurus
PY1112 Maharat al-Qiraah.
RUJUKAN

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. 2007.
Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. Diperoleh 13 Mac 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/3932226/kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-
kemahiran-belajar.
Harison Mohd Sidek. 2010. Reading instruction theory and practice. Nilai: Penerbit
USIM.
Ismail Zain. 2009. Belajar melalui teknik SQ3R. Diperoleh 2 November 2011 daripada
http://tutor.layar.net/mod/forum/discuss.php?d=51
Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim. 2007. Membaca bukan budaya. Diperoleh 1
November 2011 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0917&pub= Utusan_
Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm.
Kolzow, L.V & Lehmann, Jane. 1982. College reading: Strategies for success. New
Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Lee Kim Hong. T.th. Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran
Diperoleh 1 November 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19707908/
Pengajaran-dan-Pembelajaran-Sastera-dalam-Sukatan-Pelajaran
Menzies, Holly. M, Mahdavi, Jennifer N & Lewis, James L. 2008. Early Intervention in
Reading From Research to Practice. Remedial and Special Education Vol. 29 (2):
67-77
Mohammad Noer. 2009. Teknik Membaca Skimming. Diperoleh 2 November 2011
daripada http://www.muhammadnoer.com/2009/07/teknik-membaca-skimming/
Mohd Zainuddin Hashim. 1982. Suatu tinjauan mengenai minat membaca dan bahan-
bahan yang dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah desa di Semenanjung
Malaysia. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Mursi, Muhammad Munir & Abu al-cAzayim, Ismacil. 1983. al-Dacf fi al-Qiraah
tashkhisuhu wa cilajuhu. Kaherah: cAlam al-Kutub
Nurul Huda Osman. 2009. Muqarrar taclim al-lughah al-cArabiyah lil-natiqin bi ghayriha
madkhal taqwimi. Kuala Lumpur: IIUM Press.
Qasim, Riyad Zaki. 2000. Tiqniyat al-tacbir al-cArabi. Beirut: Dar al-Macrifah.
al-Rifaci, Najib cAbdu-lLah. 1997. Maharat dirasiyah. Cet. Ke-3. Kuwait: Maktabah al-
Manar al-Islamiyah.
Robinson, F. 1962. Effective reading. New York: Harper & Row, Publisher.
Saniah Sayuti, Yeo, Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes, dan Azlina Mohd Kosnin (2000).
“Psikologi Pendidikan”. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Shalabi, Ahmad. 1980. Taclim al-lughah al-cArabiyah li ghayr al-cArab. Kaherah:
Maktabah al-Nahdah al-Misriyah.
al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-lughawiyah. Cet. Ke-5. al-Mamlakah al-
c
Arabiyah al-Sacudiyah: Dar al-Andalus lil-Nashr wa al-Tawzic.
Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang, Selangor. Tesis Sarjana
Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Siti Khatijah Mohamad. 2008. Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya
pembelajaran pelajar sekolah menengah teknik. Tesis Sarjana yang tidak
diterbitkaan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

6
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

Siti Khuzaimatun. 2009. Kajian upaya meningkatkan kemampuan membaca pemahaman


dengan metode SQ3R pada siswa kelas X. 3 SMA, Sumberlawang, Surakarta.
Smith, F. 1990. Bacaan. Terj. Siti Nordinar Mohd. Tamin & Fadzilah Md. Arif. Ed. Ke-2.
Sekudai: Unit Penerbitan Akademik UTM.
al-Sufi, cAbd al-Latif. 2007. Fan al-Qiraah. Damsyiq: Dar al-Fikr.
Sutarjo, J. 2008. Penerapan strategi SQ3R untuk meningkatkan kemampuan membaca
interpretatif dalam bahasa Arab. Tapis, Volume 8, 1 Januari.
Taidin Suhaimin. 2011. Meningkatkan Mutu Pembacaan Teknik Membaca Berkesan.
Diperoleh 1 November 2011 daripada http://www.motivasikecemerlangan
pelajar.com/ amp-teknikmembacaberkesan.html.
al-Zayni, Ibrahim. 1992. al-Islam manhaj wa tariqatu tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
Zulzaidi bin Mahmod. 2008.Mahasiswa perlu banyak membaca. Diperoleh 1 November
2011 daripada http://zulzaidi.wordpress.com/2008/04/19/mahasiswa-perlu-banyak-
membaca/