You are on page 1of 18

1. Nyatakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(5m)

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya


adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan
berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:
 Percaya kepada tuhan.
 Berakhlak mulia.
 Berilmu pengetahuan.
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
 Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang


bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.
Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari.
Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara
Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat
yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara.
Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada
negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari
berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang
kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di
dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta
selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara
iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan
kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan
dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan
peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara
kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet.
Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara
kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh
itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam
menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat
bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian
dan kemakmuran
2. Hasrat Falsafah Pendidikan Guru adalah menghasilkan warga pendidik berkualiti.
Huraikan peranan guru yang berkualiti daripada aspek aksiologi.
Aksiologi termasuk etika dan estetik, iaitu bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan
ada kalanya dikaitkan dengan teori, nilai dan metanilai. Guru berperanan sebagai role model
dan teladan yang baik, bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.
Guru juga haruslah berpekerti mulia, menjunjung aspirasi negara dan menyanjung warisan
kebudayaan negara. Aksiologi merupakan ilmu yang mempelajari hakikat dan manfaat yang
sebenarnya dari pengetahuan, dan sebenarnya ilmu pengetahuan itu tidak ada yang sia-sia
kalau kita bisa memanfaatkannya.Pembahasan aksiologi menyangkut masalah nilai
kegunaan ilmu.
Dalam pendidikan guru tidak hanya sebagai pengajar tetapi juga sebagai pendidik yang
menanamkan nilai nilai kepada peserta didik agar peserta didik bisa menerapkan nilai nilai
tersebut di dalam kehidupan sehari hari. Oleh itu, seseorang guru itu menunjukkan nilai-nilai
murni kepada murid-muridnya seperti bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.
3. Nyatakan pemahaman anda tentang cabang-cabang falsafah tersebut secara ringkas.
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan
logik.
Metafizik (Ontologi)
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik
merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat
spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
Apa itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapa itu manusia?
Apakah itu kebebasan manusia?
Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-
soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.
Aksiologi
Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang
falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh.
Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling
sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan
tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan
kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan
kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-
soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?
Epistemologi
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau
‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada
penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
Apa itu ilmu?
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Apa yang diketahui oleh manusia?
Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara
mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu
yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau
merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun,
cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita
rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah
sesuatu mirage.
Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan
tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri
kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai.
Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
Logik
Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui
sesuatu;
Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui
pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual,
membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
Logik.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan
yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah
dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap
butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang
relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

Falsafah Skop kajian Persoalan


Ontologi/Metafizik Kewujudan Apakah di luar sana?
Epistemologi Pengetahuan Bagaimanakah saya akan
tahu tentang ini?
Aksiologi Nilai, etika atau agama Kenapakah kita buat ini?
Logik Kesahihan Bagaimanakah cara untuk
mengesan kepercayaan
yang salah dalam
penaakulan
4. Bincangkan ciri-ciri insan guru yang dihasratkan oleh FPG terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia.
Ciri – ciri seorang guru yang dihasratkan Falsafah pendidikan guru, selaras dengan budaya
kerja. Menurut Islam, setiap daya usaha individu dan organsasi haruslah merealisasikan
objektif dan matlamat kearah penerapan nilai bersih, cekap dan amanah dalam konteks
pembangunan manusia yang cekap, berdisiplin, bekerja keras dan sebagainya.
Maksud amanah yang terdapat dalam ciri – ciri yang dihasratkan falsafah pendidikan guru
ialah bersikap rela hati dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam batas yang
ditentukan. Konsep amanah pula menekankan sifat-sifat berikut.
Dengan itu ciri – ciri guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru perlu sentiasa:

a. Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab


b. Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik
c. Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
d. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa
e. Bertanggungjawah ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat.
f. Melaksanakan anugerah khidmat cemerlang.

1. Ciri – ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru memerlukan niat
yang baik dan hasil niat yang baik menjadikan seorang itu beramanah, berdisiplin, penuh
bertanggungjawab dan akan berusaha meningkatkan prestasi kerjanya menjadi sesempurna
mungkin. Niat yang bersih, cekap dan amanah menjadikan seorang guru itu bersikap jujur dan
tidak berputus asa atau merasa kecewa dengan halangan dan cabaran yang ditemui. Seorang
guru tidak mudah berpuas hati dengan pencapaiannya malah akan berusaha mencapai hasil
yang lebih baik.

