You are on page 1of 1

Agama islam adalah agama yang diwahyukan oleh Tuhan (Allah) kepada Nabi Adam a.

s sehingga
Nabi Muhammad SAW. Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu “salam” yang
bererti ‘manusia menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan
keamanan dan kesejahteraan. Dengan itu, orang islam mengucapkan Assalamualaikum yang
bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you),apabila bertemu sesama mereka. Oleh
kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah
dikaitkan dengan pegangan agamanya. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka
pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran
dan Sunnah Rasul SAW. Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa
mengira sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan. Islam menentang
kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan. Sebaliknya, islam menganjurkan persaudaraan
dan hubungan mesra bukan sahaja di kalangan penganut Islam, bahkan juga di kalangan
bukan Islam.(Al-Quran: Surah Al-Hujurat: 49:13)Dalam konteks amalan hidup pula, Islam
menganjurkan nilai-nilai murni seoerti keselamatan(safety), keadilan sosial(social
justice),keamanan(peace),keserdehanaan(moderation),permuafakatan(cooperation)dan
berserah kepada Tuhan(submission to God) sebagai satu cara hidup(ad-din). Kehidupan Nabi
Muhammad SAW selalu dijadikan contoh moral, dibukukan dalam bentuk cerita untuk diajar
kepada anak-anak umat Islam sejak kecil lagi.

Setiap agama utama di dunia memiliki wakil yang kukuh di Malaysia, penyokong utama
setiap agama memberikan gambaran yang besar terhadap cirri-ciri setiap populasi yang
pelbagai etnik. Kepelbagaian agama di Malaysia adalah pantulan terus daripada kepelbagaian
bangsa yang tinggal di sini. Sungguhpun Islam adalah agama rasmi Malaysia, kebebasan
agama lain adalah terjamin. Hampir semua kaum Melayu beragama Islam. Kaum Cina
menerima agama ciptaan seperti Taoism (kepercayaan akan pengajaran Lao-Tze), Buddha
dan pemujaan nenek moyang mereka, sungguhpun ada juga yang beragama Kristian.
Walaupun agama Kristian tidak memberi impak yang besar kepada Semenanjung Malaysia,
kesannya adalah lebih besar ke atas Malaysia timur, di mana kaum asli memeluk agama
Kristian walaupun yang lain masih mengikuti kepercayaan tradisi mereka.