You are on page 1of 2

Masyarakat hari ini perlu mempunyai kemahiran literasi maklumat untuk melalui arus

perubahan globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat. Program Literasi Maklumat yang
terancang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat bermaklumat
pada hari ini. Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari
maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi
maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. la juga
boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi
membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle (1992)
mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan
mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula
mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai "keupayaan untuk mengkakses dan menilai
maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif. "

Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi),
berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih
belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman
Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer.
Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi
komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran
maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat. Literasi maklumat atau celik
maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari
sumber maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. Selepas itu, kita perlulah menilai
kualiti dan menyusun maklumat dengan betul serta dapat menggunakan maklumat itu dengan
efektif.

Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat di mana
mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Mereka sering dijadikan bahan
rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai ”kamus bergerak”.
Terdapat 7 ciri – ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat
secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka
dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki,
mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang
berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan – bahan sastera yang kreatif,
mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu,
mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka
suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik.
Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat
pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.