2. Menanamkan rasa bersyukur di kalangan guruamat penting dengan menunjukkan sikap


berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta
menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.

3. Sebagai seorang guru yang bersyukur, ia haruslah menjadi seorang yang dinamik
menyumbang kepada kebajikan dan kerjanya haruslah bersih dan suci dari sebarang unsur-
unsur negatif dan haram.

4. Ciri seterusnya adalah pertama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk kepada
sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih
dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian
guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan,
berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap
misalnya merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak
baik untuk pelajar-pelajar.

5.Ciri seterusnya adalah bersedia menjunjung aspirasi negara


Aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat
untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen
yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini.

6. Ciri seterusnya adalah menjamin perkembangan individu. Guru bertanggungjawab untuk


melahirnya individu yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Menurut Golemen (1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak
menjamin kebahagaian hidup seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan
intelektual yang diberi penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah,
berani, kuat, teguh dan rendah diri. (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Individu yang
seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
7. Aantara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada
masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan
lain-lain. Nilai antara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika
dan Tatasusila Profesion Keguruan.
8. Guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang
kuat akan menyebabkan seseorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu,
berprinsip serta amanah.

9. Seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah mempunyai penampilan dan imej diri yang
baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang
baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang berkualiti juga harus
memiliki kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa,
masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.
5. Model Kurikulum Taba mengutamakan penyusunan yang tertib ketika membina
kurikulum.
a. Jelaskan langkah-langkah pembinaan kurikulum Taba.
Langkah 1: Diagnosis Keperluan
-memerlukan proses mereka bentuk kurikulum dengan mengenalpasti keperluan pelajar iaitu
mereka yang menjadi target kurikulum yang dirancang.
Langkah 2: Membentuk Objektif
Selepas mengenalpasti, objektif untuk kurikulum perlu dibentuk. Contohnya, di akhir
pembelajaran pelajar boleh menerangkan…
Langkah 3: Memilih bahan pembelajaran yang sesuai
-memilih berdasarkan mata pelajaran dan kandungan kurikulum dan Huraian Sukatan
Pembelajaran
Langkah 4: Menyusun bahan pembelajaran (menyusun kandungan)
- mengatur secara tersusun dengan mengambil kira kemantangan pelajar, pencapaian pelajar
dan minat pelajar.
Langkah 5: Memilih Pengalaman Pembelajaran
-Kaedah pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi kandungan
-mengaitkan dengan pelajaran baru seperti topik yang lalu, pengalaman harian yang pelajar
lalui.
Langkah 6: Menyusun pengalaman pembelajaran
-Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Menggunakan pengalaman pelajar, teknik generalisasi.
Langkah 7: Menentukan bahan pembelajaran yang akan dinilai dan cara-cara untuk menilai
-Prosedur penilaian perlu diperuntukan oleh guru dan pelajar.
-Penilaian boleh dinilai dengan memberi kuiz atau ujian.
5b) Pembelajaran secara didik hibur adalah elemen penting yang diberikan penekanan
dalam KSSR. Perincikan impak-impak elemen tersebut terhadap PdP di dalam bilik
darjah. (10m)
Antara implikasi setelah teknik didik hiburdiaplikasikan oleh guru adalah seperti berikut:
2.1 Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok. Menurut Ahmad
Kamal bin Ramtan (2013), antara tujuan diperkenalkan teknikdidik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru adalah supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus
pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiranasas sesuatu subjek dalam kalangan
murid melalui pendekatan didik hibur danapresiasi bahasa. Jika kita lihat pada tujuan asal
didik hibur, kita dapat simpulkanbahawa tujuan didik hibur adalah untuk menjadikan proses
pengajaran danpembelajaran menjadi seronok. Selain itu, seperti yang kita ketahui,
perkataan“hibur” itu sendiri memberi gambaran awal dimana perkataan “hibur” itu tadi
sudahsemestinya membawa maksud keseronokkan. Apabila diterapkan hiburan
sepertinyanyian, permainan, muzik dan sebagainya, secara tidak langsung boleh
menarikperhatian murid dan kesudahannya murid akan menjadi seronok semasa
mengikutiproses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berbentuk santai dan menghiburkan.Didik
Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hiburbermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yangbersifat santai dan berhibur dengan penekanan
pelaksanaannya terhadap empatkomponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan
lain-lain aktivitisokongan. Konklusinya, apabila diterapkan unsur-unsur hiburan di dalam
prosespengajaran dan pembelajaran, seorang guru akan lebih mudah untuk mengajarkerana
sesuatu hiburan itu tidak merumitkan. Contohnya, untuk mengajar hurufkepada murid-murid,
seseorang guru menggunakan kaedah nyanyian denganmenayangkan satu video. Dengan
menggunakan kaedah ini, guru tersebut tidakperlu bersusah payah untuk menulis di papan
tulis dan tidak perlu memaksa muriduntuk mengingati kesemua huruf tersebut. Hal ini kerana,
hiburan secara amnyamudah diingati dan mudah difahami.
2.3 Potensi murid dapat ditonjolkan.Teknik didik hibur secara tidak langsung menyerapkan
unsur-unsur sastera dankesenian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila
unsur-unsur sepertimuzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya yang terdapat dalam seni muzik
dansastera diserap masuk ke dalam pengajaran oleh seorang guru, secara tidaklangsung
guru boleh mengenalpasti bakat ataupun potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid.
Jika murid yang sudah pun dikenalpasti, dengan adanya teknikdidik hibur, guru boleh
mengilapkan lagi bakat yang dimiliki oleh murid tersebut.
2.4 Menggurangkan tahap kebimbangan murid.Seorang pelajar khususnya pelajar sekolah
rendah, sudah semestinyamempunyai masalah. Antara masalah utama mereka adalah
kebimbangan terhadappelbagai aspek. Misalnya, bimbang terhadap guru yang garang.
Kebimbanganmurid terhadap guru menyebabkan murid berasa kurang selesa. Impaknya,
prosespembelajaran tidak berlaku dengan baik dan teratur selain murid itu tidak
dapatmemperolehi apa-apa jenis pembelajaran baru pada hari itu. Untuk mengatasimasalah
kebimbangan terhadap guru, teknik didik hibur harus dilaksanakan. Hal inikerana teknik didik
hibur menyeronokkan dan mampu membuang rasa bimbangdalam diri pelajar.
2.5 Proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Teknik didik hibur dari segi
maknanya membawa kepada maksud mendidiksambil berhibur. Jika seorang guru sekadar
mendidik, kesannya teknik pengajarantidak mampu dipelbagaikan. Kepelbagaian itu penting
kerana kepelbagaian tidakmembosankan. Begitulah juga kepentingan kepelbagaian dalam
teknik seorangguru untuk mendidik pelajar. Kepelbagaian dalam teknik mengajar akan
menarikperhatian murid sekali gus menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yangmenyeronokkan. Kesimpulannya, dengan meyerapkan hiburan dalam pengajaran,
pengajaran akan mempunyai kepelbagaian.
2.6 Penglibatan murid seramai yang mungkin. Pembelajaran yang menyeronokkan,
menyebabkan murid menjadi seronok.Keseronokkan murid itu tadi membawa kepada
penglibatan semua murid. Hal inikerana, pembelajaran yang tidak begitu membosankan dan
tidak memberi tekananperasaan sangat ditunggu-tunggukan oleh murid.
2.7 Wujudnya sikap kerjasama dalam diri muridTeknik didik hibur sebenarnya memerlukan
penglibatan semua murid dalammenjayakan teknik didik hibur tersebut. Hal ini kerana, tanpa
penglibatan semua, teknik didik hibur tidak akan kelihatan menarik. Misalnya, guru
menyerapkan teknik nyanyian dalam pengajarannya, tetapi hanya beberapa murid sahaja
mengikutinya. Hasilnya, nyanyian itu tadi kedengaran suram dan membosankan.
2.8 Wujudnya komunikasi dua halaTeknik didik hibur memerlukan pelajar untuk menyanyi,
membaca puisi, berlakondan sebagainya. Oleh yang sedemikian, guru perlu memberi arahan
dengan betul. Jika terdapat pelajar yang tidak faham akan arahan yang diberikan, pelajar
tersebutperlu bertanya kepada guru tersebut. Kesannya, interaksi antara guru dan
muridmewujudkan komunikasi dua hala. Kamunikasi dua hala yang dimaksudkan
ialahkomukasi antara guru dan murid. Selain itu, komunikasi dua hala juga wujud
kesandaripada aktiviti didik hibur. Contohnya, aktiviti berbalas pantun dimana terdapat
duapihak saling membeli dan menjual pantun. Maka, wujudnya komunikasi dua hala.
2.9 Pelbagai ilmu dapat diterap dan dipelajari. Teknik didik hibur seperti yang terdapat dalam
maksud tersirat ialah mendidiksambil berhibur. Hal ini bermaksud, ilmu kesenian diterapkan
di dalam pengajaranoleh seorang guru. Bukan itu sahaja, pelbagai kemahiran juga dapat
diterap dandipelajari melalui didik hibur. Contohnya, untuk mempelajari nombor, guru
memberipelajar menonton sebuah video nyanyian atau selainnya. Hal ini bermaksud, guru
itutadi telah menerapkan unsur kesenian seperti muzik, lagu dan nyanyian. Kemahiranyang
diterapkan ialah kemahiran teknologi maklumat. Kesannya, proses pengajarandan
pembelajaran menjadi lebih seronok.
6a. Pelbagai model kurikulum telah dihasilkan sejak kurun ke-20. Jelaskan secara
ringkas model-model kurikulum tersebut.
Model Objektif
Model objektif dikemukakan oleh Tyler & Taba merupakan model hasil.
Model Kurikulum Tyler (1949)
Model Tyler Model Tyler adalah satu kaedah bagaimana sesuatu pengajaran itu
dapat dirancang dengan tujuan yang sesuai untuk pembelajaran. Dalam memembina
kurikulum dan pengajaran menurut Tyler ianya mempunyai empat persoalan yang perlu
dilaksanakan pada peringkat asas untuk mempastikan tujuan ataupun matlamat pengajaran
itu tercapai;

 Apakah tujuan ataupun matlamat yang hendak dicapai?

 Apakah pengajaran yang perlu diberikan untuk mencapai matlamat itu?

 Bagaimana mengendalikan pemberian pengalaman itu secara berkesan?

 Bagaimana mengetahui apakah matlamat atau tujuan telah dicapai?


Berdasarkan empat persoalan asas sepertimana yang dinyatakan diatas ini adalah
merupakan prinsip asas model Tyler dalam menentukan:
1. Objektif Pengajaran
2. Kandungan Kurikulum Pengajaran
3. Kaedah Pengajaran
4. Penilaian Hasil Pembelajaran
Objektif Pengajaran.
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk setiap mata pelajaran adalah perlu
menentukan objektif pengajaran. Oleh itu setiap pengajaran dan pembelajaran memerlukan
matlamat dan tujuan untuk mencapai keperluan objektif sesuatu mata pelajaran tersebut.
Kandungan Kurikulum.
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemilihan tajuk penngajaran berdasarkan
sukatan pelajaran adalah perlu ditentukan. Dengan menyusun bahan-bahan kurikulum
kepada unit-unit kecil, mengikut turutan dari mudah ke lebih kompleks. Susunan ini perlu
bagi memudahkan pembelajaran.
Kaedah Pengajaran.
Menentukan pemilihan kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai dengan tajuk
pembelajaran adalah amat perlu, dalam usaha mendapat keberkesanan yang terbaik
kepada pemahaman pelajar mengenai objektif pengajaran yang ingin disampaikan. Melalui
kaedah pengajaran pemilihan buku dan alat bantu mengajar perlulah yang berkesesuaian.
Penilaian Pembelajaran.
Setelah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan menentukan keberhasilan objektif
pembelajaran ujian dan peperiksaan perlu dilakukan ke atas pelajar. Penilaian yang
dilakukan adalah berbentuk formatif dan sumatif. Selain itu guru juga perlu membuat kajian
tindakan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
b. Banding bezakan ciri-ciri asas KBSR dengan KSSR daripada aspek rekabentuk
kurikulum, bahan kurikulum, organisasi kurikulum, fokus dan elemen.

Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk
kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan
kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I. Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan
Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.

Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains
dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.

Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop


pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka
untuk menjalani ‘independent learning’ .

Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah
mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya
cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang
merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.
II. Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan
kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR
adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan.
Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-
dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang
dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard
Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para
guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi
kaedah, strategi serta teknik mengajar.

III. Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid
mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4
hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.

Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam
KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang
relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun
dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza
dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras
dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

IV. Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat
dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.

KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M
yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula,
telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran
asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran
Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah
terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK
diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga
elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi
keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran
kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

Persamaan

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses
transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR mempunyai
sedikit persamaan dengan KBSR.

Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah

I. Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana


prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan
bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran
diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR
dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta
pendidikan seumur hidup.

II. KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum. Kedua-dua
kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana pun,
pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza (akan dihuraikan di bawah tajuk perbezaan
KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan
pembangunan insaniah.
7. Berlandaskan pernyataan di atas, huraikan peranan sekolah dalam merealisasikan
FPK.

Sekolah adalah institusi yang paling penting dan utama dalam usaha merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang kita tahu, “Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri seri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bukanlah suatu


usaha yang ringan. Aspek-aspek seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid,
aktiviti ko-kurikulum danjuga aspek kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan
dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil
hasrat FPK dapat direalisasikan.

Aspek yang terpenting ialah aspek pembudayaan sekolah. Sesetengah pihak


memanggilnya iklim sekolah. Budaya sekolah ini mestilah merangkumi kelima-lima elemen
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, rohani, intelektual, emosi,
jasmani dan sosial. Elemen rohani ialah dengan menerapkan kepentingan agama tanpa
menentang agama lain. Contohnya ialah dengan mewujudkan budaya sekolah yang
mengamalkan bacaan Al-Qur’an setiap pagi dan solat fardhu secara berjemaah. Semua murid
pula mestilah menutup aurat. Ia akan menyedarkan murid akan tanggungjawabnya dalam
memelihara agama dan kehormatan diri. Secara tak langsung akan melahirkan murid yang
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.

Dari elemen fizikal pula ialah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang selesa,
ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia akan
dapat merangsang minat murid dalam menuntut ilmu. Ia sejajar dengan hasrat FPK iaitu untuk
menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek
rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial.

Seterusnya, dalam elemen intelek, sekolah mestilah menggalakkan pembuadayaan


ilmu dalam kalangan murid dan guru. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program
akademik seperti program NILAM. Ia akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
murid. Semangat murid untuk membaca juga semakin meningkat dengan adanya
penganugerahan seperti anugerah NILAM. Melalui pembacaan, minda murid akan lebih
berkembang dan murid mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Ia sejajar dengan hasrat FPK
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Dalam elemen sosial, murid mestilah diberi pendedahan akan kepentingan bersosial
dengan cara yang betul sesama murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Contohnya
budaya member salam yang diamalkan di sesetengah sekolah akan mengukuhkan ikatan
ukhuwah sesama murid dan guru, dan dengan keluarga dan masyarakat jika turut dipraktikkan
di luar. Budaya ini akan melahirkan murid yang menghormati guru dan rakan-rakannya serta
akan membenihkan rasa kasih dan sayang guru terhadap murid. Ia akan menyumbang
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang
terdapat di dalam FPK.

Seterusnya ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum, sifat-
sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid
dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani. Ia dapat
mencungkil bakat murid, menambah kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri setiap murid.
Secara tidak langsung, murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar dan hadir ke
sekolah.

Aspek disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK. Disiplin
berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah merupakan institusi
terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses pembelajaran dan pengajaran akan
menjadi lebih lancar, mudah dan menarik seandainya masalah disiplin adalah sifar di sekolah.
Ini kerana, masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Untuk
mengawal disiplin setiap murid bukanlah tugas guru dan sekolah semata-mata. Namun, ibu
bapa seharusnya memainkan peranan, contohnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).

Selain itu, aspek kepimpinan juga memainkan peranan penting untuk membantu
memenuhi tuntutan FPK. Fungsi kepimpinan dalam menguruskan dan mengendalikan
sekolah adalah amat penting. Kepemimpinan di sekolah haruslah sentiasa proaktif dan
bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan seiring dengan perubahan arus masa
yang semakin mencabar kredibiliti guru seperti penyaluran budaya kuning.

Sekolah yang berkesan dapat dinilai melalui stail kepimpinannya yang bukan sahaja
mampu membawa kecemerlangan, malah berjaya membawa perubahan yang besar kea rah
kebaikan. Ianya tidak menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
iaitu aspek akademik, malahan tumpuan yang diberikan adalah secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dalam kelima-lima aspek
JERIS. Tugas kepemimpinan ini bukanlah terhad di pundak guru besar atau pengetua
semata-mata, malah setiap warga sekolah mestilah memainkan peranan dan tugas masing-
masing, termasuklah jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak
kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti
sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil
sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga
merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam
pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).

Peranan guru juga merupakan aspek yang penting dalam memainkan peranan
sekolah untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya berusaha mendekati murid dan
menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan murid agar murid berasa selesa untuk
berhadapan dengan guru. Guru merupakan insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa.
Martabat seorang guru diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk
membentuk nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar,
bahkan juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan inovator.
Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan potensi murid
secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang cemerlang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial.